Sunday, April 9, 2006

The One When I First Met Mawi


Apabila Mawi gagal semasa Konsert Prelude AF3 last year.... gegak gempita seluruh negara, "peperangan" meletus baik di dada akhbar mahupun Channel 15, Astro. Namun kisah tersebut telahpun menjadi sejarah. Kini.... Selepas menjuarai AF3, Mawi telah menjadi salah seorang bintang tersohor di persada seni tanah air. Selepas disingkirkan dari Konsert Prelude AF3, Mawi bersama 7 lagi rakan yang turut tersingkir telah dibawa untuk turut serta dalam beberapa program Astro, salah satunya antara yang aku sempat joint ialah Konsert Kemuncak Misi Suara Hati 2 pada 28 Mei 2005; di mana Mawi dan rakan-rakan lain mendendangkan lagu "Seribu Impian".
Memandang Mus dan aku sampai agak awal, jadi kami terpaksalah mencari surau untuk Solat Maghrib. Nasib baik, ada surau di dalam Stadium Malawati. Selesai solat, aku telah bertemu dengan salah seorang peserta program tersebut, akupun dah lupa nama beliau. Dia mengajak kami untuk duduk di bahagian bawah stadium kerana munurut beliau, tidak ramai yang akan hadir. Apa lagi.... pucuk dicita, ulam mendatanglah.....
Pada malam tersebut, Mawi memang dikawal rapi.... namun nasib menyebelahi kami di mana dalam masa yang agak terhad selepas konsert, Mus dan aku berjaya meloloskan diri untuk bertemu Mawi dan bergambar. Hasilnya seperti kat atas tuu lah.... Jadi gambar ini dah hampir setahun usianya.... dapat dilihat yang Mawi sekarang ini pun dah KIAN berisi.... ahaks !!!

No comments: