Ini SOTA Jar. Yang besar 4.7 Liter, yang kecil pula 1.0 Liter. Yang besar tuu, sebelum diskaun harganya RM25.00 sebalang. Sekarang ni dah turun jadi RM 19.00 sahaja. Yang kecil pula harga biasa RM15.00, time sale ni cuma RM9.90 sahaja. Jar yang besar tuu sebenarnya saya nak isi keychain, sebelum ini dah penuh 2 balang koleksi keychain saya. Yang kecil tuu... masih berfirkir lagi apakah kegunaannya.
Yang ini pula namanya.... ISIG Block Candle. Boleh isi lilin 7 sekaligus. Yang ni pun turun harga jugak nii... Kalau tak silap saya; sebelum ni harganya dalam RM24.90 kot. Masa Sale ni dah jadi RM19.90... berbaloi jugaklah bagi saya yang suka pasang lilin kat umah ni... terutama ruang tamu.
BURKEN Jar 1.1 Liter nii memang tak turun harga. Tapi saya kena beli jugak sebab nak buat balang isi mancis (mancis digunakan untuk nyalakan lilin laaa). Sebelum ni saya dah ada Burken Jar yang saiznya besar sedikit dari yang ini dan saya isikan dengan lilin, jadi balang kecil ini akan jadi pasangannyalah...
FIXA Tool Set ni pun masih kekal harganya... RM25 satu set. Saya ada 1 set di rumah, rumah mertua juga ada 1 set. My best friend kat Kuantan si Ajeem jugak dah beli satu set. Yang ini saya beli sebab nak jadikan hadiah perkahwinan Adam AlHabshi. Kenduri dia bulan 6/4 nii... dulu dia hadiahkan saya 'candle holder' (yang telah menjadi deko ruang tamu). Saya rasa tool set ni amat sesuai dijadikan hadiah sebab lepas kahwin Adam mesti nak pindah rumah barukan. Harapan aku peralatan ini dapat membantu kau Adam !!!! Saya tak perlu risau rahsia ini bocor sebab kebarangkalian Adam untuk masuk blog saya adalah amat tipis... senipis kulit bawang... hahaha.
GLITTRA Vase & Candle Set ini pula saya beli untuk hadiah hari lahir Along. Yang ini memang berbaloi sebab.... harga asal RM 45.00. Sekarang dah jadi RM 19.90 sahaja !!! Set ini ada vase, candle & candle holder. Lilin wangi lagi.... Birthday Along... lambat lagi, bulan Mei.
Ini pula pesanan telefon dari Angah. GROSSBY Bed Tray & SIBBARP Snap Shot Picture. GROSSBY tu fixed price.... rasanya Angah dah malas nak bangun dari katil kot.... sebab tuu yang dia cari bed tray tuh. Snap Shot Photo Frame tuu pulak.... RM75.00, kalau tak silap saya harga asal lebih dari RM100.00... kira berbaloilah beli. Tapi.... gambar ni match pulak dengan ruang tamu saya !!! ...and Orange is my favourite colour !!!
As far as I can remember.... dah 5 kali saya berkenan nak beli bingkai gambar FINLIR nii... tetapi selalu tak jadi. Bila sampai cashier... mesti letak balik... bukannya apa... mahal sangatlah pulak. Satu set untuk 12 keping gambar nii.... harganya RM49.00 dan masih tak turun harganya. Tapi kali ni... alang-alang nak swipe Ikea Friends Card ni... pejam mata aja !!! Saya plan nak letak kat workstation saya...kat opis laaa...
Nota Jase :
Saya dan Lisa ambil cuti hari ini. Kami bangun macam nak pergi kerja gayanya. Tapi jalan jam... dari rumah ke Ikea mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit (selalunya 45 minit dah samapai). Kami sampai lebih kurang jam 8.30 pagi (BTW, Ikea buka jam 7.00 pagi hari ini). Sempat breakfast lagi kat Ikea. Nasi lemak RM0.99 !!! Sedap pulak tuu... seperti biasa free coffee - siap leh re-fill lagi. Kami buat rekod hari ini.... dua kali masuk Ikea. Lepas lunch kat Teh Tarik Place (The Curve) kami sambung shopping !!!! Wow.... What A Day !!!