Thursday, December 23, 2010

Yeah You Know Whose The Takers?

There are 2 sides of people in this world. Givers and Takers. Givers is what we all should be and Takers is what we should avoid. During this year end season hopefully everybody could share the spirit of giving and forgiving.



Takers is one of the Movie that I have waited this year and can't hardly wait the DVD to come out for me to 'snatch' !!! Bravo CB, T.I. & Paul Walker !!! ... And Yeah, this year CB has No 1 Movie "Takers" & No 1 Song "Dueces" !!!

No Mercy !!!



Officially, the new album from T.I. has arrived at our shores this week. The album title is No Mercy and this is one of the many single released whether official or non-official from the album with the same title. No mercy feat The Dream !!! There are a lot of easy listening songs in this album. I will write abaout the album later. If we talking albout Hip Hop/Rap Album... All 3 best Hip Hoop/Rap album has been released this year namely Recovery by Eminem, 5.0 by Nelly & the latest No Mercy by T.I. What a wonderful year !!!

Wednesday, December 22, 2010

Satu Hari Di Estet


Saya sedang menonton DVD Estet hasil arahan Mamat Khalid yang kalah teruk di Festival Filem Malaysia yang baru lalu. Malang bertimpa-timpa apabila Filem ini juga gagal di pasaran, dengan kutipan tidak sampai RM 1 juta.. Namun begitu saya amat menyukai akan garapan Kollywood ala-ala 1malaysia yang dibawa oleh Abang Mamat Khalid dalam filem ini. Filem ini juga berjaya mengimbau kisah masa lalu saya yang pernah menjalani latihan praktikal di dua buah estet di Serdang, Kedah dan Taiping, Perak ketika masih belajar.

Lakonan para pelakon yang di bayangi adegan slapstik juga menghiburkan. Saya juga tertawan dengan kemunculan 'cameo' Rosyam Noor & David Arumugam. Hahaha...

Dapatkan DVD yang Original dalam usaha memartabatkan Filem malaysia yang berwajah kita.

Tuesday, December 21, 2010

Akulah Sang Pemimpi



Jika aku bukan Sang Pemimpi, sudah tentu telah aku kuburkan harapanku untuk menonton Sang Pemimpi lama dahulu. Mengaku kalah. Setelah filem ini mula masuk ke panggung di Indonesia sekita Disember 2009 dan DVDnya diterbitkan sekitar Ogos 2010, aku cuma dapat menonton filem yang ditunggu ini pada Disember 2010. Genap setahun !!! Itupun setelah titipan sahabat dari seberang yang lewat sampai ke tangan meskipun sudah lama mendarat di Kuala Lumpur. Apa-apapun terima kasih banget pada Tancho (yang bersusah payah mencari DVD ini untuk aku) & Mujes !!!

Sang Pemimpi mengisahkan tentang persaudaraan, persabatan, pembentukan jatidiri, perjuangan untuk mencapai cita-cita dan hubungan pertalian darah di antara seorang bapa demi masa depan anak lelakinya.

Sang Pemimpi membuktikan kepada kita bahawa kita semua tidak kita darjat dan pangkat, bangsa dan warna kulit, tinggi atau rendah berhak memiliki mimpi dan bertekad lantas berusaha untuk mencapainya. Pantang menyerah sebelum kalah.

Sang Pemimpi adalah menifestasi kita untuk memjadi seorang yang berani.

Tidak dapat tidak... aku mahu menjadi Sang Pemimpi itu. (malam ini adalah malam kedua kalinya aku menonton DVD ini)

Monday, December 20, 2010

IDOLAKU Mawi !



Sejak bila Mawi Pandai meniup seruling ini?


Kalau Kompang memang sahlah Mawi boleh memukul rentaknya...






"Menanti Hikmah" adalah Single Terbaru daripada album ini. Lagu ini juga adalah Lagu Tema kepada Drama Berantai "Seruan Pulau Nami". Bagi tahun ini, Lagu "Menanti Hikmah" saya kira adalah antara Lagu Terbaik bagi menutup Tirai 2010. Sebuah lagu yang agak berbeza dendangan Mawi. Sentimental, ala-ala lagu Korea. Dendangan Mawi juga lebih merdu untuk lagu ini.

Ini merupakan gambar terakhir yang saya sempat rakamkan bersama Mawi tahun ini...:)

Nota Jase :
Buah nangka yang ditunggu akhirnya gugurnya. Setelah hampir 2 tahun peminat Mawi menunggu akhirnya terbit juga buah tangan Mawi yang telah lama disebut-sebut ini. Yang dimaksudkan ialah album terbaru Mawi yang diberi judul Idolaku. Memang sudah lama disebut-sebut.

Album ini mengandungi 15 trek dan ditampilkan dalam tiga kategori iaitu lagu-lagu lama yang diterbitkan semula, lagu lama yang dirakam semula secara berduet dan lagu baru. Antara lagu lama yang diterbitkan semula ialah "Lagu Jiwa Lagu Cinta" dari album perdana Mawi, Lagu Raya Mawi "Ayah Aku Rindu Padamu" dan "Ya Salam" (duet Mawi bersama Yasin) dari Album Satu Dalam Seribu. Sementara Lagu-lagu lama yang dirakamkan secara berduet dengan penyanyi asal/idola Mawi termasuklah "Dari Kekasih Kepada Kekasih (duet bersama Hattan), Rela Menanti (duet bersama Fauziah Datuk Ahmad Daud (asalnya Ogy berduet dengan Ebby Saiful)) dan 'Menyesal Tak Berguna" duet beliau bersama Jay Jay. Dalam pada itu Lagu "Geram" nyanyian asal Black Dog Bone dinyanyi semula secara berduet oleh Mawi bersama Aznil (Ya... Pak Nil). Sementara lagu baru solo dendangan Mawi ialah Menanti Hikmah dan Barangkali.

Album ini memang wajar dimiliki oleh semua peminat Mawi !!!

Terima Kasih Mak !!!



"Ini adalah Bubur Asysyura yang telah saya makan sebahagiannya. Bahagian Angah saya makan, bahagian Along pun saya rasa juga !!!"

Ceritanya.... Saya terpaksa pulang ke kampung kerana panggilan Angah yang telah sampai seru untuk menukar ganti 'keinderaan' beliau. "Tiada lagi KeRIOan di Sungai, kini semuanya semudah SimplyCITY sahaja". Lantaran itu saya membuat pesanan kepada Angah untuk makan Bubur Asysyura Utara yang cuma mampu di makan setahun sekali pada 10 Muharram. Angah telah berbaik hati membeli bahan-bahannya seperti pisang, keledek, kacang tanah dan kacang hijau. Bagi menjadikannya 5 ramuan istimewa; maka saya membeli jagung. Emak yang paling baik hati kerana telah memasak Bubur Asysyura untuk saya tahun ini. Akhirnya dapat juga merasa. Bila saya memaparkan kisah Bubur Asysyura saya di dada FB, maka akhirnya saya terpaksa membuat penghantaran kerumah Along !!!

Sunday, December 19, 2010

Kenangan Jalan Ipoh


Gambar tidak bertarikh ini di ambil di sebuah sekolah rendah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ketika itu Mawi datang sebagai Jemputan Khas untuk Hari Terbuka Sekolah Tersebut. Saya dan Galzean tumpang sekaki untuk memeriahkannya. Cikgu Jah yang menjemput kami sebenarnya. Kisahnya, saya baru mengambil gambar ini dari Cikgu Jah setelah melawat beliau petang tadi sebelum beliau menjalani pembedahan pada 21hb Disember 2010 nanti.

Selamat Menjalani pembedahan untuk Cikgu Jah; semoga selamat segalanya.

Untuk Mawi pula... dah lama menyepi ni, Huhuhu...