Wednesday, November 22, 2006

Seketika di Warung Hani - 21 November 2006

Tergempar... memang tergempar, dah lewat petang bila Cute menelefon saya mengajak untuk sama-sama menjengah Warung Hani. Katanya Felix tidak jadi datang dan Mawi yang akan menggantikan Felix menjadi tetamu Hani bersama Sean Ghazi. Tanpa berfikir panjang - saya mengatakan Ya, saya akan hadir. Yang pastinya kali ini saya akan mengheret Mus untuk menjadi 'deko' Warung Hani. (Jangan cepat marah.... bikin gaduh saja, kata Jenil). Apa yang pasti, kami bersetuju - andainya ini cuma gimik semata; dan kelibat Mawi tidak kelihatan, kami akan meninggalkan Warung Hani dan menjamu selera di Aladin Bandar Kinrara. Terlebih dahulu, saya juga ada menelefon seorang rakan di Astro bertanyakan tentang kemungkinan ini, bilang beliau mudah sahaja - datang sahaja !!! Tanggungjawab yang tidak kurang rumitnya ialah untuk memujuk Mus turut serta. Jangan risau... pasti datang punya !!! Dan seperti yang diharapkan, kami semua sampai lebih kurang sama waktunya, dalam pukul 8.55 malam dan SAH Mawi ada !!!


Sean Ghazi... bukan nama baru dalam bidang seni tanah air. Secara peribadi saya lebih mengenali beliau di pentas teater, terutamanya Teater Inggeris; meskipun saya bukannya penonton Teater Inggeris sebenarnya. Pernah juga berlakon dalam sebuah filem Hollywood dan drama melayu. Menurut beliau, setelah lama bergiat dalam bidang seni - memang menjadi impian beliau untuk menjadi penyanyi dan melahirkan album. Agak menarik juga dimana Sean sebenarnya bermula sebagai penari kemudian melangkah ke pentas teater muzikal. Kulit album di atas ialah kulit album 'single' pertama Sean - Ku Impikan Bintang/Let's Never Stop Falling In Love (yang juga merupakan satu-satunya lagu baru dalam album pertama Sean, SEMALAM - selebihnya samada merupakan lagu-lagu lama mahupun lagu-lagu yang dipinjam). Percaya atau tidak, album SEMALAM dirakamkan di Australia bersama orkestra 'live' dimana para pemuziknya pernah bekerja sama dengan artis antarabangsa seperti Harry Cornick Jr dan Micheal Buble. Tidak dinafikan Sean memiliki suara yang merdu - mungkinkah Sean akan merangkul trofi vokal lelaki terbaik di dalam album dalam AIM 2007? Cuma masa yang boleh menentukan. Tapi yang nyata sekarang, Video Klip Ku Impikan Bintang memang bertaraf 5 Bintang (atau Bintang 5 menurut KRU dalam Gerenti Beres?)


Setelah gagal bergambar dengan Mawi di Menara KL pada 18 November 2006 yang lalu akibat hujan lebat, nasib menyebelahi saya untuk menambah koleksi bergambar bersama Mawi kali ini. Saya memang dah bersedia memakai baju raya. Lagipun, penonton tidak begitu ramai malam ini di Warung Hani. Saya sebenarnya sudah hilang kata-kata atau soalan untuk bertanya Mawi. Lagipun saya telah mengambil sikap untuk tidak mengambil 'pot' akan gossip yang di baca di dada akhbar mengnai Mawi. Mawi seperti biasa yang 'sporting' telah mendendangkan lagu tanpa muzik untuk lagu duet beliau bersama Datin Seri Rosmah Mansor, 'Lara Jiwa'. Lagu ini terdapat di dalam album 'Lagenda Cinta - Dari Kami Untuk Semua' yang juga menampilkan Jamal Abdillah, Felix, Iwan, Nurul dan VVIP Negeri Kedah seperti Tunku Bendahara Kedah (YTM Dato' Seri Tunku Annuar) dan Toh Puan Bendahara Kedah ( Dato' Hjh Noor Suzanna Abdullah). Album ini diterbitkan oleh PBANK (Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah) dimana pembelian album ini secara tidak langsung kita sebenarnya menyumbang demi membantu mangsa-mangsa bencana alam (Tsunami & Banjir) di Negeri Kedah Darul Aman (yang juga merupakan negeri kelahiran saya).

Cute bersama Toh Puan Bendahara Kedah @ nama rasmi beliau ialah Y.A. Bhg Toh Puan Dato' Hjh Noor Suzanna Abdullah. Seorang yang mudah didekati meskipun bertaraf VVIP. Seperti kata beliau, penerbitan album Lagenda Cinta sebenarnya sebenarnya satu pendekatan baru untuk mengutip dana bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam di Negeri Kedah dimana dengan memiliki album tidak semua golongan dari berbagai peringkat dapat sama-sama membantu meringan beban mereka yang ditimpa malapetaka dan bukan dari golongan berada sahaja.

Bukan saya sahaja yang mendapat sekeping CD Single Sean, Mus dan Cute juga. Sean juga menandantangi CD untuk Mus. Yang saya musykilnya, Mus ini sebenarnya ada 'CD Player' atau tidak? Mungkin Mus boleh mendengar dengan menggunakan komputer agaknya. Pesana untuk Mus, jika inginkan gambar ini, 'copy' saja dari blog saya ini. Tak perlulah saya menghantar e-mel atau 'burn' CD atau save di dalam 'thumb drive', okey. Sebenarnya saya dan Cute juga ada bergambar dengan Sean, begitu juga bersama Toh Puan Bendahara dan Mawi. Eh, apa yang saya tulis ini????? Yang pastinya, kami pulang dengan puas meskipun - Aladdin 'black-out' !!!

No comments: