Saturday, November 1, 2008

Selamat Ulang Tahun ke XX ... Ya Halim !!!


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke XX untuk adik saya yang seorang ni yang kini sedang bertugas di Arab Saudi (wow bestnya - boleh buat umrah selalu). Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik hendakNya. "Abang memang tak ada hadiah nak bagi kat Halim laa, jauh sangat, kira broadcast kat blog ni hadiah istimewalah, ok?". Ini merupakan gambar terakhir yang sama ambil dengan Halim (pada 13/3/2007, di rumah saya) sebelum beliau menamatkan zamat bujangnya pada tahun yang sama juga. Isteri Halim, Fae sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di UK. Halim pula bekerja di Middle East; international habis. Saya juga yang masih setia di Malaysia. Dulu semasa bujang ada juga Halim ni transit di rumah saya ketika pulang dari luar negara sebelum pulang ke kampung halaman.


Yang di atas ini merupakan permohonan Halim pada tahun 2002 (yang masih saya simpan)untuk menjalani Latihan Industri di sebuah syarikat eksplorasi minyak dan gas di Kerteh. ('Halim, kalau nak balik naskhah ni kena bayar harga seperti artifek @ antik, ok'). Salinan ini di hantar kepada saya 'kononnya' hendak mintak bantuan saya (menggunakan 'kabel' saya di Jabatan PSTM syarikat tersebut) agar beliau mendapat tempat untuk menjalanai latihan di syarikat/jabatan yang diminta. Saya kira bantuan saya mungkin sedikit sahaja tetapi 'result' akademik dan kegiatan 'co-curricular' beliau yang melayakkan beliau sebenarnya. Apa yang pasti, bantuan kecil tersebut adalah titik tolak yang membuatkan Halim rapat dengan saya sehingga kini meskipun sebenarnya Halim telah mengenali saya setahun sebelumnya ketika projek pelajar sekolah & UTP sempena F1 yang dikendalikan oleh syarikat saya bekerja. Ketika itu saya terlibat sebagai facilitator. Begitu pantas masa berlalu.. dulu 2001, sekarang 2008!!!

Wednesday, October 29, 2008

Salam Perpisahan




Semalam saya menghadiri Majlis 3 dalam 1 di tempat kerja lama saya. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Sambutan Hari Jadi dan juga Majlis Perpisahan untuk Kakitangan yang telah meninggalkan syarikat tersebut. Maka saya adalah antara yang diraikan. Sambutan kecil-kecilan ini amat bermakna sekali. Paling bermakna untuk saya ialah kali ini saya tidak perlu lagi menjadi emcee. Jika tidak dahi saya ini macam ada chop emcee tetap untuk setiap kali program sebegini. Bagi rakan-rakan mereka selalunya menunggu pantun-pantun saya yang kadang-kadang 'unsangkarable'. Sesungguhnya saya sememangnya jika di ajak pantun spontan memang tidak begitu mahir tetapi jika dalam pertanding berbalas pantun, insyaAllah meskipun telah lama meninggalkan bidang ini. Untuk majlis kali ini kami yang telah meninggalkan syarikat ini seperti biasa perlu menyampaikan ucapan. Secara 'impromptu' dan saya tidak membuat sebarang persediaan yang wajar. Namun apa yang pasti saya kira ada satu pepatah lama yang dapat menghuraikan segalanya; "tempat jatu lagi dikenang, inikan pula tempat bermain". Meskipun sejauh mana saya pergi, sepantas mana saya berlari, setinggi mana saya terbang memori bersama syarikat ini tentu akan saya bawa bersama - yang baik jadikan teladan, yang kurang enak dijadikan sempadan.

‘MAIN BUAIAN DI KUALA PERINGIT
LEPAT PULUT MASAKAN NYONYA
BUDIMU TUAN SUJUNJUNG LANGIT
MANAKAN DAPAT GALANG GANTINYA’

‘KASIH DIBERI PENUH SAYUGIA
DENGAN SAYUGIA PATRI IKATAN
DALAM PERGI MEMBAWA NOSTALGIA
DALAM NOSTALGIA MEMBINA HARAPAN’

Ikan Patin Masak Tempoyak


Ikan Patin Masak Tempoyak adalah antara masakan kegemaran saya. Jadi kita ada kesempatan ketika pulang ke Kuantan saya pasti akan singgah di Temerloh. Bukan betul-betul Bandar Temerloh tetapi R & R Temerloh di LPT (Lebuhraya Pantai Timur) lah. Bukannya masakan Ikan Patin Masak Tempoyak ini tidak dihidangkan di Kuala Lumpur tetapi tentulah lebih enak jika di makan di tempat di mana masakan ini 'dilahirkan' dan dimana ikan ini banyak diternak atau hidup secara semulajadi. Sebab itulah Temerloh juga dikenali sebagai 'Bandar Ikan Patin'. Beberapa tahun dahulu juga kita pernah disajikan dengan sebuah drama bersiri yang berjudul 'Asmara Ikan Patin' yang menggunakan Temerloh sebagai lokasi dimana ceritanya berkisarkan tentang pengusaha ikan patin dalam sangkar. Daging ikan patin ini agak berlemak dan lebih enak jika di masak dengan tempoyak. Bagi mereka yang belum pernah merasa masakan ini lagi, apa lagi... Jom Kita Cuba !!!



Monday, October 27, 2008

Crocs Baru Lagiiii?

Ini adalah sandal Crocs pertama saya. Beach warna hitam. Sudah jauh Crocs ini berjalan sebenarnya. Kali pertama Crocs ini ke luar negara ialah ke Bangkok. Namun setiap yang mula pasti akan berakhir juga kan? Crocs yang berjasa ini akan tamat berkhidmat memandangkan tapaknya sudah haus dan amat berbahaya kepada penggunanya... sayalah tuu. Sebelum inipun ketika saya telah memiliki Crocs kedua dan ketiga saya, saya masih lagi memakai Crocs Beach Hitam ini tetapi cuma di dalam pejabat dan ketika ke masjid untuk Solat Jumaat.


Dan ini adalah Crocs terbaru saya. Yang saya beli di Crocs Concept Store terbaru di AEON Bukit Tinggi, Kelang. Hitan juga sebab saya ingin memakainya di dapat pejabat. Selesa sikit kan. Tapi yang ini adalah antara model terbaru yang dinamakan Yukon.

Extract from Crocs website :
• leather upper and neutral color combinations add rugged sophistication to this traditionally comfy clog
• ventilation ports increase breathability and filter water and debris away from the footbed
• loose fit allows foot to bend and expand naturally, reducing fatigue
• slip resistant and non-marking soles
• made with croslite™ material

Kenapa Crocs baru? Eh... kan pindah pejabat baru... Hahaha. Kebetulan saja. Apa yang perlu saya buat dengan Crocs lama tu? Simpan buat kenang-kenangan? Beri pada yang memerlukan? Buang aja?

Sempena Pesta Cahaya


Sempena dengan sambutan Diwali di seluruh dunia... maka saya juga mendapat simbahan cahaya. Mana tidaknya... sudah lebih 3 bulan lampu jalan yang betul-betul tegak berdiri di hadapan rumah saya tidak mengeluarkan cahaya. Bukan sekali maklumbalas diberikan kepada pihak berwajib namun belum nampak tiang lampu yang gagah berdiri tersebut akan mengeluarkan cahaya sehinggalah pada malam Diwali bakal disambut. Terima Kasih kepada mereka yang menjalankan tugas sehingga tiang lampu ini tidak lagi menjadi 'gajah putih' yang tidak berfungsi.

Jom Gi Mesra Mall !

Dah kebetulan dah ada di Kuantan (ada 'very big family occasion'). Maka tidak dapat tidak; terus sahajalah menjelajah Kemaman. Ada banyak yang menarik di sini. Tetapi tarikan yang paling baru adalah... Mesra Mall. Mall ini dengar ceritanya dimiliki oleh KLCCUH. Maksudnya seangkatanlah dengan Suria KLCC & Alamanda Putrajaya. Macam BEST saja. Ditambah pula dengan penuh di simpang-simpang jalan dari Cherating menuju Kemaman, di hiasi dengan 'buntings' Mesra Mall yang menonjolkan Wardina sebagai modelnya. Maka... sudah tentulah makin teruja. Tak gitu? Kami 5 orang semuanya. Saya & Lisa sudah tentu. Iwan, Jugah dan juga Bob. Semuanya pertama kali !!! Bukan indah khabar dari rupa. Bukan juga bandingannya dengan 'mall-mall di sekitar Lembah Kelang. Tetapi kalau dah 'expectation' terlalu tinggi; kita pastikan kecewa. Tetapi, apa yang pasti hampir semua francais besar di ibu kota telah dapat di bawa ke sini. Hypermarket Giant adalah penyewa terbesar kiranya. Alamak... kenapa Giant? Patutnya Hypermarket yang lebih 'kelaslah'; lagipun kan di Kuantan dah ada Giant. Kalau nak makan di 'branded eating outlet' di sini ada Starbuck, Secret Recipe, Famous Amous, Roti Boy & Big Apple. Kalau nak beli branded shoes pula; ada Carlo Rino & Vern's. Bagi penggemar fesyen, di sini ada Poney, Giordano & Reject shop. Ada spa juga, Tanamera Wellness Spa. Popular Bookstore juga telah membuka cawangan di sini. TGV akan membuka panggung di sini. Pusat Boling U-Bowl akan di buka. Sports Planet akan membuka gelanggang Futsal. Maka... Kemaman akan meriah sedikit masa lagi.

Keseluruhan lantai Mesra Mall memang tidak begitu luas, namun sebagai langkah mula... bak kata pepatah lama, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Mula-mula satu, lepas ini akan bercambahlah mall-mall lain kan?




Tunjuk Belang? Bukaan.... Bukan Begituu...


Ramai yang mengetahui yang saya baru sahaja memulakan kerja di tempat baru pada 16/10/2008 yang lalu. Kalau 'penyapu baru' selalunya kenalah rajin-rajin bekerja, jangan buat 'statement' kontroversi, senyum selalu dan ringan tulang. Hahaha... Dalam pada itu, janganlah tunjuk belang pulak... Pada hari keempat di tempat baru; saya menghadiri seminar oleh seorang profesor hebat dari University of Michigan yang di adakan di Kuala Lumpur, hari kelima pula saya menghadiri 'Pilot Programme' untuk 6Es iaitu 'skill training' yang diperlukan oleh 'consultant' & 'trainer' yang akan dilancarkan hujung tahun ini. Tidak cukup dengan itu pada hari ketujuh, sementelah kami menganjurkan Sambutan Hari Raya untuk Kakitangan. (dimana Kakitangan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan Biru, Hijau, Merah & Kuning). Beberapa hari sebelum itu ada tawar menawar agar saya menyertai kumpulan mereka namum takdir menetukan saya perlu menyertai Kumpulan Hijau. Dengan masa yang amat singkat saya bukan sahaja di ajak untuk membantu Model2 Kumpulan Hijau untuk Pertandingan Model Hari Raya tetapi juga terpaksa menjadi pelakon utama Pertandingan Persembahan antara Kumpulan setelah heronya terpaksa menarik diri akibat bebanan tugas. Hmm... saya sepatutnya jadi 'low' profile di tempat baru... lain pula jadinya ni. Dipendekkan cerita... Dan majlis tersebut, Kumpulan Hijau menjadi Johan Persembahan dan Naib Johan Model. Satu permulaan yang baikkan? Maka sampailah ke telinga saya... ko ni kan... baru datang dah tunjuk belang yer... dalam nada professional saya kira. Insyaallah.