Nota Jase :
Bagi Edisi ke 10 Perlumbaan F1 di Sepang kali ini saya agak bertuah juga. Mana tidaknya, tanpa di sangka-sangka saya terpilih menjadi salah seorang di antara ramai yang dijemput untuk menghadiri 'An Evening With... Robert & Nick' di MPC. Dapat makan lunch free lah nampak gayanya. Tak ramai yang bertuah sebenarnya, adalah lebih kurang 40 orang sahaja. Meskipun saya tidak mendapat cabutan bertuah, tidak juga terpilih untuk berlumba dengan Nik & Robert lantas tidak juga dipilih untuk menjawab soalan-soalan cepumas mereka... tak apa, menu dan door giftnya sudah cukup memberangsangkan, lanyard BMW Sauberlah katakan.
Ahh... saya tahu cerita ini dah agak basi... ye lah semalam perlumbaan di Bahrain telah berlalu... saya baru nak mengemaskinikan entri F1 Sepang. Tak mengapa... apakan daya... kesibukan mengatasi segalanya. Layan saja...
Tahun ini saya telah ditugaskan untuk menjadi hos kepada beberapa jabatan kerajaan yang unit saya berurusan... Untuk Race Day lah. Sementelah membeli tiket, dapat juga tiket ekstra untuk saringan hari Jumaat dan Qualification Race - Sabtu. Setelah selesai membahagi kepada rakan-rakan sepejabat, yang lebih saya mengajak Lisa, SpiderX, Mus (yang cancel last minute) dan Cute. Itupun.... sebab ada tiket ekstra dari rakan di CAU juga, kalau tak manakan cukup. Jadi dapatlah kami pergi untuk race hari Sabtu untuk menghavockan suasana Litar. Tampak riang gembira di wajah SpiderX, Adik Bell & Cute... sudah tentu Lisa lah. Bagi hari Ahad pula... setelah saat akhir berbagai perkara berlaku... Azwanlah yang bertuah. Azwan pun nampak happy sakan... alhamdulillah. Bukan selalu dapat kan...
Litar F1 Sepang memberi banyak kenangan kepada saya sebenarnya... Ketika perlumbaan sulung di Malaysia, saya telah menawarkan diri menjadi Sukarelawan. Pengalaman pertama yang indah dan tak mungkin dilupakan meskipun telah 10 tahun berlalu. Ramai jugak yang saya kenal ketika itu, antaranya Nizam PGB yang kini menjadi antara sahabat rapat saya. Tahun-tahun berikutnya ada juga kesempatan menonton di Grand Stand, Hill atau kat rumah saja...:) Lagipun saya bukannya minat sangat F1 cuma ingin merasai akan ambiancenya... Tak gitu?
No comments:
Post a Comment