Sunday, March 14, 2010

Selamat Pengantin Baru Zizan & Hani


Khamis lepas saja mendapat Undangan ke Majlis Perkahwinan daripada seorang kawan. Untuk kesempatan ini, saya ingin mengucapkan dahulu Selamat Pengantin Baru Kepada Zizan dan Hani. Semoga berbahagia ke anak cucu. Majlis Akad Nikah akan di adakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 2010 nanti. Sementara Majlis Resepsinya pula akan di adakan di Dewan Perdana FELDA pada 20 Mac 2010, jam 8.30 malam.

InsyaAllah saya dan Lisa akan hadir. Kami masih berkira-kira untuk memakai baju apa untuk majlis tersebut nanti. Alamak, hadiahpun belum sempat lagi dibeli. Tapi, jangan risau ya Zizan...:)

Terima Kasih juga kepada Naz (PA Zizan) yang bersusah payah menghantar kad tersebut kepada saya di Nasi Lemak Antarabangsa, Ampang Park.




No comments: