Thursday, November 12, 2009

Kemelut Pernikahan Damian & Nadia...


Kad Undangan & Hadiah Perkahwinan untuk Damian & Nadia yang masih tersimpan di rumah. Tidak sempat untuk diserahkan kerana Majlis pada 26 September 2009 yang lalu di batalkan gara-gara 'musuh dalam selimut'?





Kepada mereka yang terlepas menonton Melodi terutama dalam Kemelut Pernikahan Damian & Nadia, bolehlah menonton di sini. Seingat saya ada tiga episod antaranya, temubual tentang dakwaan bapa Nadia, kemudian tampil pula ayah Damian membuat penjelasan dan akhir sekali apabila Nadia tampil untuk menjelaskan pokok perkara bagi pihak dirinya. Mungkin ini adalah kebenaran yang kita sama-sama tunggu selama ini? Bilakah Episod ini akan berakhir?

Untuk Damian, diharap dapat bersabar, tawakkal dan selalu berdoa kepada Allah s.w.t. atas dugaan hebat untuk seorang Saudara Baru yang sedang saudara ditempuhi. InsyaAllah, ada sinar yang sedang menunggu dipenghujung episod ini. Tanpa ragu, I Will Always Support You !!!

Saturday, November 7, 2009

The CUCI Boys of Malaya !!!





It's only one word can describe CUCI The Musical. It is AWESOME !!! I meant it truly from the heart. I wish I could watch it again for the second time. For those who has not bought the tickets yet.. Just rush to IB for today's and tommorow's show. You won't regret it. Bravo Hans & his team !!!

Wednesday, November 4, 2009

Seputar Majlil Tahlil & Sambutan Haji Jadi Ekin



















Nota Jase : PERTAMA-tamanya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mawi & Ekin kerana sudi menjemput saya dan rakan rakan ke Majlis Tahlil (4.30 petang) & Majlis Sambutan Hari Jadi Ekin (8.00 malam). Dalam SMS katanya dari 3.00 ptg sampai 11.00 malam. Saya datang 2 syif lagi, Hahaha. ya lah... kantor dekat rasa macam bersalah pula kalau tak datang tahlil. Nasib baik boss sporting, dapat perlepasan awal hari ini. Kalau tak terlepas untuk buat pahala. Solat berjemaah Asar di kediamamn Mawi dan membaca Surah Yasin. Lebih kurang jam 6.30 ptg saya pulang untuk mandi dan sampai semula buat kali kedua ke kediaman Mawi bersama Lisa, Zul, Su, Yeo, Yani & Yogi untuk sambutan hari jadi dan seterusnya melihat upacara memotong kek (penting ni sebab pesanan 'tuan rumah' - kena tunggu sampai habis majlis, hahaha).

Saya cuma sempat sekali mengambil gambar dengan Mawi. Sekali sahaja. Itupun menggunakan kamera Cute. Hmm... Apa lagi nak cerita. Juadah? Nasi Briani Johor. Itu menu utamalah... Otak2 Satar pun ada. Sedap memang sedap... lebih-lebih lagi saya yang makan usai tahlil kira-kira jam 5.30 petang. Masih panas...:)

Siapa yang kelihatan? Selebritilah... Rabbani, Along, Zila, Man PA (Selebriti ka dia ni?), Datuk Haji Fadzilah Kamsah, Erra, Linda Onn dan ramai lagi... Dan lagi sorang Kak Shidah pun ada... dia datang dengan teksi.

Alamak... nagntuk giler dah ni... Nak kena tidur. Esok ada meeting di KLCC & reheasal di The Chulan Royale. Hmm... Mawi Thank You Banget !!! Ekin... semoga panjang umur, murah rezeki dan tercapai segala cita. JaseMario... TIDUR !!!

Sunday, November 1, 2009

Poliklinik Baru di Bandar Putra Permai






"Brochure" Poliklinik An-Nisa yang meuar-uarkan senarai perkhidmatan dan panel. Piloklinik ini mula beroperasi di Bandar Putra Permai sejak bulan puasa yang lalu. Sehingga kini Dr Hj Aslan seorang sahaja yang menjalankan tanggungjawab sebagai Pegawai Perubatan di sini. Beroperasi 7 hari seminggu. Jika kebetulan kesihatan terganggu bolehlah datang untuk mendapatkan rawatan.





Ini adalah Dr Hj Aslan Bacho yang juga merupakan salah seorang 'saudara' saya di Tawau, Sabah. Saya memang ada lagi 'saudara' di Tawau, Sabah sebenarnya. Saya mengenali Dr Hj Aslan ini sejak beliau memulakan pengajian di peringkat Matrikulasi di UPM, Serdang sebelum melanjutkan pelajarannya ke tanah seberang. Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran beliau dari UNSRI Palembang, Sumsel, Indonesia. Setelah bertahun berkhidmat di negeri di Bawah Bayu, kini beliau telah berhijrah ke Semenanjung lantas membuka klinik di sini. Kebetulan pula saya dijemput hadir untuk Majlis Pembukaan Rasmi Poliklinik ini pada 31 Oktober 2009 yang lalu. Jadi saya ingin menambil kesempatan ini untuk mengajak para pembaca yang tinggal di kawasan sekitar Bandar Putra Permai untuk datang mendapatkan rawatan di sini jika ada keperluan. Saya juga telah mendapat rawatan suntikan vaksin H1N1 di sini sebelum berangkat ke Gold Coast, Australia tempoh hari.



Majlis yang nampak sederhana tetapi ramai juga yang datang tanpa henti. Selain solat hajat, bacaan doa selamat juga di adakan. Saya tiba dengan jiran saya, Zul usai solat Asar. Makanan yang di hidangkan boleh tahan enaknya. Nasi, Mee dan Satay pun ada.



Tetapi juadah ini rasanya paling istimewa yang di bawa khas oleh ibu Dr Aslan dari Tawau, Sabah. Malangnya saya tidak sempat untuk bertanya apakah nama kuih ini. rasanya manis, ada biji bijan. Lebih kurang seperti kuih keria di semenanjung.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Maju Jaya untuk Dr Aslan sekeluarga dengan pembukaan klinik ini serta kerjaya baru sebagai ahli perniagaan. All the Very BEST !!! InsyaAllah segalanya akan mendapat berkat.

Ke Laman Santai Lagi Kita


Laman Santai bukan hanya tempat untuk berlibur di hujung minggu dengan persembahan di Pentas Terbuka Laman Berining tetapi juga tempat untuk menjamu selera setiap malam minggu. Mungkin hidangan ataupun juadah yang dijual tidaklah sehebat mana, dalam kata lain seumpama gerai di Pesta Konvo IPT sahaja tetapi dengan harga yang berpatutan ia memang berbaloi. Kali ini saya tertarik dengan Roti Arab + Kari Ayam = RM3.00/=. Istimewanya juadah ini adalah kerana Roti Arab ini diuli dan digoreng sesudah order diterima. Rasanya...? Cuba dulu baru tahu.


Para penari Istana Budaya memulakan persembahan malam tadi dengan sebuah tarian daripada suku kaum Malanau di Sarawak. Saya lupa pulan nama tarian ini. Menari di pentas terbuka memang mencabar. Terutamanya kerana sebenarnya para penari akan terasa terlalu dekat dengan penonton dan penonton pula lebih mudah untu nampak kesilapan gerak-geri tarian. Namun begitu, dek kerana sudah 'pro' maka semuanya namapak cantik dan teratur. Tahniah... Hmm... Kalau menarik di dalam hujan. Amalak (read Alamak)... Nasib !!!


Band D'Has (maaf jika tersalah eja) kerana skrin besar di Laman santai ini tidak pula menunjukkan ejaan nama band ini. Dalam pada itu, pengacara (Rosnan) pula macam tersasul menyebut nama band ini. D'Hans ataupun D'Has? Lupakanlah... yang penting band ini telah diterbangkan khas dari Brunei Darussalam !!! Mereka yang muncul 2X ini telah menyampaikan 5 buah lagu. Ada yang ciptaan mereka sendiri (Kau Mimpi Burukku) ada juga menyanyikan lagu porpular band tempatan seperti Itu Kamu & Situasi. Verdict? Hmm... ada potensi.


Malam ini saya baru terasa yang suara Rosma ini sedap rupanya. Mungkin Rosma patut masuk OIAM4 ataupun WCOPA (di Hollywood) untuk membuka mata kembali para peminat seni dan penerbit album. Rosma juga muncul 2X dengan 5 - 6 buah lagu. Persembahan Rosma seperti bersedia penuh dari segi vokal meskipun terdapat sedikit masalah CD minus one yang tersalah pasang. Rosma bijak memilih lagu. An tara lagu yang disampaikan Rosma ialah Bunga Tanjung, Tragedi Buah Epel (yang membuatkan seluruh peminat AF1 Histeria selepas Rosma diumumkan oleh Pak Nil untuk meninggalkan AF1 pada minggu Rosma menyanyikan lagu ini) dan Darah Muda. (Off Record : Rosma juga kenal akan Kak Shidah !!!) Siapa Kak Shidah? Tunggu...



Cikgu memang bertuah...! Siap dapat hadiah lagi malam ini setelah dengan penuh yakin menjawab soalan yang diajukan oleh Rosman berkenaan Cuci The Musical !!! Setelah di asak Rosman, Cikgu mengatakan YERP ! tanda mengunci jawaban yang diberi. Maka.. Tak sia-sialah Cikgu Jah membatalkan kelas tusyen malam ini untuk menonton Mawi. Kwang 3X.


Inilah Primadona Kak Shidah yang memang cukup dikenali ramai di Laman Santai (mungkin juga di berbagai acara seni di sekitar ibu kota). Akak Shidah ini amat sporting dan sering berbalas cakap bukan sahaja dengan pengacara malah dengan semua artis yang membuat persembahan. Lihat sajalah langkah tarik Ka Shidah yang amat hebat untuk seorang amatur !Bukan Rosma sahaja yang mengenali Kak Shidah ini. Mawi juga !!! YES, Mawi juga. Maka teringat pula saya yang kelibat Kak Shidah ini memang kelihatan di kenduri Mawi di FTA tahun lalu. Katanya beliau turun ke JB dengan bas Transnasional dan bertanya orang ramai untuk sampai ke lokasi kenduri. Hebat... Aapa yang lebih hebat? Kak Shidah ini juga mempunyai pertalian yang rapat dengan Cute & Mus... Laaaariiiiiiiiiiiik!!!


Ini lagi satu band yang saya tidak sempat untuk mendapatkan maklumat. Kiranya nama band hip hop/rap banghra ini namanya Go-Katz? Begitulah sebutan yang dapat telinga saya tangkap ketika dua kali mereka muncul. Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Sinkh Rapper utamanya (yang berkepala botak) bertutur bahasa Malaysia dengan teramat fasih sekali. Menyanyikan lagu Bhangra (bahasa Hindi? ataupun Tamil) dengan Bahasa Inggeris. Lagu mereka amat catchy membuatkan kami kita terasa ingin bergoyang mengikut rentak meskipun tidak paham sepatah haram. Yang lebih menarik ialah mereka ini merupakan golongan terpelajar !!! Sorang Doktor, penguam, Pelajar Undang-Undang dan Business Man. Hebat Kan? Lagi satu sebelum terlupa... dengan cerita lagu dari band ini telah memasuki carta lagu di UK. Betul ke?



Mawi !!! Seperti yang telah saya katakan... Mawi muncul buat kali pertama di laman Santai setelah lebih tiga tahun bergelar artis !!! Hebat kan malam ini. mawi menyampaikan 3 buah lagu yang selalu dinyanyikan beliau iaitu Rindu Padamu, Beautiful Maria & Lagu Jiwa Lagu Cinta. Kalau di tanya saya secara personal tentunya saya ingin mendengar Mawi menyanyikan lagu Lagit Biru, Cinta Zulaikha dan Tercipta Untukku. Ataupun Sujud !!! Bukan mudah untuk Mawi menyanyikan lagu-lagu tadi... Huhuhu. Mawi seperti biasa memang akan mengambil masa untuk melayan peminat. Sempat lagi saya ternampak Mawi di sapa oleh Zubir. Entah apa yang ditanya Zubir sayapun tak tahu. Untuk saya, insyaAllah saya akan bertemu mawi lagi 4/11 nanti. Untuk apa... Tunggu saja entrynya !!!


Ella... Memang terlebih sempoi malam ini. Mungkin simple tetapi amat sesuai dengan persembahan di Laman Santai. Ella yang saya kira mungkin juga kali pertama turun di Laman santai ternyata masih berbisa. Peminat bertambah ramai yang datang ke hadapan bukan sahaja untuk melihat Ella dari dekat tetapi juga untuk mengambil gambar dan ikut bernyanyi dengan Ella. Ella juga sempat menyampaikan 3 buah lagu - Sepi sekuntum mawar Merah (maaf kalau tersalah sebab masa ini saya di belakang sedang menunggu Mawi), Pusii Hamba & akhir sekali Layar Impian. Persembahan Ella mantap. Saya terhibur. Meski ralat kerana tidak sempat menegjar Ella untuk bergambar tetapi puas kerana Ella sempat menandatangani "CD Standing In The Eyes..." saya yang telah saya simpan 11 tahun !!! Hebatkan malam ini?

Pertama Kali Mawi di Laman Santai



Semasa bermalam di PETROSAINS pada 30 -31 Oktober 2009 yang baru lalu (alamak - tentunya saya akan terpaksa membuat entry menarik berkenaan camping di PETROSAINS kan?), saya menerima 'automated SMS' berkenaan persembahan Laman Santai jam 8.30 malam pada 31 Oktober 2009 yang akan menampilkan Mawi & Ella sebagai tarikan utama. Memang menarik kerana jika ini benar-benar berlaku maka ia adalah kali pertama Mawi akan membuat persembahan di Laman Santai setelah kurang lebih 2 tahun Laman Santai diwujudkan !!! Lantaran itu saya pun meminta bantuan Cikgu Jah untuk menghubungi 'orang kuat' Mawi untuk mengesahkan maklumat tersebut.

Ternyata pagi 31/10 saya mendapat pengesahan tersebut di mana Mawi benar-benar akan muncul. Maka seperti biasa.... saya terpaksalah menyebarkan maklumat ini kepada 'anda tahu siapa anda'. Kan... Kan... Kan... Maka leboh kurang jam 8.00 malam saya pun sampai ke Laman Santai bersama Lisa dan Cikgu Jah telah siap sedia menunggu. Yang lain-lain katanya nak datang tetapi mungkin sebab cuaca yang kejap-kejap hujan maka ada yang membantutkan niat. Namun begitu... suasana Laman Santai memang ramai dengan pengunjung yang pastinya untuk menunggu Mawi dan Ella !!!


Persembahan Mawi? Tidak ada cacat celanya. Seperti biasa ia memang akan menawan hati para peminat Mawi (Kalau yang tak minat memang saya tak boleh nak jawab... kan?). Ketika Mawi mula membuat persembahan maka barulah kelihatan ramai peminat mula berani ke hadapan untuk mengambil gambar dan menonton persembahan dari jarak dekat. Mawi menyampaikan tiga buat lagu yang memang kerap dinyanyikan oleh beliau (jika ada persembahan terbuka) iaitu Rindu Padamu (nyanyian asal Yasin - mungkin ada baiknya Mawi merakam semula lagu ini, saya kira Yasin tentu tak kisah kan?), Beautiful Maria (dari AF3 - lagu Inggeris penuh nostalgia untuk Mawi) & Lagu Jiwa Lagu Cinta (dengan menjemput seorang peminat yang pandai menyanyikan lagu tersebut - nasib baik Mawi tak mengajak saya kerana saya memang kurang pandai sikit menyanyikan lagu ini... Huhuhu). Usai menyampaikan ketiga-tiga lagu tersebut maka Mawipun berangkat untuk pulang dans udah tentu beliau masih di tahan oleh peminat untuk bergambar.... maka, tentunya ini membuktikan yang bintang Mawi masih bersinar. Bukankah begitu? Saya... sudah tentu sempat untuk bergambar juga kan.... Ini ini acara wajib saya...:)

I'm Standing In The Eyes of ELLA


The CD above is very valuable to me. Not just because Ella's signature on it after 11 years (I met Ella just now @ Laman Santai just after her short performance of 3 songs due to limited of time). YES !!!.. This CD was released in 1998, it is a collectors item actually and very rare for people who still keep this. It was dedicated to the 16th Commonwealth Games in 1998 which held for the very first time in Kuala Lumpur, Malaysia. The Song "Standing In The Eyes of the World" (one of my everlasting favaurite) is written by Wah Idris (now Datuk) and David Gates (of the Group Bread in the 1970s). The Malay lyrics is written by Habsah Hassan (the English version is off course by David Gates). The Song "Standing In The Eyes of the World" is a very postive song that should be listened us when we are 'down' or 'demotivated'. We do not have much song with such a positive tone nowadays. So... keep Listening to this song and kee moving !!!


Ini adalah beberapa shot yang sempat saya ambil dari persembahan Ella di Laman Santai sebentar tadi. Muncul sebagai Penyanyi terakhir (selepas Mawi) yang membuat persembahan sebenarnya 'memudaratkan' Ella terutama apabila 'show over run'. Kesian Ella, kesian peminat Ella lebih lagi tentunya tidak puas untuk melepaskan rindu setelah persembahan terakhir beliau di khalayak ramai semasa Konsert Power Shot tempot hari rasanya. Ella sempat menyampaikan 3 lagu iaitu Sepi Sekuntum Mawar Merah, Puisi Hamba & Layar Impian. Pakaian Ella malam ini pula seperti mereka yang hendak keluar berjogging... tetapi terasa lebih dekat dengan peminat nampaknya. Tetapi yang paling nyata ialah biar apa pun orang kata... Ella memang masih memiliki STAR POWER yang amat UTUH. Tahniah... !!! Saya pun salah seorang peminat Ella juga...:)