Sunday, December 19, 2010

EUFF 2010



Seingat saya tahun lalu saya berjaya menonton lebih kurang 5 Filem sempena EUFF 2009. Namun kesibukan tahun ini saya cuma berjaya mencuri masa untuk menonton 2 filem sahaja. Inilah Nasibku.... Huhuhu.

ElBola - Spanish Movie


For All Eternity - Austrian Movie
Newlyweds are torn apart during the communist takeover in China in this poignant tale. Fanny Ebner confounds her friends and family when she falls in love with and marries Ma Yunlong, a Chinese policeman. The couple moves from Vienna to China, but their happiness is short-lived -- Ma is captured and imprisoned by the communists. Alone in a foreign land, Fanny must find a way to survive. Nina Proll, Wang Zhiwen and Susi Nicoletti star.


Indahnya Hutan Hujan Tropika di Pinggir Kota









Sudah lama rasanya saya menyimpan hasrat untuk membuat 'Canopy Walk' di FRIM, Kepong. Cuma masa yang tidak diizinkan. Namun alhamdulillah pada 27 Oktober 2010 yang lalu, saya mendapat kesempatan untuk membawa segerombolan peserta kursus dari Equatorial Guinea untuk melakukan senaman pagi di FRIM dengan sedikit rentasan hutan hujan tropika lantas meneruskan perjalanan 'canopy walk'. Kami menghabiskan lebih kuran 2 jam untuk melangsaikan tugas mudah ini. Meskipun ada yang kesengsaraan, kepenatan dan kehausan, akhirnya semua tersenyum gembira menamat tugasan yang di amanahkan.

Untuk rakan-rakan dari EG - "Te Hecharemos de Menos", sementara untuk rakan-rakan dari Malaysia seperti Anis, Lina, Yani, Iwan, Mat, Hafiz dan Haziq - Terima Kasih kerana sudi menemani.

The Tourist



Pertama kali sebenarnya saya berjaya menonton wayang di luar negara. Harga tiket wayang di REEL Cinema Dubai Mall ini boleh tahan mahalnya iaitu AED 30/=. Nilainya lebih kurang RM30 jugalah. Saya memilih untuk menonton The Tourist pada 10 Disember 2010 yang lalu memandangkan filem ini masih belum ditayangkan di Malaysia (Pembukaan di Malaysia di jangka pada 30 Disember 2010) dan juga faktor untuk menjimatkan masa (usai makan malam bersama rakan di sana). Ini merupakan filem kedua lakonan Johnny Depp tahun ini setelah muncul di dalam Alice in Wonderland pertengahan tahun ini. Bagi Angelina Jolie pula, tahun ini beliau muncul dalam filem Salt selain The Tourist.

Sebuah filem yang amat menarik untuk ditonton. Penuh debaran yang kadang kala menyakitkan. Dengan tagline 'The Perfect Trip, The Perfect Trap' jika orang berkata sinopsisnya berbunyi seperti ini, 'Frank, an American Tourist visits Italy to mend broken heart when Elise, an extraordinary woman deliberately, crosses his path'; nasihat saya.... Jangan percaya !!!...:)

Cinta & Air Mata



Sudah lama sebenarnya saya dihadiahkan CD Cinta & Air Mata ini oleh pemiliknya. Saban hari saya seperti 'terbeban' untuk memberi pandangan tentang lagu ini. Bukan di paksa atau terpaksa, cuma setulusnya saya memang berniat untuk melahirkan pandangan sekadar mampu terhadap lagu dan penampilan Bahrain untuk 'single' kali ini. Ada, pada suatu hari itu saya mendengar lagu ini lebih daripada 10 kali untuk mencari 'Faktor Wow'nya. Saya kira dari segi komersial, saya lebih menyukai lagu 'Kau Bagaikan Udara'. Namun begitu, lagu ini amat istimewa kerana pertamanya, buat julung-julung kalinya seorang penyanyi berjaya menampilkan Guru Vokal terkenal, Siti Hajar untuk berpadu suara dengan beliau. Dek kerana terpampang nama Siti Hajar di kulit cakera padat, maka tentulah kitapun menaruh harapan yang tinggi kepada lagu ini. Keistimewaan kedua pula saya kira kepada maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh penyanyi dan penulis lirik lagu ini. Sekilas terdengar, ianya seperti lirik cinta biasa, namun jika ditelek dengan mendalam cinta sebenar yang dimaksudkan ialah kepada Kekasih Allah s.w.t., iaitu Baginda Rasulullah s.a.w. Begitulah hakikatnya.

Saya amat berharap agar lagu ini berjaya diputarkan di corong-corong radio swasta yang makin ligat mengejar 'rating'. Agar lebih ramai yang dapat menikmati hasil yang tulus mulus ini.

Untuk Bahrain - Tahniah !!!

Monday, December 13, 2010

Putarkan Semula...







I am quite lucky this year as being able to meet some of international artiste that come our our shores. There were Akon and Maher Zain. An the latest edition is Iyaz whom I met during the Shout Awards !!! Iyaz is quite a nice young chap and very humble !!! Hopefully he will be BIGGER STAR one day !!! So far his album has produced 3 hits Single namely, Replay, Solo & So Big.

The King of Pop Returns...


Ini adalah antara ole-ole yang saya bawa pulang dari Dubai. CD terbaru Raja Pop - Michael Jackson. Ini juga merupakan album terbaru Micheal Jackson yang berjudul 'MICHEAL' dan mengdungi 9 trek yang belum pernah diterbitkan sebelum ini (keseluruhan ada 10 trek). Sungguhpun begitu; Single Perdana dari album yang ditunggu-tunggu ini, 'Hold My Hand (duet bersama Akon)' telahpun 'bocor' di YouTube tahun lalu dalam keadaan separa siap (dan telahpun masuk carta JaseBoard 2009). Single ini ketika ini masih lagi mendaki Billboard Hot 100. Banyak lagu menarik di dalam album ini meskipun ia kedengaran agak 'simple' dan tidak begitu kompleks seperti album-album yang terdahulu. Antara lagu menarik selain 'Hold My Hand' ialah 'Hollywood Tonight', 'Keep Your Head Up' dan 'Monster' (menampilkan 50 Cent). Berbaloi untuk dimiliki dan menjadi koleksi (Itu saja yang mapu katakan)!!!

Wednesday, December 8, 2010

Catatan Bumi Pertemuan Dua Arus


Memang sudah banyak kali saya ke luar negara atas urusan kerja mahupun melancong. Namun saban kali niat saya untuk menulis blog ketika di luar negara selalunya terbantut dek kerana kesibukan tugas mahupun keseronokan menjelajah. Lantaran itu samada saya akan menulis setelah pulang atau lebih bahana lagi kekadang cerita tersebut akan basi begitu sahaja tanpa dikongsi bersama dengan pembaca.

Banyak negara juga apabila saya lawati akan membuatkan ada hati yang akan merasa 'cemburu' namun untuk bebanan tugas kali ini saya kira tidak ramai yang mampu untuk iri hati atau mengambil kesempatan untuk turut serta. Alhamdulillah, tiga perbincangan penting yang harus saya serta telah selamat belangsung meskipun ia tentunya akan dituruti dengan cabaran baru yang lebih hebat. Lewat pagi tadi sahaja dewan tempat saya menyampaiakn penerangan bagaikan gegak gempita dengan hujanan peluru pelbagai soalan yang adakalanya tidak munasabah (apatah lagi munasarawak !!!). Sungguh mencabar sekali...

Oh.. saya sebenarnya sekarang ini berada di Iraq. Yang pada dasarnya adalah sebuah negara yang berada di dalam Zon Yang Amat Mencabar. Apa tidaknya, perjalanan saya (dan rakan sekerja lain) di temani dengan anggota keselamatan, kami juga di arahkan untuk memakai jaket kalis peluru yang beratnya lebih kurang 2 kilogram, kami di angkut dengan kereta kalis peluru yang mana pemandu dan anggota keselamatan dibekalkan dengan senjata api, selang beberapa saat ada saja maklumat terkini tentang keselamatan perjalanan yang di salurkan melalui radio semua kereta terbabit, kehidupan saya di sini cumalah bilik hotel dan bilik mesyuarat dimana polisi syarikat tidak mebenarkan kami keluar hatta satu incipun di luar kawasan yang telah diwartakan !!! Di saat syarikat menghantar kami ke lokasi penuh cabaran; keselamatan aset utama syarikat ini memang langsung tidak di abaikan.

Doakan saya berjaya memikul amanah ini dengan penuh keikhlasan dan berjaya, doakan saya selamat pulang untuk bertemu yang tersayang !!! InsyaAllah.