Monday, March 30, 2009

Lagu Untuk Qhaud di K04AF7... Mencabar Giler !!!



DI TAMAN TEMAN

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguhkan dihatiku

Percayalah.. Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..



Nota Jase : Waduh-waduh.. mencabar giler Qhaud minggu ini. Tapi rasanya semua pelajar lelakipun akan tercabar. Dahlah kena nyanyikan lagu penyanyi wanita; lagu Datuk Siti pulak tuu. Lagilah susah nak tandingi. Tapi saya kira menarik. Dah sah-sah Tok Ti akan datang masa diari dan kalau bernasib baik dia juga akan muncul di konsert. Rasanya lagu lenggok melayu ini mungkin amat sesuai dengan Qhaud. (Lagipun Qhaud ada praktis lagu SM Salim tuu kan... yang "kalau menebang...") Tapi kalau Qhaud dapat lagu Seindah Biasa atau Pastikan tentunya lagi gempak sebab kedua-dua lagu tersebut memang saya minat giler. Lagu ini amat baru sekali... mungkin Qhaud pun tidak pernah dengar. Tapi yang baiknya lagi... disebabkan lagu ini tenagh hit sekarang adakah ia boleh mengaut undi? Tunggu saja di K04AF7.

Sunday, March 29, 2009

Ada 4 Perkara Menarik Semalam di K03AF7... :)

Menarik Pertama
Banner saya kuar kat TV semasa Konsert berlangsung!!! Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Tidak sia-sia meredah hujan membeli 'card board' dan menghabiskan sepetang membuat banner amatur itu.

Menarik Kedua
Muka saya, SpiderX dan Cute juga keluar TV semasa Konsert setelah percubaan pertama di Konsert Pertama gagal. Bukan sekali juga... adalah dalam dua tiga kali juga. Eh..Ada ke kami mencuba dahulu?

Menarik Ketiga
Ini bukan perasaan yang perasan. Tetapi Qhaud sebenarnya menyedari akan kehadiran Banner saya dan rakan2 sebab selepas tamat konsert ketika dalam proses para pelajar yang tinggal melambai-lambaikan tangan pada Rini & Obri, saya kira selepas Qhaud melihat ahli keluarga dan 'fans' yang duduk berdekatan dengan ibu, abang dan adiknya. Qhaud telah berpaling mencari kami (yang duduk di baris ketiga berdekatan dengan juri) sambil tersenyum, mengucap terima kasih (saya cuma membaca dari gerak bibir) dan menunjukkan isyarat BENAR kepada kami sebelum meninggalkan pentas untuk menaiki bas Hop On Hop Off KL. Hmm... Tak sia-sia saya menyokong Qhaud kan !!!

Menarik Keempat
Cute telah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan. Kami berjaya berkenalan dengan ibu Qhaud yang saya panggil Kak Nor. Gambar di bawah adalah buktinya. Cerita lanjut berkenaan Qhaud? Nantilah saya masukkan dalam entry baru...

'Pilihlah Aku' - Qhaud @ K03AF7

Khaty : "QHAUD, you picked up the song.. Alhamdullilah.. You ada confidence and you made the song sounds very interesting..All the best to you QHAUD.."

Alhamdulillah... kali ini dapat lagi saya dan rakan-rakan (Cute & SpiderX) memeriahkan Dewan Seri Putra bagi menyokong Qhaud dengan lagu Pilihlah Aku. Alhamdulillah juga kami berjaya mendapatkan tempat duduk 3 dari hadapan berdekatan dengan juri jemputan.

Meskipun komen juri kurang menarik buat Qhaud kali ini; kecuali yang terkeluar daripada mulut Datuk Khaty tetapi alhamdulillah kerana masih Qhaud terselamat daripada disingkirkan. Lebih-lebih lagi kerana kali ini terdapat dua penyingkiran sekali gus - Rini & Obri.

Bagi saya persembahan Qhaud kali ini memang kurang dibandingkan dengan minggu lalu @ graf jatuh sedikit. Kalau nak ikutkan mutu suara; memang di konsert kedua lebih original. Kali ini memang ketara Qhaud persis tepengaruh dengan suara Abang Latif. Tapi yang lebih menarik minat saya ialah persembahan, 'props' dan kareografi yang ditonjolkan oleh Qhaud semasa mendendangkan lau ini memang menjangkau 'perbatasan'. Yang penting, Qhaud perlu bekerja keras untuk Konsert keempat !!!

Ada 4 perkara menarik berlaku di Konsert ini. Sudah tentulah yang berkaitan dengan Qhaud. Tetapi saya amat mengantuk untuk terus menulis. Kita sambung di 'entry' mendatang - saya janji; berserta gambar ya !!!

Saturday, March 28, 2009

Let's Earth Hour Tonight !!!





Recently it was published in the New Straits Times newspaper (on Wed, Feb 25, 2009) about the coming global movement "Earth Hour".

We would like to share some information on "Earth Hour" with you and your organization.

"Earth Hour" undertaken as a measure to reduce global warming and raise awareness on global climate change.
In 2008, Malaysia participated in celebrating Earth Hour. However, participation was limited, as there were little or no publicity to the event.

For year 2009, Earth Hour will be commemorated on 28th MARCH 2009

How?? - Again, by turning off all lights from 8.30pm to 9.30pm

Let us all support this campaign and make a difference by switching off lights on the specific date and time.

Putting our teachings into practise, and be part of a global movement!!


Thursday, March 26, 2009

Saksi (Rabbani feat Mawi)

Lagu ini adalah Juara Tahunan Nasyid Minggu Ini TV1 tahun lalu. Saya meminati lagu ini bukan hanya kerana Rabbani menampilkan Mawi (buat kali pertama di dalam album) tetapi dek kerana bahagian yang Ustaz Asri dan Mawi berbalas-balas itu mengingatkan saya pada lagu ADUH SALIHA. Seperti biasa tentunya lagu-lagu nasyid ini akan menginsafkan kita bila mendengarnya bukan hanya dengan telinga tetapi dengan mata hati. Di akhirat kelak semua anggota badan kita akan menjadi saksi terhadap apa yang telah kita lakukan di atas dunia ini.

Maka dengan itu teringat pula saya dengan CD Terbaru Rabbani (Nostalgia Nada Murni) saya yang masih di tangan Asri. Dah habis ditandatangani? Bila nak ambil semula ya?

Wednesday, March 25, 2009

Dua Jam Di Bawah Cahaya Junjungan



Bertarung dengan 'ancaman' Konsert Kedua AF7, akhirnya kami memilih untuk terus menonton Sirah Junjungan - Tahajud Cinta di Istana Budaya (IB). Saya, Lisa, Cikgu Jah, Mus, Galzean dan yang juga turut bersama ialah dua orang kawan Cikgu Jah. Cuma Cute yang akhirnya menarik diri - tarikan AF7 lagi kuat. Saya kira Umi Latifah juga datang dengan geng-geng beliau, kami cuma sempat berjumpa di ruang legar IB.

Kali kedua saya menonton Sirah Junjungan sebenarnya. Kali kedua juga air mata ini mengalir. Ya... menonton dan menghayati Sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. memang begitu menyentuh jiwa. Cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah S.A.W. memang tiada bandingannnya. Namun begitu babak yang paling sedih yang memang saya tunggu-tunggu ialah ketika hampir kepada kewafatan Rasulullah S.A.W. Iaitu ketika Sawadah ingin 'membalas dendam' terhadap Rasulullah S.A.W. yang sebenarnya cuma strategi beliau kerana ingin mengucupi belakang Rasulullah kerana Sawadah begitu mengasihi Rasulullah S.A.W.

Lagu-Lagu yang disampaikan oleh Mawi amat merdu sekali. Begitu 'ngam' dengan penampilan dan suara Mawi. Jubah Mawi dari Indonesia yang berharga RM500 itu juga amat cantik, 'classy' dan tampak menawan di atas pentas. Mazlan Tahir yang sebagai Narator dan Voice Over Rasulullah S.A.W. amat mengkagumkan. Hampir keseluruhan kemantapan persembahan ditunjangi oleh beliau. Rebecca Nur Islam yang memegang watak Hendon juga tidak mengecewakan meskipun saya masih selesa dengan Elly Suriati yang memegang watak yang sama musim lalu. Ahmad Yatim? Janganlah nak dipertikaikan... biarpun cuma beberapa minit muncul - ia tetap hebat !!!

Pentas menarik... ada 'improvement' jika dibandingkan dengan musim lalu.

Kak Erma : Tahniah kerana membawa teater muzikal yang amat bermakna ini. Saya amat bersyukur kerana ditakdirkan menjadi salah seorang penontonnya.

Soalan Cepu Mas : Musim depan nak tonton lagi? Jawabannya : Sudah tentu !!!

Sunday, March 22, 2009

Sembang Bila Nak Saksi Vs Lagu Untukmu oleh Qhaud di K02AF7




Terus terang saya katakan yang saya tidak dapat menonton Konsert Kedua AF7 samada di kaca tv apatah lagi di Dewan Seri Putra. Meskipun saya menyokong Qhaud di AF7 tetapi AURA MAWI tentunya lebih kuat. Maka dengan itu sudah tentu saya menonton Sirah Junjungan - Tahajud Cinta di Istana Budaya malam tadi yang menampilkan MAWI sebagai artis jemputan utama. Memang berbaloi sebab secara keseluruhan MAWI menyampaikan 5 buah lagu.

Bebalik kepada pokok perbincangan. Terima Kasih kepada teknologi. Dapat juga saya menonton persembahan hebat Qhaud melalui YouTube !!!

Bila Nak Saksi... begitu original di tangan Qhaud. Lagu ini begitu mendayu dendangan Tam Spider tetapi bila Qhaud membawanya ia lebih segar meskipun elemen kesyahduan itu jelas terdengar. Suara Qhaud yang agak tegas dan besar yang membikinkan saya ragu-ragu samada bolehkah dia memmbawa lagu ini. Tetapi ternyata meleset malam tadi kerana hasilnya AMAT MEMBANGGAKAN. Aksi? YES... aksi mengangkat kening ala-ala Kak Ziana Zain itu memang 'unsangkarable' sama sekali. Weird tapi menarik dan menghiburkan. Sengaja atau dirancang - Cuma Qhaud yang mampu menjawab. Two Thumb !! Untuk Qhaud.

Lagu Untukmu? Lagu pitching wanita oleh Lan MUH !!! Memang memeritkan untuk dinyanyikan. Agak kelihatan juga Qhaud seperti meniru gaya Lan MUH. Seperti juga dalam ketersiksaan. Tetapi kerana tone suara mereka memang berbeza iaya menjadi sesuatu yang baru oleh Qhaud. Qhaud ternayata 'rocks the hall'. Jelas peminat terhibur dan seperti dilanda 'mabuk estacy'. 'Gesture' kecil seperti duduk di pinggir pentas dan aksi boneka memang cukup menyentuh perasaan. Bagi saya Qhaud sebenar sedang mencari dan membina Faktor WOW! seperti yang saya uaruarkan sebelum ini. Good Luck !!!

Tapi yang paling penting. Qhaud masih bertahan. Memang terlalu awal pun untuk Qhaud melangkah pergi. Saya ingin menyaksikan perkembangan Qhaud dari minggu ke minggu sehingga ke Konsert Akhir !!!

Jumpa lagi !!!

QHAUDPerform
QHAUDShine
QHAUDStanding
I'm FreakQHAUD !!!

Wednesday, March 18, 2009

Crocs GP Sale ? Boleh laa Pakai Crocs ke Sepang...

Crocs Lovers !!! Apa di tunggu lagi... serbulah ke Crocs Concept Store yang berdekatan (Ikano Power Centre/Lot 10/Mid Valley/AEON Bukit Tinggi antaranya). Rebutlah peluang jualan murah ini. Ada yang diskaun 50%, ada juga belian kedua akan dapat diskaun 30%. Saya dan Lisa sudah metinjau dua 'outlets', malangnya masih belum ada yang berkenan meskipun ada 2 -3 'new arrival' namun keterujaan itu belum sapai ke tahap GABAN. Sabtu lalu (14/3/2009) juga kami telah terlepas "You-Name-It Contest" di Ikano Power Centre. Kalau tidak, tentu saya akan bawa pulang apa-apa 'merchandise' yang menarikkan?

Tuesday, March 17, 2009

Bila Nak Saksi Qhaud Nyanyi Lagu Untukmu?

BILA NAK SAKSI (SPIDER)

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan


LAGU UNTUKMU (MEET UNCLE HUSSEIN)

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Nota Jase :
Jawabannya di Konsert Kedua AF7 - Dewan Seri Putra, Bukit Jalil - jam 9.00 malam - 21/3/2009 !! Ya.. Qhaud akan menyampaikan Medley Bila Nak Saksi & Lagu Untukmu yang telah ditugaskan kepada beliau.

I Can't Wait The Video - Akon feat T-Pain




"I Can't Wait" is the seventh and final single by AKON from his 2006 album KONVICTED. The song was released as a digital download only single in the UK on 14/4/2008. The original version of this song is "You and Me" by T-Pain

The video consists of the same scene of Akon getting out of a Rolls-Royce Phantom Drophead Coupé and seeing a girl he likes. The first time he ignores the girl and walks into the club. He then arrives at another club and see's the girl for a second time and attempts to talk to her, but she is with another man. On the third attempt he is successful and walks home with the girl, entering her house with her. The chorus scenes involve Akon standing while T-Pain playing the piano, with a white Lamborghini Murciélago (Akon's Car) in the background.

I Can't Wait (Akon feat T-Pain)

I can't wait
I can't wait

[Verse 1]
I think of you
When the morning comes and the nighttime goes away (all day)
Don't you ever think that we won't be okay (no way)
There is nothing stopping me from loving you
Touching and rubbing and kissing and hugging you
What's this feeling taking over me
Baby that's love and it ain't no stopping it
I don't know as far as the eyes can see
Pick up the pace and it aint no dropping it
Always forever I'll be by your side
You're my Bonnie I'm your Clyde
That's the way that its gonna be
I'm in love with you and you in love with me

[Chorus]
(I can't wait)
Sit down and talk for a minute
Go outside and take a walk for a minute
It's you and me
(I can't wait)
Sit down and talk for a minute
Go outside and take a walk for a minute
It's you and me

[Verse 2]
(I can't wait)
I can't believe
That someone like you will love me endlessly (forever)
If this goes our way my love will always be (eternally)
You have set my mind my love my heart so free
Together forever however just you and me
What's this feeling taking over me
Baby that's love and it aint no stopping it
I don't know as far as the eyes can see
Pick up the pace and it aint no dropping it
Always forever I'll be by your side
You're my Bonnie I'm your Clyde
Cause that's the way that it's gonna be
I'm in love with you and you're in love with me

[Chorus]
(I can't wait)
Sit down and talk for a minute
Go outside and take a walk for a minute
It's you and me
(I can't wait)
Sit down and talk for a minute
Go outside and take a walk for a minute
It's you and me

[Bridge]
(I can't wait)
To have you right next to me
Here by my side
(I can't wait)
To kiss and caress you girl
While holding you tight
(I can't wait)
Can't imagine life without you
It just ain't right
(I can't wait)
I got a whole lot of loving
And you gonna get it tonight

[Chorus]
(I can't wait)
Sit down and talk for a minute
Go outside and take a walk for a minute
It's you and me
(I can't wait)
Sit down and talk for a minute
Go outside and take a walk for a minute
It's you and me
I can't wait
I can't wait
I can't wait

Monday, March 16, 2009

Lunch @ Forrest Gump Eating Place




Last Saturday Lisa and me were in Mutiara Damansara. Actually we were heading for IKEA Sales to get few things for the house. But as usual, Mutiara Damansara always has a lot of things to offer. Fews days back, I read in a news paper on Naza is going to open the biggest francise restaurant in Sunway Pyramid. That was the day I learned that Naza hold the licence for Bubba Gump Shrimp Company - Restaurant & Market in Malaysia. I remember that they have an out let in The Curve. That's the reason we end up for lunch last Saturday.

Bubba Gump; I believe is in the same league with Plane Hollywood or HRC. That's why with a big appetiser, 1 dessert & 2 drinks cost us RM95/=. Wow... It's OK, this is not every day... 'sekali sekala tak mengapa'.

Do you still remember the most unforgetable phrase from Forrest Gump? It goes like this - "Mama always said life is like a box of chocolates, you never know what you're gonna get".

Sunday, March 15, 2009

Phoenix Bangkit Dari Abu - Qhaud AF7

Kepada yang belum puas menonton persembahan Qhaud di Konsert Pertama AF7 yang lalu bolehlah ulang tayang di sini. Bila saya tonton siaran ulangan tengah hari tadi baru tersedar TV suara Qhaud lebih enak di dengar di bandingkan semalam di dewan. Saya kira AFUNDI Qhaud sepatutnya lebih melonjak naik bukannya menjunam turun seperti sekarang. Saya sedang menunggu Diari AF INT jam 9.00 malam ini di ASTRO Ria Saluran 104 !!! Kita lihat siapakah yang terbaik malam tadi.

Dalam pada itu, boleh juga layan lirik hebat M. Nasir ini. Memang berat dan penuh makna lagu ini. Bukan sebarangan...


PHOENIX BANGKIT DARI ABU

Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata dan jiwa merdeka
Berpegang pada talinya

Rapatkan saf semangat jangan goyah
Kota yang telah roboh harus di bina semula
atas dasar keberanian demi kita, demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung phoenix yang bangkit dari abu
Bangkit membina satu keindahan baru
Phoenix bangkit

Bina jambatan baru menuju ke seberang
Dengan darah keringat dan airmata
Melangkah ke sebarang
Ke tanah yang dijanjikan kerinduan
Demi cinta tiada lain, demi cinta

Lagu/Lirik : M. Nasir

Ada Yang Terpanggil di AF7


Saya ingatkan masih ingin 'bertapa' daripada meng'expose'kan diri untuk AF sejak menamatkan musim AF3 kira-kira 4 tahun yang lalu. Tetapi rasa macam terpanggil pula untuk turut serta setelah menonton Tirai AF7 tempoh hari.



Terima Kasih kepada juga untuk seorang rakan baik kami di Astro yang telah menawarkan saya dan Cute peluang untuk menyaksikan Konsert Pertama AF7 secara live di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil malam tadi. Bukan peluang sembarangan, kami akhirnya dapat duduk di baris kedua di hadapan PENTAS !!!



Mengikut pandangan amatur saya, Konsert malam tadi memang SUPERB habis. Dan SATU TRANSFORMASI memang benar-benar sedang dilakukan oleh Tiara dan anak buah beliau. Kali pertama saya kira dalam sejarah AF di mana semua pelajar dalam konsert pertama sudah dapat menyampaikan lagu mereka ABOVE AVERAGE !!!



Antara persembahan yang meninggalkan momen menarik pada saya malam tadi antaranya ialah HAFIZ yang menyanyikan Lagu Kita (Aizat) dengan baik dan amat menyentuh jiwa. Ternyata lagu sebegini amat sesuai dengan suara dan personaliti beliau. QHAUD pula bangit dengan begitu jitu, tegas dan 'solid' menyampaikan lagu BERAT Sifu M. Nasir; Phoenix Bangkit Dari Abu. Nyanyian Qhaud lebih kepada penceritaan. Persembahan beliau penuh keyakinan. Lontaran suara beliau pula amat jelas. ISMA pula, apa yang boleh saya katakan ialah suaranya amat merdu sekali. Lagunya sungguh syahdu. Sepi tenyata mencengkam di jiwa saya seketika itu. ARIL pula meskipun seperti penyanyi K-Pop, tetapi beliau amat terkini. Persembahan yang amat lincah. Lagu Rahasia Wanita Ari Lasso telah menjadi lebih muda. AISHAH menyanyikan lagu Dan Sebenarnya (Yuna) penuh santai dan 'attitude'. RUBISA dengan Matahariku juga berjaya meninggalkan kesan pada saya.






Pengkritik? Hmm.. saya tak pasti adakah kesemua mereka; Edrie Hashim, Kak Khaty & Adlin adalah pengkritik tetap. Tetapi saya kira untuk Konsert Pertama ini mungkin mereka mengambil pendekatan yang agak selamat kecuali Adlin yang sudah mula 'menjual' falsafah beliau yang perlu pulang dan berfikir baru boleh difahami. Tetapi kenapa banyak kali sangat Adlin mengulang-ulang yang beliau baru bertunang? Khaty pula mungkin mengambil pendekatan ala-ala Paula Abdul dalam AI untuk cuba sedaya upaya mencari yang positif untuk dicakapkan. Edrie? Adakah beliau masih baru dalam selok-belok pengkritik ini? Hmm.. tapi inikan baru konsert pertama. Perjalanan kita masih jauh.



Untuk AC pula, saya kira untuk pendekatan konsert yang sebegini memang sesuai dengan cara AC. Konsert menjadi lebih segar dan ceria tanpa elemen drama 'soap opera' tangis menangis. Tahniah AC.



Wow apa lagi? Kepada yang masih bertanya siapa yang saya sokong kali ini. Jawabannya kan sudah terang lagi bersuluh....



QHAUDPerform
QHAUDstanding
QHAUDshine
I'm freakQHAUD !!!

Friday, March 13, 2009

Terima Kasih BAKRI


Telah 13 hari ulang tahun kelahiran saya berlalu. Meskipun begitu lewat petang ini di 'kantor' saya masih lagi menerima hadiah. Sebiji kek yang menjadi hadiahnya. Yang memberikan kek ini bernama BAKRI. BAKRI bukanlah seorang lelaki. Bukan manusia pun. Hmm... BAKRI di wujudkan oleh manusia. BAKRI sebenarnya adalah Persatuan Kakitangan di tempat saya bekerja - Badan Kebajikan & Riadah. Telah menjadi amalan persatuan ini menghadiahkan kek kepada ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran. Kek cuma di edarkan sebulan sekali sahaja dan hari ini adalah hari pengedaran kek kepada ahli yang menyambutnya pada bulan Mac. Sebab itulah saya dengan bangganya menerima kek hari ini. Alhamdulillah...


Thursday, March 12, 2009

The "Walking Away" SAGA...



(Craig David feat Alex Ubago in Spanglish Version)



(Craig David feat Lynnsha in Frenchlish Version)



(Craig David feat Nek in Italianish Version)



(Craig David feat Monrose (from Germany) the New 'duet' English Version)



(Craig David - the Export to US Version - 2001)



(Craig David - the Original UK Version - 2000)

I just found out that recently when Craigy (Nick name for Craig David) released his Greatest Hits Album late last year he recorded of my favourite song back in 2000 with some of the top singers from Europe namely Alex Ubago of Spain, Lynnsha of France, Nek of Italy & Monrose of Germany. The French-English (feat Lynnsha) has been release as Single in Malaysia recently - You can watch the video in hitz.tv @ Astro. The new version of Walking Away is still touch my heart, still makes me 'fly & 'high'' and I will always remember this song even after 9 years. When I search in You Tube, Alhamdulillah I still can find the original UK Video (2000) plus the US version (2001). I still believe this is the BEST Song That Craigy ever wrote & produced !!! This is one of the song that blend the melody, lyrics & voice amazingly plus the original UK Video is SUPERB !!!

I still remember one of my good friend back then asked me whether is it right just to walk away when we are facing problem? Actually I believe there is no right or wrong action but it depends on the circumstances. Why not we ask ourselves and then make the choice? Life is all about choice... Isn't it?

Wednesday, March 11, 2009

Thank You Galzean


Kali ini saya memang betul-betul berjaya menyakat Galzean. (Puasnya Hati) Berkali-kali Galzean menelefon, sms dan chat melalui YM bertanyakan tentang baju ini tetapi saya tetap mengatakan yang saya belum terima. Hahaha... Jangan marah ye Galzean. Sebenarnya saya telah menerima bungkusan yang mengandungi Kemeja Hitam G2000 Berwarna Hitam Saiz XL ini pada 3hb Mac 2009 yang lalu. Aksi sakat menyakat ini berlaku bertitik tolak daripada alamat yang ditulis oleh Galzean tidak lengkap. Nasib baik kecekapan POSLAJU berjaya menjejaki saya akhirnya. Bangi... bukannya besar sangat. Saya kira itulah gunanya No HP @ e-mel yang perlu di tulis di borang POS LAJU. Jika alamat tidak dapat dijejaki maka mereka akan menghubungi penerima dengan medium perhubungan alternatif.

Walau apapun... Galzean; TERIMA KASIH BANGET atas hadiah yang dikirim, hasil daripada duit tabung yang di pecah. Besar pengorbanan ni....

Thank You Angah


Pulang ke kampung hujung minggu lalu barulah saya mendapat hadiah hari jadi saya daripada Angah. Menurut kata Angah dia malas hendak mengepos sebenarnya. Seperti biasa, saban tahun Angah akan menghadiahkan saya dengan bahan bacaan. Tahun ini juga sama. Memandangkan saya sekarang ini sedang dalam proses membaca dan mengumpul hasil kreatif Paulo Coelho maka Angah telah mengambil kesempatan menambahkan koleksi saya. Manual of the Warrior of Light adalah koleksi ketiga saya setelah memiliki Like A Flowing River dan The Alchemist tahun lalu.

Izinkan saya berkongsi secebis inspirasi daripada Manual of the Warrior of Light :

"The warrior of light has learned that God uses solitude to teach us how to live with other people.

He uses rage to show us the infinite value of peace. He uses boredom to underline the importance of adventure and spontaneity.

God uses silence to teach us to use words responsibly. He uses tiredness so that we can understand the value of waking up. He uses illness to underline the blessing of good health.

God uses fire to teach us aboput water. He uses earth so that we can understand the value of air. He uses death to show us the importance of life."


Kenapa Abu Perlu Mati?



Pada 9 Mac 2009 yang baru lalu saya baru sempat menonton DVD KAMI The Movie. Saya tahu... Saya telah ketinggalan sebenarnya, kerana filem ini telah pun ditayangkan di pawagam pada musim Aidilfitri tahun lalu. Dek kerana ketinggalan, saya terpaksalah menunggu sehingga DVD/VCD original diterbitkan, barulah puas hati menonton.

Saya ada juga mengikuti siri televisyen KAMI, walaupun bukan penonton setia tetapi ia tetap menarik dan menghiburkan.

Filem ini dikejutkan dengan kisah Abu yang sedang bergaduh, lantaran tertolak seorang rakan sehingga jatuh bangunan dan mati dan lari dari lari dari asrama sebelum sempat menamatkan peperiksaan SPM. Lari entah kemana, tapi yang pasti akhirnya Abu bertemu dengan Ali dan rakan-rakan lain.

Konflik dalam diri Ali pula yang terlalu 'cool', sukar meluahkan apa yang terpendam, sedang bekerja di agensi 'package percutian' tetapi tidak minat dengan kerjanya. Menghadapi masalah keluarga apabila ibu dan bapanya berpisah dan ibunya pula telah menemui teman baru.

Lynn pula didatangi oleh bekas 'kawan lama' (Boy - yang mengaku ex-boyfriend Lynn) ketika di kampung dulu yang kini menjadi pengedar dadah di Kuala Lumpur. Lynn sebenarnya terpaksa menjadi 'runner' untuk melangsaikan hutangnya terhadap Boy. Satu hari, Lynn sendiri telah menghantar dadah kepada Ali yang sedang tertekan dengan konflik keluarganya. Maka 'rahsia di dalam almari' keduanya terbongkar.

Tapi persoalan utama yang saya tidak puas hati ialah kenapa watak Abu dimatikan? Mengapa watak semenarik Abu untuk Kami (The Series & The Movie) ini perlu ditamatkan? Adakah epilog filem ini di buat begitu untuk nampak sedikit kelainan dan tidak begitu cliché? Abu juga masih mampu berlawak ketika dalam perjalanan ke hospital & meninggal dunia di ribaan Lynn. Kemudian berbagai persoalan yang berkait dengan Abu dan rakan-rakan terbongkar satu demi satu.

Sofie akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Antara konflik yang timbul ialah apabila Sofie dapat tahu yang ibunya yang mempunyai masalah untuk perkahwinan kedua itu menyimpan surat tawaran Sofie ke universiti. Adakah ibu Sofie tidak mahu Sofie berdikari atau beliau sendiri yang takut bersendirian?

Adii pula akhirnya dapat tahu juga siapakah "Vanilla Ice"nya meskipun telah terlambat. Adakah beliau akan terus mencari teman hidup dari internet?

Hmmm.... memandangakn watak Abu telah ditamatkan, dapatkah lagi KAMI di sambung? Meskipun begitu... Jika ada kesempatan tontonlah DVD/VCD... rasai jiwa muda di dalam filem ini.

Tuesday, March 10, 2009

GENG : Pengembaraan Bermula


Pada 7hb Mac baru lalu; saya, Lisa dan Angah berkesempatan menonton Filem Animasi 3D Malaysia yang digembar-gemburkan sekarang ini di GCS Sunway Carnival - Seberang Jaya. Tayangan di pawagam di seluruh negara sebenarnya telahpun bermula sejak 12 Februari 2009 lagi, cuma kami baru berkesempatan. "Better Late Than Never" kata orang putih. Ceritanya bermula dengan Badrol dan Lim, remaja kosmopilitan yang berkawan baik merancang untuk balik ke Kampung Durian Runtuh (Kampung Badrol) setelah menyaksikan datuk Badrol - Tok Datang muncul di kaca TV di temuramah oleh pemberita TV berkenaan dengan misteri kehilangan buah durian yang berlaku di kampung tersebut. Tiba di kampung Badrol dan Lim bertemu dengan kanak-kanak India pintar yang bernama Rajoo yang sering bercakap dengan lembunya. Bukan itu sahaja mereka juga ditemukan dengan kembar seiras comel Upin dan Ipin yang nakal dan kakak kembar tersebut yang garang bernama Ros yang seterusnya mengakibatkan mereka terjebak dengan misteri yang berlaku di Kampung tersebut di mana ianya mungkin diluar jangkauan pemikiran kita sebagai penonton filem melayu. Misteri yang mededahkan mereka dengan operasi jahat menangkap binatang yang hampir pupus, penemuan dengan makhluk yang seakan-akan "Lilo & Stitch" dan gergasi ala-ala ultraman !!! Selebihnya? Tonton saja GENG : Pengembaraan Bermula... di Panggung Wayang sebelum terlambat. Pelaburan RM10 kita memang berbaloi !!!




Untuk sebuah filem animasi 3D Malaysia; ia memang bertaraf SUPERB @ 5 Bintang. Apabila kita keluar dari panggung kita akan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Jalan ceritanya juga agak mudah. Ada momen-momen ceria, lucu, mengusik jiwa, mendebarkan malah menakutkan. Pergerakan setiap watak juga lancar, warna yang menarik, pelakon suara juga serasi dengan watak. 'Scene' 'roller coaster' di dalam hutan itu juga cantik dan mendebarkan meskipun agak lama. Seperti biasa cerita kartun/animasi pastilah 'happy ending' kan.. kan.. kan...

Monday, March 9, 2009

Kembara Batu


Ini haaa... saya menyambung cerita kelmarin. Angah sampai rumah awal daripada yang dijangkakan. Kami kemudian keluar dari rumah menunju Gunung Keriang lebih kurang jam 12.15 tengah hari. Perjalanan melalui Jalan Persekutuan dan Lebuhraya Utara Selatan (exit di Alor Setar Selatan) memakan masa lebih kurang 2 jam (ini setelah di campur dengan singgahan kami untuk makan tengah hari di Sungai Petani). Kami tiba di Taman Rekreasi Gunung Keriang lebih kurang jam 2.30 petang. Itulah destinasi kami. Tempat yang dituju adalah deretan kedai (3 atau 4 sahaja) yang menjual pelbagai batu kristal. Untuk perhiasan semuanya di gali/lombong dari Gunung Keriang itu sendiri. Batu hidup katanya, jika di siram ia akan tumbuh. Kalau untuk gelang - ada berbagai jenis batu untuk pelbagai kegunaan dan semuanya diimport. Dan itulah sebenarnya tujuan Angah mengajak kami - untuk memborong gelang. Saya kira lebih kurang 11 utas (betulkah penjodoh bilangan ini??) gelang daripada pelbagai batu yang di beli Angah. Lisa pula membeli dalam 5 utas. Saya cuma membeli batu hidup untuk dekorasi meja.

Harganya memang murah. Lebih murah jika di bandingkan jika di beli di kiosk-kiosk di pusat membeli belah. Jika berminat... redah ajer jika ada kelapangan.

Saturday, March 7, 2009

Mampukah 7 dibalas 7?



(1) Terima Kasih kepada Oza yang telah memanjangkan jemputan kepada saya dan Lisa untuk menonton 7 Pounds pada 17 Februari 2009 yang lalu di Cineleasure, Mutiara Damansara. Terima Kasih Daun keladi, Kalau Ada Jemputlah Lagi..

(2) Will Smith muncul di layar perak untuk satu lagi watak yang bakal membolehkan beliau di calonkan untuk Anugerah Academy (Oscar) tahun hadapan, saya kira kerana rasanya filem di mula di tayangkan di Amerika Utara selepas tarikh penayangan untuk Calon Oscar tahun ini ditutup.

(3) 7 Kemusnahan dibalas dengan 7 kehidupan baru (7 pouns of flesh for 7 lives?).

(4) 2 tahun yang lalu, Tim Thomas (Will Smith) terlibat dengan kemalangan di sebabkan beliau sedang leka menggunakan telefon bimbit beliau. Kecelakaan itu telah menyebabkan 7 kematian termasuk tunang beliau – Sarah Jensen. Setahun selepas kemalangan tersebut di mana beliau juga telah berhenti kerja sebagai Jurutera Penerbangan, Tim telah menderma ‘lung lobe' kepada adik beliau Ben (pekerja IRS). 6 bulan kemudian beliau menderma pula sebahagian daripada hati beliau kepada seorang pekerja pusat kebajikan kanak-kanak bernama Holly. Beliau meneruskan 'kembara murni' beliau dengan menderma buah pinggang beliau kepada George seorang jurulatih hoki skuad remaja. Tidak cukup setakat itu sahaja, kemudian beliau menderma pula sumsum tulang kepada seorang pesakit kanak-kanak kulit hitam yang memerlukan sumsum tulang bernama Nicholas.

(5) 2 minggu sebelum membunuh diri, beliau telah menghubungi Holly semula untuk mendapatkan maklumat tentang siapa lagi yang memerlukan pertolongan. Holly mencadangkan Connie Tepos yang tinggal bersama teman lelakinya yang suka mendera bersama 2 orang anak mereka. Dalam masa yang sama, Tim telah berpindah ke sebuah motel murahan untuk tinggal bersama dengan haiwan peliharaan beliau – Jelly Fish. Satu malam, selepas dipukul kekasih, Connie menelefon Tim meminta bantuan. Tim memberikan Connie kereta dan mengarahkan Connie memulakan kehidupan baru di rumah tepian pantai beliau.

(6) Kini Tim hidup dengan identiti adiknya Ben sebagai pekerja IRS. Lantaran itu beliau telah mencari 2 penerima terakhir iaitu Ezra Turner, seorang penjual daging yang buta yang suka bermain piano. Kemidian beliau menghubungi pula Emily Posa seorang peniaga kecil-kecilan yang mencetak kad jemputan dari rumah menggunakan mesin percetakan klasik – Heidelberg. Seperti yang dijangka beliau jatuh cinta dengan Emily. Adik Tim berjaya menjejaki Tim dan meminta semula Kad IRS beliau. Tim menghabiskan malam-malam indah bersama Emily dan kemudian pulang ke motel. Beliau memasukkan ketulan ais di dalam 'bathtub'. Kemudian melabuhkan dirinya pula dan akhir sekali melepaskan 'jellyfish' untuk ke dalam 'bathtub' dan membunuh diri. Kawan baik beliau sejak kecil, Dan menjadi peguam bagi memastikan Ezra mendapat sepasang mata baru untuk melihat dunia dan Emily mendapat jantung beliau untuk meneruskan kehidupan. Akhirnya Emily dan Ezra bertemu dan mensyukuri atas kehidupan baru.

(7) Sebuah melodrama yang mendebarkan dan amat ‘tense’ sekurang-kurangnya 30 minit awal. Tambah-tambah lagi bagi saya yang menonton tanpa membaca sinopsis lebih awal. Namun dari sudut moralnya saya masih kurang bersetuju yang membunuh diri adalah jalan penyelesaian meskipun untuk tujuan yang mulia. Ini mungkin kisah tentang seseorang yang tidak dapat memaafkan dirinya atas kesilapan lampau...



Nota Jase : Saya sebenarnya sedang berada di kampung sekarang - bercuti sempena Maulidur Rasul. Ini merupakan entry yang telah tertangguh lama. Situasinya sekarang; saya sedang menunggu Angah untuk pulang dari gotong royong di sekolah beliau. Mengikut rencananya, Angah, Lisa dan saya akan ke Gunung Kriang lewat tengah hari ini. Ceritanya? Tunggu saja di entry akan datang.

Thursday, March 5, 2009

Life Is Wonderful When There's Singer Like JM


Semalam saya dan Lisa menyaksikan Konsert Jason Mraz Live in Malaysia 09' yang berlangsung di Stadium Negara. Ini adalah sebahagian daripada hadiah Hari Jadi kepada saya daripada Lisa. Konsert bermula lebih kurang jam 8.25 malam dan berakhir sekitar jam 10.00 malam. JM (Jason Mraz = JaseMario hahaha ) sebenarnya dalam rangka konset di negara-negara Asia. Yang menariknya JM menyanyikan hampir semua lagu-lagu porpular beliau dari album pertama hingga ketiga. Antaranya seperti You And I Both, The Remedy, Life Is Wonderful, I'm Yours, Lucky dan Make It Mine. JM yang kurang bercakap dan banyak menyanyi. Jika bercakap penuh dengan lelucon dan kelakar habis. Suara yang hampir perfect. Band yang memainkan muzik yang sedap di dengar. Mengucapkan perkataan Terima Kasih di dalam pelbagai bahasa. Memakai t-shirt tertulis I Love KL. Akhir sekali mengatakan konsert pertama yang pastinya bukan terakhir. Cuma dua perkataan daripada saya - PUAS HATI !!!

Sedikit Ralat/Ketidakpuasan Hati : Surau di Stadium Negara ditutup, "Ticket Checker" tidak memberi maklumat yang tepat (menipu?), tidak memberikan kerja sama yang sepatutnya dan suasana amat sesak untuk mengeluarkan kenderaan dari tempat parkir sehingga hampir 1 jam baru kami boleh bergerak keluar ke Jalan Sultan.




Live Is Wonderful
It takes a crane to build a crane
It takes two floors to make a story
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I'm saying

It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
And it takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la

It takes a night to make it dawn
And it takes a day to make you yawn brother
It takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other

And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la it is so...

It takes some silence to make sound
And It takes a loss before you found it
And It takes a road to go nowhere
It takes a toll to make you care
It takes a hole to make a mountain

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la it is so... wonderful
It is so meaningful
It is so wonderful
It is meaningful
It is wonderful
It is meaningful
It goes full circle
Wonderful
Meaningful
Full Circle
Wonderful

Wednesday, March 4, 2009

Corat Coret Malam Sinar Maulidur Rasul

Ini merupakan cenderahati ketika membeli kad iTalk TM. Mungkin bila di scan ia seperti 'banner' ataupun 'book mark' biasa sahaja; tetapi ia sebenarnya ialah sebuah songkok kertas. Sungguh kreatrif idea ini.



Saya yang mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pentas persembahan. Ye... lah ini adalah bukti nyata yang saya samapai ke sini. Bukankah begitu? Seperti biasa.. Pentas Persembahan Nasyid selalunya penuh dengan gimik-gimik multimedia.



Mawi yang keluar agak awal daripada 'press conference' dan sesi bergambar dengan majalah/akhbar setelah selesai persembahan. Seperti biasa Mawi yang mesra peminat akan melayan kami dengan baik sekali. Di belakang pentas jelaslah kelibat saya, Mus, Cikgu Jah dan Cute. Kesian Mawi.. usai persembahan malam tersebut beliau perlu bergegas ke Johor Bahru untuk persediaan Big Jam HotFM di Danga Bay pada 1 Mac. Alamak... sempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran saya rupanya... Perasanlah pulak! Hmm... Bagaimana untung nasib Mawi untuk ABPBH tahun ini? (Saya sebenarnya telah bertemu dengan Mawi semasa raptai di sebelah petang tetapi tidak dapat bergambar kerana terlupa membawa kamera !!!)



Ustaz Akhil Hayy... siapa sangka saya memiliki 3 keping CD Original beliau. Sudah tentu Ustaz berterima kasih dengan saya yang menyokong Muzik Malaysia !!!



Inilah Keluarga Bahagia Ustaz Akasyah & Ustazah Siti Nur Bahyah !!!


Saya pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pasangan Ustaz & Ustazah Glamer ini. Glamer apa? Urut Cakar Harimau... Hahaha.


Malam Sinar Maulidur Rasul






Malam Sinar Maulidur Rasul kali terakhir di pentaskan saya kira 2 atau 3 tahun lalu. Masih menampilkan bintang-bintang yang hampir sama seperti Rabbani, Datuk Hjh Siti Nurhaliza, Mawi dan Dato' Ustazah Siti Nur Bahyah. Amy Search dan Ustaz Akhil Hayy menambahkan seri persembahan untuk kali ini. Program yang di taja oleh TM kali ini lebih besar kerana sejak jam 10.00 pagi Karnival telah dimulakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam yang menawarkan beraneka jenis barang. Untuk tiket pula, penonton diperlukan untuk membeli kad iTalk samada RM10, RM 30 ataupun RM 50. Bergantung di kerusi mana kita ingin menonton persembahan.

Persembahan kali ini di mulakan agak lambat. Mungkin sekitar jam 9.30 malam. Alhamdulillah juga. Kerana kami juga tiba agak lambat kerana perlu 'menyelamatkan' Cikgu Jah yang sesat entah ke mana di sekitar Shah Alam. Di tambah pula dengan hujan yang mulai turun di sebelah petang. Dan lebih membebankan, di Stadium Shah Alam berlangsung pula pertandingan bola Sepak Liga Super (kalau tak silap saya lah) di antara Selangor menentang Kelantan.

Persembahan juga tidak menggunakan Pengacara. Pengacara cuma mengendalikan segmen formal majlis perasmian dan sumbangan untuk Tabung Bersamamu. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Dr Mashitah. Persembahan seterusnya cuma di selang selikan oleh monolog yang penuh syahdu oleh Dato' Siti Nur Bahyah. Sudah tentu membicarakan soal Sirah Rasulullah s.a.w.

Mawi menyampaikan dua buah lagu. Al Jannah yang kedengaran lebih merdu dan berduet dengan Rabbani melalui lagu Saksi. Datuk Siti juga menyampaikan lagu merdu yang saya tidak tahu judulnya. Mungkin juga lagu Indonesia. Ustaz Akhil menyampaikan lagu Inggeris. Hmm... yang saya agak keliru kenapa Amy Search menyanyikan lagu Tiada Lagi? Seperti janggal pula bunyinya. Liriknya sperti tidak selari dengan konsep Persembahan sempena Maulidur Rasul. Rabbani sudah tentulah menyampaikan banyak lagu merdu. Selain dari berduet dengan semua artis. Termasuk lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur dengan Amy Search. Di akhir persembahan, semua artis dibenarkan menyampaikan ucapan sempena sambutan Maulidur Rasul. Saya kira TV3 akan menayangkan konsert ini di layar kaca sempena sambutan Maulidur Rasul nanti.

Persembahan tamat lebih kurang jam 11.15 malam. Di belakang pentas? Nanti-nantilah...

Monday, March 2, 2009

Sirah Junjungan - Tahajud Cinta


Persembahan Teater Muzikal " Sirah Junjungan - Tahajud Cinta" akan di pentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 9 - 22 Mac 2009 bermula jam 8.30 malam. Seperti tahun lalu, Teater Muzikal ini dipentaskan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Teater ini menampilkan para pelakon 'adi gelanggang teater' seperti Ahmad Yatim, Vanida Imran, Rosdeen Suboh dan Sahronizam Noor. Sebuah Karya Erma Fatima hasil produksi Yayasan Seni Karya prihatin Malaysia. Selain daripada itu ia juga menampilkan nama-nama besar persada seni suara tanah air seperti Jamal Abdillah (9-14 Mac 2009), Datuk Siti Nurhaliza (18 - 20 Mac 2009), Mawi (21 Mac 2009) dan Amy Search (22 Mac 2009). Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 boleh di dapati di Kaunter Box Office Istana Budaya. Cuba juga layari website ini.


Saya, Lisa, Cikgu Jah, Mus dan Cute telahpun mendapatkan tiket kami. Sudah terang lagi bersuluh yang kami akan menonton pada 21 Mac 2009. Apa kata jom ramai-ramai kita penuhi Panggung Sari 21 Mac 2009 ini. Ayuh... Derapkan Langkah Kakimu !!! Slogan saya : "...Berhibur Sambil Menginsafi Diri. Sirah Rasulullah SAW Memang Tiada Tolok Bandingnya..."

Sunday, March 1, 2009

"Thank You Cayunk"

"I'll better let the picture speaks for itself as people always said pictures brings a thousand words..."





"The above song "More Than Words" is for You..., Lisa"

Nota-Nota 1 Mac 2009

Dari Mesej Yang Masuk di Kotak Inbox Saya :

23.54 PM (28/2)
Azwan : Heppy burfday 2 U abg jeff. semoga abg pj umo murah rezeki...

00.02 AM (1/3)
Mus : Happy Birthday...

00.09 AM
Lisa : Selamat hari jadi sayang....

06.10 AM
Angah : Happy Birthday

10.29 AM
Oza : Happy Birthday, Jeff !

10.55 AM
Azlan Yogie : Siannya... senjok dah ye... happy bday n doakan u sihat...

11.02 AM
Rezza : Happy Birthday 2 U. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa olehNya...

11.45 AM
Megat : Ala cian nye. Happy Birthday to u. Mai la join karaoke esok, we all belanja...

14.47 PM
KZ : Hpy bday jef. Yg ke berapa ni? Moga dipanjang umur dmurah rezeki. Msti syukur slalu n sembhyg jgn tgal k

15.20 PM
Alang : ... Happy Birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati selalu. alang di Sudan sekarang ni. InsyaAllah minggu depan kalau datang klcc jangan lupa call.

16.16 PM
Pn Mariah : Happy Birthday to you JZ. Bila nak I belanja sempena birthday you :). I doa for ur happiness, good health & prosperity, semoga diberkati Allah.

19.28 PM
Galzean : Hapy bedday yg ke tut.tut. usia a. jep x menampakkan ketuaan dgn perwatakan yg bshj mengconclusionkan yg a.jep muda 15 thn!

20.15 PM
Fiq : Aiseymen. Happy bday brother jef. Sorry baru balik dr over sea. So... Apa azam thn ni

Di Dalam Kotak Inbox GMail Saya :

5:07 AM wan: happy besday buat abg jeff.....esok bukan seperti semalam pastinya namun hargailah semuanya....semoga berbahagia selalu. ameen (sorry tak leh nak sms sbb kat qatar skrg - on loan).....wan halim

Wall-to-Wall Mesej di FB :

Hana Maslinda wrote at 10:13am
Hi Jef... Happy Birthday..... May your future full of happiness and good health...
Wall-to-Wall - Write on Hana's Wall

Mohd Asri wrote at 7:54pm
salam sahabat :), selamat ulang tahun, moga terus dirahmati dlm hidup dikurniakan keluarga bahgia, dmurahkn rezki & dkurniakan bmcm2 kebaikan, anyway thanks for support event kami semalam.
Wall-to-Wall - Write on Mohd's Wall

9:19pm Linda
Happy Birthday friend..



Nota Jase : Terima Kasih pada insan-insan istimewa yang mengingati Ulang Tahun Kelahiran Saya (termasuk juga ucapan-ucapan di Laman Sembang). Saya amat menghargainya. Rasa terharu, syukur, bangga yang amat dalam ini sebenarnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bukan bahasa galang gantinya. Semoga kalian juga dikurniakan keindahan di dunia dan kesenangan di akhirat, InsyaAllah.