"Filem Innocence of Muslim tu memang la menghina Islam tapi dia ada bagi kita satu motif dan sebab. Antara sebabnya diorang nak tahu berapa ramai umat Islam yang HIPOKRIT! Kamu semua marah dan menyumpah seranah pengarah yang mengarahkan filem itu kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., tapi tidakkah kamu semua sedar yang kamu sendiri menghina Islam, Muhammad S.A.W. dan seluruh hadis-hadis Muhammad S.A.W.? Nabi menyuruh kita sembahyang 5 waktu sehari semalam, "solat itu tiang agama dan bagi sesiapa yang tidak menunaikan maka dia meruntuhkan agama mereka". Tapi adakah KAMU SEMUA MENUNAIKANNYA? Tidak menunaikan solat 5 waktu samalah seperti menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan hadis-hadis mereka, kerana hadis Nabi untuk diikuti, bukan setakat dengar sahaja. Rasulullah S.A.W. itu nakhoda kapal Islam kita, kita sebagai anak kapal hendaklah mematuhi arahan nakhoda kita kalau tidak mahu kapal agama kita tenggelam. Tidak dengar arahan Nabi umpama menghina Nabi sendiri. Kita menyumpah saranah pengarah filem tersebut tetapi apabila kita menyumpah mereka, mereka mengertawakan kita kerana kita HIPOKRIT! Dari mengutuk atau mengecam pengarah filem tersebut, lebih baik kita berdoa agar pengarah tersebut diberikan hidayah oleh Allah Swt. Kita mengutuk mereka, kita dapat dosa. Nabi tidak ajar kita mengutuk orang kafir, sebab itu zaman Rasulullah S.A.W. mereka tertarik dengan Islam kerana Islam itu lembut tapi tidak bermakna Islam itu lemah.
Thursday, September 20, 2012
Peter... Peter...
A stressed man was in his office thinking deeply. Suddenly a man runs in shouting 'Peter . . . Peter . . . your daughter Tonia just had an accident and died'. Shocked and confused, he jumps out of his window! As soon as he does that, he remembered his Office is on the 7th Floor. As he was descending lower, he remembered he doesn't have a daughter called Tonia, Still descending, he remembered he is not even married... Just 2 (two) floors before he hits the ground, he remembers his name is not even Peter! ((STOP THINKING TOO MUCH)) . . . . Have a Stress Free Week. Hahaha...
Nota Jase :
I got this jokes from my Nigerian friend ; Bro Yusuf via BBM. Thank You for remembering me, Thank You for the technology !!!
Tuesday, September 18, 2012
"Penchayat" Edisi Khas
Ya.... saya memang sedang membaca novel hasil tulisan Uthaya Sankar SB. Ini merupakan cetakan kedua. Saya kira saya mungkin telah 'ketinggalan keretapi' semasa mula-mula diterbitkan dahulu. Sebab itu terpaksa menunggu sehingga Edisi Khas. Ia adalah sebuah cerita 1Malaysia berkenaan perompak berbilang bangsa yang mencuri berhala di sebuah kuil hindu di Kampung Gajah. Sementara Penchayat pula merupakan sebuah majlis timbang tara seperti mahkamah sebelum kes di bawa kepada pihak berkuasa. Menggunakan latar belakang semasa era 60-an, selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Macam tidak percaya pun ada, memandangkan ada seorang Melayu Islam yang sanggup berkompot untuk mencuri berhala tersebut demi untuk mendapatkan duit hasil daripada jualan kepada seorang Inggeris. (Saya ulang Orang Putih; yang ingin menjadikan patung tersebut sebagai bahan antik). Bukan bersifat perkauman, tetapi sungguh 'buruk' melayu tersebut sehingga sanggup melibatkan diri dengan kegiatan tersebut. (Namun iakan cuma cerita).
Memang belum habis membaca, insyaAllah akan menamatkan eksplorasi terhadap karya Uthaya ini dalam sehari dua lagi. Semoga mendapat jawaban yang di cari...
'They Are WANTED in KL'
Ballad with the girls !! |
Max George of The Wanted. At the moment he is 'My Favourite Wanted'; although I did not follow them that much |
Tom Parker - Do you really believe that he joined Take That II? |
Nathan Sykes - The Baby Wanted. |
Siva Kaneswaran; The Asian Wanted. Come from the mixed parentage of Sri Lankan father and Irish mother. |
Jay McGuiness - The Bad Boy of The Wanted? |
Nota Jase :
Pertama-tama sekali terima kasih yang tidak terhingga kepada Universal Music Malaysia yang telah memberikan saya tiket untuk menyaksikan Konsert The Wanted di Surf Beach, Sunway Lagoon semalam; yang sesungguhnya merupakan konsert berskala besar yang pertama buat mereka di Malaysia. Meskipun di saat akhir, dapat juga saya merasa kemeriah konsert tersebut. Meskipun konsert bermula gaka lewat iaitu lebih kurang jam 9.10 minit malam selepas dua 'opening act' (DJ Goldfish & Blink dan vokalis Click Five Kyle Patrick - Lagu Happy Birthday dan Go For Gold ! beliau boleh tahan juga !!!) namun kenhangatan terasa sebaik sahaja kelima-lima anggota The Wanted memulakan persembahan mereka dengan rangkaian lagu-lagu porpular mereka daripada kedua-dua album; The Wanted dan Battleground (mungkin boleh dikatakan tiga buah album semuanya jika dicampur dengan album pasaran US - The Wanted US Debut).
Antara lagu-lagu yang sempat saya dengar ialah Chasing The Sun, All Time Low, Warzone, Lightning. Tetapi sesungguhnya yang mnejadikan persembahan ini istimewa apabila mereka turut menyampaikan medley lagu-lagu Kumpulan Coldplay sambil bermain alat muzik seperti gitar dan keyboard selama sepuluh minit. Vokal kesemua anggota The Wanted memang mantap ditambah pula dengan sistem bunyi yang melebihi piawai !
Meskipun saya pulang awal dek kerana bekerja keesokkannya namun saya amat berpuas hati dengan persembahan malam tadi.
Tahniah The Wanted dan Universal Music Malaysia !
Monday, September 10, 2012
Singgahan ke Bandar Dunia
Nota Jase :
Alhamdulillah. Saya diberi peluang sekali lagi untuk membawa panji-panji syarikat saya bekerja untuk singgah di Dubai - City of the World. Singgahan kali ini akan memakanmasa lebih kurang 4 malam. Hari yang pertama adalah yang paling penting dan kritikal. InsyaAllah doakan saya yang terbaik. Kali terakhir saya sampai di Dubai dan menginap di Al Munrooj Rotana ialah pada bulan Fenruari 2011; kiranya sudah lebih daripada setahun masa berlalu. Situasinya masih sama, cuma kali ini bilik saya mnengadap kolam renang dan restoran meskipun tidak dapat melihat dengan jelas kerana brada di tinggat 3 sahaja. Yang menariknya jika tinggal di hotel ini ialah kita boleh berjalan kaki ke Dubai Mall dan Burk Khalifa (Bangunan tertinggi di dunia ketika ini). Apa lagi... Jom !
Saturday, September 8, 2012
Orang Memberi, Saya Merasa
Terima kasih kepada insan ini kerana sudi memberikan saya kuih raya dari kampung beliau di Johor. Meskipun saya sedikit berkecil hati dengan insan ini baru-baru ini namun semuanya itu kan salah faham... Carik-carik bulu ayam, lama2 becantum juga. Jadi, jika anda membaca 'posting' saya ini, apa kata hubungi saya...:)
Thursday, September 6, 2012
Barbie? Nope.... Borbie Laa...
Semalam saya dan Lisa terjumpa satu outlet makan terbaru di Mines. Macam menarik lantas kami pun terasa ingin mencuba. Tapi sebenarnya (sebenar-benarnya sebab Old Town tutup dek kerana rengah renovasi). Restoran makanan segera ini menghidangkan makanan berasaskan kentang yang di jadikan menu utama dan ditambah dengan 'lauk-lauk'lain seperti daging, ayam, makanan laut dan juga sayur-sayuran. Yang paling utama semuakan akan diletakkan keju ! Enak sehingga menjilat jari, jomlah cuba meskipun sekali....:)
Sunday, September 2, 2012
Lepaskanlah... Biar mereka MERDEKA di Samudera
Nota Jase :
Sungguh simbolik acara ini. Melepaskan 25 ekor anak-anak penyu agar di 'Turtle Sanctuary' Cherating pada 1 September 2012 yang baru lalu. Sehari selepas ulang tahun sambutan kemewrdekaan Malaysia ke 55; saya juga 'memerdekakan' anak-anak penyu ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan (Kak FABby, Anis, Oxfod, Kak Moon, Cik Yah dan Angah) yang sudi menyumbang RM10 untuk seekor anak penyu. Jika tidak tentu 10 ekor sahaja yang mampu kami lepaskan. Sebenarnya ini adalah salah satu aktiviti impian Lisa, saya cuma mengikut sahaja pada mulanya. Apabila sudah betul-betul hendak memulakan acara perlepasa ini maka keterujaan semakin tinggi. Apabila membawa bekas yang berisi anak-anak penyu yang baru berusia 3 minngu ini ke pantai, kita dapat rasakan yang anak-anak penyu ini tidak sabar untuk meneroka samudera Lautan Cina Selatan yang luas. InsyaAllah jika ada yang hidup panjang (mengikut statistik cuma 5 % yang berjaya hidup selepas dilepaskan), maka sudah tentu akan ada yang kembali untuk bertekur di pantai ini. InsyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)