Gambar ini di ambil pada 27 Jun 2006. Kami dalam perjalanan keluar dari menjadi penonton live muzik@ria di Studio 2, Astro. Seperti biasa tentunya dalam perjalanan keluar akan melalui Studio Durian Runtuh ini. Nampak lengang sahaja, aku saja memanggil Farish tetiba sahaja dengan selamba dia menjenguk keluar. Ahaks... dengan senyum simpulnya lah dan ingat lagi dia kat aku ni... Ahaks lagi. Apa lagi si Cute & Chott pun ambil kesempatan untuk bergambar (Aku rasa dia orang ni dah masuk empat kali jumap budak ni). Akupun turut serta. Ini kali ketiga sebenarnya aku jumpa Farish nii... ramai jugak yang nak bergambar dengan Farish nii... malangnya telah dihalang sebab kami semua kena keluarlah ('time out OK').... dalam perjalanan keluar kami cakap pada staff Astro tuu, sebenarnya Farish yang panggil kami masuk sebab dia bosan tidak ada penonton dalam rancangan beliau.... POYO jer !!! (Hmm... T-Shirt si Farish tuu... bukan baju pompuan ler... tapi baju wardrobe Astro - sekadar menjawab chatters di #15 tuh)
Pulang dari Fuzhou tempoh hari, aku sempat untuk datang lewat Konsert keempat AF4 (24 Jun 2006 yang lalu). Waktu rehat setelah tamat konsert sementara menanti rakaman Imbasan AF, sempat juga aku berbual dengan Farish nii (sesudah Farish ditemubual oleh seorang wartawan). Ini kali kedua kiranya aku berjumpa beliau. Masih belajar di sebuah universiti di ibukota, semester akhir aku kira. Cuma tinggal satu subjek sahaja lagi katanya, menurutnya lagi rakan sekursus juga tidak begitu mengenali dengan pasti yang dia telah menjadi pengacara tv sebenarnya. Pernah juga menjalankan kerja sukarela di sebuah galeri sains. Hmmm.... patutler macam kenal sahaja rupa budak ini, macam betul sahaja. Katanya lagi, peluang untuk uji bakat datang dengan tiba-tiba ketika dia menghadiri Pelancaran Hari Belia Kebangsaan di Bukit Jalil baru-baru ini. Itulah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... Farish yang masih belum memikirkan dengan serius samada untuk meneruskan karier ini... hmmmm betul ker? Jika pendapatan lumayan, glamer pulak; apa perlu difikirkan lagi? Tak gitu?

Ini gambar masa kali pertama berjumpa Farish... ahaks... masa main terjah lah tu. Sebenarnya tidak ada apa yang hendak dicoretkan lagi... Untuk Farish jika ada kesempatan berjumpalah lagi kita, all the best dengan kerjaya ini dan last but not least jika membaca gurisan ini, abang ucapkan "Grad with Flying Colours; then Go Out And Rule The World !!!"