Wednesday, March 25, 2009

Dua Jam Di Bawah Cahaya Junjungan



Bertarung dengan 'ancaman' Konsert Kedua AF7, akhirnya kami memilih untuk terus menonton Sirah Junjungan - Tahajud Cinta di Istana Budaya (IB). Saya, Lisa, Cikgu Jah, Mus, Galzean dan yang juga turut bersama ialah dua orang kawan Cikgu Jah. Cuma Cute yang akhirnya menarik diri - tarikan AF7 lagi kuat. Saya kira Umi Latifah juga datang dengan geng-geng beliau, kami cuma sempat berjumpa di ruang legar IB.

Kali kedua saya menonton Sirah Junjungan sebenarnya. Kali kedua juga air mata ini mengalir. Ya... menonton dan menghayati Sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. memang begitu menyentuh jiwa. Cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah S.A.W. memang tiada bandingannnya. Namun begitu babak yang paling sedih yang memang saya tunggu-tunggu ialah ketika hampir kepada kewafatan Rasulullah S.A.W. Iaitu ketika Sawadah ingin 'membalas dendam' terhadap Rasulullah S.A.W. yang sebenarnya cuma strategi beliau kerana ingin mengucupi belakang Rasulullah kerana Sawadah begitu mengasihi Rasulullah S.A.W.

Lagu-Lagu yang disampaikan oleh Mawi amat merdu sekali. Begitu 'ngam' dengan penampilan dan suara Mawi. Jubah Mawi dari Indonesia yang berharga RM500 itu juga amat cantik, 'classy' dan tampak menawan di atas pentas. Mazlan Tahir yang sebagai Narator dan Voice Over Rasulullah S.A.W. amat mengkagumkan. Hampir keseluruhan kemantapan persembahan ditunjangi oleh beliau. Rebecca Nur Islam yang memegang watak Hendon juga tidak mengecewakan meskipun saya masih selesa dengan Elly Suriati yang memegang watak yang sama musim lalu. Ahmad Yatim? Janganlah nak dipertikaikan... biarpun cuma beberapa minit muncul - ia tetap hebat !!!

Pentas menarik... ada 'improvement' jika dibandingkan dengan musim lalu.

Kak Erma : Tahniah kerana membawa teater muzikal yang amat bermakna ini. Saya amat bersyukur kerana ditakdirkan menjadi salah seorang penontonnya.

Soalan Cepu Mas : Musim depan nak tonton lagi? Jawabannya : Sudah tentu !!!

1 comment:

Anonymous said...

Time ni ada jual CD lagu2 yang dimainkan untuk teater ni?