Tuesday, September 18, 2012

'They Are WANTED in KL'


Ballad with the girls !!
Max George of The Wanted. At the moment he is 'My Favourite Wanted'; although I did not follow them that much

Tom Parker - Do you really believe that he joined Take That II?

Nathan Sykes - The Baby Wanted.

Siva Kaneswaran; The Asian Wanted. Come from the mixed parentage of Sri Lankan father and Irish mother.


Jay McGuiness - The Bad Boy of The Wanted?
Nota Jase :
Pertama-tama sekali terima kasih yang tidak terhingga kepada Universal Music Malaysia yang telah memberikan saya tiket untuk menyaksikan Konsert The Wanted di Surf Beach, Sunway Lagoon semalam; yang sesungguhnya merupakan konsert berskala besar yang pertama buat mereka di Malaysia. Meskipun di saat akhir, dapat juga saya merasa kemeriah konsert tersebut. Meskipun konsert bermula gaka lewat iaitu lebih kurang jam 9.10 minit malam selepas dua 'opening act' (DJ Goldfish & Blink dan vokalis Click Five Kyle Patrick - Lagu Happy Birthday dan Go For Gold ! beliau boleh tahan juga !!!) namun kenhangatan terasa sebaik sahaja kelima-lima anggota The Wanted memulakan persembahan mereka  dengan rangkaian lagu-lagu porpular mereka daripada kedua-dua album; The Wanted dan Battleground (mungkin boleh dikatakan tiga buah album semuanya jika dicampur dengan album pasaran US - The Wanted US Debut).

Antara lagu-lagu yang sempat saya dengar ialah Chasing The Sun, All Time Low, Warzone, Lightning. Tetapi sesungguhnya yang mnejadikan persembahan ini istimewa apabila mereka turut menyampaikan medley lagu-lagu Kumpulan Coldplay sambil bermain alat muzik seperti gitar dan keyboard selama sepuluh minit. Vokal kesemua anggota The Wanted memang mantap ditambah pula dengan sistem bunyi yang melebihi piawai !

Meskipun saya pulang awal dek kerana bekerja keesokkannya namun saya amat berpuas hati dengan persembahan malam tadi.

Tahniah The Wanted dan Universal Music Malaysia !

No comments: