Friday, December 29, 2006

JaseBoard Malay Hot 20 for Year 2006

Ini pula seleksi lagu Melayu +++ Indon juga (kan serumpun) untuk tahun 2006. Lagu-lagu ini memenuhi ruang udara saya... dari dinihari, pagi, tengah hari ke petang, senja ke malam.... lewat malam....

1. Kenangan Terindah (Samson)
* Lagu ni memang berhantu betul... tak puas-puas putar (nasib baik ada CD). This is really a love theme song lah... pesal lah Band Indon ni leh cipta lagu2 yang unsangkarable? Lebih manis lagi, CD Samson yang saya miliki Made In Indonesia !!!

2. Hati Ini - Nabil
* Nabil... Nabil.... Lagu ini memang menjadi kegilaan saya. Sampaikan office mate saya pun boleh hafal lagu ini... mana tidaknya, saya akan mainkan mp3 lagu ini berulang2 di lap top saya... dari 8 pagi sampai 5 petang. ...Janganlah hancurkan hati ini....:) Harap-harap Nabil boleh come-up with another song like this !!! Versi Akustik lagu ni, lagilah power...

3. Aku Ada Karena Kau Ada - Radja
* Lirik yang begitu puitis, melodi yang merdu, suara yang serak-serak basah vokalis Radja... apa lagi yang boleh saya katakan...? Lagu ini salah satu lagu tema pertunangan saya... ahaks.

4. Terlalu Istimewa - Adibah Noor
* Lagu nyanyian Kak Dibah ini memang begitu bermakna. Lagi merdu jika di amati secara live nyanyian Kak Dibah. Pernah bersembang ngan Kak Dibah pasal lagu ini.... lantas saya lebih memahami isi kandungannya...

5. Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly
* Lagu yang very happy go lucky... catchy dan indah. Santai... Sesuai dengan tajuk, video klipnya juga tidak kurangnya... teringat pula saya semasa Diddy nyanyikan lagu ini semasa AF4... kan muka saya keluar TV !!!

6. Caramu - Nikki feat Zahid
* Part lagu pun best, part rap pun best, ada kelainan yang dibuat oleh Zahid, macam in between nyanyi dan cakaplah pulak... eh apa saya tulis nii..

7. Pastikan - Siti Nurhaliza
* Lagu paling berhantu dalam album Transkripsi... Very Melly Goeslow... tapi lirik mendalam... kali pertama saya dengar lagu ini, saya sudah jatuh cinta !!!

8. Dunia Batinku - Ella & Tam Spider
* Gandingan yang mantap, lirik bersahaja.... tapi makna mendalam. Siapakah yang tahu apa yang tersirat di hati kita?

9. Dua Dunia - Thoo Phat feat Siti Nurhaliza
* Gandingan yang tidak mungkin pernah difikirkan. Tapi memang BEST !!! Versi Melayu atau Versi Inggeris, sama indah.

10. Kian - Mawi
* Lagu yang makin lama makin sedap. Kalau dengar Mawi nyanyikan secara live, kadang-kadang beliau akan bersajak di rangkap akhir.

11. Tak Ada Logika - Agnes Monica
* Dance beat yang menarik, bikin goyang... sedap banget !!!

12. Oh! No Kamu - V.E.
* Lagi satu lagu Catchy dari V.E. Suara yang harmoni....

13. Samudera - Nora
* Pertama kali saya mendengar lagu ini di CD, persis terasa yang lagu ini dicipta untuk pertandingan. Melodi dan peralatan muzik yang digunakan... alahai. lirik... power gila. Suara Nora... puas dengar.

14. Cinta Di Hujung Rindu - Zarina feat Mawi
* Tak sangka pula lagu zapin ini begitu indah, apatah lagi dinyanyikan dalam slanga johor riau. Mawi pulak tuh... Calon finalis Juara Lagu 2007 nii...

15. Teman Tapi Mesra - Ratu
* Lumrah alam... yang kita suka, cuma ingin kita jadi kawan sahaja...

16. Warkah Buat Laila - Zahid
* Siapa kata suara Zahid tak merdu? Dengarlah lagu ini... Saya memang dah lama suka akan lagu ini... muzik etniknyapun mendayu-dayu... Lagu Aleeya dalam album Zahid pun best juga...

17. Sedari Dulu - Andy Flop Poppy
* Untuk lagu ini, saya lebih sukakan suara Andy sebenarnya... lagu yang agak santai juga... Memang sesuai dijadikan latar filem Cinta.

18. Gerenti Beres - KRU
* Apa lagi yang mampu saya katakan.... Lagu lawak antarabangsa... ahak... ahak... Tapi, kenapa Edry makin banyak nyanyi? Orang nak dengar suara Abg Chik laaa

19. My Heart - Irwansyah & Acha Septriasa
* Wow... menday-dayu... catchy habis. (part lirik omputih tuu... very the indonesian laaa) walaupun kedua-kudua penyanyi ini bertaraf amatur sahaja...:)

20. Khayal - Alif OIAM
* Lagi satu karya Audi Mok yang berjaya mencuit hati saya. Suara Alif lagi besar dari usianya membuatkan lagu ini lebih dewasa...

Thursday, December 28, 2006

JaseBoard International Hot 20 for Year 2006 !!!

Sepanjang Tahun 2006, inilah seleksi antarabangsa saya. Yang menariknya Top 6 saya bukan penyanyi dari Negara Uncle Sam.... tetapi Columbia, Canada, Canada, Britain, Britain & Senegal.

1. Hips Don’t Lie (Shakira feat Wyclef Jean)
* Lagu ini hits giler semasa World Cup Germany 2006. Lagu terbaik Shakira !!!

2. Bad Day (Daniel Powter)
* Lagu ini Elimination Theme untuk American Idol 5 !!! Sebab tuu famous giler... Video Klip dia pun best. Lagu yang menjadi siulan saya semasa di Bangkok awal tahun ini...

3. Promiscuous (Nelly Furtado feat Timbaland)
* Tak sangka ada penulis lirik sanggup buat lirik sebegini, tatapi percubaan brilliant Nelly Furtado untuk team-up dengan Timbaland, kalau tak pastinya karier beliau akan berkubur.

4. That’s My Goal (Shayne Ward)
* Juara X Factor 2005 (UK's answer to American idol). Lagu ni No 1 for Chrismas 2005 di UK. Tapi memang kelas betul lagu balada nii...

5. You’re Beautiful (James Blunt)
* Siapa sangka abang askar ni boleh buat lagu sesedap ini... So Beautiful !!!

6. Smack That (Akon feat Eminem)
* Paling best part Smack That !!! Suara Akon memang satu dalam seribu....

7. Grillz (Nelly feat Paul Wall, Ali & Gipp)
* The only Non Gangstar Rapper alive???? My favourite Rapper, lagu ni actually di release semula dalam tahun 2006 (From his Derrtyy Album in 2005). Sebab tuu jadi BEST !!!

8. My Love (Justin Timberlake feat T.I)
* Another brialliant output from JT !!! I prefer My Love compared to SexyBack.

9. Ridin’ (Chamillionaire feat Krayzie Bone)
* Wow... Chorus yang begitu catchy, 10X ulang pun tak boring)... Jangan tegok muka penyanyinya sudah ler...

10. So Sick (Neyo)
* Neyo... asyik dok buat lagu kat orang sahaja... baik nyanyi sendiri. I won't be sick when listening to this song.

11. (When You Gonna) Give It Up To Me (Sean Paul feat Keyshia Cole)
* Ada lagi satu lagu Sean yang best, Temperature but I really like this collaboration.

12. One Wish (Ray J)
* Adik si Brandy nii... lagu ni... memang betul2 naikkan semangat. Suara RJ pun boleh tahan juga... Kalau more Air Play... pasti lagu ni akan lebih popular.

13. Check On It (Beyonce feat Slim Thug)
* Sekali dengar macam Chakraponik lah pulak... Theme Song untuk Pink Panther.

14. Rudebox – Robbie Williams
* On of my favourite act, memang tak pernah gagal melahirkan single yang BEST. Tapi lagi ini sekali dengar ada ala-ala Sexyback jugak niii

15. Money Maker (Ludacris feat Pharrell Williams)
* Pharrell, my favourite producer. Lagu akan jadi lebih sedap kalau featuring Pharrel Williams.

16. More Than Words (Frankie J)
* Wow... tak sangka lagu rock ballad 80an ini berjaya di R&B Soulkan oleh FJ dengan begitu indah sekali.. Patutnya lagi banyak lagu Ballad dari FJ nii...

17. Buttons (The Pussycat Dolls feat Snoop Dogg)
* Memang PSD tak boleh nyanyi... harap Nicole saja... tapi collaboration ini memang superb !!!

18. Where’d You Go (Fort Minor feat Holly Brook)
* I'm speechless... both part best.

19. Yo! (Excuse Me Miss)(Chris Brown)
* Pencabar utama Usher !!! Tapi... Unsher tetap menjadi pilihan saya... cuma Usher tak ada single tahun 2006... sob... sob... sob...

20. Unfaithful (Rihanna)
* Untuk kekasih2 yang curang !!!

Monday, December 11, 2006

Alif @ Promo Bintang Kecil di South City Plaza


Sempat juga saya meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan Alif (walaupun cuma satu lagu sahaja – dan sudah tentulah lagu Khayal !!!!) di South City Plaza (SCP), Seri Kembangan pada 10 Disember 2006 yang lalu. Saya tiba agak awal rupanya (lebih kurang jam 11.00 pagi), ya… program memang telah bermula semasa saya tiba di SCP tetapi memandangkan ini merupakan program bersama kanak-kanak untuk mencari Duta bagi Bintang Kecil dan tertutup (persembahan artis jemputan cuma bermula jam 12.45 tgh hari dan hanya kanak-kanak yang berpakaian serba PINK yg terdiri daripada mereka yang telah mendaftar dan membayar yuran program sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam ‘kandang’ yang telah disediakan,; maka dengan itu jugalah, kesemua gambar yang saya ambil dan paparkan dalam blog ini adalah yang diambil dari tingkat 1, SCP.

Apa yang membanggakan ialah, Alif adalah artis yang tiba paling awal sekali. Bila di tanya Meor (Pengurus Alif…. Meor mana? Alah Meor yang menulis skrip Cicak Manlah…), katanya takut sesat. Baik juga Alif datang awal… maka dengan sukarela (@paksa rela… ahaks, lawak jer), Alif dengan senangnya telah turut bersama dengan adik-adik Pinky menjalankan aktiviti mereka. Yang menariknya, Alif juga memakai t-shirt PINK, inilah yang dikatakan artis yang membuat ‘research’ sebelum menerima sebarang undangan, samada kecil atau besar. Kudos Alif!!!

Meskipun terdapat juga cacat cela akan program ini (kekadang kalut, kekadang seperti tidak dirancang dengan betul dll), saya kira itu bukan soalnya kerana kelihatan para kanak-kanak seperti enjoy dan gembira lantaran ramai juga artis yang hadir seperti Syanie, Khadeeja (dah berambut pendek rupanya), Yazer AF3 (makin berisi dan rambut juga makin panjang), Izwan Pilus (si dagu cantik – bukan saya yang kata, tetapi Cik Cit-Cat Wan Ali), kanak-kanak dari Terang Bulan (eh… entah-entah Tentang Bulan???, tidak mengapa – nanti tengok saja promo filem ini), Asfar OIAM (yang menyanyikan lagu baru beliau rasanya) Dina MI, tidak ketinggalan seperti yang saya sebut tadi; Alif (‘cool’ bila menyampaikan lagu Khayal sambil mengajak adik-adik menari) dan ramai lagi.

Saya pun tidak menunggu lama sebenarnya, memandangkan masih ada perancangan lain yang perlu dilunaskan. Saya meninggalkan SCP ketika program sedang berhenti rehat untuk makan tengah hari (tika itu juga Alif tengah makan tengah hari dengan lahapnya…. Kwang3X, jangan mare ye Alif, marah kang pendakap gigi PINK tu tercabut.:)) dan Yazer pula sedang ‘khayal’ mengetuk gitar kapok di atas pentas mendendangkan sebuah lagu…

Saturday, December 9, 2006

Di Hari Pertunanganku...


9 Disember 2006 telah mencatatkan kenangan manis lagi indah dalam hidup saya. Saya dan Lisa telah selamat melangsungkan majlis pertunangan kami di kediaman Pak Selamat (Ayah Lisa & bakal bapa mertua saya) di Ampang Jaya yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Memang tidak ramai yang mengetahui detik manis ini sebelum ianya berlangsung, sedangkan kedua-dua belah keluargapun cuma mempunyai masa lebih kurang lima hari untuk membuat persediaan. Sebagaimana rakan-rakan terdekat mengetahui yang kami telah lama berkawan, maka tibalah masanya untuk kami bersatu. Doakan kami selamat kejinjang pelamin tahun hadapan dan kekal bahagia sehingga ke akhirnya.

Sunday, December 3, 2006

Konsert HAI Wajah Baru @ Plaza Alam Sentral, 2Des06


Alhamdulillah, saya dan Mus sempat meluagkan masa kami (walaupun datang asing-asing, CEO kan sibuk) untuk menonton persembahan percuma - Konsert HAI Wajah Baru di Plaza Alam Sentral pada 2hb Disember 2006 jam jam 2.30 petang baru-baru ini. Sebenarnya saya yang mengajak Mus untuk memberi sokongan kepada Alif. Saya pun memang telah berjanji dengan keluarga Alif untuk berjumpa mereka di sana. Cute dan rakan-rakan WG yang lain ada kesibukan masing-masing yang tidak dapat dielakkan. Ramai juga yang hadir di Alam Sentral, lebih ramai dari hari-hari biasa. Artis yang muncul tidak kurang hebatnya, ada Nabil, Fazli Zainal, Azharina, Mek Siti (Salam Pantai Timur), Ellyana, Que Haidar, Pierre Andre, Syarifah Amani, Alif & Faizal OIAM. Saya tidak sedang elok perogran hendak dimulakan. Pasangan Pengacara (yang saya tidak kenal - rasanya wartawan HAI) baru menjemput Nabil ke pentas.

Dah lama rasanya tidak menontol Nabil menyanyi 'live' di pentas. Hebat juga persembahan Nabil meskipun ada sedikit kesilapan komunikasi & teknikal. Lantaran itu, kami tidak dapat menonton Nabil menari ala-ala Justin Timberlake !!!. Fazli Zainal muncul kemudian dengan Harapan, lagu yang tengah 'hot' juga sekarang. Antara yang paling menggemparkan ialah Mek Siti yang ternyata mempunyai bakat besar sebagai penghibur. Sesi bintang-bintang Cinta melayani peminat juga menambahkan ceria. Yang 'frust'nya saya terlepas ke pentas untuk mendapatkan pas percuma menonton Cinta (memang tak puas menonton sekali, mesti berkali-kali).

Boleh tahan penatnya menanti Alif muncul.... dipermualaan lagu 'Kaulah Segalanya', pembesar suara tidak berfungsi dengan baik. Alif dengan gaya 'pro'nya telah mengarahkan juru teknik bertugas untuk meninggikan 'volume mic' vokal beliau. Alhamdulillah, selepas itu dah OK sedikit. Tetapi, lagu 'Khayal' sebenarnya yang begitu mempersonakan dan menghangatkan suasana. Jika Alif buat album kelak, beliau memerlukan lebih banyak lagu 'poprock' yang 'catchy' seperti Khayal.

Faizal OIAM menutup sesi persembahan. Menjadi penyanyi terakhir memang besar juga tannggung jawab, jika peminat sudah 'exhausted' tentunya sukar mengajak mereka mengikut rentak penyanyi... meskipun begitu adalah tidak wajar seseorang penyanyi merendah-rendahkan penonton dengan kata-kata sinis. Hormati mereka seadanya....:)

Saturday, December 2, 2006

Cam On Vietnam


3 bulan yang lalu (pertengahan Ogos 2006) (ini kira cerita lama dah nii – walaupun lama saya masih belum menghantar borang tuntutan perjalanan, entah kenapa sayapun tidak pasti.. insyaAllah sebelum penghujung tahun) saya telah ditugaskan ke Vietnam. Saya bersama seorang pengurus Pemasaran perlu bertemu 3 bakal pengedar di sana dalam proses untuk kami memasarkan produk kami di sana. Yang menariknya, 3 bakal pengedar ini beroperasi di 3 bandar utama Vietnam iaitu Hanoi, Ho Chi Minh City & Can Tho. Secara dasarnya saya seperti melawat keseruhan Negara Vietnam.

Vietnam Secara Ringkas

Vietnam adalah salah satu daripada 10 anggota ASEAN. Luas bumi Vietnam ialah 330, 991 kilometer persegi. Penduduknya lebih kurang 82 juta. Letaknya di bahagian barat Semenjung IndoChina. Bersempadan dengan China di bahagian utara, sementara di bahagian barat pula Kemboja dan Laos. Vietna mengadap Laut China Selatan di bahagan timur dimana Vietnam menamakan lautan tersebut sebagai Laut Timur. 4/5 daripada keluasan Vietnam dilitupi oleh gunung ganang dan bukit bukau. Ada dua sungai yang menjadi ‘landmark’ utama Vietnam iaitu Sungai Merah dan Sungai Mekong. Perlombongan, Pertanian dan hasil hutan adalah komoditi utama Vietnam. Vietnam adalah sebuah negara tropika, selatan Vietnam misalnya mempnyai iklim yang hampir sama dengan negara kita Malaysia. Terbahagi kepada 64 Wilayah dengan lima Majlis perbandaran (Hanoi, HCM City, Haiphong, Can Tho & Danang). Semua orang tahu yang Vietnam pernah dijajah oleh France sehinggalah Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1945. Terdapat 54 kumpulan etnik di Vietnam. Bangsa Viet @ Kinh merangkumi 88 %. Terdapat juga etnik yang mendiami kawasan pergunungan seperti Tay, Nung, Tahi, Muong, H’Mong, Khmer, Bana, Eda dan lain-lain. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Vietnam, Bahasa Inggeris juga boleh digunakan di bandar utama. Agama utama ialah Buddha, Konfucius dan Ancestor. Terdapat juga penganut agama Islam di sini (Org Khmer)

Bahasa Vietnam

Tolong (Xin atau sebutannya csin)
Sorry (xin loi atau sebutannya sin loy)
I want to buy (bao nhieu/ bow nyew)
How much? (o dau/er dow)
Good (tot/tote)
Coffee (ca phe/car-fay)
Hotel (khach san/khack san)
I (toi/toy)
You (anh/ang = man older, chi/chee = women older)

Peribahasa Vietnam

“Giau an, kho nhin” – Eat when rich, fast when poor
“Giau doi ban, sang doi vo” – The rich man easily change friends and wives

Trivia Vietnam

Jika anda meminati seni, Vietnam adalah tempatnya. Di HCM City umpamanya terlalu bayak galeri seni yang menjual lukisan asal para pelukis muda Vietnam dengan harga yang amat berpatutan dan boleh ditawar.

Boleh juga cuba The Bunga Teratai yang juga enak diminum dengan gula secukup rasa.

Ramai Orang Melayu/Islam (Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei) yang datang ke HCM City untuk membeli baju kurung dan telekong untuk bersolat. Cantik dan murah.

Ada dua restoran halal yang saya ketemu di HCM City. Salah satunya dimiliki oleh rakyat Malaysia (Satay House) dan Four Season (milik orang Islam Vietnam yang boleh berbahasa Melayu) .

Kebetulan saya menginap di Sheraton HCM City. Bersebelahan dengan Masjid Jamek. Kali pertama sebenarnya saya menunaikan Solat Jumaat di negara yang bukan islam. Yang lebih menambahkan lagi sayunya ialah Khutbah Jumaat di baca di dalam Bahasa Melayu Malaysia.

Pernah menonton Filem Good Morning Vietnam, lakonan Robin William? Ataupun 'Three Seasons'? Filem yang menjadi kebanggaan penggiat filem Vietnam kerana mendapat banyak anugerah perfileman antarabangsa.


Jika ada peluang, pastinya saya akan kemari lagi… masih banyak yang belum diterokai.

Friday, December 1, 2006

Menjadi Yang Pertama...


Sebenarnya saya terima 'poskad' yang ditandatangani oleh Alif ini pada 25 November 2006 yang lalu... seperti biasa, masa menjadi penghalang utama untuk 'scan' dan 'upload' dalam blog kesayangan saya ini, kan... kan... kan... Seperti yang tertulis... "You're the first !!". Jika betul telahan saya, ini merupakan bahan promo terbaru Alif untuk para penyokong beliau, entah bila akan diedarkan/dilancarkan. Tapi saya rasa jika tiada aral melintang tentunya serentak dengan pelancaran 'Fan Club' dan 'official web-site'. Nantikan saja. Untuk Adik Alif... Thank You A Zillion sebab jadikan abang yang pertama!!! (You are so Cool - eh 'cam' lagu Gwen Stefanilah pulak)
Ingin bertemu Alif? Hmmm.... Jika benar maklumat yang saya terima, 10 Disember 2006, 10 pagi - 1.00 petang di South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Promo Majalah Bintang Kecil. Adakah saya akan berada di sana??? InsyaAllah, kita jumpa di sana... di sana... di sana....

Thursday, November 30, 2006

Selamat Pengantin Baru Akmal Mirwana


Akhirnya kad undangan yang ditunggu-tunggu itu tiba juga di kotak e-mel saya... ahaks. Akmal sudah lama memaklumkan pada saya tentang majlis perkahwinan beliau, cuma kad undangannya yang belum dilayangkan untuk saya. Saya sebenarnya tidak tahu jalan ke rumah orang tua Akmal; dengan kad tersebut pastinya akan membantu saya mencari rumah pengantin. Tiba di hari kenduri, 25hb November 2006 - saya berjanji dengan Muaz (PR Hijjaz Records) untuk berjumpa di McD Taman Equine. Muaz dan sahabat beliau, Firdaus sampai lebih kurang jam 12.30 tgh hari. Untuk ke rumah Akmal dari Putra Permai, cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Apa? Tak percaya ker? Ya... rumah pengantin ini sebenarnya terletak di pinggir Putrajaya !!! Pak Din, panggilan untuk ayah Akmal.... saya rasa memiliki kedai nasi beriani (teka saja nii..) sebab, punyalah sedap menu kenduri ini (rasa macam nak tambah, tapi malu - eh.... tapai yang di sajikan pun sedap). Mengikut perkiraan saya; pengantin akan sampai jam 1.3o petang, tetapi jam 2.3o lebih barulah pengantin sampai (Nasib baik saya tak berangkat pulang - ketiga-tiga kami memang ada perancangan lain selepas kenduri tersebut). Saya sebenarnya lupa membawa hadiah. (Akmal, Jangan risau, saya akan menghantarnya di pejabat Sarah, insyaAllah). Alhamdulillah, hujan mulai turun tika kami meninggalkan rumah pengantin dan bertambah lebat semasa kami tiba di Taman Equine...

Untuk Akmal dan Sarah, Selamat Pengantin Baru - Semoga berbahagia ke anak cucu.

Nota Jase :

Lepas ini kenduri Along Mirwana pula.... Saya? Bila lagi?

Monday, November 27, 2006

Sebutir Bintang Baru Lahir di Kota Damansara

GTN Akhirnya Membawa Saya ke Kota Bharu


Mungkin tak ramai yang mengetahui tentang kewujudan majalah GTN atau Gaya Travel Nusantara ini, namun begitu tidak dapat tidak saya perlu mengakui bahawa GTN telah berjaya membawa saya untuk menjejaki Kota Bharu Bandaraya Islam baru-baru ini. Dalam Isu 1.5, GTN telah memfokuskan Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan sebagai antara destinasi yang perlu dilawati oleh warga Malaysia. Berlandaskan kepada plan yang telah dianjurkan itu, maka saya telah membeli tiket kapal terbang (sudah tentu Air Asia) untuk bercuti di Kota Bharu dari 10 – 12 November 2006. Niat di hati memang ingin lebih lama menjelajah, namun cuti saya telah tidak diluluskan oleh ketua jabatan, malang sungguh.

Seperti biasa, penerbangan Air Asia berlepas lewat, waktu sebenar 8.20 malam tetapi saya cuma dapat terbang pada jam 10.00 malam. Sebab utama saya tidak pasti. Implikasinya, saya cuma mampu menjejaki Lapangan Terbang Kota Bharu pada jam 10.55 malam. Nasib baik Nassir dan ayahnya sabar menunggu. Nassir… merupakan kenalan saya yang pulang bercuti di rumah orang tuanya di Pintu Geng. Mula-mula memang bercadang untuk menginap di Hotel Perdana, namun dek kerana pujukan Nassir dan Pak Arshad akhirnya saya mengalah lantas menginap di ‘resort 5 bintang’ milik Pak Arshad. Boleh tahan juga dapat tidur di loteng… ahaks.

Sampai di rumah Nassir, ibu Nassir (lupa pula saya bertanya nama Mak Cik) telah sedia menanti dengan hidangan popular orang Kelantan, Nasi Air. Memang di tunggu-tunggu oleh saya sebenarnya. Suasana di KB masih hujan, teringat saya yang musim tengkujuh telah tiba, mungkin musim ini tidak begitu baik untuk melancong. Namun bagitu, dalam hati saya berdoa agar esok pagi cuaca akan lebih mesra.

11 November 2006

Seawal 9.00 pagi kami bertolak dari Pintu Geng. Hujan telah berhenti, cuaca nampak indah sekali. Pagi ini saya dikejutkan dengan sarapan Nasi Tumpang (lupa pula saya mengambil gambar makanan ini). Nasi Tumpang ni lebih kurang seperti nasi impit yang dilenyekkan, dibungkus bersama udang masak lemak, telur dadar & serunding daging. Bungkusan berbentuk tiga segi corong.

Niat di hati memang nak ‘khatam’ habis Bandaraya Islam Kota Bharu ini. Saya mulakan penjelajahan dengan Bank Kerapu @ Memorial Peperangan Dunia Kedua di Kelantan, Muzium Kesenian Islam (malangnya muzium ini sedang dalam proses baik pulih, jadi tidak dapatlah saya mendaalami tentang dokumen sejarah Islam di Negeri kelantan), betul-betul di hadapan Muzium Islam ialah Padang Merdeka, kita tentu masih ingat akan Tok Janggut – pejuang pembebasan yang digantung terbalik disini satu ketika dahulu.

Sempat juga saya bergambar di hadapan Bank Pitis (Bank Duit? Ataupun tabung gergasi?). Teringat saya pula akan Kedai Kopi White House yang pernah ditonjolkan dalam program Jalan-Jalan Cari Makan satu ketika dahulu. Letaknya betul-betul berhadapan dengan Masjid Muhammadi. Apa yang menarik di Kopitiam ini? Sarapan paginya, ialah kopi dan roti bakar bersama kaya dan mentega. Kopitiam yang agak kecil, dan kita boleh melihat sendiri bagaimana roti di bakar. Saya juga membeli serbuk kopi sebagai ole-ole. Untuk siapa? Entahlah…

Selepas makan pagi, saya dan Nassir bergegas ke Istana Jahar yang dibina dalam tahun 1807. Istana ini kita dijadikan muzium tradisi Diraja. Selesai melihat persalinan dan tradisi diraja saya melangkah terus Istana Biru yang menempatkan koleksi diraja.

Niat di hati ingin mencari ketupat berisi serunding; memang lama sudah mengidam. Destinasinya sudah tentu Pasar Besar Siti Khadijah. Namun yang dicari tidak berjumpa,lantaran itu saya telah membelanjakan wang untuk membeli kain tenun songket untuk dibuat samping – untuk sayalah , kain tudung untuk emak, sutera thai untuk angah. Turun darin tingkat dua, saya melapk pula di Laman Siti Khadijah.

Destinasi seterusnya – makan tengahari. Kali ini, saya mengikut lagi cadangan GTN. Apa lagi kalau bukan Restoran Cikgu Nasi Ulam di Perkampungan Kraf Tangan. Masih awal juga saya sampai, kurang lebih jam 12.30 tengah hari. Jadi masih belum ramai dan amsih banyak lagi ulam yang ada. Saya memilih ulam-ulam yang saya belum pernah makan. Apa yang pasti enak, sedap, lazat dan MUUUURRRAAAHHHH !!!!

Selesai makan tengah hari, saya meneruskan menjelajah Perkampungan Kraftangan. Apa yang saya cari, tentunya gerai cenderamata untuk mencari ole-ole kecil buat teman-teman di Kuala Lumpur. Seaklai lagi, mata saya tertumpu pada berbagai jenis bubu yang dijual. (saya akan bercerita tentang bubu ini di dalam ‘posting’ yang akan datang). Selesai tawar menawar, maka dapatlah saya sejenis bubu yang agak istimewa. Selesai menjelajahi Perkampungan Krftangan, sampailah masa untuk mengadap tuhan yang maha esa, mana lagi kalau bukan Masjid Muhammadi yang banyak menyimpan sejarah. Akhir sekali, sebelum hujan turun dengan lebat sempat juga saya menjengah Muzium Kelantan yang megah ditengah pembanguna pesat KB.

Hari pertama – bahagian pertama saya tamat dengan lawatan ke kilang Razali Batik. Saya habiskan petang dengan melelapkan mata barang sekejap (masa ini adik saya one aleng lupa ‘call’) Esok saya akan bertemu beliau.

Lewat petang, saya dan Nassir ke Tumpat dan makan malam di Pantai Cahaya Bulan.

12 November 2006

Awal pagi apabila saya bangun, ternyata selsema saya makin parah. Tidak dapat tidak selepas sarapan saya perlu pergi ke klinik. Nasib baik saya bawa Kad Insurans Perubatan, dapat juga membuat panggilan untuk mencari klinik panel di KB. Klinik Pancho di Jalan Hospital, namanya saja sudah pelik. Nasib baik doktornya pemurah. Dapatlah saya berbagai jenis ubat… ahaks. Selesai mendapat rawatan, saya ke DBP Wilayah Pantai timur sementara menunggu adik saya One Aleng datang. Dan hari kedua akan bermula sebentar lagi.

Destinasi pertama untuk hari kedua tidak lain dan idak bukan ialah menjelajahi masjid tertua di Malaysia iaitu Masjid Kampung Laut. Menurut sejarah, asalnya masjid ini terletak di Kampung Laut tetapi dalam tahun 1970 kalau tak silap saya telah dipindahkan sejauh 40 km ke Nilam Puri. Menurut cerita yang saya dengar masjid ini diangkat dan dipindahkan beramai-ramai tanpa memunggah strukturnya. Masjid ini asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi menggunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Tetapi kini paku terpaksalah digunakan untuk menguatkan struktur. Rekabentuk Masjid ini seakan-akan Masjid Demak di Jawa dan Masjid Kuno di Champa. Terasa kagum dan sayu ketika melawat masjid ini, walaubagiamanapun, saya puas kerana akhirnya hajat saya tercapai untuk menjejaki kaki di sini. Teringat pula pesan seorang rakan yang pernah menyarankan kepada saya agar bayak berhenti di masjid untuk menunaikan solat fardhu atau setidak-tidaknya melangsaikan solat sunat tahuyat masjid kerana kata beliau di akhirat, masjid akan menjadi peguam bela kita. Yang pastinya adik saya One Aleng telah menyempurnakan misi saya dengan izin Allah.

Dalam perjalanan ke Pantai Tok Bali, kami berhenti untuk membeli bahulu Kelantan di Gerai Baulu Sri Jawa. Rambang mata saya melihat akan kepelbagaian bahulu yang dijual, nasib baik dibenarkan merasa untuk memastikan yang mana sesuai dengan tekak. Kami sampai di Pantai Tok Bali, sebuah pantai baru yang dimajukan sebagai destinasi pelancongan lebih kurang 20 minit kemudian. Cantik juga pantai ini, sebenarnya lebih cantik dari Pantai Cahaya Bulan (yang banyak terhakis) dan sebuah patai di Tumpat (Patai Seri Tujuh?? Lupa pula saya akan namanya.). Kelihatan kapal nelayan sedang berlabuh dan banyak benteng batu yang dibina. Selesai bergambar, kami menuju ke rumah One Aleng untuk makan tengah hari. Malang sungguh Cikgu Wan dan keluarga hari ini kerana terpaksa lewat makan tengah hari hari ini menunggu saya yang Cuma dapat tiba hampir jam 3 petang sedangkan One Aleng pula masih menghabiskan puasa sunat beliau. Masakan kampung yang enak, Cuma saya malu untuk makan dengan banyak... ahaks (jika ada yang musykil samada saya makan budu atau tidak... jawabannya YA jika selsema saya tidak teruk). Setelah selesai makan, solat dan lepak-lepak sekitar rumah (masa inilah saya bertemu dengan buah nam-nam yang masam-masam manis dan kulitnya berbonjol-bonjol). Tibanya masa saya perlu berangkat. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di sini (Oh ya... rumah One Aleng ini rasanya di Pasir Mas dan agak hampir dengan KB), panjang umur insyaAllah datang lagi. One Aleng tinggalkan saya di KB Mall untuk window shopping sementara menunggu Nassir datang.

Rasa macam tidak cukup masa rasanya untuk terus menelusi bumi Kelantan, Kota Bharu sebenarnya. Namun begitu dek kerana tidak dapat menambahkan cuti saya perlu berangkat pulang. Selesai makan malam di rumah Nassir, Pak Arshad menghantar saya ke lapangan terbang. Jam 11.00 malam saya akan sampai ke LCCT. Dua tiga hari lagi saya akan menghantar adik saya One Aleng balik ke Arab Saudi kerana cutinya telah tamat. Berjumpa kita kita di KLIA ya… Halim !!!

Nota Jase :

Hmm…. Rasanya tahun ini mungkin saya tidak berpeluang untuk bercuti ke luar Negara seperti tahun lalu… Lantas itu, tentulah jika ruang yang mengizinkan saya akan Cuti-Cuti Malaysia lagi. Apakah JB destinasi seterusnya? InsyaAllah

Saturday, November 25, 2006

Mengimbau Nostalgia dengan Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu





Khamis lalu (23 November 2006) saya telah berkesempatan untuk menonton Raptai Penuh Teater Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT). Undangan melalui telefon dari Bell di saat-saat akhir mula-mula agak berat untuk saya terima, apatah lagi saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Namun setelah berfikir panjang (dan saya juga perlu 'support' Bell juga kan, memberi komen 'apa yang patut'), lantaran itu juga Zam juga kawan saya yang tinggal di Bandar Tasik Selatan juga berminat untuk menonton maka kami pun merentas hujan renyai-renyai lewat maghrib untuk sampai ke Istana Budaya.

Jika kita sebenarnya peminat PMPMTT, tentu ini peluang terbaik untuk mengimbau kembali nostalgia setelah sekian lama siri komedi ini tidak menemui kita di kaca-kaca tv di rumah. Apatah lagi semua 'original cast' muncul memegang peranan mereka. Zami Ismail ada, Khatijah Tan ada, Imuda, Angelene Tan, Sabri Yunus sekadar menyebut beberapa nama. Sementara 'casting' tambahan ramai juga yang kurang dikenali kecuali Zaibo (Pak Abu), Bell (Nasrizal Ngasri yang memegang watak Sukarman 'celup') dan Ismail Kering (Wak Patah Kaki @ Wak Kaki Patah).

Apa yang membezakan pementasan kali ini ialah ia bercorak MUZIKAL Teater, jadi kita tidak hanya akan tidak kering gusi dengan 'lawak-lawak spontan' tetapi juga akan dihiburkan dengan lagu-lagu ala-ala 'West End'. Jangan terlalu mengharap ia akan selucu seperti dalam sitcom TV, tetapi ia sebenarnya lebih segar dari apa yang pernah dipertontonkan sebelum ini. Kita akan dapat menyaksikan bagaimana Khatijah Tan menyanyi, Bell pun ada juga menyanyi sedikit, tidak ketinggalan pelakon dari Filipina (rasanya) yang memegang watak Ms Juliet yang menyampaikan 2 lagu menarik.

Ceritanya lebih kurang begini, sekumpulan 'production house' telah datang ke Kampung Seri Wangi untuk melihat watak-watak sebenar Pak Uda, Lucy, Ravi, Mat Deris, Wan Ismail Golok, Budin dan lain-lain dikampung di mana watak mereka sebelum ini dilakonkan oleh Zami, Imuda, Angelene dll di kaca TV. Dek kerana mereka ini semuanya berbakat, akhirnya mereka akan ditawarkan belakon di Panggung Budaya untuk Muzikal PMPMTT yang akan diarahkan oleh Hafsham.

Jika ada peluang, insyaAllah saya akan menonton lagi. Muzikal PMPMTT dipentaskan di Istana Budaya dari 24 November - 2 Disember 2006. Harga tiket bermula dari serendah RM20. Jom kita pecah perut... (Untuk Bell - 'All the Very Best' untuk teater ini, setelah sekian lama tak muncul di pentas teater, tak gitu?).

Friday, November 24, 2006

Jom Berhibur Sambil Menderma


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pengunjung blog saya untuk sama-sama menyaksikan Konsert Amal anjuran PBANK & Bidara ini yang bertujuan untuk mengutip derma bagi mangsa-mangsa bencana alam di Negeri Kedah Darul Aman. Konsert ini akan di adakan pada 5 Disember 2006 bermula dari jam 9.00 malam, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Kita bakal dihiburkan oleh siapa lagi kalau bukan Mawi, Felix, Nurul, Iwan, Jamal Abdillah, Datin Seri Rosmah, Tunku Annuar Badlishah & Toh Puan Noor Suzanna. Amylea dan Razali juga akan muncul selain daripada Rika Sumalia yang diundang khas dari tanah seberang. Harga tiket dari RM70, RM100 & RM120. Hotline Tiket ialah 03-77115000. Boleh juga lawati www.axcess.com.my untuk maklumat atau beli terus dari Tower Records Suria KLCC. Sudah tentu kita akan dapat nikmati lagu-lagu merdu dari album Lagenda Cinta - Dari Kami Untuk Semua secara 'live'.
"Budaya Kita Amat Terserlah
Bantu Membantu Kepada Yang Susah
Ibarat Hati Kuman Sama Dicicah
Hati Gajah Sama Dilapah"

Wednesday, November 22, 2006

Seketika di Warung Hani - 21 November 2006

Tergempar... memang tergempar, dah lewat petang bila Cute menelefon saya mengajak untuk sama-sama menjengah Warung Hani. Katanya Felix tidak jadi datang dan Mawi yang akan menggantikan Felix menjadi tetamu Hani bersama Sean Ghazi. Tanpa berfikir panjang - saya mengatakan Ya, saya akan hadir. Yang pastinya kali ini saya akan mengheret Mus untuk menjadi 'deko' Warung Hani. (Jangan cepat marah.... bikin gaduh saja, kata Jenil). Apa yang pasti, kami bersetuju - andainya ini cuma gimik semata; dan kelibat Mawi tidak kelihatan, kami akan meninggalkan Warung Hani dan menjamu selera di Aladin Bandar Kinrara. Terlebih dahulu, saya juga ada menelefon seorang rakan di Astro bertanyakan tentang kemungkinan ini, bilang beliau mudah sahaja - datang sahaja !!! Tanggungjawab yang tidak kurang rumitnya ialah untuk memujuk Mus turut serta. Jangan risau... pasti datang punya !!! Dan seperti yang diharapkan, kami semua sampai lebih kurang sama waktunya, dalam pukul 8.55 malam dan SAH Mawi ada !!!


Sean Ghazi... bukan nama baru dalam bidang seni tanah air. Secara peribadi saya lebih mengenali beliau di pentas teater, terutamanya Teater Inggeris; meskipun saya bukannya penonton Teater Inggeris sebenarnya. Pernah juga berlakon dalam sebuah filem Hollywood dan drama melayu. Menurut beliau, setelah lama bergiat dalam bidang seni - memang menjadi impian beliau untuk menjadi penyanyi dan melahirkan album. Agak menarik juga dimana Sean sebenarnya bermula sebagai penari kemudian melangkah ke pentas teater muzikal. Kulit album di atas ialah kulit album 'single' pertama Sean - Ku Impikan Bintang/Let's Never Stop Falling In Love (yang juga merupakan satu-satunya lagu baru dalam album pertama Sean, SEMALAM - selebihnya samada merupakan lagu-lagu lama mahupun lagu-lagu yang dipinjam). Percaya atau tidak, album SEMALAM dirakamkan di Australia bersama orkestra 'live' dimana para pemuziknya pernah bekerja sama dengan artis antarabangsa seperti Harry Cornick Jr dan Micheal Buble. Tidak dinafikan Sean memiliki suara yang merdu - mungkinkah Sean akan merangkul trofi vokal lelaki terbaik di dalam album dalam AIM 2007? Cuma masa yang boleh menentukan. Tapi yang nyata sekarang, Video Klip Ku Impikan Bintang memang bertaraf 5 Bintang (atau Bintang 5 menurut KRU dalam Gerenti Beres?)


Setelah gagal bergambar dengan Mawi di Menara KL pada 18 November 2006 yang lalu akibat hujan lebat, nasib menyebelahi saya untuk menambah koleksi bergambar bersama Mawi kali ini. Saya memang dah bersedia memakai baju raya. Lagipun, penonton tidak begitu ramai malam ini di Warung Hani. Saya sebenarnya sudah hilang kata-kata atau soalan untuk bertanya Mawi. Lagipun saya telah mengambil sikap untuk tidak mengambil 'pot' akan gossip yang di baca di dada akhbar mengnai Mawi. Mawi seperti biasa yang 'sporting' telah mendendangkan lagu tanpa muzik untuk lagu duet beliau bersama Datin Seri Rosmah Mansor, 'Lara Jiwa'. Lagu ini terdapat di dalam album 'Lagenda Cinta - Dari Kami Untuk Semua' yang juga menampilkan Jamal Abdillah, Felix, Iwan, Nurul dan VVIP Negeri Kedah seperti Tunku Bendahara Kedah (YTM Dato' Seri Tunku Annuar) dan Toh Puan Bendahara Kedah ( Dato' Hjh Noor Suzanna Abdullah). Album ini diterbitkan oleh PBANK (Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah) dimana pembelian album ini secara tidak langsung kita sebenarnya menyumbang demi membantu mangsa-mangsa bencana alam (Tsunami & Banjir) di Negeri Kedah Darul Aman (yang juga merupakan negeri kelahiran saya).

Cute bersama Toh Puan Bendahara Kedah @ nama rasmi beliau ialah Y.A. Bhg Toh Puan Dato' Hjh Noor Suzanna Abdullah. Seorang yang mudah didekati meskipun bertaraf VVIP. Seperti kata beliau, penerbitan album Lagenda Cinta sebenarnya sebenarnya satu pendekatan baru untuk mengutip dana bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam di Negeri Kedah dimana dengan memiliki album tidak semua golongan dari berbagai peringkat dapat sama-sama membantu meringan beban mereka yang ditimpa malapetaka dan bukan dari golongan berada sahaja.

Bukan saya sahaja yang mendapat sekeping CD Single Sean, Mus dan Cute juga. Sean juga menandantangi CD untuk Mus. Yang saya musykilnya, Mus ini sebenarnya ada 'CD Player' atau tidak? Mungkin Mus boleh mendengar dengan menggunakan komputer agaknya. Pesana untuk Mus, jika inginkan gambar ini, 'copy' saja dari blog saya ini. Tak perlulah saya menghantar e-mel atau 'burn' CD atau save di dalam 'thumb drive', okey. Sebenarnya saya dan Cute juga ada bergambar dengan Sean, begitu juga bersama Toh Puan Bendahara dan Mawi. Eh, apa yang saya tulis ini????? Yang pastinya, kami pulang dengan puas meskipun - Aladdin 'black-out' !!!

Wednesday, November 15, 2006

Apakah Top 5 Lagu2 Raya World Gang?

Masih di bulan Syawal 1427H, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, semoga ibadah puasa yang kita jalani sebulan yang lalu diterima Allah. Seperti kata bait-bait lagu “Beraya Di Desa” dendangan Azlina Aziz, ‘kita beraya selama sebulan’, jadi masih ada seminggu lebih lagi bulan Syawal ini. Sebetulnya, saya juga baru menyambut ‘Hari Raya’ untuk Puasa Sunat 6 hari di bulan Syawal Jumaat yang lalu.

Persis terhutang sesuatu pula dengan World Gang, masih ingat lagi selepas semua pulang kembali ke Ibu Kota dan mula bekerja, saya ada meminta senarai Lagu Hari Raya Top 5 dari semua WG; siap tulis kat e-mel ‘jangan gagalkan rancangan saya’. Sampai hari ini baru saya mampu untuk mengemaskinikan blog dan memasukkan ‘posting’ berkenaan tajuk ini.

Memang bayak lagu raya klasik, lagu klasik yang dinyanyikan semula dan lagu-lagu ciptaan terbaru dan juga berbagai rentak kini (ada rap, ada world music ada juga lagu porpular yang diubah lirik). Ada banyak juga yang melekat di hati kita, ada juga yang bakal dilupakan pada tahun hadapan. Berikut saya senaraikan Lagu-lagu Raya Top 5 bagi WG :

Dimulakan dengan JaseMario :

1. Pulanglah (Aishah)
2. Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza)
3. Satu Hari Di Hari Raya (M. Nasir)
4. Lebaran Ini (Raihan, NowSeeHeart, Ajai & Rem)
5. Ayah… Aku Rindu Padamu (Mawi)

Lagu Pulanglah telah menjadi kegemaran saya semenjak ia kali pertama dihasilkan oleh Adam Ahmad dalam tahun 1990. Sekali dengar terus meresap kejiwa, memang benar ia sebuah lagu sedih dan pada hari raya kita patut bergembira tetapi iramanya, lirik dan suara Aishah memang tiada tandingan !!! Dan Pulanglah akan terus melekat di hati saya... adakah lagi lagu semerdu ini bisa dihasilkan?

Beralih pula kepada Cute :

1. Satu Hari Di Hari Raya (M. Nasir)
2. Ayah… Aku Rindu Padamu (Mawi)
3. Menjelang Hari Raya (D.J Dave)
4. Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza)
5. Tak Punya Siapa (Ina Naim)

Lagu M Nasir, Siti & Mawi seperti dalam senarai saya. Tetapi, hebat juga penangan Ina Naim pada Cute, hingga berjaya menduduki tempat kelima. Tidak dinafikan lagu ini memang ‘catchy’ dan saya rasa ia mudah dinyanyikan memandangkan Ina pun masih bertatih di arena seni suara. Bravo Ina !!! Tentunya tak rugi Muaz bagi percuma CD Raya Hijjaz Records pada Cute kan. Dan… patutlah Cute bengang semacam bila Rahim Maarof langsung tak hafal lirik lagu Menjelang Hari Raya… rupa-rupanya salah satu dari lagu kegemaran Cute.

Kita singgah pula di villa Chotto

1. 1 Syawal (4U2C)
2. Lebaran Ini (Raihan, NowSeeHeart, Ajai & Rem)
3. Satu Hari Di Hari Raya (M. Nasir)
4. Suasana Hari Raya (Anuar & Ellina)
5. Aku Ingin Pulang – Ebiet G Ade (Lagu Latar Iklan Raya PETRONAS 2006)

Mesej untuk Chot, setahu saya lagu Pak Ebiet - Aku Ingin Pulang ini BUKAN LAGU RAYA Cik Adik ooiii…. Inilah yang dikatakan terkena tempias iklan raya yang hebat. Syabas Leo Burnett dan PETRONAS. Lebaran Ini yang asalnya sebuah lagu nasyid (Kumpulan Zikr?), memang begitu komersial bila dinyanyikan semula oleh gabungan Raihan, NSH, Si Duda Ajai & Bujangan Rem !!! 1 Syawal 4U2C?? Macam tak percaya saja…J

Mus D’Lexcam

1. Ayah… Aku Rindu Padamu (Mawi)
2. Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mawi)
3. Selamat Hari Raya (Sanisah Huri)
4. Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza)
5. Seloka Hari Raya (Hail Amir & Uji Rashid)

Mus…. Memang dasar Lunatik Mawi… ahaks… kalau tahun depan Mawi rakam lagu raya lagi saya pasti ia juga akan tersenarai… ahaks. Walaubagaimanapun… Lagu “Ayah…” juga ada dalam senarai saya. Satu lagi lagu syahdu yang sedih di pagi raya… Alahai. Sementara Lagu Hail/Uji… masih segar sehingga kini. Siapakah yang Mus nak ikut balik di pagi raya?

Bagaimanapula dengan Konabaring?

1. 1 Syawal (4U2C)
2. Selamat Hari Raya (Saloma)
3. Rindu Serindu-Rindunya (Along Spoon)
4. Lagu Raya Ahmad Busu Versi La Obe
5. Halaman Asmara (Awie & Ziana Zain)

Zeyhey ini lagi sorang..... Lagu Rindu Serindunya ini lagu Tema Cinta korang berdua laaa.... bukannya lagu raya.... dah lah tuu... lagu saduran La Obe pun masuk senarai... kelakar sungguh. Saya masih ingat akan fakta ini, lagu La Obe dari dialek Boyan (ramai di Singapura & Pulau Pinang) ini dirakamkan sekitar tahun 60an rasaya... percaya atau tidak pernah disenaraikan dalam carta lagu-lagu porpular di radio german !!! Tidak ku sangka.... Chott dan Zey... masing-masing meminati AC DiSini... Kwang, kwang, kwang !!!

Tidak lupa juga ngan Mirose :

1. Halaman Asmara (Awie & Ziana Zain)
2. Selamat Hari Raya (Fazidah Joned)
3. Pulanglah (Aishah)
4. Lebaran Ini (Raihan, NowSeeHeart, Ajai & Rem)
5. Kain Pelikat (Anuar & Ellina)

Pulanglah & Lebaran Ini seperti juga di senarai saya. Halaman Asmara… Hmmmm…. “I am very curious” Ahaks… Zey suka, Rose pun suka. Tapi lagu raya berentak pop dalam filem Sembilu II ini memang BEST. Alamak…. Mirose… kenapa Kain Pelikat??? Naper… ‘seseorang tuh’ suka pakai Kain Batik kat rumah ker?


SpiderX

1. Pulanglah (Aishah)
2. Dendang Perantau (P. Ramlee)
3. Kurniaan Di Hari Raya (Feminin)
4. Halaman Asmara (Awie & Ziana Zain)
5. Sepasang Kurung Biru (Khairil Johari Johar)

SpedeX... Hmmm.... Tangga teratas... sama seperti saya. Kehadiran lagu klasik P. Ramlee sebenarnya membanggakan saya. Dan Sepasang Kurung Biru… membuatkan saya teringatkan seorang gadis yang saya kenali kita berumur lewat belasan tahun yang juga meminati lagu ini….. aah… kenangan tak bias dilupakan. Kurinaan Aidil Fitri? Memang sah nak lawan 4U2C nii…

Saturday, October 28, 2006

Corat Coret Ramadhan/Syawal 1427H (Bhg 2)

Selebriti @ Raya - 19 Oktober 2006

Dua hari sebelum saya pulang ke kampung, sempat juga menjengat ke Studio 1 Astro sekali lagi. Kali ini bersama Cute dan protege saya, Dak Galzean. Sebenarnya ini merupakan rakaman terakhir bagi program raya Astro. Selebriti @ Raya mengikut jangkaan akan di tayangkan pada Hari Raya Ketiga di Astro Ria. Rancangan ini pada dasarnya tidaklah istimewa sangat, cuma ia menemukan rata-ratanya penyanyi angkatan 80an seperti Nash, Awie, Rahim Maarof, Aishah, Ziana Zain dan Ramlah Ram. Entah bagaimana Camelia terselit pula antara yang ramai-ramai tu. Personalaiti Astro juga turut serta seperti Linda & Reza (Era), Julia & Adifashla (X-Fresh), Abby Fana (Sinar) dan Farish the Dak DoyanFarish. Pengacaranya pula Azwan (yang baju melayunya... alahai) & Nana 'ke tu'?. Memandangkan ini merupakan rancangan yang dirakamkan maka... bagi mereka yang berada di studio tentu bersetuju dengan saya bahawa kami sebenarnya penat dan seksa menantikan bagaimana susahnya rakaman lagu Menjelang Hari Raya dendangan Rahim Maarof dibuat. Saya rasa andainya perkara sebegini berlaku pada Mawi, sudah tentu keesokan harinya semua akhbar tempatan menyiarkan berita ini di muka hadapan !!! Kami juga diperlukan untuk memakai pakaian hari raya, malangnya 'shoot' untuk penonton amat kurang sekali.


Seperti yang dijangkakan oleh Cute, akhirnya kami cuma berjaya bergambar dengan Farish Dak Doyan sahaja... ahaks. Farish memang sudah terkenal dengan 'sporting'nya. Dengar cerita akan menaiki pesawat di pagi raya untuk pulang ke negeri di bawah bayu.... kasihan. Apa-apapun jagan lupa bawa pulang biskut lidah, ok. Baju Melayu Johor Farish, cantik juga.... 'wardrobe' sendiri rupanya !!!

Ini dia protege saya, Dak Galzean. Bukan, bukan untuk jadi 'the next celeb hunter'lah.... ini protege untuk program kemasyarakatan/kebajikan dan 'outreach'lah !!! Ni lagi sorang nak jadi orang Johor nii.... mentang-mentanglah Mawi tengah top sekarang....:)))

Souq AlBukhary, Alor Star - 22 Oktober 2006


Souq AlBukhary adalah destinasi membeli belah terbaru di Bandaraya Alor Star. Baru sangat dibuka, tidak sampaipun 1 bulan. Letaknya di Langgar, Alor Star, Kedah. Jika mengguakan Lebuhraya PLUS, kita perlu 'exit' Alor Star (U). Selepas membayar tol, belok sebelah kiri. Kiata akan nampak Masjid AlBukhary yang memang telah menjadi salah satu mercu tanda di bandar ini. Apa yang hebatnya Souq AlBukhary ini... bagi saya ia merupakan destinasi membeli belah yang lengkap, ada pasar basah, ada medan selera, ada lot-lot peniaga kecil, ada butik, ada hypermarket (Giant) dan mempunyai tempat letak kereta yang luas. Tidak cukup dengan itu, seni bina bagunannya yang cantik dan bercirikan Islam.

Selalunya jika pulang ke kampung, saya akan ke Pekan Rabu mencari capal dan kain pelikat untuk abah, kain tudung dan ubatan tradisional untuk emak. Saya juga kekadang membeli baju melayu di sini. Songkok Style Tun juga terkenal. Makanan? Di pekan Rabu tentunya terkenal dengan ikan pekasam, bahulu, karas, dodol dan kuih bakar. Hmmm.... mungkin jika saya pulang ke kampung sekali lagi, maka Pekan Rabu terpaksa bersaing dengan Souq AlBukharylah pula...

Kenduri Menyambut Menantu Cikgu Marzuki - 26 Oktober 2006


Inilah yang telah membawa saya merantau dari daerah Kulim melewati Baling lantas ke Gerik, Perak buat kali pertama. Kenduri Kahwin Zulhuzaimy yang merupakan anak kedua Cikgu Marzuki dari 12 orang adik beradik. Zulhuzaimy mana? Bagi mereka yang telah menonton Remp-It di pawagam tentu tahu akan wajah ini. Malangnya Zul kalah di tangan Hans dalam FFM baru-baru ini bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki meskipun secara peribadi saya memilih Zul. Saya mengenali Zul semenjak beliau di pentas teater lagi. Namun persahabatan yang singkat itu terputus akibat pertukaran no telefon (luculah pula). Kebetulan, baru-baru ini saya bertemu dengan beliau di Jabatan Imigresen Kajan ketika kami sama-sama berurusan di sana. Lantaran itu, maka dipanjangkanlah jemputan walimah ini. Saja saya bawa hadiah besar.... nilainya entah berapa. Zulpun rasanya terkejut juga melihat saya datang.... tapi bila difikirkan balik bukannya jauh sangat kampung saya hendak ke Gerik... lebih kuran 1 1/2 jam sahaja, lagipun saya telah berjanji untuk datang.


Ini... yang muka dari acuan yang sama ini tentulah adik Zulhuzaimy. Farizal (anak kelapan) rasanya nama budak ni (kecik-kecik dah pakai spek). Beliau juga merupakan jurugambar rasmi untuk majlis ini, saya lihat adik beradik lain sibuk menjadi 'mentara', yang dia ni 'dok angkat kamera' (lawak jer). Masih menuntut di UiTM Arau Perlis. Muda lagi, baru Part 1 !!! Katanya bidak Sains Kuantitatif, jika tidak salah saya mendengarlah...


Tentulah tidak sah jika tidak bergambar dengan pengantin kan. Macam-macam sebenarnya saya ingin bertanya dengan Zul, tetapi masa pun tidak mengizikan dan tetamu jemputan juga ramai. nantilah jika ada kesempatan saya akan bertanya juga. Yang pastinya, baju melayu Zul tuu.... boleh tahan juga cantiknya.. ada 'can' nak tiru nii...

Corat Coret Ramadhan/Syawal 1427H (Bhg 1)

Sentuhan Kasih - 13 Oktober 2006
Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, syarikat di mana saya bekerja telah meganjurkan satu program yang dinamakan 'Sentuhan Kasih'. Bagi program ini, para kakitangan yang berminat boleh mengambil anak/adik angkat dengan menaja hadiah anak yatim terbabit dari 11 buah rumah anak yatim sekitar WP KL/Selangor. Saya juga turut serta buat kali kedua sebenarnya. Malangnya adik angkat yang saya taja hadiah daripada 'wish list'nya (Husni) tidak hadir. Lantaran itu, Ayad dari Rumah Ilham Pinggir TTDI telah menggantikan tempat beliau. Adik Ayad yang 'sporting' akan mengambil SPM tahun ini, Nampak gayanya lepas SPM nanti saya perlu keluar dengan Ayad untuk membelikan hadiah dari 'wish list' beliaulah pulak. Program pada hari tersebut termasuk lawatan ke PETROSAINS, aktiviti bersama Galeri PETRONAS (di mana Ayad telah membuat t-shirt untuk dirinya) dan diakhiri dengan majlis iftar di KLCC Convention Centre.



Bilik beraneka cermin dalam PETROSAINS, jika bergambar - tentu boleh lihat muka kita dari pelbagai sisi.

Hari Raya Aidil Fitri - 24 & 25 Oktober 2006


Inilah baju raya saya yang ala-ala selebriti... perasanlah pulak. Saya membelinya di Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum pulang bercuti ke kampung. Baju Melayu Merah kedua yang saya miliki. Baju Melayu Johor yang ketiga bagi saya.

Bergambar bersama Pengasuh saya semasa saya kecil dahulu. Saya memanggil beliau Kak Yah. Kak Yah sebenarnya datang melawat ibu saya pada hari raya kedua. Melawat sayalah juga tuu.... Cuma setahun sekali dapat bertemu dengan Kak Yah.


Angah tengah menghias rumah baru beliau di Desa Aman... saya ambil peluang untuk berposinglah... Ni yang 'jeles' ni sebab selepas ni rumah saya dah tidak 'glamer' lagi.

Gunung Inas, Baling - 26 Oktober 2006

Bersama seorang sahabat yang tinggal di Baling, saya dalam perjalanan untuk ke sebuah kenduri Kahwin di Gerik, Perak. Dek cantiknya pemandangan, kami mengambil kesempatan untuk berhenti dan bergambar.


Cantikkan pemandangan di sini...


Pengkalan Hulu, Perak - 26 Oktober 2006

Masih dalam perjalanan ke rumah kenduri di Gerik... ahaks, kenduri siapa? Nanti bacalah dalam bahagian kedua... OK? Ke tak OK?


Bergambar di hadapan Rumah Warisan Penghulu Wan Teh, Pengkalan Hulu. Yang kini menjadi Kediaman Ahli Parlimen Gerik.

Sempat lagi cuci mata di Sempadan Malaysia - Thailand. Pengkalan Hulu juga ada Kompleks Bebas Cukai meskipun tidak besar. Jika keadaan mengizinkan, sudah tentu kami langsung ke Betong, Thailand. Apa yang saya beli? Cuma mangga siam & ciku siam sahaja.

Perjumpaan Raya bersama "Course Mate' lama - 27 Oktober 2006.


Cuma 6 orang yang hadir termasuk Tuan Rumah, CD Oba... ahaks. Dari kiri Mat Den, Amiaq, Li Sudin, Tat, CD Oba dan saya. Masih ada yang tinggal/kampung di kawasan utara tetapi tidak hadir seperti Mat Sham, Ed, Mat Jid, Zet & Brahim. Hmm.... semuanya dah beranak pinak, kecuali saya...

Friday, October 13, 2006

Seroja - The Ramadhan Musical di Palace of Golden Horses

Seroja dimulakan dengan persembahan lagu seperti Zikir, dalam bahasa Arab yang saya pun tidak sempat melhat tajuknya. Penyanyinya ialah Alwi Al Hadad yang saya kira mungkin tidak dikenali di persada 'main stream' industri hiburan. Suaranya, memang lunak sekali. Meskipun lagu itu agak panjang... terasa sekejap sahaja.

Begitulah khusyuknya Papa Rock mendendangkan lagu-lagu beliau. Abang Ramli menyanyikan lagu seperti Iqra' dan Kau Yang Satu. (Lagu ketiga, tidak ingat pula saya). Suara Abang Ramli memang 'kellaaasss !!!'. Sebenarnya saya menantikan beliau menyanyikan lagu Bahasa Terindah (dari album Kalam Kesturi) yang saya baru sahaja terdengar/minati. (lagu tema Ziarah (Astro Ria sepanjang bulan Ramadan, 6.30 ptg). Bayangkan lagu yang begitu merdu dan bermakna ini yang dilahirkan dalam tahun 2002 tetapi cuma empat tahun kemudian baru saya bisa menikmatinya?


Adik Ikhwal (suara dan 'tone' suara beliau memang merdu). Kali keempat saya melihat persembahan beliau... dan setiap kali pasti ada peningkatan. Saya masih menunggu album Ikhwal masuk pasaran. Ikhwal di bantu oleh Alwi.

Mawi muncul tiga kali. Sememangnya antara sebab utama saya 'memejam mata dan 'swipe' kad kredit' ialah unuk menonton Mawi. Mawi menyampaikan lagu Al Jannah, Sesngguhnya & Seroja. Memandangkan semua lagu memerlukan penghayatan, cuma sesekali sahaja kita dapat melihat Mawi bermain 'mata' dengan penonton.

Ini yang buktikan saya memang betul-betul hadir... ahaks (di belakang - di pentas bukankah Mawi). Saya terpaksa ke hadapan sebentar kerana ingin mengambil gambar. Meja saya, walaupun hampir di tengah dewan, tetapi masih dibelakang... hampir dengan sisitem PA pada malam tersebut sebenarnya.

Semua artis yang membuat pesembahan diminta untuk menandatangani di papan tanda Seroja. kelihatan Mawi yang menggunakan 'marker' dakwat merah dengan tangan kirinya sedang menandatangan.

Sebelum itu inilaha barisan semua artis yang membuat persembahan di antaranya Alwi, Adik Ikhwal, Salleh Brothers, Salima AF4, Abang Ramli Sarip & Mawi.

Adik Ikhwal & Abang Jase... Dari jauh Ikhwal menegur saya, perasan jugak Ikhwal akan kelibat saya di dalam dewan yang agak suram itu... :)))

Jase & Salima AF4. Masih kelihatan parut dihidung Salima akibat kemalangan, insyaAlilah akan baik nanti...

Jase, Salleh Brothers & isteri. Kali pertama sebenarnya saya bergambar dengan kedua-dua mereka meskipun telah lama kenal. Salleh meyampaikan lagu Pergi Tak Kembali, boleh tahan serasinya. Saya masih ingat kemerduan suara Salleh mendendangkan lagu Selamat Berjuang dalam Album kedua Brothers !!!

Kali kedua berjumpa Alwi, beliau masih mengingati saya sebagai Kawan Shah Brothers... Kali pertama berjumpa Alwi di Tower Records KLCC, gaya beliau begitu santai & nusantara. Kali ini berlainan sekali. Apatah lagi dengan serban hijau dan pakaian ala-ala pemuda Pakistan. ditambah pula, di atas pentas beliau berkaki ayam !!! Bagi yang meminati alunan nasyid klasik, bolehlah mendapatakan album Alwi yang bertajuk Miskul Ruh - Kasturi Jiwa yang diterbitkan oleh Telaga Biru tahun lalu. Murah sahaja, harga pasaran tanpa diskaun ialah RM 19.90. Antara alunan menarik dalam album tersebut ialah Khairul Bariyah & Badruttamaam.


Memang tak sah jika tidak bergambar dengan Mawi tat kala berjumpa!!! Memandangkan kapasiti dewan persembahan yang tidaklah sebesar mana, jadi kali ini tidak perlulah sangat untuk saya berebut-rebut bergambar dengan Mawi. Lagipun, rasanya mereka yang membayar 'dengan agak mahal - RM 100 ++' untuk memonton Seroja ini lebih berhemah.... ahaks. Dalam ramai- ramai itu, terselit juga Keluarga Datuk Dr Fadzillah Kamsah yang juga meminati Mawi.Saya membuka songkok untuk melihatkan yang kami sama-sama botak !!!

Nota Jase :

* Saya telah berbuka puasa dan menyaksikan Seroja di POGH pada 9 Oktober 2006 bersama dengan sahabat saya Mus. Nasib baik Mus juga sudi mengeluarkan RM 100 +++ untuk Mawi.

* Sempat juga saya berjumpa Kak Bada (saya pernah meminta tolong beliau menguruskan pengeluaran semula pasport antarabangsa yang baru saya 3 tahun lalu akibat dirompak di Kedutaan Oman sebelumnya, sedangkan saya perlu ke 4 negara Asia Barat kurang dari seminggu ketika itu !!!) Seperti biasa.... ayat pertama yang keluar dari mulut beliau, awak minat mawi kan? Selalu nampak kat TV !!!

* Papa Rock, Abang Ramli telah sempat memberikan saya kata hikmat, kata beliau "Jangan Boros tapi Jangan Lokek".

* Saya tertinggal kamera digital saya di pejabat, Mus pula tidak memiliki kamera digital. Hampir semua rakan yang saya hubungi tidak dapat memberi pinjam. nasib Baik Cute menyelamatkan keadaan dengan meminjamkan saya kamera digital beliau. Tetapi saya harus berjimat kerana beliau tak sempat habis mengecaj !!!