Friday, June 4, 2010

Kecoh Betul dengan Si Bell ?

KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.

Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana . Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.

Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang.

Mampukah mereka menyelamatkan Dayana? Mampukah mereka mendapatkan wang untuk melunaskan hutang-hutang mereka? Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini?

Semuanya menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda dapat merasai kekecohannya dengan menonton KECOH BETUL.


Nota Jase :
Saya sempat menyaksikan filem ini tadi (4 Jun 2010) jam 4.30 petang di TGV Mines. Filem ini mula memasuki pawagam sejak semalam. Ketika menyaksikan filem ini tadi, boleh dikatakan penonton tidak begitu ramai, sekitar 150 orang sahaja. Mampukah ia menjadi Filem Pecah Panggung? Kita nantikan sahaja...

Secara mudah filem ini berkisarkan kepada persahabatan anak-anak bujang mengharungi rencah kota raya, mat rempit, pengedaran dadah, aksi komedi, 'ah long' dan cinta. Semuanya di sentuh secara luaran sahaja tanpa mengupas dengan lebih mendalam. Memandang filem ini muncul setelah beberapa filem rempit (samada aksi atau komedi) yang memenuhi pawagam sebelum ini ia nampak seperti langsung tiada istimewanya. Watak hitam 'Mat Rempit Pelumba Haram Penjual Dadah' dimatikan secara tiba-tiba tanpa memberi kesedaran nyata kepada penonton. Dari segi lakonan pula pujian memang harus diberikan kepada Nabil Raja Lawak dan Bell Ngasri yang memang begitu bersahaja dan 'natural' memegang watak masing-masing. Pendek kata kita tidak sakit mata atau sakit hati apabila melihat kedua pelakon/pelawak ini muncul di layar perak. Sesungguhnya banyak juga aksi-aksi yang akan membuatkan anda ketawa terbahak-bahak hingga pecah perut, memang kech betul lagaknya.



1 comment:

Wanpetunjuk said...

Salam bang....

Rasanya dah tak perlu ke panggung sbb dah baca sinopsis nih...
[fyi, cerita melayu sgt1000x jarang ditayangkan di panggung Miri]