
22 September 2006 dan PWTC telah menjadi saksi di mana Suki telah berjaya menjadi 'jutawan segera' setelah hampir 6 bulan 'bertarung' dalam 'One In A Million' (OIAM). Sepertimana yang diketahu ramai, saya secara peribadi menaruh harapan agar Alif yang dinobatkan sebagai juara (seperti di dalam posting yang sebelum ini). Walau bagaimanapun, harapan saya cuma tinggal harapan sahaja.
Alhamdulillah, saya masih lagi berkesempatan untuk turut serta menonton secara 'live' di PWTC. Terima kasih kepada yang memberi tiket kepada saya semasa di Selayang Mall di mana ia telah membolehkan rakan-rakan saya (Cute & Zal) juga turut seta. Ramai juga yang menyaksikan Grand Finale OIAM ini sama ada di PWTC (meskipun kapasiti kerusi memang kurang jika hendak dibandingkan dengan Final AF4 di Stadium Putra, Bukit Jalil) mahupun di kaca TV masing-masing. Seperti biasa, OIAM juga tidak lari dari kejutan, biasalah untuk menarik minat para penonton. Selepas kita dikejutkan dengan penyingkiran Dayang minggu lalu, 8TV mengambil langkah berani dengan mengumumkan Faizal sebagai perserta yang mendapat undi terendah tetapi tidak disingkirkan. Malah pertandingan akhir menjadi pertembungan 3 penjuru dan bukannya 1 lawan 1 seperti yang diuar-urakan sebelum ini. Adakah ini kerana kekurangan 'dana' yang dapat di kumpul untuk membekalkan RM1 juta kepada juara? Cuma pengurusan 8TV sahaja yang mampu menjawab. Diberitakan jumlah undian untuk Grand Finale mencecah 120, 000.
Persembahan dimulakan dengan lagu Go The Distance (Micheal Bolton) oleh ketiga-kita finalis diikuti dengan semua 12 peserta akhir menunjukkan kredibiliti masing-masing. Seperti sedang berlawan mendapatkan kontrak dari syarikat rakaman pula lagaknya. Yang kurang enaknya, terlalu banyak lagu Indonesia yang didendangkan oleh mereka berbanding dengan lagu tempatan. Persembahan yang menarik bagi saya ialah Lokman (Jujur) dan Dayang (Survivor).
Alif membukan gelanggang Malam Grand Finale dengan mendendangkan lagu baru "Khayal" (ciptaan Audi Mok/Shah Shamsiri) penuh dengan keyakinan, gerak tari yang lincah dan persembahan yang amat menghiburkan meskipun Paul Moss seperti mahu lagi !!! Kemudian, Suki tampil dengan lagu “Berdiri” (Audi Mok/Rafidah Abdullah). Bagi saya persembahan Suki amat mengecewakan lantaran ditambah dengan lagu Berdiri 'seakan terduduk' jadinya !!! Faizal menutup pusingan pertama dengan menyampaikan lagu "Maha Karya Cinta" (Audi Mok... lagi????/Shah Shamsiri) dengan penuh jiwa. Bukan sahaja membuai perasaan penonton malah begitu menusuk kalbu.
Bagi pusingan Kedua, Alif tampil penuh 'seksi', sekali lagi gerak tari mencuit hati serta perhubungan dengan penonton yang mantap. Lagu 'Give Me One More Night (Uno Noche) memang 'makanan' Alif, lagu yang dinyanyikan oleh 98 Degrees dengan dua vokal utama (Nick Lachey & Jeff Timmons) disampaikan secara solo oleh Alif. Suki, pula tampil lebih baik dengan lagu Everything (M2M) tetapi entah kemana hilang 'Wow Factor' beliau, masih tampak tiada yang istimewa. Dan Faizal, telah menggegak-gempitakan seisi dewan dengan gabungan 3 in 1 (We Will Rock You (Queen), LOVE (Ashley Simpson) & I Don't Wanna Be (Gavin De Graw). Persembahan Faizal amat mantap, agresif, kreatif dan layaknya diangkat sebagai persembahan seorang juara. Percaya atau tidak hampir 80 % daripada penonton PWTC memberikan 'Standing Oviation' kepada Faizal !!!
Tuah dan nasib memang betul-betul menyebelahi Suki, berbekalkan 39 % undian, Suki dinobatkan sebagai Juara oleh penonton 8TV yang sememangnya mensasarkan golongan urban cina sebagai penonton utama. Seperti kata Farish "Dak Deghoyan", Faizal akan muncul juara jika OIAM dianjurkan oleh Astro Ria !!!
Jelas kelihatan para perseta OIAM juga seperti tidak mengiktiraf Suki apabila cuma Zai sahaja yang muncul di pentas terus mendakap Suki untuk mengucapkan tahniah, sedangkan peserta lain terus mendapatkan Faizal dan Alif. Penonton di PWTC pula seperti histeria melaungkan nama Faizal ketika Suki diumumkan sebagai juara.
Lantaran itu, maka strategi saya dengan OUT SUKI send to 32728, tenyata tidak berjaya menobatkan Alif sebagai juara kerana Alif Cuma mampu mendapat 27 % undi.
OIAM Post Party
Tuah juga sebenarnya menyebelahi saya dan Cute (apabila Zal terpaksa pulang awal) dimana, kami telah di'layangkan' jemputan menghadiri 'Post Party' oleh seorang rakan baru. Jika tidak tentu kami tidak mampu untuk turut serta dan sama-sama bergembira di malam minggu bersama selebriti-selebriti terkenal Malaysia. Ramai juga pelakon (Realiti), pengacara (8TV Quickie) dan penyanyi (antaranya Ning, Jac MI1, Neves Pretty Ugly dan Daniel MI2) yang hadir.
Rata-rata apabila ditanya juga memberi respons yang agak sama – Faizal lebih layak. Saya sempat berbicara dengan Aishah Sinclair (8TV Quickie); bertanyakan tentang perkara yang tersebut. Kata Aishah, persembahan Faizal memang mantap dan best giler !!! Buktinya ialah betapa terhiburnya penonton di dewan, Menyingkap sejarah, saya sebenarnya pernah terlibat dengan program TUNZA bulan lalu di PICC, Putrajaya dimana Aishah juga turut serta sebagai Facilitator, jadi berbicara dengan beliau; memang tidak kekok !!! Kerana kami telah bersama-sama 'bermain warna' dengan kanak-kanak !!!
Saya juga sempat berbicara dengan Adam AlHabshi – pengacara Hijrah Remaja (Astro Ria – setiap Sabtu, 8.30 malam). Beliau mengacarakan program 30 minit ini bersama Waheeda. Walaupun saya bukanlah peminat setia program ini, tetapi sesekali menonton, membuatkan mata dan minda saya terpaku juga di depan TV kerana topik yang dibincangkan menarik dan dalam keadaan yang lebih santai. Apatah lagi Adam dan Waheeda memang mempunyai keserasian dan petah berkata-kata yang bercampur aduk Bahasa Melayu, Inggeris & Arab. Lagipun program agama di Astro Ria bukannya banyak sangat, yang menarik memang boleh dibilang dengan jari.
Tiada yang menarik sangat Post Party OIAM ini, melainkan kawalan keselamatan memang teramatlah ketat, makananpun boleh tahan tetapi tiada the tarik (ahh…. Kenapa ???). Kami bergerak dari Post Party lebih kurang jam 1.15 pagi. Apa adakah lagi OIAM 2 tahun hadapan?







2 comments:
hermes birkin
lebron shoes
kobe shoes
retro jordans
hermes
birkin bag
longchamp
kyrie 6 shoes
stone island
yeezy boost 350
bape hoodies
curry 8
off white
bape hoodie
bape outlet
kyrie 8
kyrie 7
bape hoodie
palm angels
pg 1
Post a Comment