Sunday, July 30, 2006

The One About My Weekend (28 - 29 July 2006)

Ayah Haziqqq....

Faizal Senyum Sokmo FC

Aidil AF3 yang kini telah menjadi komposer dengan Luncai Emas, betullah seperti yang dicita-citakan untuk menjadi komposer terkenal..


Sheera - Pengkritik Kedua


Liza Hanin - Pengkritik Pertama

"Konsert AFMasuk - 29 Julai 2006"

Sabtu 29 Julai 2006 sememangnya teramatlah sibuk. Aku ada tiga projek yang perlu di selesaikan. 9.30 pagi aku perlu menghadiri 'post morterm' Tekad Pahang di UM. Aku sampai lewat kerana tewrlewat bangun, nasib baik tak ramai yang hadir, Coaches cuma 3 orang (dari 24 orang semuanya) selainnya terdiri dari Core Team. meskipun lambat, tidaklah kena perli... (nasib baik ada breakfast). Mesyuarat sepatutnya tamat jam 12.00 tengah hari, namum berlarutan hingga jam 2.00 petang. Aku terpaksa 'skip' lunch di Bangsar lantas bergegas ke Serdang kerana sudah berjanji dengan Pojan untuk menyiapkan tugas kedua aku hari ini.

Tugas Kedua, menyiapkan banner untuk Lotter Fring !!!. Nasib baik ada Nassir juga, jadi dapat disiapkan memotong dan menampal dalam masa lebih kurang 1 jam. Macam tak puas hatilah pulak sebab banner Velvet tempoh hari nampaknya lebih 'da bomb'. Apa nak buat, janji siap. Kemudian hantar Pojan ke Komuter Serdang sebab dia nak balik kampung. Baru tersedar, belum lunch. Singgahlah lunch di Taman Equine. Dah lewat petang pun... sampai rumah lebih kurang jam 5.30 petang... terus terbungkang kat ruang tamu. Apabila terjaga... waduh-waduh dah 6.35 petang... cam mana ni? Sempat ker.... terus bergegas mandi... Si Nassir lak tak nak mandi... katanya lepas balik Konsert. Jam 7.05 baru keluar dari rumah, yang Cute asyik dok sms & call, aku dah lah lambat. Akhirnya sampai jugak Projet Kinrara dalam jam 7.20 malam. 15 minit sahaja diperlukan untuk sampai ke Dewan Sivik MBPJ yang sudah mula dipenuhi para peminat AF4.

Selesai Solat Maghrib, kami masuk dewan, tiket tak cukup sebenarnya, nasib baik terlepas jugak si Nassir ni. Pengalaman baru katanya sebab ini merupakan kali pertama beliau nonton secara live Konser AF4. Lainlah blogger glamer dan kakak angkat dak mighul yang dah seasoned bab-bab konsert AF nii.

Secara keseluruhan persembahan bekas pelajar AF4 dalam merebut satu tempat ke final ini memang menghiburkan. Terutama Dazzling Diddy Aummm (Diari Seorang Lelaki), Rich Kokondong (The Reason - my ringging tone) & Lotter Fring (Pria Terhebat @ Pejantan Tangguh - dalam versi Indon) !! Di awal konsert yang penuh teka-teki ini, Rich mendahului dengan banyak sekali peratusannya. Macam begitu mustahil untuk Lotter dan Amirul untuk menandingi. Bila keputusan diumumkan, Lotter pula mendahului Rich lebih dari 10 %. Hairan bin Ajaiblah pula...

Seperti biasa... sema menunggu untuk menonton rakaman Imbasan Akademi Fantasia. Selalunya Pak Cik- Pak Cik Rela ok saja bila kami ingin mengambil gambar dengan selebriti yang datang, kali ini sebaliknya pula. Kawasan selebriti dikawal rapi. Hampeh betul.... Rakaman Imbasan kali ini ada enam jemputan termasuk Liza & Sheera (pengkritik untuk konsert kali ini). Ajai 'She-ra-shi', Sham 'Kami Crazy', Kak Yah & Dr Paji. Topik yang dibincangkan sudah tidak trelevan lagi sebab cuma tinggal satu konsert. Semasa rakaman ada juga aku dan Chotto keluar masuk, hasilnya dapatlah juga bergambar dengan Liza & Sheera.

Bersama Nikki Caramu, selepas Dari Studio Satu - Zahid (Walaupun terlepas Nikki nyanyi live dengan Zahid, dia sempat nyanyi live pada kami di luar studio, ahaks)

Antara Props Dari Studio Satu Zahid AF2.


Berlatar belakangkan Pentas Dari Studio Satu Zahid.

Dari Studio Satu - Zahid AF2 (28 Julai 2006)

Tak banyak cerita yang patut aku tuliskan pasal DSS Zahid AF2 ni, sebabnya aku cuma masuk dalam 20 minit terakhir. Sehingga duet Caramu Nikki - Zahid pun terlepas. Bila masuk sahaja jumpa Cat Farish tengah bersiap sedia, di pentas pula Zahid tengah bersiap sedia mengalunkan Lagu Terbaik Pesta Filem Malaysia 2005, Lagu Terbaik Pesta Filem Asia Pasifik 2006 dan juga Lagu Terbaik AIM 2006. Lagu apa lagi kalau bukan Warkah Buat Laila yang begitu merdu. Sampai Chotto ubah lirik jadi Warkah Buat Chotto !!!

Sedang asyik mengikuti persembahan melankolik lagu Sorry Seems to be the Hardest Word, tiba-tiba aku dicuit lah pulak, 'Dak Doyan' rupanya; datang juga dia... Fuad AF2 pun ada (tengah bercuti dan buat part time kat Astro). Tidak ketinggalan Nana AF1.

Zahid kemudian menyanyikan lagu Wo !!!. Dijemputnya 2 orang peminat untuk turut serta. Seorang daripadanya ialah Fanatik Zahid dari Za8 FC yang seorang pelatah. Boleh tahan juga mamat ni, sampai Zahid siap bagi komen yang Lan tidak pernah menegcewakan beliau setiap kali menyampaikan lagu ini.

Persebahan diakhiri dengan Lagu Cari Makan Zahid. Tidak lain dan tidak bukan, Milikku. Kali ini Cat Farish turut serta. Havoc giler pentas.

Diluar bagunan Astro, kami sempat bersembang-sembang dengan Nikki, bergambar dan ajak dia masak dirumah.. ahaks.

Amy Search - Jemputan AC Disini, kat belakang tuu Nassir yang "inter frame", aksi can lah sebab pertama kali datang nonton live di Astro.

AC Disini - 28 Julai 2006

Jika di buat ranking, sudah tentulah aku yang tidak meminati rock tidak akan menamakan Amy Search sebagai salah seorang yang menduduki carta Top 20 penyanyi kegemaranku. Lantaran itu, kedatangan aku kali ini ke AC Disini memang 100 % untuk mendengar celoteh AC. Rancangan dimulakan dengan CMP seperti biasa yang membicarakan soal.... Dikiuti dengan pendapat oarng ramai. Bagi cabaran AC pula, kali ini Cabaran ala-ala Gladiator yang dimenangi secara tidak sengaja oleh Brader seorang ini. Mana tidaknya, lawannya jatuh sendiri tanpa di tolak. Bual AC menjemput Amy Search yang segak berbaju melayu. Katanya sebab hari Jumaat. Sebetulnya beliau baru lepas menghadiri Majlis Doa Selamat bersama anak yatim bersama proteje beliau, Fiq. Ada suprise kali ini, dimana sambutan hari jadi Amy dijalankan secara eksklusif di AC Disini. Amy menyambut hari lahir beliau yang ke 48. Sebelum itu AC ada menelefon Nabila, anak sulong beliau. Bualan banyak berkisarkan kisah Amy yang telah 4 kali berkahwin, ditangkap kerana disyaki menghisap ganja dan kemenangan 2 juta dalam saman terhadap Sony Music. Selesai bergambar dengan Amy dan karikatur, kami semua World Gang bergegas ke studio sebelah untuk menonton Zahid pula.

Wednesday, July 26, 2006

The One On The Siam Ocean World




Minggu lepas (20 - 22 Julai 2006) aku berangkat lagi ke Bangkok, seperti biasa kerana tugas aku pasrah dengan tuntutan ini demi mencari rezeki yang halal dan berkat. Ada dua tugas besar kali ini sebenarnya, selain dari menjadi ahli jawatan kuasa pengurusan logistik dan aktiviti sosial untuk seminar yang syarikat kami akan jalankan di Bangkok awal bulan September ini; di mana aku perlu membuat sesi ‘audit checking’ dan ‘negotiation’ di empat buah hotel, 2 restauran & 2 pusat membeli belah. Aku juga perlu mengadakan mesyuarat dengan rakan niaga kami berkenaan isu-isu semasa di sana (mesyuarat aku dengan Khun Toi hanya dapat bermula jam 8.00 malam). Implikasinya aku terpaksa ‘bertugas’ seawal jam 8.00 pagi dan cuma habis kira-kira jam 10.30 malam ! Maka dengan itu, aku juga terpaksa untuk tidak menghadirkan diri ke AC Disini yang mengundang Mawi, YES !!! Mawi dalam segmen Bual AC. Oh… Mengapakah tiada aral yang melintang, kalau tak tentu Mawi tak jadi datang dan jemputan ini akan tertunda ke minggu seterusnya… Sedih niii. Bukan itu saja, Konsert Ke-8 AF4 juga aku terpaksa abaikan !!! kerana kapal trerbang pulang ke KLIA aku berangkat jam 4.00 petang waktu Bangkok.

Sebenarnya aku perlu melihat kemudahan hotel, bilik mesyuarat, bilik penginapan dan kemudahan berhampiran hotel selain dari harga pakej yang ditawarkan. Bermula dari The Landmark Bangkok, kemudian Sheraton Grande Shukumvit, seterusnya The Dusit Thani Bangkok dan akhir sekali Grand Hyatt Erawan. Memandangkan kami telah rancangkan aktiviti bowling dan karaoke, aku juga terpaksa pergi ke Siam Paragon dan MBK. Selain daripada itu, aku juga perlu menguruskan ‘Dinner Cruise River Chao Phraya’. Aku amat berharap agar Seminar kali ini akan lebih menarik jika dibandingkan dengan seminar tahun lalu yang kami jalankan di Langkawi dan bakal meninggalkan kenangan manis kepada semua delegasi yang bakal datang datang dari pelbagai negara termasuk Indonesia, China, Indonesia, Sudan, India dan Afrika Selatan selain dari Malaysia & Thailand.

Setelah tamat tugas pertama, aku terpaksa bergegas untuk meneruskan tugas kedua. Aku tiba di pejabat rakan niaga kami lebih kurang jam 7.45 malam. Dalam keadaan penat teruskan juga bermesyuarat dengan Khun Toi. Banyak juga perkara yang sempat kami sentuh dan persetujui, ada juga yang aku perlu bawa pulang untuk bersemuka dengan ‘boss’ aku di Kuala Lumpur. Khun Toi yang perlu bekerja keesokan harinya, memandangkan kilang mereka perlu membuat ‘over time’; bagaimanapun bermurah hati untuk menghantar aku pulang ke hotel. Nasib baik, kalau tidak aku terpaksa berebut menaiki BTS (lebih kurang PUTRA LRT di Kuala Lumpur).

Dan sudah tentunya hari Sabtu, 22hb Julai adalah hari ‘rewang’ bagi aku. Ingatkan nak ajak Khun Wirat lagi sekali menemani aku menyelusuri Kota Bangkok, malangnya dia perlu bekerja. Jadi untuk tidak menghampakan diri sendiri aku mengambil keputusan untuk ‘window shopping’/melepak di Siam Paragon dan mengambil peluang untuk menjenguk Siam Ocean World (ini kira kembar tak seiras Aquaria KLCC) yang diuar-uarkan hebat itu.

Siam Ocean World

Apa yang menarik di Siam Ocean World (SOW) ni? Biasalah aquarium bertaraf dunia ini menempatkan berbagai species laut yang jarang dapat dilihat di mana-mana. Letaknya di LG Level Siam Paragon, antara Shopping Mall yang paling gah di Bangkok (selain dari One World (keluasan 830,000 sqm – dikatakan yang terbesar di Asia) yang baru dibuka semula pada 21 Julai 2006). Antara dua yang menarik ialah pelbagai jenis jerung dan species penquin. SOW juga menawarkan pakej bersiar-siar menggunakan ‘bottom glass boat’. Sambil ‘belayar’ dapat juga melihat dasar kolam buatan yang dihuni oleh berbagai species ikan yang cantik, menarik & berwarna-warni. Penerangan yang ditulis di luar akuarium juga dalam bahasa Inggeris dan Thai, jikamalas bolehlah menyewa audio pack – dengar sahaja. Interior dalaman ada persamaan dengan Aquaria KLCC. Suasana dalaman juga agak suram dan kelam. Ada pertunjukan video, ‘interactive games’, ‘feeding time show’ dan juga souvenir shop. Kalau nak tahu detail, kenalah melawat sendiri. Oooppss… Bayaran Masuk = BHT450, atau lebih kurang RM45 dan ianya lebih mahal dari Aquaria KLCC !!!
(p/s : pixs akan di'update' kemudian)

Monday, July 17, 2006

The One About Hits 1 Final 3rd Season - "Malam Budak AF"

Hitz 1 Akhir Musim Ketiga telah berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2006. 8 lagu bertanding bagi merebut 4 hadiah utama iaitu Lagu Terbaik (RM 25,000), Lagu Kedua Terbaik (RM 20,000), Lagu Paling Popular (RM 10000) & Persembahan Terbaik (RM5000). Lagu-lagu yang bertanding ialah Benang Emas (Nana & Achik Spin), Kerna Asmara (Dr Fazley), Antara Dua (Farah AF2), Ku Seru (Misha Omar), Kenapa (Shazzy feat Lah V.E.). Dilanda Cinta (Shanon), Mimpi (Daniel MI2) & Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M Nasir, yang dinyanyikan oleh Yazer AF3 & Felix AF3; memandangkan Mawi masih berkabung). Seperti mana yang telah diketahui - Lagu Jiwa Lagu Cinta telah berjaya membawa pulang 2 haidah utama iaitu Lagu Terbaik & Lagu Paling Popular. Lagu Kedua Terbaik pula diraih oleh Ku Seru.

Persembahan Terbaik

Barisan Hakim telah memilih Misha Omar bagi Ku Seru sebagai Persembahan Terbaik. Namun bagi aku ia lebih kepada Persebahan Vokal Terbaik dan bukannya Persembahan Terbaik. Keputusan ini mirip kepada keputusan Musim Kedua yang lalu, dimana Jac memenangi ketegori ini bagi Lagu Gemilang. Bagi aku, Persembahan Terbaik sepatutnya menobatkan Shazzy feat Lah V.E. bagi Lagu Kenapa, kerana bukan sahaja kawalan vokal yang baik, tetapi karektor yang ditonjolkan oleh Shazzy & Lah di atas pentas juga hebat - benar-benar seperti insan yang kecewa. Ditambah pula dengan kareografer tarian yang mengupas lirik Lagu Kenapa dengan mendalam dalam setiap gerakan taran dan props yang digunakan. Apabila menonton; seakan-akan gabungan klip video secara 'live' , pentomin dan taridra pula.

Shanon - terlalu bersahaja dengan piono beliau, sampai langsung tak melihat penonton. Pasangan penari beliau pula di saat akhir baru berkomunikasi dengan Shanon. Vokal Shanon, tidak perlu dipertikaikan lagi.

Farah - kawalan vokal yang 'superb', tarian yang 'superb', tatabusana sahaja kurang menyerlah. Kalu Farah tampilkan Adam dan Zahid dalam persembahan beliau tentu lagi gempak !!!

Shazzy feat Lah VE - Inilah persebahan 'favourite' aku. Di awal persembahan bila Shazzy duduk termenung di atas kerusi dan kemudia bergerak dari satu kerusi ke kerusi lain lantas penari beliau masuk serorang demi seorang memang menakjubkan. Gabungan vokal + rap + tarian + metafora yang hebat menjadikan persembahan ini seperti lengkap. Harap-harap Lagu Kenapa akan masuk Juara Lagu 2006 pula !!!

Dr Fazley - juga tidak mengecewakan, sporting jugak Shazzy membantu Paji. Bolah tahan juga Paji menari.

Lewat Acara

Sebagai "Celeb Hunter" semi-pro, sempat juga aku bergambar dengan antara artis yang bertanding. Nasib baik Mus ada ikut serta bolehlah jadi juru gambar tak bertauliah aku... Yeo dan Yanie juga turut serta meskipun lupa membawa kamera. Seperti biasa, kamera aku begitu cepat 'makan bateri', nasib baik berjaya mendapatkan beberapa keping gambar untuk kenangan.

Jase + Shazzy + Lah V.E. (sempat juga aku ucapkan tahniah pada mereka berdua, meskipun tidak menang - aku puas hati dengan kesungguhan mereka berdua)


Jase + Farah (Nasib baik sempat juga mengejar Farah dalam tergesa-gesa dia pulang, tapi masih sempat tertsenyum manis)

Jase + Daniel MI2 (Masa bergambar ni, Daniel belumpun membuat persembahan, kat belakang pentas dia tengah berlatih dengan penari ballet beliau. Jika di lihat dari segi jumlah penonton di Stadium, memang penyokong Daniel paling ramai - Pinkies Rule. Namun nasib tidak menyebelahi beliau, akhirnya tewas juga di tangan Raja SMS kita, Mawi.

Sheila On 7 cuma dijemput untuk sembang dengan Azwan? Untuk cuma lima minit? Dah ler tu, nyanyi pula tanpa muzik !!! Frust giler... nasib baik aku sempat mengejar Duta, sempat 'sign' CD lagi. Aku cakap ngan Duta yang aku akan jumpa dia lagi Selasa ini, insyaAllah dan bawa CD - 507 yang ada lagu Mantan Kekasih tuu...

Ini memang last kopek giler, Misha Omar, balik lambat giler - semua reporter nak interview dia kot... nasib baik aku terserempak ngan Misha semasa dia nak keluar dari pentas, ramai yang dah nak balik masa ni, inipun suku sakat Misha yang tolong 'snap'kan. Tahniah Misha...

Artis lain yang buat persembahan ialah Erra Fazira (Ya atau Tidak) & Siti Nurhaliza (Intrig Cinta & Biarlah Rahsia). Kedua-duanya menarik.

Bergaya dengan piala yang dimenangi oleh Yazer & Felix - Thank You staff Maestro yang bagi pinjam... ahaks. Dah memang tak boleh nak jadi penyanyi... dapat bergambar pun ok kan?


Hadiah.....Oh Hadiah..... Wow !!! Hebat juga Mestro dapat gondol bayak hadiah, memandangkan aku wartawan tak bertauliah, cuma dapat ambil gambar sipi-sipi sajalah...
Sempat lagi 'posing' tuu, yelah... ini bahan bukti yang aku sampai ke sini...

Lain-lain Komen?

Dari segi pengacaraan - menang tak lari dari 'trademark' RTM, Azwan & Anahita yang berimejkan 'glamour'. Ditambah dengan dua orang pelawak yang tidak diundang & tersesat, Abon & Mek. Secara keseluruhan boleh tahan, ada kala memuakan juga. Baju Azwan, masyaAllah!!!

Penonton pula tidak begitu 'happening'. Jika ada yang pernah menonton 'live' rancangan terbitan ASTRO, maka response penonton RTM dan ASTRO adalah seperti langit dengan bumi.

Lain-lain OK sahaja. Terima kasih kepada yang mengusahakan tiket, akhirnya dapat juga aku berpindah ke kawasan VIP atas budi bicara 'akak-akak Rela', ahaks.

Saturday, July 15, 2006

THe One When AC Turn 12, With Camelia...

Aku tiba agak lewat kali ini, bukan agak lagi... dah memang lewat sangat.... kurang 2 minit AC Disini akan keudara. Mula-mula aku bercadang ingin mengisi kerusi belakang sahaja bersama Cute & Chotto, tetapi memandangkan Yeo & Yanie ada di hadapan, maka aku 'tumpangin' sahaja. Seperti biasa muzik intro dimainkan oleh The Gorengz, untuk mana-mana penonton yang perasan - pemain keyboard The Gorengz bertukar lagi. Seperti biasa mesti pemain keyboard wanita !!!
CMP sudah pulang dari Konsert AF4. Kali ini CMP telah bersatu dengan Jasmin Hamid (peminat Mawi) untuk mencari scoop yang amat menarik di Menara KL. CMP kononnya hendak mencari Mawi yang diberitakan ingin menyendiri setelah dengan rasminya memutuskan pertunangan dengan Ina Isnin lalu. Untuk sesiapa yang tidak tahu Mawi adalah Duta Menara KL dan terdapat juga Galeri Mawi di Menara KL. Punyalah nak cepat - CMP ajak Jasmin naik G-Force di perkarangan Menara KL, ada kah patut. Tetapi yang sebenarnya CMP ni takut nak naik lift (selalunya orang takut nak naik eskalator, ini terbaliklah pulak). Seperti yang ramai telah tahu, Mawi cuma memohon agar Ina kembalikan gambar-gambar lama sahaja. Cuma Mawi sahaja yang tahu kenapa. Selepas gagal menjejaki Mawi di menara KL, CMP terus mendapatkan Pendapat Orang Ramai berkenaan Mawi Putus Tunang. Lebih kurang 7 orang mermberikan pendapat. Rata-rata mengatakan mereka menghormati keputusan Mawi, mawi tidak lupa daratan walaupun telah glamour (tetapi ada juga yang mengatakan ramai artis Malaysia yang sebegitu), ada juga yang bersetuju (ditambah pula kerana Ina mengejar glamour juga) ada juga yang tidak. Ada juga yang lebih 'daring' sanggup menagtakan ramai lagi perempuan di Malaysia ni... alahai !!!
Cabaran AC kali ini amat menggelikan, terutamanya akulah. Lokasi masih lagi di Desa Water Park. Kali ini tiga peserta diminta untuk memindahkan katak dari balang yang penuh dengan katak ke balang yang kosong. 'Brother' yang memenangi cabaran ini menerima RM50.00, sehelai t-shirt, rantai kunci dan katak untuk masak lemak... Ahaks !!! Lepas masak boleh hantar rumah AC.
Bagi segmen Isu pula, membicarakan soal Kastam menjual kereta mewah yang dirampas kepada kroni. Aku rasa perkara ini bermula di Parlimen, pertelingkahan seorang MP ini dengan pihak kastam memang seperti tidak ada sudahnya. Tetapi elok juga dari asyik membicarakan soal artis dan hiburan di parlimen kan? Ingat lagi isu pengacara rambut perang tercacak tahun lalu sampai dibincang di Parlimen? Banyak lagi isu pembangunan yang perlu dibicarakan wahai para MP!!!

Bual Bicara Episod 12 menjemput Ikon Fesyen Malaysia, siapa lagi kalau bukan Camelia. Apa yang aku perhatikan, Camelia ni makin kuruslah. Makin cengkunglah pulak. Bila ditanya AC, Camelia menyatakan yang album terbaru beliau "Mysticam" akan berada di pasaran bulan Ogos nanti. Berkenaan fesyen pula, Camelia mengatakan yang beliau memang gemar berfesyen dan kelihatan bergaya dan cantik. Menurut beliau lagi, tidak ada mana-mana bahagian pada diri beliau yang ingin ditukar. Paling menarik, rambut katanya (Iklan Pentene???). Sedar atau tidak Camelia pernah menjadi penghias muka depan majalah 'Bazaar', yang akupun tak pernah membacanya. Bukan itu saja - satu foto menarik beliau juga telah dipilih mejadi muka depan majalah 'Vida'. Bila AC bertanya soal Botox, dengan selamba Camelia mengatakan ia terpulang kepada artis tersebut. Jawaban selamat nampak. Camelia suka diingati sebagai penyanyi, model/jurucakap produk adalah bonus kepada beliau. Bila tiba ke acara kejutan, Camelia pun juak. Aku rasa dia pun tidak selesa jika jemputan itu adalah Ikhsan, bekas suami. Nasib baik, yang muncul adalah Eric Casa Impian. Kus Semangat !!! Menurut Eric, Camelia mempunyai 'taste yang tinggi' dan 'glamour'. Eric amat mengkagumi Camelia terutama dalam pemilihan gubahan bunga. Berselang-seli, dipaparkan pendapat orang ramai berkenaan Camelia. Maka terselitlah pendapat blogger glamer yang menginginkan Camelia mendapat suami yang 'hansem' dan kaya. Banyak betul soalan Si AC ni pada Camelia; sampai soalan jodoh Camelia, bila nak tamat zaman janda, sudah ada 'boifren', gossip dengan seseorang di PNB, gambar-gambar yang disebarkan di internet dan kenapa masih bekerja sedangkan lahir dari keluarga yang berada. Wow.... tak sempat aku nak catat !!! Camelia juga sempat menyanyikan lagu baru beliau... Do Do Do yang aku kira irama club !!! Camelia kata dia seorang pemalu?? Macam tak percaya saja.... :)) Rancangan di tamakan dengan AC Hall of Fame..., ah siapa tetamu minggu depan?

Secara keseluruhan, rancangan kali ini memang kelakar habis... tak habis-habis nampaknya idea lawak si AC ni. Yang lebih menarik kali ini, ibu bapa AC juga turut menjadi penonton. Selalu cuma ada isteri dan adik iparnya sahaja...


Seperti yang aku janjikan, inilah gambar Abang Jamil yang melukis karikatur semua tetamu Bual AC. Jika berminat dengan hasil kerja Abang Jamil, bolehlah berjumpa beliau di Colmar Tropical, Bukit Tinggi setiap hari Sabtu...

Thursday, July 13, 2006

The One @ Tora Datang Lagi... Ooppsss... Bora Ombak laaa

Sesi 6 orang pelajar AF4 yang telah tersingkir (Nora, Karen, Rich, Zila, Salima & Diddy)bertemu dengan peminat dan penubuhan Fan Club Rasmi yang diiktiraf oleh Astro/Maestro telah diadakan pada 12 Julai 2006 yang lalu, jam 9.00 malam bertempat di Bora Ombak. Berjaya atau tidak sesi ini? Sukar untuk aku tafsirkan. Bagi aku, cuma DDFC sahaja yang nampak begitu signifikan dan beria-ia; yang lain seperti suam-suam kuku gamaknya. Aku harap ia akan menjadi lebih panas menjelang Konsert Final AF4 nanti. Apa-apapun, 'door gift' yang diberi (beg Astro, frame gambar, lanyard AF, Kipas I Love Astro) memang 'mengancam'. Thanks A Bunch, aku suka !!!

Gambar ini mungkin menunjukkan betapa seriusnya para wartawan menjalankan tugas mereka untuk mendapatkan maklumat eksklusif daripada 6 orang pelajar AF4 yang telah tersingkir tersebut. Sesi temubual/temuramah ini dijalankan sebaik sahaja mereka selesai membuat persembahan. Tetapi yang lebih mengejutkan ialan AURA yang dibawa oleh blogger glamer kerana sebaik sahaja kami sampai dan duduk di meja, dia telah diterjah oleh kru-kru AC Disini untuk mendapatkan pendangan beliau tentang Camelia (Tetamu AC Disni pada 14 Julai 2006 nanti). Tidak cukup dengan itu, ketika kami enak menjamah selera pula, datang lagi sepasukan kru yang meminta kami bertiga membuat 'teaser' untuk menyokong pelajar AF4 yang masih meneruskan pengajian. Mahu tidak mahu aku terpaksa membuat kempen untuk Haaziiiiiqqq!!! Blogger glamer & kakak angkat dak miqul sudah semestinyalah AFUNDI Amirul. Tidak cukup dengan itu, Blogger Glamer bagaikan magnet menarik Jimmy Yezza pula, yang datang ke meja kami untuk menemuramah berkenaan Dazzling Diddy FC. Aku? Terpaksa menyamar.... Oh No Kamu !!! (Tengoklah nanti dalam Trek Selebriti OK).
Bora Ombak memang sinonim dengan Akademi Fantasia, mana tidaknya - tahun lalu juga aktiviti yang hampir serupa juga diadakan di sini. Tahun ini lagi bertuah nampaknya, para pembaca majalah Libur/Taverama terbitan Karangkraf telah memilih Bora Ombak sebagai Restoran Terbaik bagi tahun 2006. Hebat..., bagi mereka yang kurang pasti dimana letaknya Bora Ombak, begini; mercu tanda yang mudah ialah bersebelahan Pusat Sukan Ampang, belakang De Palma Hotel ataupun berhadapan dengan Hospital Ampang Putri. Dapat?

Antara malu, kebetulan, kesempatan dan peluang. Kak Eton, merupakan pemilik Bora Ombak. Sebenarnya kami sedang bergambar di hadapan "pintu gerbang" Bora Ombak. Tiba-tiba aku telah ditegur oleh seorang wanita. Beliau bertanya, samada ini merupakan kali pertama aku makan di sini; lantas aku menjawab, ya kali pertama. Katanya lagi, harap-harap ini bukan kali terakhir dan sila datang lagi. Aku pun bertanya kembali, puan ini pemilik Bora Ombak ker? Beliau tersenyum... lantas akupun meminta kebenaran untuk bergambar dengan beliau. Agak malu dan terkesima juga Kak Eton. Tambah aku lagi, insyaAllah saya akan 'update' dalam blog saya mengenai program dan tempat ini berserta gambar kami bersama Kak Eton. Sebelum beredar, sempat lagi Kak Eton memohon maaf jika ada cacat cela semasa program yang telah aku hadiri tadi. Dalam hati aku berkata, jika adapun - tentunya kami akan memaafkannya; sesunggunya pemilik 'down to earth' seperti Kak Eton tentunya akan mendapat keberkatan dari tuhan, ya... kerja tuhan siapa yang tahu. Yang pasti aku dan World Gang pasti akan sampai lagi ke Bora Ombak.


Lihatlah bukti yang Salima @ Sa5 memang mempunyai peminat dari pelbagai bangsa, agama, kepercayaan dan latar belakang. Sibuk benar dia melayan karenah peminat, terselit di situ juga Kakak Angkat Dak Miqul. Salima tentunya bergembira dan bersyukur menyambut semua peminat beliau, lantaran beliau juga antara yang banyak menjadi mangsa kutukan 'chatters' di @15. Malam tadi Salima menyampaikan lagu Hindustan... yang akupun tak tahu tajuknya. Aku mengharapkan agar Salima menyampaikan lagu Pascale (lagu Arab yang beliau nyanyikan semasa muzik@ria tempoh hari (memandangkan Yasin & Salleh ada mengatakan yang sebutan dan nahu bahasa arab serta tone suara Salima adalah lebih baik daripada kebanyakan artis Malaysia yang menyanyikan lagu bahasa arab); ternyata harapanku musnah .

Antara gambar masa persembahan yang sempat aku 'snap'. Ramai sangat wartawan hiburan, naik malu aku untuk berada di celah-celah mereka, siapalah aku ini. Gambar ini di ambil semasa Nora menyampaikan lagu Teman Tapi Mesra @ TTM (jika di Indonesia). Samaada perasan atau tidak, keempat-empat peserta wanita yang telah terkeluar adalah lebih jelita daripada dua orang peserta wanita yang masih tinggal di dalam Gudang AF4. Adakah ini bermakna yang para peminat seni suara tanah air sekarang sudah bijak menilai? Tidak lagi menilai rupa tapi kelunakan suara? Tepuk dada tanya selera.

Karen dengan Malam Muda Mudi lagi...., semakin hari semakin fasih si Karen nii, semakin sedap juga beliau menyampaikan lagu ini, semakin 'sporting' juga, tengoklah tangan beliau tuu... kat mana letaknya.... ahaks.

Baju Diddy, macam familiar sahaja. Nasib baik aku tak terbeli baju yang sama semasa sedang buat 'retail theraphy' di Isetan Suria KLCC sebelum datang ke Bora Ombak. Sebenarnya aku memang tidak bersedia sangat untuk datang, memandangkan tiada jemputan rasmi. Namun terima kasih pada blogger glamer & kaka angkat dak miqul yang telah mengusahakan agar aku mendapat jemputan. Nak tak nak aku terpaksa ke Isetan Suria KLCC untuk membeli baju warna oren. Cari punya cari akhirnya aku memutuskan untuk membeli t-shirt world cup pasukan Naderland meskipun aku bukanlah penyokong pasukan ini. Maka leburlah duit aku.... ahaks. Namun begitu memang berbaloi pelaburan aku kali ini; memandangkan akupun sudah lama tidak membeli t-shirt baru yang mahal - tambahan pula dapat menyertai satu program eksklusif. Nak dijadikan cerita, aku yang datang bersama Chotto & Cute mahu tidak mahu terpaksa menjadi penyokong Diddy; sebab mereka berdua ini Fanatik Diddy... siap ada banner lagi semasa Konsert yang lalu.... Alah, banner yang boleh digunakan depan dan belakang mengikut kesesuaian. Faham-fahamlah sendiri...

Nora ni lagi satu, memang sporting habis terutama bab-bab nak 'berposing' nii. Tidak banyak yang dapat aku tanyakan pada Nora memandangkan Nora sentiasa dikerumuni peminat untuk bergambar. Entah apa yang ditanyakan oleh wartawan semasa sesi bersama press selepas persembahan mereka. Aku lihat sampai tak sempat nak makanpun mereka...


Rich.... malam tadi menyanyikan lagu apa ntah, akupun tak tahu tajuknya... tapi liriknya lebih kurang seperti ini..."ai ya ya... gembira masa muda... ai ya ya....". Lagu lama. Rich begitu mematuhi syarat yang diletakkan oleh SM, sampaikan ke hand band pun kaler oren, marker pun digunanya marker merah untuk tandatangan Kipas "I Love Astro" !!! Peminat Rich @ Richy Rich pun tidak kurang ramainya... Yang pasti rambut makin panjang, janggut juga makin panjang.


Ini sebenarnya kali kedua aku bergambar dengan Zila AF4, kali pertama semasa muzik@ria yang lalu, semasa beliau dijemput bersama Nikki & Zahid. Malam ini Zila menyampaikan lagu 'popular' beliau, "Jika Kau Kekasih"; yang aku rasa lebih sedap disampaikan daripada penyanyi asal. Banyak juga Zila dapat hadiah malam itu, walaupun dari segi sorakan Zila FC (ada ker???) seperti tidak kedengaran bila Jimmy (yes... Jimmy Yezza) yang menjadi emcee pada malam tersebut menyuruh para penonton bersorak. Bila bergambar dengan Zila ini teringat pula akan bekas jiranku, Din yang kini menetap di Seberang Jaya. Beliau amat meminati Zila dan amat kecewa bila Zila kecundang dalam konsert keempat yang lalu... Mana tidaknya, ini merupakan kali pertama Din mengAFUNDI, memang dah kena Bahana AFlah Din nii...

Sunday, July 9, 2006

The One When The Last Brothers Got Married


8 Julai 2006 merupakan hari yang amat sibuk bagi aku. Pagi-pagi lagi selepas sarapan dah berangkat ke rumah Along aku bersama mak, abah dan angah. Mereka datang semalam dari kampung. Sampai di sana biasalah, Along aku baru melahirkan anak, Amylia namanya - ada banyak perkara yang perlu dibantu. Akupun sudah janji dengan anak saudara aku yang sulong (Adam) untuk ke sekolahnya berjumpa dengan guru kelasnya untuk mengambil 'report card' peperiksaannya yang lalu. Dalam pada itu aku juga telah berjanji dengan Muaz (PR Hijjaz) untuk berjumpa di Masjid Jamek Bandar Manjalara dan kemudian bersama-sama menghadiri Majlis Perkahwinan Abdullah Faiz (Faiz) anggota asal Brothers yang terakhir sekali berkahwin (Salleh, Shah & Yasin telah lama bertemu jodoh) di Shah Alam. Angah juga ingin megambil kesempatan untuk melawat Laman 2006 di Taman Tasik Perdana dan sudah semestinya di sebelah malam, Konsert AF4 !!! Jadi perancangan mesti rapi dan aku perlu menepati masa !!!


Sempat juga aku bergambar dengan kedua pengantin, Faiz & Zai. Pertama kali aku berjumpa mereka berdua (setelah bertunanglah) semasa Konsert Sinar Maulidurasul di Stadium Melawati Shah Alam pada 1 April 2006 yang lalu. Kebetulan aku duduk sebelah Zai masa tersebut, tiba-tiba saja apabila Faiz (yang kebetulan sedang 'bertugas' semasa konsert) nampak aku lantas merapati dan berbisik "sebelah tuu tunang saya".

Seingat aku selepas itu akupun telah tidak menghubungi Faiz lagi sehinggalah aku mendapat Kad Kahwin beliau minggu lalu. Mula-mula macam malaslah juga nak pergi. Memandangkan aku sudah membuat rancangan bersama keluarga, tetapi apabila mengenangkan yang aku telah dijemput dan Faiz (dan anggota Brothers lain) pun pernah bertandang ke rumah aku di kampung semasa membuat konsert di Kedah beberapa tahun yang lampau, aku pun bertekad akan mencuri masa. Lagipun Shah pun ada menelefon bertanya soalan yang sama. Bila Muaz kata nak pergi, akupun berjanji untuk pergi bersamalah. Kami, aku dan Muaz sampai agak awal. Selesai makan di bahagian yang agak tertutup (bersama 'mentara' majlis perkahwinan). Akupun mengambil kesempatan untuk menandatangani buku pelawat. Kemudian barulah Pemgantin sampai. Sempat jugalah aku 'snap' sekeping gambar.

Barisan para Vokalis Nasyid yang menyampaikan "Asmaul Husna" semasa kedua mempelai tiba.


Ramai juga artis yang datang (kebanyakannya artis Nasyidlah). Aku sempat bergambar dengan Yasin (Mentorlah pulak sekarang ni, dahlah tuu siap pesan aku masukkan gambar ni dalam blog.. ahaks!!!), Farihin (yang datang solo sahaja; katanya dalam perjalanan pulang ke Singapura). Dan yang comel tuu... tentu tahu anak siapa kan... kan... kan...

Masa yang mencemburui, maka tak sempat aku nak 'posing' banyak-banyak. Yang aku sempat jumpa hmm.... Salleh (Brothers), Akmal (Mirwana), Ito Lara (penulis lirik nasyid terkenal - Camar Kelukaan), Vokalis Far East... lupa lah pulak nama dia... Aahh... Shah, manalah pulak Brother yang seorang nii... lambat sikit katanya, dia masih dirumah menanti Firdaus (nama selalu dengar - kali pertama berjumpa semasa "post party" AIM 2006 yang lalu) semasa aku hampir nak keluar dari majlis.

Hampir jam 2.50 petang, aku dan Muaz terpaksa berangkat. Aku perlu menghantar Muaz ke Kota Damansara, Hjjaz ada persembahanlah pulak sedangkan aku pula perlu bergegas ke SMK Bukit Maluri bertemu Guru anak saudara aku, Adam.

Untuk Faiz & Zai, Selamat Pengantin Baru & Semoga Berbahagia.

Saturday, July 8, 2006

The One When AC 'Kena Demam Bola'

Ning & Jase. Antara lagu Ning yang aku suka ialah Curiga, Dugaanku, Antara Mungkin dan Curiga, Percaya, Awan Yang Terpilu. Ning juga pernah lahirkan album inggeris - Always.

World Gang (Jase, Zeyhey, Mirose, Chotto & Cute) bersama dengan Lady Boss !!!

Jase bersama karikatur Ning yang dilukis oleh Abang Jamal. InsyaAllah minggu hadapan akan aku paparkan wajah Abang Jamal pula...

World Gang bersama Yanie (bila album nak keluar ni?) & Nikki (Caramu - dia memang dah kenal giler ngan blogger glams nii)

Yanie & Jase

Cik Mat Poi

Setelah 3 minggu aku 'bersara' dari menyaksikan secara langsung AC Disini di Studio 2 Astro; maka miggu ini aku kembali menyertai World Gang dengan rutin mingguan kami. Zey & Rose tiba paling awal diikuti dengan aku dan akhirnya Cute datang bersama Chott.

Rata-rata warga dunia memang kena demam bola - dah hampir sebulan demam nii, maka AC Disini tidak terkecuali. Cik Mat Poi aku lihat seperti sedang bercuti di pantai buatan manusia di pinggir Kuala Lumpur tiba-tiba ditemani oleh Za8. Sambil bermain bola ada juga cerita berbaur gossip, cuma aku kurang pasti samada adakah seorang artis yang telah bertukar kerjaya menjadi cookie ooopss bookie laa !!! Lawak giler tengok aksi Za8 & CMP - hommies giler !!! Kemudian aku kira Cik Mat Poi beralih ke lokasi macam POGH sahaja menerumah para pengunjung tentang pasukan pilihan masing-masing. Tentunya merujuk kepada 2 pasukan yang telah melangkah ke final antara Itali & Peranchis. Antara soalan yang aku kira menarik ialah apabila CMP bertanya adakah Malaysia laya menganjurkan Piala Dunia. Bagi aku berdasarkan kepada pengalaman Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998 dan beberapa kejohan bertaraf dunia - aku pasti Malaysia Bole melakukannya. Cuma yang aku kurang yakin ialah samada pasukan bola Malaysia mampu memberi saingan di peringkat dunia. Kalau sekadar menganjur tetapi pasukan bola kita bertaraf estet, baik tak payah !!!

Ning Baizura

Bual AC kali ini menjemput Ning Baizura. Seperti kata kakak angkat Amirul pakaian Ning ala-ala pramugari Air Asia. Jangan mare yer king... merah sangatlah Mak Ngah. Bicara banyak menyentuh tentang zaman kejatuhan Ning; bukan sekali malah dua kali. Ning pernah menghadapi masalah apabila pengurusan artis beliau tidak paham akan industri hiburan Malaysia; kemudian cerita fantasi Ning yang aku kira masih segar dalam ingatan kita. Namun Ning boleh dijadikan sebagai contoh seorang manusia yang bangkit dari kemusnahan dan memperbaiki segala kesilapan, belajar dari kekalahan. Dan 'come back' Ning berjaya 'bermain' kembali di arena seni suara. 'Awan Yang Terpilu', berjaya dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM 2005. Ning juga bercerita tentang 'penyatuan semula' beliau dengan ayahnya yang telah 10 tahun berpisah. Tidak cukup dengan itu, Vernon - Pengurus Ning kini, mencerita 'kisah dalam almari' Ning dalam suasana yang ceria dan lucu. Bagi aku ini adalah antara Bual AC yang paling berjaya.

Siti & Datuk K lagi...

Aku ingat kisah Siti dan Datuk K ni dah basi dan tamat, rupa-rupanya hangat kembali dengan terhasilnya karya terbaru Pak Habib "Siti Nuraliza & Datuk K - Kalau Jodoh Tidak Kemana". AC siap call Pak Habib lagi untuk bertanya sedikit sebanyak berkenaan buku ini. Tak cukup dengan itu, menurut Pak Habib; semua yang ditulis adalah benar (memandangkan beliau secara sendiri menemuramah Datuk K), lantaran itu beliau sedia di saman jika ada pihak yang tidak puas hati. Konfiden sungguh Pak Habib ni... :))) Steadylah Pak Habib.

Thursday, July 6, 2006

The One About muzik@ria 4 July 2006

Rasa malas menguasai diri untuk menulis panjang lebar... akhir akan ku paparkan hanya snap shot menarik untuk tatapan rakan-rakan. Ini gambar World Gang dengan Hani, bagi blogger glamer & kakak angkat amirul entah dah berapa kali mereka bergambar dengan wachaa !!! Gambar inipun dari kamera Cute. Lawaknya, bila staff astro tuu tolong ambilkan gambar dia dah 'tercrop' muka SpiderX ngan Cute... katanya tak tahu nak zoom in/out... alahai Farhan !!! Ini kira peluang terakhirlah, sebab lepas nii saja terus semua 'dihambat' keluar... dan seperti biasa 'orang itu' akan mengejar Farishlah pulak.... kwang 3X.

Seperti biasa ramai yang cuba mendapatkan photo tiga gadis pingitan.. akupun turut teruja... hasilnya... Salima, Hani & Siti Nuraliza (Baju Siti nii mesti sebab teruja dengan Superman Returns... betul tak?)
Salima... dengan lagu arab beliau. Boleh tahan dia menyanyikan lagu arab... persoalannya adakah Salima memahami dan boleh berbicara menggunakan bahasa arab? Tak perasanlah pulak.... 'tag audience' tuu masih terlekat di bajuku.... malu... malu...
Maya, Pengacara Beat TV yang amat 'sporting', selalu tersenyum dan 'cute', siap duduk dikalangan penonton dalam Warung Hani lagi. Peminat setia Siti katanya, tapi 'kantoi' tak hafal lagu Siti sebab terlalu 'nerves' dan 'terkesima?'. Tapi dia menari masapenutup muzik@ria tuu boleh tahan juga... macam pengunjung setia pusat hiburan lagaknya...

Kali ini nampaknya kakitangan Astro tidak membenarkan kami bergambar berdua dengan Siti. Jadi gambar Siti sedang menandatangani CD inipun ditangkap secara curi oleh lelabah gergasi. Terima Kasih... berdasarkan baju, tangan dan sayap itu... maka jelaslah gambar ini antara aku dan Siti. Sebenarnya masih banyak lagi CD/VCD Siti milikku yang belum Siti tandatangani... tunggu masa dan ketika.