Tuesday, April 25, 2006

The One on Resume Untuk Mawi

Mawi bersama 3 orang finalis Resume Untuk Mawi

Akuler tuu... bergaya, kat belakang tu Mawi & Man

Resume Untuk Mawi, rancangan realiti oleh Astro Ria untuk memilih Pembantu Peribadi (PA) Mawi bermula sekitar Bulan Februari 2006 yang lalu. Dan semalam; 24 April 2006 termetrilah seperti yang dijanjikan di mana Man ("sebijik sebijon" personanya persis Mawi... ahaks) telah dinobatkan oleh SMS (50%) dan juga juri profesional (50%) sebagai pemenang dan bakal menjawat jawatan sebagai PA Mawi selepas ini.
Semalam juga aku sempat menyaksikan siaran langsung Final - Resume Untuk Mawi di Studio 2, ASTRO. Terima kasih kepada "Saudari" yang tidak lupa mengajak. Pengalaman menyaksikan siaran langsung ini sungguh manis dan bermakna sekali. Apatah lagi lagi, semalam juga telah membuktikan ke'humble'lan sebenar Mawi. Mungkin sebelum ini aku tahu yang Mawi memang seorang yang "humble"; and a very down to earth superstar", tetapi apa yang berlaku semalam telah menjadi bahan bukti yang nyata. Untuk Man pula, tahniah kerana telah menepati ramalan ramai untuk muncul juara.
Apapun, rancangan semalam sebenarnya banyak diselamatkan oleh Aznil yang memang melampaui keterbatasan yang ada dalam mengacara acara 'live' dan lagu "Kian" yang disampaikan dengan penuh jiwa oleh Mawi !!! Bravo Mawi !!!