Saturday, June 12, 2010

Kenduri di Teratak Senyum Simpul

Terima Kasih kepada Tn Hj Kamil & Haj Ramlah (Tok Bah & Tok Mi) kerana telah memanjangkan undangan kepada saya dan Lisa untuk menghadiri Majlis Persandingan puteri sulong mereka Tante Tessa dengan Uncle Amir. Sebenarnya saya memang tidak menjangka akan menerima utusan ini kerana Tok Bah memamg telah lama bersara daripada syarikat saya bekerja. Dan sebenarnya saya mengenali Tok Bah di peringkat awal saya memulakan kerjaya setelah tamat pengajian di Menara Gading. Ketika itu Tok Bah adalah salah seorang daripada Pengurus Kanan di syarikat saya bekerja. Setelah sekian lama, setelah saya berpindah dan kembali semula. Alhamdullillah, masih ingat lagi yaa Boss Besar ni kat saya.

Kad Jemputan Kahwin Tessa & Amir ini memang ringkas tetapi sangat kelakar dan melucukan. Memang ia akan menjadi momento kepada mereka yang menerima kad ini. Kendurinya pula klasik habis, ala-ala kopitiam dan hidangan 'first class' !!!

Untuk Tante Tessa & Uncle Amir. Semoga Berbahagia sehingga ke akhir hayat !!!

No comments: