Friday, March 13, 2009

Terima Kasih BAKRI


Telah 13 hari ulang tahun kelahiran saya berlalu. Meskipun begitu lewat petang ini di 'kantor' saya masih lagi menerima hadiah. Sebiji kek yang menjadi hadiahnya. Yang memberikan kek ini bernama BAKRI. BAKRI bukanlah seorang lelaki. Bukan manusia pun. Hmm... BAKRI di wujudkan oleh manusia. BAKRI sebenarnya adalah Persatuan Kakitangan di tempat saya bekerja - Badan Kebajikan & Riadah. Telah menjadi amalan persatuan ini menghadiahkan kek kepada ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran. Kek cuma di edarkan sebulan sekali sahaja dan hari ini adalah hari pengedaran kek kepada ahli yang menyambutnya pada bulan Mac. Sebab itulah saya dengan bangganya menerima kek hari ini. Alhamdulillah...


Thursday, March 12, 2009

The "Walking Away" SAGA...



(Craig David feat Alex Ubago in Spanglish Version)



(Craig David feat Lynnsha in Frenchlish Version)



(Craig David feat Nek in Italianish Version)



(Craig David feat Monrose (from Germany) the New 'duet' English Version)



(Craig David - the Export to US Version - 2001)



(Craig David - the Original UK Version - 2000)

I just found out that recently when Craigy (Nick name for Craig David) released his Greatest Hits Album late last year he recorded of my favourite song back in 2000 with some of the top singers from Europe namely Alex Ubago of Spain, Lynnsha of France, Nek of Italy & Monrose of Germany. The French-English (feat Lynnsha) has been release as Single in Malaysia recently - You can watch the video in hitz.tv @ Astro. The new version of Walking Away is still touch my heart, still makes me 'fly & 'high'' and I will always remember this song even after 9 years. When I search in You Tube, Alhamdulillah I still can find the original UK Video (2000) plus the US version (2001). I still believe this is the BEST Song That Craigy ever wrote & produced !!! This is one of the song that blend the melody, lyrics & voice amazingly plus the original UK Video is SUPERB !!!

I still remember one of my good friend back then asked me whether is it right just to walk away when we are facing problem? Actually I believe there is no right or wrong action but it depends on the circumstances. Why not we ask ourselves and then make the choice? Life is all about choice... Isn't it?

Wednesday, March 11, 2009

Thank You Galzean


Kali ini saya memang betul-betul berjaya menyakat Galzean. (Puasnya Hati) Berkali-kali Galzean menelefon, sms dan chat melalui YM bertanyakan tentang baju ini tetapi saya tetap mengatakan yang saya belum terima. Hahaha... Jangan marah ye Galzean. Sebenarnya saya telah menerima bungkusan yang mengandungi Kemeja Hitam G2000 Berwarna Hitam Saiz XL ini pada 3hb Mac 2009 yang lalu. Aksi sakat menyakat ini berlaku bertitik tolak daripada alamat yang ditulis oleh Galzean tidak lengkap. Nasib baik kecekapan POSLAJU berjaya menjejaki saya akhirnya. Bangi... bukannya besar sangat. Saya kira itulah gunanya No HP @ e-mel yang perlu di tulis di borang POS LAJU. Jika alamat tidak dapat dijejaki maka mereka akan menghubungi penerima dengan medium perhubungan alternatif.

Walau apapun... Galzean; TERIMA KASIH BANGET atas hadiah yang dikirim, hasil daripada duit tabung yang di pecah. Besar pengorbanan ni....

Thank You Angah


Pulang ke kampung hujung minggu lalu barulah saya mendapat hadiah hari jadi saya daripada Angah. Menurut kata Angah dia malas hendak mengepos sebenarnya. Seperti biasa, saban tahun Angah akan menghadiahkan saya dengan bahan bacaan. Tahun ini juga sama. Memandangkan saya sekarang ini sedang dalam proses membaca dan mengumpul hasil kreatif Paulo Coelho maka Angah telah mengambil kesempatan menambahkan koleksi saya. Manual of the Warrior of Light adalah koleksi ketiga saya setelah memiliki Like A Flowing River dan The Alchemist tahun lalu.

Izinkan saya berkongsi secebis inspirasi daripada Manual of the Warrior of Light :

"The warrior of light has learned that God uses solitude to teach us how to live with other people.

He uses rage to show us the infinite value of peace. He uses boredom to underline the importance of adventure and spontaneity.

God uses silence to teach us to use words responsibly. He uses tiredness so that we can understand the value of waking up. He uses illness to underline the blessing of good health.

God uses fire to teach us aboput water. He uses earth so that we can understand the value of air. He uses death to show us the importance of life."


Kenapa Abu Perlu Mati?



Pada 9 Mac 2009 yang baru lalu saya baru sempat menonton DVD KAMI The Movie. Saya tahu... Saya telah ketinggalan sebenarnya, kerana filem ini telah pun ditayangkan di pawagam pada musim Aidilfitri tahun lalu. Dek kerana ketinggalan, saya terpaksalah menunggu sehingga DVD/VCD original diterbitkan, barulah puas hati menonton.

Saya ada juga mengikuti siri televisyen KAMI, walaupun bukan penonton setia tetapi ia tetap menarik dan menghiburkan.

Filem ini dikejutkan dengan kisah Abu yang sedang bergaduh, lantaran tertolak seorang rakan sehingga jatuh bangunan dan mati dan lari dari lari dari asrama sebelum sempat menamatkan peperiksaan SPM. Lari entah kemana, tapi yang pasti akhirnya Abu bertemu dengan Ali dan rakan-rakan lain.

Konflik dalam diri Ali pula yang terlalu 'cool', sukar meluahkan apa yang terpendam, sedang bekerja di agensi 'package percutian' tetapi tidak minat dengan kerjanya. Menghadapi masalah keluarga apabila ibu dan bapanya berpisah dan ibunya pula telah menemui teman baru.

Lynn pula didatangi oleh bekas 'kawan lama' (Boy - yang mengaku ex-boyfriend Lynn) ketika di kampung dulu yang kini menjadi pengedar dadah di Kuala Lumpur. Lynn sebenarnya terpaksa menjadi 'runner' untuk melangsaikan hutangnya terhadap Boy. Satu hari, Lynn sendiri telah menghantar dadah kepada Ali yang sedang tertekan dengan konflik keluarganya. Maka 'rahsia di dalam almari' keduanya terbongkar.

Tapi persoalan utama yang saya tidak puas hati ialah kenapa watak Abu dimatikan? Mengapa watak semenarik Abu untuk Kami (The Series & The Movie) ini perlu ditamatkan? Adakah epilog filem ini di buat begitu untuk nampak sedikit kelainan dan tidak begitu cliché? Abu juga masih mampu berlawak ketika dalam perjalanan ke hospital & meninggal dunia di ribaan Lynn. Kemudian berbagai persoalan yang berkait dengan Abu dan rakan-rakan terbongkar satu demi satu.

Sofie akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Antara konflik yang timbul ialah apabila Sofie dapat tahu yang ibunya yang mempunyai masalah untuk perkahwinan kedua itu menyimpan surat tawaran Sofie ke universiti. Adakah ibu Sofie tidak mahu Sofie berdikari atau beliau sendiri yang takut bersendirian?

Adii pula akhirnya dapat tahu juga siapakah "Vanilla Ice"nya meskipun telah terlambat. Adakah beliau akan terus mencari teman hidup dari internet?

Hmmm.... memandangakn watak Abu telah ditamatkan, dapatkah lagi KAMI di sambung? Meskipun begitu... Jika ada kesempatan tontonlah DVD/VCD... rasai jiwa muda di dalam filem ini.

Tuesday, March 10, 2009

GENG : Pengembaraan Bermula


Pada 7hb Mac baru lalu; saya, Lisa dan Angah berkesempatan menonton Filem Animasi 3D Malaysia yang digembar-gemburkan sekarang ini di GCS Sunway Carnival - Seberang Jaya. Tayangan di pawagam di seluruh negara sebenarnya telahpun bermula sejak 12 Februari 2009 lagi, cuma kami baru berkesempatan. "Better Late Than Never" kata orang putih. Ceritanya bermula dengan Badrol dan Lim, remaja kosmopilitan yang berkawan baik merancang untuk balik ke Kampung Durian Runtuh (Kampung Badrol) setelah menyaksikan datuk Badrol - Tok Datang muncul di kaca TV di temuramah oleh pemberita TV berkenaan dengan misteri kehilangan buah durian yang berlaku di kampung tersebut. Tiba di kampung Badrol dan Lim bertemu dengan kanak-kanak India pintar yang bernama Rajoo yang sering bercakap dengan lembunya. Bukan itu sahaja mereka juga ditemukan dengan kembar seiras comel Upin dan Ipin yang nakal dan kakak kembar tersebut yang garang bernama Ros yang seterusnya mengakibatkan mereka terjebak dengan misteri yang berlaku di Kampung tersebut di mana ianya mungkin diluar jangkauan pemikiran kita sebagai penonton filem melayu. Misteri yang mededahkan mereka dengan operasi jahat menangkap binatang yang hampir pupus, penemuan dengan makhluk yang seakan-akan "Lilo & Stitch" dan gergasi ala-ala ultraman !!! Selebihnya? Tonton saja GENG : Pengembaraan Bermula... di Panggung Wayang sebelum terlambat. Pelaburan RM10 kita memang berbaloi !!!




Untuk sebuah filem animasi 3D Malaysia; ia memang bertaraf SUPERB @ 5 Bintang. Apabila kita keluar dari panggung kita akan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Jalan ceritanya juga agak mudah. Ada momen-momen ceria, lucu, mengusik jiwa, mendebarkan malah menakutkan. Pergerakan setiap watak juga lancar, warna yang menarik, pelakon suara juga serasi dengan watak. 'Scene' 'roller coaster' di dalam hutan itu juga cantik dan mendebarkan meskipun agak lama. Seperti biasa cerita kartun/animasi pastilah 'happy ending' kan.. kan.. kan...

Monday, March 9, 2009

Kembara Batu


Ini haaa... saya menyambung cerita kelmarin. Angah sampai rumah awal daripada yang dijangkakan. Kami kemudian keluar dari rumah menunju Gunung Keriang lebih kurang jam 12.15 tengah hari. Perjalanan melalui Jalan Persekutuan dan Lebuhraya Utara Selatan (exit di Alor Setar Selatan) memakan masa lebih kurang 2 jam (ini setelah di campur dengan singgahan kami untuk makan tengah hari di Sungai Petani). Kami tiba di Taman Rekreasi Gunung Keriang lebih kurang jam 2.30 petang. Itulah destinasi kami. Tempat yang dituju adalah deretan kedai (3 atau 4 sahaja) yang menjual pelbagai batu kristal. Untuk perhiasan semuanya di gali/lombong dari Gunung Keriang itu sendiri. Batu hidup katanya, jika di siram ia akan tumbuh. Kalau untuk gelang - ada berbagai jenis batu untuk pelbagai kegunaan dan semuanya diimport. Dan itulah sebenarnya tujuan Angah mengajak kami - untuk memborong gelang. Saya kira lebih kurang 11 utas (betulkah penjodoh bilangan ini??) gelang daripada pelbagai batu yang di beli Angah. Lisa pula membeli dalam 5 utas. Saya cuma membeli batu hidup untuk dekorasi meja.

Harganya memang murah. Lebih murah jika di bandingkan jika di beli di kiosk-kiosk di pusat membeli belah. Jika berminat... redah ajer jika ada kelapangan.