Wednesday, July 9, 2008

Sonata Untuk Nazrin & Marina...


"Labu Sayong bawa ke kota,
Bayu tengah bertiup lembut;
Ibu beruntung, ayahpun suka,
Putra dinikah, menantu disambut.

Dinihari menanam jagung,
Mangkuk jorong, berisi labu;
Malam ini kita berkampung,
Dalam berkampung memohon restu.

Persis memandang, luasnya laut,
Tepian kali, tumbuh keladi;
Hati terkenang mulut menyebut,
Nyatanya budi lekat di hati."


Nota Jase :

Dua minggu lagu saya telah diminta untuk menyediakan ucapan daripada seorang bapa yang perlu berucap untuk majlis perkahwinan anak beliau. Permintaan ini datangnya dari rakan sekerja saya. Setelah permintaan itu terperap lama, semalam baru saya sempat mengarang ucapan yang diminta; yang merangkumi antara lain ucapan untuk anak menantu, pesanan, harapan dan juga ucapan terima kasih untuk saudara mara yang membantu menjayakan majlis tersebut. Majlis gilang-gemilang itu bakal berlangsung Ahad ini (13 Julai 2008) yang mana saya sudah tentu tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai komitmen lain. Biar pena saya sahaja yang menjadi wakil. Alhamdulillah teks tersebut yang siap lewat semalam dan sudahpun di-emelkan selepas itu. Pagi tadi (ketika saya bermesyuarat di melaka) saya mendapat jawaban ucapan terima kasih daripada rakan sekerja tersebut. Cukuplah tuu... Saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi pantun yang sempat siapkan untuk beliau. Teks ucapan tersebut biarlah menjadi simpanan saya...

Monday, July 7, 2008

SEPI.... Cinta Tak Datang Hanya Sekali

SEPI… Hasil buat tangan terbaru Kabir Bhatia setelah hampir dua tahun CINTA muncul menemani hidup kita. SEPI menampilkan cerita cinta romantik 3 individu yang belajar tentang erti cinta, kehilangan, harapan yang tidak kesampaian, pengorbanan yang perlu dilakukan, bagaimana merawat kedukaan dan mengharungi kesepian itu sendiri.

Adam… diulit oleh kisah dikejar cinta Suzie dan rasa ingin memiliki Ilyana. Adam, lambang kepada kejayaan seorang chef yang sentiasa hadir dengan kek perkahwinan ‘masterpiece’nya. Tetapi hakikatnya masih mencari pengantin perempuannya. Kemelutnya bertambah kerana sentiasa menemui wanita yang salah, dikejar oleh wanita yang tidak cintainya sehingga Adam bertemu dengan Ilyana yang disangkakan ‘soulmate’ beliau. Namun yang indah itu tidak semudah yang di sangkakan. " Buat apa berjumpa, hanya untuk berpisah..."

Sufi… setiap hari berlari berbatu-batu untuk melepaskan diri dari cengkaman rasa bersalah atas kematian isteri beliau. Kesepian membelenggu. Rasa bersalah menghantui. Kehidupan tidak bermaya. Satu hari beliau bertemu Marya… kiranya cinta kedua hadir. Malangnya Marya juga mempunyai masalahnya sendiri. Lantaran keduanya terpaksa belajar tentang erti pengorbanan. " Ini takdir, kita kena percaya pada takdir..."

Imaan… Serang pelajar kolej yang juga merupakan penulis lakon pentas yang trauma akan kisah cintanya dan dalam masa yang sama enggan membuka ruang untuk memiliki cinta baru. Imaan, menjadi objek cinta Ian yang turut berlakon dalam pementasan tersebut. Tika cinta mula berputik – rasa bersalah menghantui diri, berakhirnya pula kisah ini dengan suatu ‘twist’ yang tidak disangkakan. " Bisikkan pada bulan, kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku..."

Ketiga-tiga mereka bertemu di dalam satu tragedi yang akhirnya mengubah lanskap kehidupan mereka seterusnya.

Menonton SEPI membuatkan saya berasa puas menonton filem melayu yang digarap secara emosi mendalam tanpa dipaksa, di sajikan dengan penceritaan yang memiliki taraf intelektual yang boleh dibanggakan, ditambah pula dengan sinematograpi yang amat menarik selari dengan emosi yang hendak dibawa kekadang tidak mampu dibayangkan oleh saya - seperti poskad pun ada. Audio Visual yang mengiringi penceritaan juga menambahkan mood secara mendalam. Para pendokong watak memainkan peranan mereka dengan ampuh sekali, baik Afdlin (Adam), Vanida (Ilyana), Nasha (Suzie), Tony (Sufi) dan Eja (Marya) - antara yang melekat dijiwa saya. Sememangnya saya telah membuat pilihan tepat untuk menonton filem ini.

Nasihat saya, lawatilah panggung wayang berhampiran dengan anda untuk menghilangkan keSEPIan, kerana dengar cerita kutipan filem ini amat mengecewakan. Setalah lima hari masuk pawagam, baru RM 500, 000 yang berjaya pungut. Jika beginilah berterusan… usia filem ini tidak mungkin berpanjangan. Lagipun apalah sangat RM8.00 untuk sebuah karya yang indah ini.


Album Runut Bunyi SEPI juga tidak mengecewakan. Lagu-lagu indah dan istimewa telah menghiasi filem ini. Lantaran itu, album ini harus dimiliki. The Lima muncul dengan 'Kau Ada Dia' - dalam mimpi kita berdua, mesra bersama di lamun cinta, oh tetapi kenyataannya, aku sedar kau ada dia. Zaf dan Lah (V.E) muncul dengan versi lelaki lagu 'Aku Bukan Untukmu' - dahulu kau mencintaiku, dahulu kau menginginkanku, meskipun tak pernah ada jawabmu, tak berniat kau tingglkan aku. Lagu berhantu Anuar Zain juga ada... 'Mungkin' - mungkinkah segala, derita di jiwa, akan terubat kini.... Nora "Oh! Asmara", Baizura Kahar "Puisi Sepi" dan Sepi " Yuni Syara" antara yang menarik. Ada juga lagu-lagu lain yang menginspirasikan filem ini seperti Sayang Sayang (Alif Aziz), Rindu (Saiful), Hilang (Diddy) dan Seribu Tahun (Imran Ajmain).

Let's Toast Box at KL Pavillion !!!


Maka sampailah kami ke destinasi terakhir untuk 5 Julai 2008 (sebelum pulang ke teratak). Setelah penat mendengar celoteh chef selebriti, Dr Garra Rufa pun sudah kenyang makan kulit kaki kami, kini tibalah masa perut kami pula berkeroncong. Selalunya jika ke KL Pavillion, saya pasti akan singgah di J.Co; namun kali ini terpaksa 'skip' J.Co bukan kerana jemu tapi panggilan kopitiam lebih mendalam. Sekarang ni kalau kita perasan akt Malaysia ni, kopitiam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Satu demi satu dengan pelbagai jenama menarik. Salah satunya ialah Toast Box di Food Republic, Level 1 - KL Pavillion. Menghidangkan menu yang hampir serupa dengan kopitiam yang lain juga sebenarnya. Yang menarik minat saya dan Lisa kali ini ialah French Toast (kalau disertakan madu lebah, tentu lebih enakkan?), 'Peanut Butter Thick' (roti 'benggali' dengan peanut butter - teringat akan saya pada menu yang hampir serupa di Siam Paragon, nostalgia beb !!!), Lontong (Hmmm... perbezaan lontong do Toast Box ini alah kuah lemak yang digunakan adalah seperti lebih mirip kepada kuah mee kari, tapi sedap juga dan warna kuahnya lebih kepada warna rempahlah..) dan untuk minuman pula, barli suam (Toast Box menggunakan serbuk barli yang di masak, jadi tak dapatlah kita mengunyah biji-biji barli) dan milo ais. Kesemua menu di atas berjumlah RM 19.53, ok kan? Haa.. lagi satu, pujian harus diberikan kepada kakitangan Toast Box, budak-budak lelaki melayu yang kerja kat sini memang mesra pelanggan, Keep The Good Work, Bros !!!


Sunday, July 6, 2008

Ijinkan Dr Garra Rufa dari Turki Membantu Anda...


'Rewang' saya dan Lisa di KL Pavillion semalam tidak tamat di Times Book Store sahaja. Tiba-tiba saya dikejutkan oleh Lisa. Katanya dia nak belanja saya, tapi tak nak bagi tahu nak nelanja apa. Saya buat relex jer.. tak nak ler tunjuk excited sangat, hehe. Tup..tup... sampailah ke pintu masuk Fish Spa Theraphy. Apa sebenarnya terapi ikan ni. Kalau tak cuba, kita tak tahu kan? Dengan hanya RM38 selama 30 minit, kita ijinkan Dr Garra Rufa dari Turki membantu kita...



Sebelum kita nak boleh lepak macam semua pengunjung ini, kita perlu ikut langkah2 ini. Pertama bayar RM38 untuk 30 minit. Selepas membayar, kita akan di arahkan untuk membuka kasut dan mencuci kaki. Ye lah... kenalah bersih barulah ikan-ikan tu nak makan, kalau busuk nanati semua ikan lari... dan langkah ketiga.. masukkan kaki ke dalam air dan relex !!! Biarkan Dr Garra Rufa menjalankan tugasnya...

Kalau dan tersenyum-senyum tuu... mesti BEST kan !!! Sebenarnya; apa ang berlaku? Cam ni... apabila kita rendamkan kaki... ikan-ikan garra rufa akan datang dan menggigit kaki kita. Ikan ini sebenarnya akan kulit kaki kita yang kasar, keras, mati dan 'diseased'. Menurut kepercayaan, ikan ini juga dapat menghilangkan penyakit kulit seperti psoriasis dan eczema. Doktor-doktor kecil akan menggigit kulit-kulit kaki kita; dalam mas ayang sama kita kan terasa relex. Tapi sebelum kita boleh relex... kita kena belajar untuk menahan geli dahulu. betul... gelinya tuhan saja yang tahu. Sampaikan mak arab kat sebelah kami tuu... bayar jer tapi tak berterapi... geli punya pasallah tuu.
Ini antara gambar yang sempat saya tangkap ler. Dari dekat; supaya jelas... beginilah banyak nyer ikan-ikan yang akan menggigit kaki kita. Bila saja kita masukkan kakai ke dalam air... terus diserbu mereka. Macam ikan piranha mencari mangsa pula. Diberitakan Dr Garra Ruffa ini mula dijumpai di Kangal, Turki (juga terdapat di Syria & Jordan). Di kolam air panas. patutlah air di sini tak berapa sejuk.
Apabila selesai 30 minit, kita perlu lap kaki. Kemudian sekali lagi kaki perlu di cuci dengan sabun dan di berus. Jika tidak kita mungkin akan tersa gatal dek akibat lendir-lendir dari mulut ikan tersebut. Haa... lagi satu Dr Garra Rufa ni tak ada gigi tau, jadi jangan takut. Selepas semuanya selesai... yang pasti saya merasakan kaki saya lebih lembut dan lebih putih, Lisa pun berkongsi pendapat yang sama. Tak percaya? Cubalah...


Untuk maklumat lanjut, hubungi saja alamat di atas.





Saturday, July 5, 2008

The First Celebrity Chef Featured...

Awal minggu ini ketika sedang selak menyelak Akhbar The Sun sbelum memulakan kerja jam 8 pagi di kantor.. mata saya tiba-tiba tertarik akan iklan berkenaan Healthy Eating with Daniel Green. Apa yang pasti saya tak suka memasak, tapi saya sukan makan. Saya tak kenal siapa si Daniel Green ini, yang pasti dia mesti chef selebriti jika tidak tak kan Times akan menjemput beliau untuk mengadakan demo di Times Book Store di Kl Pavillion. Saya pun gatal tangan menghantar e-mel untuk mendapatkan dua tiket. Seperti yang diduga, masib saya baik lantaran dihadiahkan 2 tiket percuma !!!

Daniel Green menurut ceritanya mengalami masalah berat badan ketika remaja. Lantaran itu beliaupun belajar untuk memasak makanan-makanan yang sesuai untuk beliau menguruskan badan. Menurut beliau lagi, dia mengambil masa 3 tahun untuk mendapatkan berat badan seperti sekarang. Beliau turun sehingga 28 kilogram dan 'maintain' untuk tahun keempat belas sekarang. Mengikut teori Daniel kta perlu makan makana yang kita suka tetapi mengikut kadar rendah lemak secara alternatif. Contohnya, jika kita suka pisang goreng, apa kata kita ubah kepada pisang rebus yang direbus bersama bijan. Sedap juga saya rasa tadi.

Dalam buku di atas, kita akan dapat cara-cara memasak salad sotong Thai, Phad Thai rendak lemak, Malaysian Risotto, tom yam dan juga smootie buah. Kalau nak tahu detail.. kenalah beli kan. harganya cuma RM34.90 sahaja.

Daniel sedang berbincang dengan salah seorang penerbit sebelum memulakan rakaman... eh, kakalu rajin tengoklah kat NTV7. Manalah tahu kot-kot muka saya masuk tv lagi. Macam serious gilalah pulak si Daniel nii.


Inilah sayang saya kata pisang rebus tadi. Mula-mual dia potong pisang nipis-nipis. kemudian dia masukkan air ke dalam pan, kemudian masukkan pisang, biji bijan, akhir sekali sedikit gula. Menu nini boleh dijadikan starter ataupun dessert juga.


Dalam masa yang hampir 1 jam tersebut, Daniel sempat berkongsi dengan kami 4 menu. Dalam gambar ini ada tiga sahaja. Ada pisang, ada salad, yang lagi satu tuu saya lupalah pulak... tapi ikan rasanya. Saya sempatlah juga merasa makanan-makanan ini. Ye lah... orang lain dok kejar Daniel. Boleh tahan jugak kelakar dan petah juga Daniel semasa mengendalikan program tadi sebenarnya...
Secara dasarnya saya juga perlu mengawal permakanan saya. Tiga bulan lalu, ada juga kontrol seperti cuma makan nasi lemak sekali seminggu, roti canai juga sekali seminggu, semua minuman tanpa susu... dan... dan... panjang berjelalah senarai. Sekarang ni macam nak mula balik habit lama. Ada cadangan?



Ini bukti yang saya sampai tau...

Saya, Daniel dan buku beliau.

Ini antara gambar yang semapat di snap. Daniel tengah sibuk menanda tangani buku masakan tuu. Sambil tu siap dok cerita pasal yang dia amat suka makanan Thai !!!

Thursday, July 3, 2008

Commando Kiosk

Siapa yang pernah sampai dan menjamu selera di sini? Ya... di Medan Selera Taman Dangang. Ada beberapa gerai yang menarik. Bersebelahan dengan tempat makan yang agak mewah iaitu Dagang Avenue. medan Selera ini juga bersebelahn dengan Surau. lepas makan bolehlah bersolat. Medan Selera ini dikenalkan oleh sahabat saya Pye. Kebetulan... dan memang kebetulan, setelah lama tak menghubungi saya... meskipun kami bekerja di satu bangunan. Tiba-tiba Pye menelefon saya... dalam berbasa basi... tiba muncul idea untuk makan bersama tengahari ini... Lantaran terpacul dari mulut saya untuk makan Asam Pedas Melaka. Asam Pedas Melaka... eh, saya baru balik dari Melaka semalam !!! Percaya atau tidak... Pye juga have the same thing in mind... we talk the same wave lenght lah... The last time we went out... Pye belanja, kali ini I have to 'open table'lah... Tapi tak per... nak kesana dengan kereta Pye !!!

Di Medan Selera Taman Dagang... ada sebuah kedai makan yang menghidangkan Asam Pedas Melaka. Namanya... Commando Kiosk. Kaw giler asam pedas di sini. Pemilik kedai ini ialah Pak Haji Hussain & Mak Hajah Alimah. Yang bestnya... Pak Haji Hussain bila bercakap loghatnya Utara !!! Senang sangatlah saya nak gebang... Hahaha. (Eh... Pak Aji ni kamera shylah pulak). Jika ada yang nak datang... waktu operasi ialah dari 10.30 pagi sampai 10.30 malam. Dibuka 6 hari seminggu Isnin hingga Sabtu. Berbagai menu asam pedas dihidangkan - ikan merah/kepala ikan merah, ikan pari, ikan kembung, ikan jenahak/kepala ikan jenahak, ikan tenggiri dan ikan terubuk. Terdapat juga asam pedas tetel. Menu sampingan pula termasuk telur dadar dan udang goreng. Kalau makan tak berpeluh... sajalah. Kalau nak order untuk jamuan boleh hubungi Pak Haji Hussain di No H/P ini : 012-2949057.

Ini menu yang di pesan oleh juara jalan-jalan cari makan... Pye. Asam Pedas Tetel, Asam Pedas Ikan Jenahak dan ulam beserta sambal dan cencalok. Siap dengan sayur kobis, telur asin dan papadam lagik !!! Puas makan hari ini, nasib baik tak ada meeting selepas makan tengahari. Ini merupakan kali kedua saya makan di sini. Yang pastinya akan ada kunjungan lagi. Terima kasih Pye !!!



Wednesday, July 2, 2008

The Time of My Live - David Cook


The old album from DC which is already out of stock in the US !!!
Time Of My Life – David Cook
(The Winning Song)


I’ve been waiting for my dreams

To turn into something


I could believe in and looking for that magic rainbow


On the horizon


I couldn’t see it


Until I let go Gave in to love


Watched all the bitterness burn


Now I'm coming alive


Body and soul


Feelin’ my world start to turn


And I'll taste every moment


And live it out loud


I know this is the time


This is the time to be


More than a name or a face in the crowd


I know this is the time


This is the time of my life


Time of my life…


Holdin’ onto things that


Vanished into the air


Left me in pieces but


Now I'm rising from the ashes


Findin’ my wings and all that I needed


Was there all along


Within my reach as close as the beat of my heart


And I’ll taste every moment


And live it out loud I know this is the time


This is the time to be


More than a name or a face in the crowd


I know this is the time


This is the time of my life


Time of my life…


Now I’m out on the edge of forever


Ready to run


Keepin’ my feet on the ground


My arms open wide


Facing the sun


And I’ll taste every moment


And live it out loud


I know this is the time


This is the time to be


More than a name or a face in the crowd


I know this is the time


This is the time of my life… (My life..)


A very humble Idol !!!

DC with his favourite guitar... he is really a musician



Dream Big... The Time of My Life


Jase's Note :
I know it is a little bit late... but for DC's Fan out there... better late than never. Kan..Kan...Kan...