Tahniah kepada mawi dan Ekin yang baru pulang dari Mekah menunaikan Umrah pada 20 April 2011 yang lalu. Dengar ceritanya pasangan ini telah menyertai rombongan umrah bersama satu lagi pasangan terkenal iaitu Ustaz Akhil Hayy & Waheeda. Gambar di atas adalah gambar terbaru saya dengan Mawi yang diambil ketika Konsert Pengenalan AF9 di AEON AU2 baru-baru ini. Ya... benar, saya memakai baju Lat The Kampung Boy Sebuah Muzikal !!!
Sunday, April 24, 2011
Tahniah Kepada Mawi & Ekin Yang Baru Pulang Dari Tanah Suci...
Tahniah kepada mawi dan Ekin yang baru pulang dari Mekah menunaikan Umrah pada 20 April 2011 yang lalu. Dengar ceritanya pasangan ini telah menyertai rombongan umrah bersama satu lagi pasangan terkenal iaitu Ustaz Akhil Hayy & Waheeda. Gambar di atas adalah gambar terbaru saya dengan Mawi yang diambil ketika Konsert Pengenalan AF9 di AEON AU2 baru-baru ini. Ya... benar, saya memakai baju Lat The Kampung Boy Sebuah Muzikal !!!
Saturday, April 23, 2011
Contribution to The Society (Business)
Gambar ini di ambil pada 20 April 2011 yang baru lalu ketika saya menghadiri Asia HRD Congress Awards Dinner 2011 di Mandarin Oriental, KLCC. YBhg Dato' Sri Tony Fernandes menerima Anugerah pada malam tersebut berdasarkan komitmen beliau terhadap Pembangunan Modal Insan di dalam Industri Penerbangan Kos Rendah di Asia.
Friday, April 22, 2011
Pesanan Imam Shafie
• 2. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
• 3. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah orang pilihan di sisi Allah
• 4. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi
• 5. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan ‘A’uzubillahi minashaitanirrajim“. Kita perlu bersabar jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat dari perang sabil
• 6. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri
• 7. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan
• 8. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya
• 9. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia
• 10. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari
• 11. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membantumu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh
• 12. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada
• 13. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah
• 14. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan
• 15. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah
• 16. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam firmanNya dalam surah al-Rum ayat 47 yang bermaksud, dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami menolong orang yang beriman
(Terima Kasih kepada Fuad kerana berkongsi maklumat ini dengan saya)
Harta Pusaka
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
Ceria-ceriakan pagi anda dengan senyumannn…
(TriMas Ateh Chah kerana berkongsi - Bila kita nak serbu PBAKL 2011?)
Tuesday, April 19, 2011
Wednesday, April 13, 2011
Timbunan Buku di PWTC
Antara aturcara rasmi tahunan saya ialah PBAKL. Selalunya akan menjelajah PBAKLlebih daripada 2 kali setiap tahun; iaitu di tengah minggu (yang agak kurang pengunjung) dan juga hujung minggu (yang penuh sesak dengan anak-anak sekolahan). Medan untuk bertemu Dr Faisal Tehrani (antara penulis terulung anah air). Tambahan pula tahun ini terdapat sekurang-kurangnya 4 karya beliau yang baru dipasarkan (antaranya 3 X Seminggu, Sebongkah Batu di Kuala Berang dan 1515 (English), jadi tentulah naskhah-naskhah hebat beliau akan dijual di PBAKL 2011. Bagaimana pula dengan Ramlee Awang Murshid? Saya kurang pasti. Yang pasti Rayyan Fantasi... telah habis saya baca. Masih menunggu nukilan terbaru !!! Jika hendak membeli bahan bacaan memang sedang elok kerana terdapat diskaun (atau diskon di Seberang) yang kadang kala hampir 'hilang akal' dibuatnya.
Adakah A Fuadi dan Andrea Hirata akan tampil lagi? Tunggu saja... Yaa... pertama kali jatuh cinta dengan lagu-lagu Maher Zain di sini; di PBAKL 2010 !!! Jom kita buat temu janji dari 22 April - 1 Mei 2011 di PWTC !!!
Tuesday, April 12, 2011
Another Muslim Rapper that Rocks the Billboard Hot 100 !
Wasalu Muhammad Jaco (born February 16, 1982), better known by his stage name Lupe Fiasco (pronounced /ˈluːpeɪ/ LOO-pay), is an American rapper, artist, producer and CEO of 1st and 15th Entertainment. He rose to fame in 2006 following the success of his critically acclaimed debut album, Lupe Fiasco's Food & Liquor. He also performs as the frontman of post punk band Japanese Cartoon under his real name.
The Show Must Go On is currently at No 23 on Billboard Hot 100 !!!
Laser, his latest CD has hit our shores !!!
Bravo Lupe !!!