Sunday, June 18, 2006

The One On My Bangkok's Explorerace

One of the Guardian Giant kat Grand Palace....:)))

Untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang sesuatu bangsa... kita harus mulakan dengan mendekati Muzium negara tersebut.

Inilah Gadis Thai, salah seorang dari petugas di Jim Thomson House... boleh tahan jugak explanation Minah nii... siap ada teka-teki lagik (Manakah tembikar di dalam bilik ini dari Jepun?, antaranyalah) Lawatan berpandu ini mengambil masa lebih kurang 30 minit, selepas itu kita bebas untuk terus menikmati keindahan rumah tradisional ini.

Inilah antara fesyen Jim Thomson... ahaks, ada ke orang yang sangup memakainya. Secara keseluruhan, ciptaan Jim Thomson memang kelas dan eksklusif. Jika ingin memiliki koleksi ini... ehm... aku tak tahu sama ada tak di Kuala Lumpur, tapi kalau di Bangkok Airport memang adalah butik ini.

Inilah Khun Wirat yang sudi bawak aku jalan-jalan melewati Kota Bangkok yang penuh dengan seribu satu cerita tidak mampu aku aku menafsirnya. Namun Jim Thomson House & Museum ni memang patut dilawati.

Kalau nak menikmati keseronokan dan juga keindahan Kota Bangkok, apalah salahnya jika naik bot samada1 jam, 2 jam mahupun 3 jam. Kita punya banyak pilihan untuk menjelajahi Menam Chao Phraya dan juga terusan-terusan yang menyambung di antaranya.

Banana BBQ... macam best jer. Try ler rasa.. ahaks. Gerai ni just kat luar Tha Chang Pier tuh.

I only have 5 hours. Yes... only 5 hours to explore Bangkok. Actually, this is my 4th time in Bangkok. Dalam tiga singgahan yang lalu aku tak sempat explore Bangkok sebenarnya. Mana tidaknya, memang tak sempat akibat tuntutan kerja yang menimbun dan selalunya masa yang tidak mengizinkan untuk aku tinggal lebih lama di situ. Tapi kali ini, alhamdulillah.... kerja aku selesai dengan jayanya - insyaAllah jam 8 malam, 16 Jun 2006. Jadi aku ada seharian, Hari Sabtu untuk menyelusuri Kota Bangkok sesudah aku menukar jadual penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari jam 12 tengah hari ke 5 petang. Bangkok - Here I Come !!!
Memandangkan sebelum ini aku cuma ada masa untuk membeli belah (at ChatuChak and SuanLom Night Bazaar), jadi kali ini I promise myself this time - NO MORE SHOPPING !!! I need some 'food' for my inner side... ahaks. So, my customer, Khun Wirat (Khun in lebih kurang macam Encik/Puan laaa) telah dengan berbesar hati meng'sacrifice'kan hari Sabtu beliau untuk menemankan aku. Beliau meluangkan masa untuk aku dari jam 9.00 pagi ke 2.00 petang. Jadi kamipun buat plan untuk mengoptimakan masa sebaik mungkin. Antara rancangannnya ialah - Cruise Canal & Menam Chao Phraya, The Grand Palace, National Museum Bangkok & Jim Thomson House and Museum.

My first destination ialah Menam Chao Phraya & Canal boat Cruise. We decide to take boat from Tha Chang Pier. Dalam 1 jam jugak lah aku menyelesuri sungai/terusan yang warnanya hampir dengan warna teh + susu tuh... arus pun boleh tahan kuatnya, naik bot pun kami berdua sahaja. Dapat lihat berbagai wajah Bangkok; antara metropolitan bersulam kampung air. Hmm.... macam filem Persona Non Grata pun ada. Haaa.... akhirnya aku dapat lihat dengan mata sendiri.... Floating Market, apa tah nama floating market tuu, tapi yang aku singgah ni kecik aja. Macam best lah pulak, kalau rumah tepi sungai dan penjual datang ngan sampan jual keperluan dapur... Ada rumah yang cantik, ada restaurant, ada sekolah memasak, sekolah belajar muay thai.... berbagai flora dan fauna. Kiambang dan kangkung pun banyak di tanam. Kami juga singgah di Royal Barge Museum - dimana bot tradisional yang cantik disimpan. Bot-bot ini selalu digunakan untuk perayaan besar-besaran, salah satunya sempena sambutan ke 60 tahun King Bhumipol. Lagi satu tempat yang aku singgah ialah tempat ternakan ikan - ikan sawai yang nampaknya macam ikan keli sahaja. Puas lah jugak... meskipun mentari makin tegak nii.... Tiket? BHT 90/bot, dan berbaloi laaa...

Destinasi seterusnya.... Grand Palace. As tourist, tiket BHT250 (lebih kurang RM25), kompleks ni bukan sahaja Istana Raja Thai, tetapi juga Putera Mahkotanya juga, dan sudah tentulah Wat. Teringat pulak aku semasa melawat Grand Palace Cambodia akhir tahun lalu, sama tak serupa. Tetapi lukisan dinding tu aku nampak macam seakan-akan saja, mungkin cerita Hikayat Ramayana & Sita Dewi jugak nii... Boleh tahan besarnya kompleks ini, idaklah aku masuk semuana; yang sempat aku terokai termasuklah Phra Siratana Chedi, Hor Phra Naga, Prasat Phra Monthian Dharma, Prasat Phra Dhepbidorn, Temple of Emerald Budha, Chakri Maha Prasat Hall, Rajkaranyasapha Hall dan Dusit Maha Prasat Hall to name few lah... ada yang boleh masuk kedalam ada yang tidak dan ada yang aku tak sanggup masuk. Click The Grand Palace for details.
Then.... aku gi The National Museum of Bangkok...., depan Royal Field yang banyak merpati jinak tuuu... Galeri 1 on Thai History... dapat jugak tahu sikit sebanyak, especially yang ada kaitan dengan Malaysia dulu kala. Kerajaan Ligor, Kerajaan Kedah dsb lah.... Tapi yang paling menarik on pameran on King Bhumipol lah.. lagipun kan baru lepas sambutan Pemerintahan King Bhumipol yang ke 60. Lepas tuu aku scan through jer Galaleri 11 - 15 yang ada pameran on Musical Instrument (ada alat muzik yang macam gamelan), transportation, theater, arts, old weapon (dah tentu ada perang gajah nii.... ahaks), wood carving, pearl, hindu sclupture, srivijaya art, kerajaan ayuthia, kerajaan sukhothai..... actually tidak boleh tangkap gambo dalam museum. Tapi aku berjaya amik satu gambo jer ngan batuan budak2 sekolah yang tengah buat asignment dan dapat pas "aloud to snap pictures"... ahaks. Muzium ni memang besar dan cantik. Kita dapat mengenali budaya Thai dari kaca mata para akademia. 1 jam jugak lah aku kat sana. Tetapi Museum Shop tuu.... tak ada pulak souvenir yang menarik. Tiket.... murah jer BHT40, alah baru RM4.
Oza ada cakap hari tuu jangan lupa gi Jim Thomson House & Museum (JTH) (kalau naik BTS - boleh turun di Stesen National Stadium). Kalau masih kabur tentang sejarah, selain dari pada Jim seorang rakyat Amerika, Architech by profesyen semasa zaman WWII, datang ke negara Asia dengan harapan untuk membantu porses kebebasan dan kemerdekaan Thailand, malangnya perang dah tamat sebelum dia sampai. Dia datang juga untuk bertugas di Thai, pulang ke US dan datang kembali untuk menetap terus. Jim amat meminati sulamam sutera Thai dan kraf. Sememangnya tuhan menganugerahkan beliau dengan kepakaran seorang 'designer', lantaran itu beliau telah membantu dalam mengenalkan industri sutera Thai ke mata dunia. Apa yang menarik sangat ni? Rumah beliau... merupakan gabungan 6 rumah teak yang digabungkan dari rumah2 yang berbeza yang melambangkan kekayaan rekaan seni bina rumah tradisi Thai. Merupakan rumah lama dan ada yang dari zaman Ayuthia. Dalam rumah tuu.... ada banyak juga barang sejarah dan patung-patung budha dari Thai dan Myanmar. Aku pun tertanya, Jim ni dah convert ke agama Budha ker? Rumah tersebut mengambil masa 11 bulan untuk disiapkan, Jim tinggal selama 8 tahun di situ. Kenapa aku minat sangat nak pergi melawat selain dari cadangan Oza.... sejarah beliau ni ada juga terpalit dengan Malaysia. Dalam pada 26 Mac 1967, Jim telah hilang semasa mengadakan lawatan ke Cameron Highlands dan tidak dijumpai hingga sekarang. Tidak terdapat sebarang 'clue' tentang apa yang mungkin berlaku kepada beliau. Namun rumahnya kekal sebagai peringatan tentang kreativiti beliau dan cinta beliau terhadap Thailand. Dan itulah destinasi terakhir aku.
Laparlah pulak..... jam dah menunjukkan kul 1 ptg waktu tempatan, nasib baik JTH tu dekat ngan MBK (ini kira macam Sungai Wang Plaza lah kat KL). Nak tak nak, aku gi McD jer lah... Sayang x bolehlah pulak nak rasa pie choco banana tuh... Sempat gak aku gi kedai CD carik CD Film Mania & Ice... antara Thai Top Singer sekarang !!! Mamat jaga keedai tuu siap kasi poster lagi sebab aku tourist yang beli CD Thai.
Sampai Hotel jam 2.15 ptg. Then kemas apa yang patut, check-out, take taxi to air port. Flight kul 5.00 petang.... Penat tapi BEST. That's the end of my Bangkok Explorace !!!
Persada.... tunggu aku jam 8.15 malam.

No comments: