Alhamdulillah... Bulan Disember lepas, sekali lagi saya dapat melakukan kerja outstation. Kali ini ke Kalimantan, Indonesia. Sebenarnya saya telah dipilih untuk menyertai Business Development Team untuk melakukan Market Research untuk potensi pasaran di Kalimantan sedangkan saya sebenarnya Logistics Practitioner. Bukan sekejap, seminggu jugaklah (10 - 15 Disember 2007). Secara keseluruhan saya telah berjaya melaksanakan tanggungjawab, insyaAllah. Lagipun hampir tiada masa langsung untuk berliburan di sana. Tapi yang pasti saya telah berjaya melengkapkan pusingan perjalanan saya di Pulau Borneo yakni Pulau Ketiga terbesar di dunia ini. Setelah Sarawak (Kuching, Bintulu, Miri & Tebedu), Sabah (Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau & Semporna) dan Brunei (Kuala Belait & Bandar Seri Begawan) yang telah saya jelajahi satu ketika dahulu; Kalimanatan adalah destinasi penamat di mana saya telah singgah di Balikpapan, Samarinda, Tenggarong, Tarakan & Nunukan sebelum pulang ke negara tercinta melalui feri ke Tawau. Wow !!!
Mungkin ada yang pernah lihat jam terbalik ini. Bagi saya - this is the first time. Kebetulan semasa saya sedang bermesyuarat di Balikpapan, terpandang akan keunikan jam ini. Apa lagi.... snap aja gambarnya bung !!!. Mana nak beli satu nii... Yang ini Jam korporatlah... made In China kot?
Ini merupakan menu wajib dijamah jika di Kalimantan, lebih-lebih lagi Balikpapan. Memang kepiting atau ketam ini diternak di Tarakan tetapi, Balikpapan telah memporpularkannya. Ada juga orang yang tak makan ketam; katanya dua alam lanats enggak bisa dimakan. Tetapi setelah merujuk dengan Mubien (saudara saya di Tawau), katanya Arwah ayahnya pernah berkata - 'jika ko biarkan ketam tu di daratan; berapa lama ia boleh idup?'. Lantaran itu, jawabnya boleh di makan !!! Yahoo !!! Memang sedap, my colleage order ketam black pepper dan ketam 3 rasa. Bila di masak, merah giler kepiting nii... Dua dua pun superb !!!
Hasil utama bumi Kalimantan ialah Arang Batu, atau mengikut bahasa Indonesia dipanggil Batu Bara. Kalau tak silap saya Kalimantan memiliki simpanan Arang Batu paling banyak di dunia. Ini adalah satu satu daripada perusahaan arang batu yang saya sempat jejaki. Boleh tahan besarnya kilang ini. Arang Baru yang telah diproses kemudian di bawa menggunakan barge melalui sungai ke pelabuhan Balikpapan.
Taman Bekapai di Bandar Balikpapan. Saya cuma perlu berjalan kaki selama 10 minit dari hotel untuk melalui taman di tengah bandar ini. Jika waktu malam, ramai yang berjualan dan lepak-lepak di sini. Kebetulan saya dan rakan keluar untuk mencari makanan; maka berhenti sekejap untuk mengambil gambarlah. Saya mencari makanan tradisi... yang jumpa cuma serunding kepiting.
Jika di Malaysia minyak di gali di dasar laut @ off-shore tidak di Tarakan. Hasil minyak di sini datangnya dari daratan @ on-shore. Lebih kurang seperti di negara-negara Asia Tengah dan Texas, Amerika. Jadi kita boleh lihat peralatan menggerudi minyak seperti gambar di atas di sekita pulau Tarakan. Ya, Tarakan ialah sebuah pulau kecil di utara Kalimantan yang telah mendapat status Kota; Kota Tarakan. Sampai di sini, sudah terasa seperti di Malaysia. Mengapa tidak, rakyat Indonesia di sini berbahasa Malaysia, menonton TV3, menggunakan gas PETRONAS, minum Milo buatan Malaysia dan lain-lain lagi.
Demi mengejar masa (Catch Me If You Can), saya terpaksa menaiki pesawat dari Tarakan ke Nunukan yang memakan masa cuma 15 minit. Pesawat terbang jam 7.00 pagi. Jam 7.15 sudah mula mendarat di lapangan terbang Nunukan @ Bandara Nunukan. Saya mengejar masa kerana perlu menaiki kapal terbang dari Tawau ke KK jam 2.40 petang. Jika mengunakan perkhidmatan Feri dari Tarakan ke Tawau; mengambil masa 4 jam dan feri pertama jam 10 pagi. Jika mengambil feri dari Nunukan ke Tawau cuma 1 jam dan feri pertama jam 9.00 pagi. This is the only choice. Lihatlah Lapangan Terbang Nunukan ini... memang tanah lapang pun. Masih saya ingat kapal terbang terpaksa berpusing dua tiga kali kerana ada kenderaan yang mengganggu landasan. Nak ambil luggage... lagi naya. Saya dijemput oleh anak buat customer saya dengan lori roti... hahaha. Memang pengalaman.
Ini merupakan persinggahan terakhir saya di Indonesia sebelum meninggalkan Kalimantan. Terminal Feri Nunukan yang penuh sesak. Nasib baik berjaya meloloskan diri lantaran tak ramai warga Malaysia yang perlu mengecop pasport pagi itu. Selamat Tinggal Nunukan.... Mubien menunggu saya di Tawau. Kami nak makan Coto Makassar !!!
1 comment:
Salam,Tumpang tanya saudara..saya bercadang ingin ke Berau,Kalimantan melalui KL-Tawau dr Tawau ke Nunukan menaiki Feri & dr Nunukan ke Berau cuma 1 jam penerbangan.Sebelum ini saya pernah ke Berau,KalTim mengikut laluan Png-Jakarta-Balikpapan-Berau,tp kali ini ingin mencuba laluan KL-Tawau-Nunukan-Berau yg lebih menjimatkan masa.
Ok,soalan saya:
1-bagaimana keadaan keselamatan di Nunukan?byk cerita yg saya dgr yg Nunukan ni tidak begitu selamat utk pelancong,benarkah?
2-Saudara tau tak jadual perjalanan feri Tawau-Nunukan utk 1 hari?Yg saya tahu perjalanan feri bermula pd pukul 9 pagi dan lg 1 pukul 2ptg..adakah cuma 2 perjalanan 1 hari atau lebih?
Thanks in advance.
Post a Comment