Monday, July 17, 2006

The One About Hits 1 Final 3rd Season - "Malam Budak AF"

Hitz 1 Akhir Musim Ketiga telah berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2006. 8 lagu bertanding bagi merebut 4 hadiah utama iaitu Lagu Terbaik (RM 25,000), Lagu Kedua Terbaik (RM 20,000), Lagu Paling Popular (RM 10000) & Persembahan Terbaik (RM5000). Lagu-lagu yang bertanding ialah Benang Emas (Nana & Achik Spin), Kerna Asmara (Dr Fazley), Antara Dua (Farah AF2), Ku Seru (Misha Omar), Kenapa (Shazzy feat Lah V.E.). Dilanda Cinta (Shanon), Mimpi (Daniel MI2) & Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M Nasir, yang dinyanyikan oleh Yazer AF3 & Felix AF3; memandangkan Mawi masih berkabung). Seperti mana yang telah diketahui - Lagu Jiwa Lagu Cinta telah berjaya membawa pulang 2 haidah utama iaitu Lagu Terbaik & Lagu Paling Popular. Lagu Kedua Terbaik pula diraih oleh Ku Seru.

Persembahan Terbaik

Barisan Hakim telah memilih Misha Omar bagi Ku Seru sebagai Persembahan Terbaik. Namun bagi aku ia lebih kepada Persebahan Vokal Terbaik dan bukannya Persembahan Terbaik. Keputusan ini mirip kepada keputusan Musim Kedua yang lalu, dimana Jac memenangi ketegori ini bagi Lagu Gemilang. Bagi aku, Persembahan Terbaik sepatutnya menobatkan Shazzy feat Lah V.E. bagi Lagu Kenapa, kerana bukan sahaja kawalan vokal yang baik, tetapi karektor yang ditonjolkan oleh Shazzy & Lah di atas pentas juga hebat - benar-benar seperti insan yang kecewa. Ditambah pula dengan kareografer tarian yang mengupas lirik Lagu Kenapa dengan mendalam dalam setiap gerakan taran dan props yang digunakan. Apabila menonton; seakan-akan gabungan klip video secara 'live' , pentomin dan taridra pula.

Shanon - terlalu bersahaja dengan piono beliau, sampai langsung tak melihat penonton. Pasangan penari beliau pula di saat akhir baru berkomunikasi dengan Shanon. Vokal Shanon, tidak perlu dipertikaikan lagi.

Farah - kawalan vokal yang 'superb', tarian yang 'superb', tatabusana sahaja kurang menyerlah. Kalu Farah tampilkan Adam dan Zahid dalam persembahan beliau tentu lagi gempak !!!

Shazzy feat Lah VE - Inilah persebahan 'favourite' aku. Di awal persembahan bila Shazzy duduk termenung di atas kerusi dan kemudia bergerak dari satu kerusi ke kerusi lain lantas penari beliau masuk serorang demi seorang memang menakjubkan. Gabungan vokal + rap + tarian + metafora yang hebat menjadikan persembahan ini seperti lengkap. Harap-harap Lagu Kenapa akan masuk Juara Lagu 2006 pula !!!

Dr Fazley - juga tidak mengecewakan, sporting jugak Shazzy membantu Paji. Bolah tahan juga Paji menari.

Lewat Acara

Sebagai "Celeb Hunter" semi-pro, sempat juga aku bergambar dengan antara artis yang bertanding. Nasib baik Mus ada ikut serta bolehlah jadi juru gambar tak bertauliah aku... Yeo dan Yanie juga turut serta meskipun lupa membawa kamera. Seperti biasa, kamera aku begitu cepat 'makan bateri', nasib baik berjaya mendapatkan beberapa keping gambar untuk kenangan.

Jase + Shazzy + Lah V.E. (sempat juga aku ucapkan tahniah pada mereka berdua, meskipun tidak menang - aku puas hati dengan kesungguhan mereka berdua)


Jase + Farah (Nasib baik sempat juga mengejar Farah dalam tergesa-gesa dia pulang, tapi masih sempat tertsenyum manis)

Jase + Daniel MI2 (Masa bergambar ni, Daniel belumpun membuat persembahan, kat belakang pentas dia tengah berlatih dengan penari ballet beliau. Jika di lihat dari segi jumlah penonton di Stadium, memang penyokong Daniel paling ramai - Pinkies Rule. Namun nasib tidak menyebelahi beliau, akhirnya tewas juga di tangan Raja SMS kita, Mawi.

Sheila On 7 cuma dijemput untuk sembang dengan Azwan? Untuk cuma lima minit? Dah ler tu, nyanyi pula tanpa muzik !!! Frust giler... nasib baik aku sempat mengejar Duta, sempat 'sign' CD lagi. Aku cakap ngan Duta yang aku akan jumpa dia lagi Selasa ini, insyaAllah dan bawa CD - 507 yang ada lagu Mantan Kekasih tuu...

Ini memang last kopek giler, Misha Omar, balik lambat giler - semua reporter nak interview dia kot... nasib baik aku terserempak ngan Misha semasa dia nak keluar dari pentas, ramai yang dah nak balik masa ni, inipun suku sakat Misha yang tolong 'snap'kan. Tahniah Misha...

Artis lain yang buat persembahan ialah Erra Fazira (Ya atau Tidak) & Siti Nurhaliza (Intrig Cinta & Biarlah Rahsia). Kedua-duanya menarik.

Bergaya dengan piala yang dimenangi oleh Yazer & Felix - Thank You staff Maestro yang bagi pinjam... ahaks. Dah memang tak boleh nak jadi penyanyi... dapat bergambar pun ok kan?


Hadiah.....Oh Hadiah..... Wow !!! Hebat juga Mestro dapat gondol bayak hadiah, memandangkan aku wartawan tak bertauliah, cuma dapat ambil gambar sipi-sipi sajalah...
Sempat lagi 'posing' tuu, yelah... ini bahan bukti yang aku sampai ke sini...

Lain-lain Komen?

Dari segi pengacaraan - menang tak lari dari 'trademark' RTM, Azwan & Anahita yang berimejkan 'glamour'. Ditambah dengan dua orang pelawak yang tidak diundang & tersesat, Abon & Mek. Secara keseluruhan boleh tahan, ada kala memuakan juga. Baju Azwan, masyaAllah!!!

Penonton pula tidak begitu 'happening'. Jika ada yang pernah menonton 'live' rancangan terbitan ASTRO, maka response penonton RTM dan ASTRO adalah seperti langit dengan bumi.

Lain-lain OK sahaja. Terima kasih kepada yang mengusahakan tiket, akhirnya dapat juga aku berpindah ke kawasan VIP atas budi bicara 'akak-akak Rela', ahaks.

No comments: