Wednesday, March 4, 2009

Corat Coret Malam Sinar Maulidur Rasul

Ini merupakan cenderahati ketika membeli kad iTalk TM. Mungkin bila di scan ia seperti 'banner' ataupun 'book mark' biasa sahaja; tetapi ia sebenarnya ialah sebuah songkok kertas. Sungguh kreatrif idea ini.



Saya yang mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pentas persembahan. Ye... lah ini adalah bukti nyata yang saya samapai ke sini. Bukankah begitu? Seperti biasa.. Pentas Persembahan Nasyid selalunya penuh dengan gimik-gimik multimedia.



Mawi yang keluar agak awal daripada 'press conference' dan sesi bergambar dengan majalah/akhbar setelah selesai persembahan. Seperti biasa Mawi yang mesra peminat akan melayan kami dengan baik sekali. Di belakang pentas jelaslah kelibat saya, Mus, Cikgu Jah dan Cute. Kesian Mawi.. usai persembahan malam tersebut beliau perlu bergegas ke Johor Bahru untuk persediaan Big Jam HotFM di Danga Bay pada 1 Mac. Alamak... sempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran saya rupanya... Perasanlah pulak! Hmm... Bagaimana untung nasib Mawi untuk ABPBH tahun ini? (Saya sebenarnya telah bertemu dengan Mawi semasa raptai di sebelah petang tetapi tidak dapat bergambar kerana terlupa membawa kamera !!!)



Ustaz Akhil Hayy... siapa sangka saya memiliki 3 keping CD Original beliau. Sudah tentu Ustaz berterima kasih dengan saya yang menyokong Muzik Malaysia !!!



Inilah Keluarga Bahagia Ustaz Akasyah & Ustazah Siti Nur Bahyah !!!


Saya pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pasangan Ustaz & Ustazah Glamer ini. Glamer apa? Urut Cakar Harimau... Hahaha.