Sunday, September 24, 2006

Salam Ramadhan 1427 Hijrah

Ramadhan - Brothers (ciptaan Yasin)

Bertemu kembali dengan Ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula
Ramadhan yang mulia

Di Ramadhan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia

Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan

Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti

Nota Jase :
Kepada semua sahabat dan rakan yang mengenali dan juga pembaca blog. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan, "Andainya jemari tangan tidak sempat berjabat, jiwa raga terasa sedih kerana tidak bisa bertatap muka, bila ada kata membekas lara lalu menusuk sukma, moga-moga pintu maaf masih lagi terbuka. Maaf Zahir dan Batin saya pohonkan. Selamat menjalani ibadah berpuasa dengan penuh kesyukuran, ketaatan dan penuh keberkatan. Semoga kita di ketemukan lagi Ramadhan 1428 Hijrah hendakNya".

Saturday, September 23, 2006

One In A Million : Grand Finale, Post Party & Kekalahan Faizal !!!


OIAM Grand Finale

22 September 2006 dan PWTC telah menjadi saksi di mana Suki telah berjaya menjadi 'jutawan segera' setelah hampir 6 bulan 'bertarung' dalam 'One In A Million' (OIAM). Sepertimana yang diketahu ramai, saya secara peribadi menaruh harapan agar Alif yang dinobatkan sebagai juara (seperti di dalam posting yang sebelum ini). Walau bagaimanapun, harapan saya cuma tinggal harapan sahaja.

Alhamdulillah, saya masih lagi berkesempatan untuk turut serta menonton secara 'live' di PWTC. Terima kasih kepada yang memberi tiket kepada saya semasa di Selayang Mall di mana ia telah membolehkan rakan-rakan saya (Cute & Zal) juga turut seta. Ramai juga yang menyaksikan Grand Finale OIAM ini sama ada di PWTC (meskipun kapasiti kerusi memang kurang jika hendak dibandingkan dengan Final AF4 di Stadium Putra, Bukit Jalil) mahupun di kaca TV masing-masing. Seperti biasa, OIAM juga tidak lari dari kejutan, biasalah untuk menarik minat para penonton. Selepas kita dikejutkan dengan penyingkiran Dayang minggu lalu, 8TV mengambil langkah berani dengan mengumumkan Faizal sebagai perserta yang mendapat undi terendah tetapi tidak disingkirkan. Malah pertandingan akhir menjadi pertembungan 3 penjuru dan bukannya 1 lawan 1 seperti yang diuar-urakan sebelum ini. Adakah ini kerana kekurangan 'dana' yang dapat di kumpul untuk membekalkan RM1 juta kepada juara? Cuma pengurusan 8TV sahaja yang mampu menjawab. Diberitakan jumlah undian untuk Grand Finale mencecah 120, 000.

Persembahan dimulakan dengan lagu Go The Distance (Micheal Bolton) oleh ketiga-kita finalis diikuti dengan semua 12 peserta akhir menunjukkan kredibiliti masing-masing. Seperti sedang berlawan mendapatkan kontrak dari syarikat rakaman pula lagaknya. Yang kurang enaknya, terlalu banyak lagu Indonesia yang didendangkan oleh mereka berbanding dengan lagu tempatan. Persembahan yang menarik bagi saya ialah Lokman (Jujur) dan Dayang (Survivor).


Alif membukan gelanggang Malam Grand Finale dengan mendendangkan lagu baru "Khayal" (ciptaan Audi Mok/Shah Shamsiri) penuh dengan keyakinan, gerak tari yang lincah dan persembahan yang amat menghiburkan meskipun Paul Moss seperti mahu lagi !!! Kemudian, Suki tampil dengan lagu “Berdiri” (Audi Mok/Rafidah Abdullah). Bagi saya persembahan Suki amat mengecewakan lantaran ditambah dengan lagu Berdiri 'seakan terduduk' jadinya !!! Faizal menutup pusingan pertama dengan menyampaikan lagu "Maha Karya Cinta" (Audi Mok... lagi????/Shah Shamsiri) dengan penuh jiwa. Bukan sahaja membuai perasaan penonton malah begitu menusuk kalbu.

Bagi pusingan Kedua, Alif tampil penuh 'seksi', sekali lagi gerak tari mencuit hati serta perhubungan dengan penonton yang mantap. Lagu 'Give Me One More Night (Uno Noche) memang 'makanan' Alif, lagu yang dinyanyikan oleh 98 Degrees dengan dua vokal utama (Nick Lachey & Jeff Timmons) disampaikan secara solo oleh Alif. Suki, pula tampil lebih baik dengan lagu Everything (M2M) tetapi entah kemana hilang 'Wow Factor' beliau, masih tampak tiada yang istimewa. Dan Faizal, telah menggegak-gempitakan seisi dewan dengan gabungan 3 in 1 (We Will Rock You (Queen), LOVE (Ashley Simpson) & I Don't Wanna Be (Gavin De Graw). Persembahan Faizal amat mantap, agresif, kreatif dan layaknya diangkat sebagai persembahan seorang juara. Percaya atau tidak hampir 80 % daripada penonton PWTC memberikan 'Standing Oviation' kepada Faizal !!!


Tuah dan nasib memang betul-betul menyebelahi Suki, berbekalkan 39 % undian, Suki dinobatkan sebagai Juara oleh penonton 8TV yang sememangnya mensasarkan golongan urban cina sebagai penonton utama. Seperti kata Farish "Dak Deghoyan", Faizal akan muncul juara jika OIAM dianjurkan oleh Astro Ria !!!

Jelas kelihatan para perseta OIAM juga seperti tidak mengiktiraf Suki apabila cuma Zai sahaja yang muncul di pentas terus mendakap Suki untuk mengucapkan tahniah, sedangkan peserta lain terus mendapatkan Faizal dan Alif. Penonton di PWTC pula seperti histeria melaungkan nama Faizal ketika Suki diumumkan sebagai juara.

Lantaran itu, maka strategi saya dengan OUT SUKI send to 32728, tenyata tidak berjaya menobatkan Alif sebagai juara kerana Alif Cuma mampu mendapat 27 % undi.


OIAM Post Party

Tuah juga sebenarnya menyebelahi saya dan Cute (apabila Zal terpaksa pulang awal) dimana, kami telah di'layangkan' jemputan menghadiri 'Post Party' oleh seorang rakan baru. Jika tidak tentu kami tidak mampu untuk turut serta dan sama-sama bergembira di malam minggu bersama selebriti-selebriti terkenal Malaysia. Ramai juga pelakon (Realiti), pengacara (8TV Quickie) dan penyanyi (antaranya Ning, Jac MI1, Neves Pretty Ugly dan Daniel MI2) yang hadir.

Rata-rata apabila ditanya juga memberi respons yang agak sama – Faizal lebih layak. Saya sempat berbicara dengan Aishah Sinclair (8TV Quickie); bertanyakan tentang perkara yang tersebut. Kata Aishah, persembahan Faizal memang mantap dan best giler !!! Buktinya ialah betapa terhiburnya penonton di dewan, Menyingkap sejarah, saya sebenarnya pernah terlibat dengan program TUNZA bulan lalu di PICC, Putrajaya dimana Aishah juga turut serta sebagai Facilitator, jadi berbicara dengan beliau; memang tidak kekok !!! Kerana kami telah bersama-sama 'bermain warna' dengan kanak-kanak !!!

Saya juga sempat berbicara dengan Adam AlHabshi – pengacara Hijrah Remaja (Astro Ria – setiap Sabtu, 8.30 malam). Beliau mengacarakan program 30 minit ini bersama Waheeda. Walaupun saya bukanlah peminat setia program ini, tetapi sesekali menonton, membuatkan mata dan minda saya terpaku juga di depan TV kerana topik yang dibincangkan menarik dan dalam keadaan yang lebih santai. Apatah lagi Adam dan Waheeda memang mempunyai keserasian dan petah berkata-kata yang bercampur aduk Bahasa Melayu, Inggeris & Arab. Lagipun program agama di Astro Ria bukannya banyak sangat, yang menarik memang boleh dibilang dengan jari.

Tiada yang menarik sangat Post Party OIAM ini, melainkan kawalan keselamatan memang teramatlah ketat, makananpun boleh tahan tetapi tiada the tarik (ahh…. Kenapa ???). Kami bergerak dari Post Party lebih kurang jam 1.15 pagi. Apa adakah lagi OIAM 2 tahun hadapan?


Memang bukan rezeki Alif. Meskipun begitu saya amat kagum dengan budak 16 tahun nii... ramai juga penyokong Alif dari kalangan mereka yang pekak dan bisu yang saya ketemu dalam Post Party seain dari ahli keluarganya. Bila ditanya... kata Alif beliau belajar Bahasa Isyarat daripada ayah beliau. Cayalah Alif.... tambahnya lagi belum ada apa-apa plan, tapi yang utama Alif akan kembali ke sekolah dan ambil SPM tahun hadapan !!!

Kali ketiga bertemu Suki, kali pertama saya bergambar. Suki memang berbudi bahasa. Ternyata bahasa melayu Suki memang fasih baik berbicara ataupun menyanyi, tidak seperti Karen AF4 yang terlebih digembar-gemburkan oleh Astro Ria, tetapi ternyata masih pelat... ahaks... Apa-apapun, tahniah Suki dari saya.

Peja.... Faizal... memang layak menang !!!! Saya doakan beliau lebih berjaya di dunia sebenar sebagai artis rakaman, Paling tidak saya percaya Lagu Maha Karya Cinta akan jadi HIT di HotFM !!! Kalau nak dengar lagi suara Faizal... beli saja Album Mirwana.

Ini merupakan antara permintaan dan pengalaman 'berani mati' Cute dan saya di mana kami dengan tanpa segan silu menegur Datuk Farid untuk bergambar. Ternyata dia memang Sporting !!! Hidup Media Prima !!! Ternyata siaran TV Media Prima memang boleh ditonton ketika panas ataupun hujan....

Zizan Nin... Saya secara peribadi memang 'respect' Zizan habis sebab selepas saya 'Say Hi!', dia kata saya kenal awak..... kita jumpa semasa kenduri kahwin Ann. Malunya saya.... Banyak juga yang kami bicara, tetapi jika dulu saya asyik bertanya berkenaan drama "Rafflesia" (malangnya musim kedua Zizan tidak turut serta), kini sudah tentu tertumpu pada drama " Realiti" (8TV - 10.00 malam setiap Ahad). Saya harap final "Realiti" akan membabitkan Zizan dan Ashraf (macamlah boleh hantar undi SMS). Nota untuk Zizan jika masih ada kesempatan untuk masuk blog saya lagi, tinggal-tinggalkanlah pesanan OK. "All the best for your life.... dan selamat berpuasa".

Jika bertemu... saya selalunya akan menegur Pengurus Dayang, Liza dahulu.... dia memang ramah. Dayang juga sebenarnya juga memilih Faizal... Meskipun Dayang tidak berjaya ke final... persembahan Dayang menyampaikan 'Survivor'... memang hebat !!!! Mungkin benar juga teori yang mengatakan yang peminat bukan kata Dayang tak bagus tetapi mereka cuma tidak mahu Dayang ke final... sebab Dayang adalah penyanyi yang telah 'established' sebab itulah undian "OUT" makin tinggi saban minggu...

Apa lagi yang boleh saya katakan mengenai Nabil? penyanyi yang menduduki 'ranking' Kedua dalam penyanyi yang saya sokong kerier mereka bagi tahun 2005 - 2006. Lagu Nabil, "Hati ini" dah memang menjadi santapan saya ketika bekerja sekurang-kurangnya 1o kali sehari... ahaks. Sehingga teman-teman sekerja yang duduk di sekeliling saya pun sudah hafal lagu tersebut. Untuk Nabil.... bila album nak 'release' ni? Apa-apapun... pastikan semester ini dapat '3 pointer' lagi, ok.

Monday, September 18, 2006

Konsert Nur.... Sesekali Makanan Jiwa Terasa Amat Mengenyangkan

Sesudah mengikuti promo OIAM di Selayang Mall, Mus dan saya masih berkira-kira samada untuk ke Istana Budaya (IB) atau tidak. Hujan rahmat sebenarnya telah menyebabkan Mus tanpa ragu-ragu meluncurkan Spectra baru beliau yang juga baru keluar dari bengkel terus ke Jalan Tun Razak. Hujan semakin lebat, kami tiada pilihan melainkan berhenti di CafĂ© IB (yang murah, suasana yang segar & tidak kurang enaknya) lantas menjamu selera. Ketika itu suasana IB masih suram, masih belum ramai yang datang, masih awalpun kira-kira jam 5.30 petang. Selesai makan kami ke kaunter bertanyakan soal tiket, MasyaAllah…. Tiket RM 30 telah habis !!! Mana mungkin, beberapa hari lalu saya ada menelefon IB, ketika itu masih banyak lagi tiket RM 30. Apakan daya yang tinggal cuma tiket RM 80, saya masih berkira-kira untuk membeli atau tidak, sedangkan Mus dari awal mengatakan tidak mahu menonton. Tanpa berfikir panjang, kami terus menyaksikan raptai akhir. Ketika itu tengah ‘sound test’ untuk lagu Mawi, ‘Kian’. Sambil itu sempat juga bersembang dengan Adik Ikhwal, yang hamper selalu juga saya bertemu.

Selesai raptai, aku membuat beberapa panggilan telefon dan sms mengajak rakan-rakan lain turut serta di saat akhir. Malangnya semuanya tidak mahu. Akibat kasihan (mungkin? Lagipun ada Mawi kan) Mus berubah fikiran, saya pun apa lagi… pejam mata dan serahkan kad kredit untuk ‘di swipe’ bagi membeli 2 keping tiket RM 80 !!! Selesai solat Maghrib barulah kelihatan ramai yang datang, di luar IB… hujan masih rintik-rintik. Tidak lupa juga, Cute juga akhirnya bersetuju untuk turut serta setelah mendapat penaja 50% daripada harga tiket.

Konsert Nur yang menampilkan hiburan alternatif Islamik ini jika tidak silap saya merupakan kali ketiga ia di jalankan di IB. Inilah kali pertama saya benar-benar berkesempatan untuk datang menonton. Buka sahaja berhibur tetapi juga menderma. Konsert ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk Tabung Pendidikan Anak-anak Yatim. Konsert yang menonjolkan lagu-lagu berberbentuk kerohanian Islam yang merdu dan menusuk jiwa ini adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) bersama Amanah Raya Berhad dan Karyawan. Tema bagi Konsert ini ialah Ketulenan, Perbandingan dan Gabungan Suara Kerohanian yang telah didendangkan hasil daripada alat bunyi-bunyian peralatan tradisional dari 3 kelompok iaitu Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah. Persembahan di bahagi kepada 3 segmen iaitu puisi kerohanian, nyanyian & instrumental. Antara alat muzik yang digunakan ialah peralatan muzik tradisional melayu dan juga peralatan moden seperti biola, violin, chello dll.

Niat yang baik... mendapat balasan yang baik juga, alhamdulillah. Selang beberapa minit selepas persembahan dimulakan, penonton-penonton terpilih di Aras 2 telah dijemput turun ke Aras 1 oleh petugas IB (termasuklah kami bertiga). Sebenarnya tiket tajaan korporat memang habis dijual tetapi penontonnya tidak kunjung-kunjung tiba. Sudah tertulis, tiket RM80 kami telah berubah ke tempat duduk bernilai RM150. Nun jauh di Aras 3, tiket RM30 awal-awal lagi sudah habis diborong dan sudah semestinya oleh Mawi FC. Ini terbukti kerana setiap kali Mawi muncul, begitu jelas kedengaran jeritan memanggil nama beliaui dari aras tersebut.

Ramai artis yang turut serta, Mawi cuma muncul sebagai penampilan istimewa untuk 16 September (17 September – Ramli Sarip) antaranya ialah Adik Ikhwal, Khir ‘Hang Tuah’ Rahman , Raihan (tanpa Nazrey Johanni), Nash, Aishah, Kumpulan Tamingsari dan Anak-anak Yatim dari Pinggiran Taman Tun. Persembahan nyanyian dan instrumental ini turut di selang-selikan dengan bacaan surah-surah Al-Quran dari Uncle M.Rajoli yang muncul dari segenap ruang pentas. Apa yang paling indah? Khir Rahman begitu mengasyikan mendendangkan Lagu Gigi, yang saya lupa tajuknya. Zikir yang di bawa oleh Nash juga tidak kurang hebatnya meskipun vocal Nash kurang menonjol. Adik Ikhwal juga tampil dengan begitu menyakinkan dengan lagunya. Video Asmaul Husna oleh The ESQ Way 165 juga menarik. Mawi…. Memang ‘superb’ malam tersebut dengan tiga buah lagu. Kawasan penonton yang agak suram membuatkan Mawi terutamanya sukar untuk melihat penonton, meskipun kami boleh dikira antara yang berada di barisan hadapan. Tambahan pula Pengarah Konsert – Raihan Suleiman Palestin berasal dari Kulim, Kedah dan Mohd Yazid Zakaria (Pengarah Muzik) memang saya amat kenali.

Secara keseluruhan…. Makanan rohani malam ini amat mengenyangkan. Alhamdulillah... jika diberi kesempatan insyaAllah tahun hadapan saya akan mencari peluang menghadirkan diri lagi...





Sunday, September 17, 2006

IN ALIF send to 32728


Muhammad Aliff Mohd Satar @ Alif dari Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor adalah calon 'underdog' yang tidak disangka-sangka berjaya merebut tiga tempat di final One In A Million (OIAM) yang akan berlangsung pada 22 September 2006 di PWTC. Apatah lagi Dayang juga berada di Top 4, Jumaat lalu.
Merupakan finalis yang paling muda, baru 16 tahun (lahir pada 19 September 1990) - masih belajar di Sekolah Menengah Sri Hartamas, Kuala Lumpur (sudah tentulah Alif telah bercuti selama lebih kurang dua bulan demi OIAM). Digelar sebagai Kang-Kang King oleh Syafinaz, Alif selalu tampil ceria. Tak sangka pula saya Alif meminati Ray Charles; selalunya warga emas sahaja yang meminati Uncle Ray.
Jika dilihat dari segi saingan di peringkat akhir, semuanya meiliki kelebihan masing-masing. Suki dilihat sebagai calon tunggal wanita dan bukan melayu, apatah lagi sasaran penonton 8TV adalah golongan urban berbangsa cina. Faizal pula dilihat sebagai peserta yang paling konsisten, berbakat dan memiliki kelainan. Bagi saya Alif adalah peserta yang mampu memikat peminat lelaki dan wanita, bagi lelaki mereka tidak kisah menyokong Alif kerana beliau begitu selamba. Persembahan minggu lalu, bila Alif menyanyi sambil 'bermain dengan bahasa isyarat' saya saya ia amat menarik dan kreatif. Sokongan keluarga Alif juga nampak jelas dan ketara sekali. diberitakan, ayah Alif selalu datang bersarapan dengan beliau di penginapan peserta OIAM di Mutiara Damansara.
Bagi saya, Alif layak mendapat RM1 juta kerana dia amatur dan punya banyak masa untuk maju dan bergerak ke arena antarabangsa !!!
Apa lagi.... taip MASUK ALIF dan bertemu kita di PWTC 22 September 2006 nanti !!!


Ini kali kedua sebenarnya saya bertemu dengam Alif (Selayang Mall - 16 September 2006), kali pertama semasa promo OIAM di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Alif yang sporting, selamba dan memang layan baik punya ngan para penyokong... kalau tidak percaya buktinya... lihatlah apa yang ditulis kat t-shirt saya tuh.... ahaks. Good Luck ya... Alif, Jumaat ni abang bawak Banner untuk Alif !!!!



Wednesday, September 6, 2006

Tika Ini, Di Hadapan Menunggu

TITIK DAN NOKHTAH
AYAT TERAKHIR PENAMAT SEBUAH NOVEL
LANGKAH TERAKHIR SEORANG SRIKANDI
EPILOG SEBUAH PEMENTASAN
TITISAN WARNA PENYUDAH PELUKIS SEBUAH KARYA AGUNG
EPISOD TERKAHIR SEBUAH TELENOVELA KESUKAAN RAMAI DI KACA TV
SERINGKALI DI SALAH ERTIKAN
TIDAK TERUNGKAI SIMPULNYA
TERSALAH TAFSIR?
KEKADANG MENGELIRUKAN

SEBENTAR-SEBENTAR TIMBUL MAKNA LAIN
TANPA KITA MENGETAHUINYA
MAKSUD DALAM SEDAR, DI BAWAH SEDAR
APA PULA YANG TERSURAT DI DASARNYA
MASIHKAH TERSULUHKAH DALAM NYATA?
MESKIPUN DI BALIK SIRNA APA PULA TERSIRAT
BERLAPIS-LAPIS, BERBAUR-BAUR
KELAM NAN KELABU, KUSAM LAGI SURAM
DAN... TITIK NOKHTAH INI
JIKA TIDAK JITU
MASIH MAMPUKAH MELIHAT
CAHAYA SELINDUNG DI BALIK AWAN?

BEGITULAH SITUASI SEKARANG YANG BAKAL DITINGGALKAN
ADA NOSTALGIA MENGGAMIT USAH PERGI
ADA KENANGAN MANIS TAK MUNGKIN DILUPAI
ADA KEINDAHAN YANG BERLALU TANPA SEDARI
ADA KASIH YANG TERTUMPAH DI SINI
'TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT BERMAIN'

DI HADAPAN PULA
PERLU MELANGKAH KE DIMENSI BARU
PERSIS MENEKA DALAM KESAMARAN
NAMUN KEINDAHANNYA TENTU SUDAH DIJANJI TUHAN
MESKI BERAT HATI 'TUK MENINITI DENAI INI
LANTARAN KESUNGGUHAN TERIMPI SEBUAH DUNIA BARU

MANUSIA...
SERINGKALI MENAFSIRKAN IKUT APA YANG MEREKA MAHU
YANG TAMPAK DEPAN MATA
ANTARA LOGIKA 1 + 1 = 2
ATAU SUBJEKTIFNYA, SAYA - ANDA = BIRU?

TIDAKKAH CAHAYA DI BALIK BUKIT YANG LEMBAH DAN LURAHNYA LEBIH SUBUR?
BUKANKAH PERMATANG TERBENTANG LUAS, SELUAS PERSADA
ANDAI DI BAJAKI, DI SEMAI BENIH, BISA DITUAI BERKAT HASILNYA?
LANTAS... ITUKAH OASIS YANG BAKAL MENAMPUNG HUJAN,
MENYEDUT SINAR MATAHARI
MENYUBUR TANAH TANDUS, MELAPANGKAN DADA HAUS
KEMBARA DI TANAH GERSANG
DAN DI BALIK BANGUNAN PENCAKAR LANGIT,
TERSELIT 'ADIK BERADIK' KEMBAR DUA ITU
BISAKAH JELAS KELIHATAN GUDANG EMAS YANG SARAT DENGAN BEKALAN?
ITULAH... MAKA ITULAH KEINDAHAN DUNIA BARU YANG BAKAL DIJEJAKI...

APA JUA... DI MANA JUA
MESKI APA TAFSIRANNYA...
PERLU, MALAH AMAT PERLU
JIKA BERTEMU DENGAN TITIK NOKHTAH
TENTU MASIH ADA PENYAMBUNG AYAT BARU
JIKA TELAH BERADA DIMUKA SURAT TERAKHIR NOVEL
TUTUPLAH DENGAN KENANGAN MANIS
TAPI TENTU MASIH UPAYA MEMBACA NOVEL BARU
PASTINYA MASIH BANYAK PENGALAMAN BARU MAMPU DITEROKAI
JIKA NOTA DISINI TELAH SAMPAI DI GARIS AKHIR
TENTU BISA KITA MEMBUKA CATATAN EMAS YANG BARU
DAN DUNIA BARU INI....
MESKI APA BICARA
CUMA PERCAYA TERSEMAT DALAM JIWA
PASTINYA YANG INDAH-INDAH BELAKA...
Nota Jase :
Saya telah mendapat panggilan dari seorang rakan lama yang saya panggil beliau Kak Sidah pada 31 Ogos yang lalu. Tika itu saya sedang bersantai di kampung bersama ayah dan bonda. Panggilan yang amat mengejutkan juga, kerana sebelum ini Kak Sidah memang tidak pernah menelefon telefon bimbit saya; paling tidak cuma berbalas e-mel yang entah mungkin 2 - 3 bulan sekali. Katanya Pn Mariah (salah sorang yang saya kagumi di tempat kerja lama saya) akan bersara. Mereka akan mengadakan majlis perpisahan pada 8 September dan ingin menjemput saya turut serta. Bukan itu saja; saya juga perlu mencipta sajak untuk Puan Mariah dan mendeklamasikannya pada majlis tersebut. Berat... memang berat. Dalam sedar tidak sedar, saya mengatakan 'YA' untuk mencipta sajak tetapi tidak untuk menghadirkan diri dalam majlis tersebut, apatah lagi untuk mendeklamasikannya. Alasan saya, pada tarikh tersebut saya akan berada di Bangkok untuk mengurus 'networking prigramme' dan menghadiri satu seminar.
Sajak di atas yang saya tuliskan khas untuk Puan Mariah siap dalam masa dua hari (itupun saya terpaksa mencuri-curi kerana terbabit dengan Projek Tekad, kerja-kerja pejabat & persiapan akhir seminar) dan telah die-melkan pada 5hb September 2006, hampir lewat malam. Entah macam mana penerimaan Pn Mariah dan tetamu ketika sajak ini dideklamasikan, saya pun kurang pasti.
Untuk Puan Mariah... "Walaupun Jasad di Seberang Lautan, Budimu Puan Akan Tetap Dalam Ingatan.