Saturday, February 16, 2008

Saturday @ Sunway


Lebih 220 minit terperap di Panggung 12 TGV Sunway Piramid !!! Macam tengok 2 filem back-to-back. Itulah yang dilalukan oleh saya dan Lisa dari jam 12.10 tengah hari sampailah jam 4.00 petang. Jodhaa Akhbar adalah filem termahal Bollywood yang menelan belanja USD20 juta membarisakan 2 pelakon mega hebat Hrithik Roshan dan Aishwarya Rai. Epik Cinta politik perkhawinan dua bangsa dua budaya kurun ke 16 mengisahkan Raja Hindu Bhamal yang memerintah Kerajaan Rajput menyerahkan puteri baginda Jodhaa Bai kepada Maharaja Kerajaan Islam Mughal, Jalaluddin Mohamad Akhbar atas 'muslihat' untuk menjalinkan hubungan politik yang baik. Kita akan menyaksikan bagaimana sukarnya Jalaluddin memenangi cinta Jodhaa yang diselitkan dengan berbagai konflik dalaman dan luaran.
Filem ini telah menggunakan 80 ekor gajah, 100 ekor kuda dan 55 ekor unta !!! Jalaluddin tidak boleh membaca - sedangkan mengikut adat Hindu Rajput, seorang isteri tidak boleh menyebut nama suaminya. Lucukan.... bila Jodhaa belajar menulis khat, beliau menulis nama Jalaluddin. Kedua-dua Jalaluddin dan Jodha bijak bermain pedang. Hmm... cuma yang saya musykil, benarkah sehingga akhir hayat, Jodha tidak memeluk Islam sedangkan beliau menjadi isteri dan permaisuri kepada serang pahlawan dan Raja Kerajaan Islam yang hebat? Ini kena baca sejarah balik nii....
Apa-apa pun filem Epik ini memang hebat. Boleh di tontong. Sinematografinya hebat.



Ini adalah 'lunch' kami. Dah jam 5.00 petang pun, baru boleh nak lunch. Nak cari surau lagi kan. Ada donut miss gree tea, al capone, haven berry, don mochino dan jcrown almond, siap ngan blueberry yogourt (yang cantik dan sedap), ice lemon tea dan americano cofee. Boleh tahan juga mencari J.Co di Sunway New Wings nii.... Nasib baik jumpa. Untuk hantu J.Co macam saya, sesekali lunch J.Co memang BEST !!!




Kat depan J.Co Sunway Pyramid ada 'Cupid Garden' (limited time sajalah)..... saya pun amik kesempatan untuk amik gambar ler....



Yang ini pula gambar 'Cupid Garden' dari pandangan atas, memang ramai sebenarnya yang ambil kesempatan untuk bergambar.




Marrakesh... antara destinasi yang menjadi impian saya... Marrakesh, Maghribi (termasuklah Casablanca sekali) !!!! Selain daripada Turki & Norway. Kiranya Marrakesh di Sunway Pyramid macam Souq jugalah. Cantik... memang cantik.




Tak perlu ke HongKong atau Singapura lagi jika ingin menjadi trendy.... hahahaha; di Asian Avenue semuanya ada... Alamak, terlebih promolah pulak. Kalau nak jamu mata atau buat retail theraphy boleh sangat.



Antara tujuan asal saya ingin ke Sunway hari ini ialah kerana ingin menjengok Concept Store terbaru Crocs (yang ketiga di Malaysia) setelah membaca mengenainya beberapa hari lalu di akhbar. Tujuannya ingin membeli mug crocs setelah gagal membelinya di Ikano. Namun usaha saya sia-sia, saya hampa.... Tak ada stok. Nampak gayanya saya terpaksa ke Mid Valley sekali lagilah pulak untuk mendapatkannya (mungkinkah ada di sana?). Kerana tak puas hati.... saya terpaksalah mengambil book mark crocs ini sebagai souvenir.... hahahaha. Rasakan ko !!!



Akhir sekali.... kebetulan sekarang ini ada pameran lukisan '1st Malaysian Rotary World Peace & Goodwill Fellowship' oleh kanak-kanak sekolah. Ada yang cantik, ada yang sekadar biasa sahaja. Banyak juga negara yang masuk bertanding. Hmm... Kalau tak silap saya, yang menang tuu lukisan bunga.
Last but not least.... tandas Sunway Pyramid new wings kaler Oren !!!

No comments: