Lirik Lagu Mencari Konklusi (Hujan)
Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti
Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari
Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita
Kan ku cari konklusi
Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita
Kan ku cari konklusi
Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita
Kan ku cari konklusi
Nota Jase :
Lagu bukanlah antara yang saya minati... Namun begitu video klip lagu ini menarik minat saya kerana ia menampilkan salah seorang bintang filem/pelakon berkarisma dari tanah seberang yang amat saya kagumi. Siapa lagi kalau bukan Fauzi Baadila (Ingat 9 Naga?). Ya... saya masih menunggu kiriman DVD Jamilah dengan Sang President (lakonan mantap Fauzi @ Ojie) titipan dari sahabat saya Pak Daniel @ Bung Joko. Kapan saya akan dapat ya? Huhuhu...
Monday, May 31, 2010
Mencari Konklusi - Hujan
Sunday, May 30, 2010
Dutch Lady telah menganjurkan World Milk Day bertempat di Pusat Membeli Belah Pavilion, Kuala Lumpur hari ini. Pelancaran dan aktiviti memecah rekod acara meminum susu paling ramai di Malaysia telah dilangsungkan seawal jam 10.00 pagi tadi. Meskipun begitu saya tidak mampu untuk turut serta acara tersebut kerana masih belum pulih sepenuhnya dari 'kesakitan' dek kerana pendakian Gunung Ledang. Saya cuma dapat sampai ke Pavilion di sebelah petang kira-kira jam 4.30 petang. Lagipun saya memang ada aktiviti lain di sebelah tengah hari...:)
Dalam pada itu; artis yang terakhir yang menghiburkan para pengunjung di Pentas World Milk Day ialah Alif Satar dari OIAM1 !!! Alif sampai ke Pavilion kira-kira jam 5.00 petang. Alif memulakan persembahan kira-kira jam 5.30 petang telah menyampaikan 3 buah lagu iaitu Akan Tiba, Better Man (Robbie Williams) & Jangan Nakal (lagu porpular beliau). (Saya agak ralat kerana lagu Cukup Indah tidak dinyanyikan oleh Alif). Mungkin ramai yang tidak tahu yang Alif masih belum baik dari demam ketika membuat persembahan namun begitu beliau telah berjaya menyampaikan kesemua lagu dengan baik sekali begitu juga berinteraksi dengan para pengunjung dengan penuh yakin dan ceria. Mungkin Alif perlu minum susu untuk menghilangkan demam !!! Kan... Kan... Kan...
Usai membuat persembahan Alif sempat meluangkan masa dengan peminat untuk bergambar, menandatangani CD dan juga poster. Tahniah Alif. Keep It Real Lil Bro !!!
Kenduri Cokelat Beryls
Sesungguhnya saya memang bukan penggemar cokelat sebenarnya. Tetapi jika ada buffet makan cokelat secara percuma apa salahnya mencuba. Terima Kasih Beryls (salah satu pengeluar cokelat terkenal tanah air) kerana selama 3 hari berturut-turut telah sudi menjamu kami (kita semua yang sudi) dengan cokelat yang dihasilkan oleh kilang mereka. Bermula sejak 28hb Mei yang lalu dan tamat kira-kira jam 6.00 petang tadi (30 Mei 2010) kita semua di ajak untuk makan cokelat secara percuma di sini. Saya dan Lisa cuma sempat untuk menjamah cokelat Beryls kira-kira waktu makan tengah hari tadi. Boleh tahan kenyanglah juga. Nasib baik ada jual air mineral dapatlah juga membasah tekak yang 'lekat' dek cokelat (terutama bagi mereka yang terlebih 'rasa').
Ini merupakan promosi dan tarikan terbaru Beryls di Bangi. Kilang ini baru sahaja beroperasi sebenarnya. Sebelum ini kita semua pasti tahu bahawa Beryls berpengkalan di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Seperti biasa, sesudah merasa semua jenis cokelat. Semua pengunjung pasti akan teruja untuk mendapatkan sedikit buah tangan. Tetapi buah tangan ini perlulah di beli di kedai cokelat yang sedia beroperasi. Bukankah begitu?
Selepas ini, jika masih berminat untuk berkunjung, Kedai Cokelat di Kilang Cokelat terbaru Beryls ini akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga Sabtu. Lapang-lapangkan hari kita ya... !

Alhamdulillah... Akhirnya Ku Tawan Juga Puncak Ledang
Alhamdulillah.... setelah lebih kurang 13 tahun meninggalkan 'arena pendakian' akhirnya saya tewas dengan ajakan rakan-rakan sekerja untuk menawan Puncak Gunung Ledang yang belum pernah saya jejaki lagi (Kali terakhir saya menyertai XPDC Pendakian ialah pada 31 Ogos 1997 ke Gunung Datuk). Setelah hampir gagal XPDC ini akibat kesibukan bekerja dan tuntutan kerjaya (setelah berkali-kali ditunda) akhirnya kami mengambil kesempatan sempena Cuti Umum Hari Wesak untuk memula dan menmatkan pendakian Gunung Ledang. 28 Mei 2010, jam 11.00 pagi telah menjadi saksi kepada kejayaan 12 pendaki amatur sampai ke puncak. Terima Kasih kepada En Azam dan geng beliau yang membantu kami merealisasikan impian. Terima Kasih kepada Anis yang memastikan XPDC ini berjaya dilangsungkan akhirnya. Kepada rakan-rakan pendaki lain (terutama Mas, Faisya, Marry Anne & Nazam), insyaAllah Kita Bertemu Lagi di lain pendakian. Jom Broga minggu depan...? Hahaha...
Wednesday, May 26, 2010
Gunung Ledang Tunggu Aku Datang...

Gunung Ledang yang di dalam bahasa Inggerisnya di panggil Mount Ophir adalah sebuah gunung yang terletak di Daerah Ledang, Negeri Johor Darul Takzim dan bersempadan dengan Negeri Melaka. Pekan kecil yang paling hampir dengan gunung ini ialah Pekan Asahan. Ketinggian Gunung Ledang ialah 1,276 meter. Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di Selatan Semenanjung Malaysia dan kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Gunung Tahan.
Seandainya berada di puncak gunung ini pada hari yang cerah, kita boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas sekali.
Taman Negara Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Apa yang pasti, Gunung Ledang juga amat terkenal dengan Legendanya yang tersendiri iaitu Puteri Gunung Ledang.

Doakan saya selamat pergi, mendaki dan kembali. Telah lebih sepuluh tahun saya berhenti dari aktiviti rekreasi dan mendaki gunung. Namun ajakkan daripada rakan-rakan sepejabat membuatkan saya teruja semula. Kami, seramai lebih kuran 14 orang akan berangkat ke Gunung Ledang esok dan memulakan pendakian pada awal pagi Jumaat. Tunggukan saja perkembangannya ya..:)
Crocs Goes Nation !!!

Saya sedang menonton persembahan Top 2 American Idol 2010 Finale di StarWorld (Saluran 711). Ya... saya menyokong Lee DeWyze untuk mengungguli AI9. Sesungguhnya dalam pada itu juga, saya juga teruja dengan Kempen terbaru Crocs sempena World Cup 2010 di Afrika Selatan. Crocs dengan begitu kreatif telah mengeluarkan Koleksi Crocband Nation dengan 14 corak dari 14 negara yang mengambil bahagian di pusingan akhir world Cup 2010. Meskipun warna kegemaran saya Jingga/Oren tetapi untuk koleksi kali ini saya lebih berminat dengan model Argentina, Afrika Selatan dan Brazil. Mungkinkah ini akan menjadi koleksi Crocband saya yang pertama. Waduh... Waduh... sungguh mengujakan !!!
Monday, May 24, 2010
Jemputan Rakan2 Baru Geng BlackBerry

Penukaran telefon bimbit kepada jenama BlackBerry yang dikempen 'bagai nak rak' oleh Arwah Lan menyebabkan saya sama turut terlibat dengan keterujaan untuk berBBM (ialah PERCUMA kan...). Mula-mula dijemput oleh rakan seBAKTI untuk membentuk kumpulan BBM, kemudian tiba-tiba; tanpa disangka-sangka saya mendapat jemputan untuk kumpulan BBM yang baru yang diketuai oleh Ustaz Asri Ubai Rabbani yang diberi nama 'Geng BlackBerry'. Kumpulan ini memang aktif 'berceloteh' dan memuat naik gambar sehingga saya tak termampu untuk melayan kadang kalanya. Yang saya kenal 'rupanya' dan orangnya sebelum ini cuma dua orang sahaja; Ustaz Asri Ubai dan Abai Hijjaz. Yang lain memang tidak pernah berjumpa.
Sementelah Rabbani mengadakan Persembahan di Majlis Hari Ibu bersama Rabbani di Hotel Singgahsana pada 23 Mei 2010 dari jam 1 - 6 petang yang baru lalu, maka saya telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis (dengan menepuk tangan) dan sambil makan Hi-Tea (menjamu selera) di sana. Terima Kasih kepada En Lan yang memajangkan jemputan, dapat juga saya bersua muka dengan En Lan, Kak Shima dan En Basha (yang merupakan ahli 'Geng Blackberry'). Rakan-rakan BBM 'Geng BlackBerry' yang lain insyaAllah panjang umur kita ketemu yaa...:)

Subscribe to:
Posts (Atom)