Tanpa di sangka-sangka saya mendapat peluang untuk satu lagi 'business trip'. kali ini ke sebuah negara yang kecil, kurang maju, jauh di pasifik Selatan dan mengambil masa 14 jam penerbangan dari Kuala Lumpur !!! Akibat terlampau eksotik... punyalah sukar untuk saya membuat penempahan tiket dll. tapi syukur alhamdulillah... bukan senang untuk dapat peluang sebegini.
Perjalan pergi agak mencabar... 14/4/2008 - 6.50 ptg. KUL > SIN > AKL > TGA > APW. Wow.. I jam transit di Changi, % jam di Auckland & 1 jam di Tonga !!! Akhirnya sampai di Apia, 10.30 malam - 14/4/2008... hahaha.
Saya yang terpaksa memakai jaket syarikat untuk memudahkan pengedar kami di sana mengenali diri saya. Alhamdulillah... dengan mudah beliau dan ayahnya mengecam saya. Lantas di bawanya saya ke hotel... ala-ala resort yang juga amat terkenal di sini... Aggie Grey's. Boleh tahan harganya USD120/night. Matawang Samoa ialah Samoan Tala, 1 USD = Tala 2.4. Boleh Tahan. Badan dah ngantuk... esok mula kerja !!! Lantas saya 'boom' jer atas katil yang dipenuhi dengan hiasa bungan raya/hibiscus !!! YES... our national flower.
Panas.... Samoa memang lebih humid dari Malaysia. Bandarnya agak kecil, Apia. Keseluruhan penduduk Samoa cuma 700, 000 orang lebih sahaja. Mereka boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan fasih meskipun ada Bahasa Samoa. Oh... lavalava... pakaian rasmi lelaki dan wanita. Hmm... saya juga nampak seperti local. Warna kulit SAMA. Ada teori mengatakan yang penduduk di Kepulauan Pasifik asalnya dari Asia Tenggara.
Internet... OK. Cuma saya tidak dapat menerima SMS, hantar boleh... pelik. Terima panggilan juga tidak boleh... buat panggilan, Ok aja. Hmmm Samoa yang terletak di timur Garis Waktu Antarabangsa adalah 12 jam di belakang Greenwich Mean Time. (kira sendiri berapa lamabat dari Malaysia).
Tugas saya untuk berbincang dengan pengedar dan berurusan dengan pelabuhan, chamber commitee dll mengambil masa 3 hari. Tapi kami cuma bermesyuarat sehingga jam 3.00 petang sahaja. Selebihnya saya boleh 'berkenal-kenal' dengan Apia & Samoa. Malangnya, jam 4.30 petang... semua kedai TUTUP !!! tapi sempat juga saya ke Muzium Robert Louis Stevenson (penulis buku Traesure Island, Mark Twain, Kidnapped dll yang menghabiskan 4 tahun terakhirnya di sini. Beliau sangat di hormati di sini), Muzium Samoa, Aggie Grey's Resort, Flea Market dan menonton persembahan kebudayaan Samoa yang amat menarik di Aggie Grey's.
Penerbangan pulang? Awal giler... 6.30 am.... Tofa Samoa. Saya mesti kembali...
No comments:
Post a Comment