Wednesday, March 11, 2009

Kenapa Abu Perlu Mati?



Pada 9 Mac 2009 yang baru lalu saya baru sempat menonton DVD KAMI The Movie. Saya tahu... Saya telah ketinggalan sebenarnya, kerana filem ini telah pun ditayangkan di pawagam pada musim Aidilfitri tahun lalu. Dek kerana ketinggalan, saya terpaksalah menunggu sehingga DVD/VCD original diterbitkan, barulah puas hati menonton.

Saya ada juga mengikuti siri televisyen KAMI, walaupun bukan penonton setia tetapi ia tetap menarik dan menghiburkan.

Filem ini dikejutkan dengan kisah Abu yang sedang bergaduh, lantaran tertolak seorang rakan sehingga jatuh bangunan dan mati dan lari dari lari dari asrama sebelum sempat menamatkan peperiksaan SPM. Lari entah kemana, tapi yang pasti akhirnya Abu bertemu dengan Ali dan rakan-rakan lain.

Konflik dalam diri Ali pula yang terlalu 'cool', sukar meluahkan apa yang terpendam, sedang bekerja di agensi 'package percutian' tetapi tidak minat dengan kerjanya. Menghadapi masalah keluarga apabila ibu dan bapanya berpisah dan ibunya pula telah menemui teman baru.

Lynn pula didatangi oleh bekas 'kawan lama' (Boy - yang mengaku ex-boyfriend Lynn) ketika di kampung dulu yang kini menjadi pengedar dadah di Kuala Lumpur. Lynn sebenarnya terpaksa menjadi 'runner' untuk melangsaikan hutangnya terhadap Boy. Satu hari, Lynn sendiri telah menghantar dadah kepada Ali yang sedang tertekan dengan konflik keluarganya. Maka 'rahsia di dalam almari' keduanya terbongkar.

Tapi persoalan utama yang saya tidak puas hati ialah kenapa watak Abu dimatikan? Mengapa watak semenarik Abu untuk Kami (The Series & The Movie) ini perlu ditamatkan? Adakah epilog filem ini di buat begitu untuk nampak sedikit kelainan dan tidak begitu cliché? Abu juga masih mampu berlawak ketika dalam perjalanan ke hospital & meninggal dunia di ribaan Lynn. Kemudian berbagai persoalan yang berkait dengan Abu dan rakan-rakan terbongkar satu demi satu.

Sofie akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Antara konflik yang timbul ialah apabila Sofie dapat tahu yang ibunya yang mempunyai masalah untuk perkahwinan kedua itu menyimpan surat tawaran Sofie ke universiti. Adakah ibu Sofie tidak mahu Sofie berdikari atau beliau sendiri yang takut bersendirian?

Adii pula akhirnya dapat tahu juga siapakah "Vanilla Ice"nya meskipun telah terlambat. Adakah beliau akan terus mencari teman hidup dari internet?

Hmmm.... memandangakn watak Abu telah ditamatkan, dapatkah lagi KAMI di sambung? Meskipun begitu... Jika ada kesempatan tontonlah DVD/VCD... rasai jiwa muda di dalam filem ini.