Saturday, March 7, 2009

Mampukah 7 dibalas 7?



(1) Terima Kasih kepada Oza yang telah memanjangkan jemputan kepada saya dan Lisa untuk menonton 7 Pounds pada 17 Februari 2009 yang lalu di Cineleasure, Mutiara Damansara. Terima Kasih Daun keladi, Kalau Ada Jemputlah Lagi..

(2) Will Smith muncul di layar perak untuk satu lagi watak yang bakal membolehkan beliau di calonkan untuk Anugerah Academy (Oscar) tahun hadapan, saya kira kerana rasanya filem di mula di tayangkan di Amerika Utara selepas tarikh penayangan untuk Calon Oscar tahun ini ditutup.

(3) 7 Kemusnahan dibalas dengan 7 kehidupan baru (7 pouns of flesh for 7 lives?).

(4) 2 tahun yang lalu, Tim Thomas (Will Smith) terlibat dengan kemalangan di sebabkan beliau sedang leka menggunakan telefon bimbit beliau. Kecelakaan itu telah menyebabkan 7 kematian termasuk tunang beliau – Sarah Jensen. Setahun selepas kemalangan tersebut di mana beliau juga telah berhenti kerja sebagai Jurutera Penerbangan, Tim telah menderma ‘lung lobe' kepada adik beliau Ben (pekerja IRS). 6 bulan kemudian beliau menderma pula sebahagian daripada hati beliau kepada seorang pekerja pusat kebajikan kanak-kanak bernama Holly. Beliau meneruskan 'kembara murni' beliau dengan menderma buah pinggang beliau kepada George seorang jurulatih hoki skuad remaja. Tidak cukup setakat itu sahaja, kemudian beliau menderma pula sumsum tulang kepada seorang pesakit kanak-kanak kulit hitam yang memerlukan sumsum tulang bernama Nicholas.

(5) 2 minggu sebelum membunuh diri, beliau telah menghubungi Holly semula untuk mendapatkan maklumat tentang siapa lagi yang memerlukan pertolongan. Holly mencadangkan Connie Tepos yang tinggal bersama teman lelakinya yang suka mendera bersama 2 orang anak mereka. Dalam masa yang sama, Tim telah berpindah ke sebuah motel murahan untuk tinggal bersama dengan haiwan peliharaan beliau – Jelly Fish. Satu malam, selepas dipukul kekasih, Connie menelefon Tim meminta bantuan. Tim memberikan Connie kereta dan mengarahkan Connie memulakan kehidupan baru di rumah tepian pantai beliau.

(6) Kini Tim hidup dengan identiti adiknya Ben sebagai pekerja IRS. Lantaran itu beliau telah mencari 2 penerima terakhir iaitu Ezra Turner, seorang penjual daging yang buta yang suka bermain piano. Kemidian beliau menghubungi pula Emily Posa seorang peniaga kecil-kecilan yang mencetak kad jemputan dari rumah menggunakan mesin percetakan klasik – Heidelberg. Seperti yang dijangka beliau jatuh cinta dengan Emily. Adik Tim berjaya menjejaki Tim dan meminta semula Kad IRS beliau. Tim menghabiskan malam-malam indah bersama Emily dan kemudian pulang ke motel. Beliau memasukkan ketulan ais di dalam 'bathtub'. Kemudian melabuhkan dirinya pula dan akhir sekali melepaskan 'jellyfish' untuk ke dalam 'bathtub' dan membunuh diri. Kawan baik beliau sejak kecil, Dan menjadi peguam bagi memastikan Ezra mendapat sepasang mata baru untuk melihat dunia dan Emily mendapat jantung beliau untuk meneruskan kehidupan. Akhirnya Emily dan Ezra bertemu dan mensyukuri atas kehidupan baru.

(7) Sebuah melodrama yang mendebarkan dan amat ‘tense’ sekurang-kurangnya 30 minit awal. Tambah-tambah lagi bagi saya yang menonton tanpa membaca sinopsis lebih awal. Namun dari sudut moralnya saya masih kurang bersetuju yang membunuh diri adalah jalan penyelesaian meskipun untuk tujuan yang mulia. Ini mungkin kisah tentang seseorang yang tidak dapat memaafkan dirinya atas kesilapan lampau...



Nota Jase : Saya sebenarnya sedang berada di kampung sekarang - bercuti sempena Maulidur Rasul. Ini merupakan entry yang telah tertangguh lama. Situasinya sekarang; saya sedang menunggu Angah untuk pulang dari gotong royong di sekolah beliau. Mengikut rencananya, Angah, Lisa dan saya akan ke Gunung Kriang lewat tengah hari ini. Ceritanya? Tunggu saja di entry akan datang.

Thursday, March 5, 2009

Life Is Wonderful When There's Singer Like JM


Semalam saya dan Lisa menyaksikan Konsert Jason Mraz Live in Malaysia 09' yang berlangsung di Stadium Negara. Ini adalah sebahagian daripada hadiah Hari Jadi kepada saya daripada Lisa. Konsert bermula lebih kurang jam 8.25 malam dan berakhir sekitar jam 10.00 malam. JM (Jason Mraz = JaseMario hahaha ) sebenarnya dalam rangka konset di negara-negara Asia. Yang menariknya JM menyanyikan hampir semua lagu-lagu porpular beliau dari album pertama hingga ketiga. Antaranya seperti You And I Both, The Remedy, Life Is Wonderful, I'm Yours, Lucky dan Make It Mine. JM yang kurang bercakap dan banyak menyanyi. Jika bercakap penuh dengan lelucon dan kelakar habis. Suara yang hampir perfect. Band yang memainkan muzik yang sedap di dengar. Mengucapkan perkataan Terima Kasih di dalam pelbagai bahasa. Memakai t-shirt tertulis I Love KL. Akhir sekali mengatakan konsert pertama yang pastinya bukan terakhir. Cuma dua perkataan daripada saya - PUAS HATI !!!

Sedikit Ralat/Ketidakpuasan Hati : Surau di Stadium Negara ditutup, "Ticket Checker" tidak memberi maklumat yang tepat (menipu?), tidak memberikan kerja sama yang sepatutnya dan suasana amat sesak untuk mengeluarkan kenderaan dari tempat parkir sehingga hampir 1 jam baru kami boleh bergerak keluar ke Jalan Sultan.




Live Is Wonderful
It takes a crane to build a crane
It takes two floors to make a story
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I'm saying

It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
And it takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la

It takes a night to make it dawn
And it takes a day to make you yawn brother
It takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other

And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la it is so...

It takes some silence to make sound
And It takes a loss before you found it
And It takes a road to go nowhere
It takes a toll to make you care
It takes a hole to make a mountain

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la it is so... wonderful
It is so meaningful
It is so wonderful
It is meaningful
It is wonderful
It is meaningful
It goes full circle
Wonderful
Meaningful
Full Circle
Wonderful

Wednesday, March 4, 2009

Corat Coret Malam Sinar Maulidur Rasul

Ini merupakan cenderahati ketika membeli kad iTalk TM. Mungkin bila di scan ia seperti 'banner' ataupun 'book mark' biasa sahaja; tetapi ia sebenarnya ialah sebuah songkok kertas. Sungguh kreatrif idea ini.



Saya yang mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pentas persembahan. Ye... lah ini adalah bukti nyata yang saya samapai ke sini. Bukankah begitu? Seperti biasa.. Pentas Persembahan Nasyid selalunya penuh dengan gimik-gimik multimedia.



Mawi yang keluar agak awal daripada 'press conference' dan sesi bergambar dengan majalah/akhbar setelah selesai persembahan. Seperti biasa Mawi yang mesra peminat akan melayan kami dengan baik sekali. Di belakang pentas jelaslah kelibat saya, Mus, Cikgu Jah dan Cute. Kesian Mawi.. usai persembahan malam tersebut beliau perlu bergegas ke Johor Bahru untuk persediaan Big Jam HotFM di Danga Bay pada 1 Mac. Alamak... sempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran saya rupanya... Perasanlah pulak! Hmm... Bagaimana untung nasib Mawi untuk ABPBH tahun ini? (Saya sebenarnya telah bertemu dengan Mawi semasa raptai di sebelah petang tetapi tidak dapat bergambar kerana terlupa membawa kamera !!!)



Ustaz Akhil Hayy... siapa sangka saya memiliki 3 keping CD Original beliau. Sudah tentu Ustaz berterima kasih dengan saya yang menyokong Muzik Malaysia !!!



Inilah Keluarga Bahagia Ustaz Akasyah & Ustazah Siti Nur Bahyah !!!


Saya pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pasangan Ustaz & Ustazah Glamer ini. Glamer apa? Urut Cakar Harimau... Hahaha.


Malam Sinar Maulidur Rasul






Malam Sinar Maulidur Rasul kali terakhir di pentaskan saya kira 2 atau 3 tahun lalu. Masih menampilkan bintang-bintang yang hampir sama seperti Rabbani, Datuk Hjh Siti Nurhaliza, Mawi dan Dato' Ustazah Siti Nur Bahyah. Amy Search dan Ustaz Akhil Hayy menambahkan seri persembahan untuk kali ini. Program yang di taja oleh TM kali ini lebih besar kerana sejak jam 10.00 pagi Karnival telah dimulakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam yang menawarkan beraneka jenis barang. Untuk tiket pula, penonton diperlukan untuk membeli kad iTalk samada RM10, RM 30 ataupun RM 50. Bergantung di kerusi mana kita ingin menonton persembahan.

Persembahan kali ini di mulakan agak lambat. Mungkin sekitar jam 9.30 malam. Alhamdulillah juga. Kerana kami juga tiba agak lambat kerana perlu 'menyelamatkan' Cikgu Jah yang sesat entah ke mana di sekitar Shah Alam. Di tambah pula dengan hujan yang mulai turun di sebelah petang. Dan lebih membebankan, di Stadium Shah Alam berlangsung pula pertandingan bola Sepak Liga Super (kalau tak silap saya lah) di antara Selangor menentang Kelantan.

Persembahan juga tidak menggunakan Pengacara. Pengacara cuma mengendalikan segmen formal majlis perasmian dan sumbangan untuk Tabung Bersamamu. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Dr Mashitah. Persembahan seterusnya cuma di selang selikan oleh monolog yang penuh syahdu oleh Dato' Siti Nur Bahyah. Sudah tentu membicarakan soal Sirah Rasulullah s.a.w.

Mawi menyampaikan dua buah lagu. Al Jannah yang kedengaran lebih merdu dan berduet dengan Rabbani melalui lagu Saksi. Datuk Siti juga menyampaikan lagu merdu yang saya tidak tahu judulnya. Mungkin juga lagu Indonesia. Ustaz Akhil menyampaikan lagu Inggeris. Hmm... yang saya agak keliru kenapa Amy Search menyanyikan lagu Tiada Lagi? Seperti janggal pula bunyinya. Liriknya sperti tidak selari dengan konsep Persembahan sempena Maulidur Rasul. Rabbani sudah tentulah menyampaikan banyak lagu merdu. Selain dari berduet dengan semua artis. Termasuk lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur dengan Amy Search. Di akhir persembahan, semua artis dibenarkan menyampaikan ucapan sempena sambutan Maulidur Rasul. Saya kira TV3 akan menayangkan konsert ini di layar kaca sempena sambutan Maulidur Rasul nanti.

Persembahan tamat lebih kurang jam 11.15 malam. Di belakang pentas? Nanti-nantilah...

Monday, March 2, 2009

Sirah Junjungan - Tahajud Cinta


Persembahan Teater Muzikal " Sirah Junjungan - Tahajud Cinta" akan di pentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 9 - 22 Mac 2009 bermula jam 8.30 malam. Seperti tahun lalu, Teater Muzikal ini dipentaskan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Teater ini menampilkan para pelakon 'adi gelanggang teater' seperti Ahmad Yatim, Vanida Imran, Rosdeen Suboh dan Sahronizam Noor. Sebuah Karya Erma Fatima hasil produksi Yayasan Seni Karya prihatin Malaysia. Selain daripada itu ia juga menampilkan nama-nama besar persada seni suara tanah air seperti Jamal Abdillah (9-14 Mac 2009), Datuk Siti Nurhaliza (18 - 20 Mac 2009), Mawi (21 Mac 2009) dan Amy Search (22 Mac 2009). Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 boleh di dapati di Kaunter Box Office Istana Budaya. Cuba juga layari website ini.


Saya, Lisa, Cikgu Jah, Mus dan Cute telahpun mendapatkan tiket kami. Sudah terang lagi bersuluh yang kami akan menonton pada 21 Mac 2009. Apa kata jom ramai-ramai kita penuhi Panggung Sari 21 Mac 2009 ini. Ayuh... Derapkan Langkah Kakimu !!! Slogan saya : "...Berhibur Sambil Menginsafi Diri. Sirah Rasulullah SAW Memang Tiada Tolok Bandingnya..."

Sunday, March 1, 2009

"Thank You Cayunk"

"I'll better let the picture speaks for itself as people always said pictures brings a thousand words..."





"The above song "More Than Words" is for You..., Lisa"

Nota-Nota 1 Mac 2009

Dari Mesej Yang Masuk di Kotak Inbox Saya :

23.54 PM (28/2)
Azwan : Heppy burfday 2 U abg jeff. semoga abg pj umo murah rezeki...

00.02 AM (1/3)
Mus : Happy Birthday...

00.09 AM
Lisa : Selamat hari jadi sayang....

06.10 AM
Angah : Happy Birthday

10.29 AM
Oza : Happy Birthday, Jeff !

10.55 AM
Azlan Yogie : Siannya... senjok dah ye... happy bday n doakan u sihat...

11.02 AM
Rezza : Happy Birthday 2 U. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa olehNya...

11.45 AM
Megat : Ala cian nye. Happy Birthday to u. Mai la join karaoke esok, we all belanja...

14.47 PM
KZ : Hpy bday jef. Yg ke berapa ni? Moga dipanjang umur dmurah rezeki. Msti syukur slalu n sembhyg jgn tgal k

15.20 PM
Alang : ... Happy Birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati selalu. alang di Sudan sekarang ni. InsyaAllah minggu depan kalau datang klcc jangan lupa call.

16.16 PM
Pn Mariah : Happy Birthday to you JZ. Bila nak I belanja sempena birthday you :). I doa for ur happiness, good health & prosperity, semoga diberkati Allah.

19.28 PM
Galzean : Hapy bedday yg ke tut.tut. usia a. jep x menampakkan ketuaan dgn perwatakan yg bshj mengconclusionkan yg a.jep muda 15 thn!

20.15 PM
Fiq : Aiseymen. Happy bday brother jef. Sorry baru balik dr over sea. So... Apa azam thn ni

Di Dalam Kotak Inbox GMail Saya :

5:07 AM wan: happy besday buat abg jeff.....esok bukan seperti semalam pastinya namun hargailah semuanya....semoga berbahagia selalu. ameen (sorry tak leh nak sms sbb kat qatar skrg - on loan).....wan halim

Wall-to-Wall Mesej di FB :

Hana Maslinda wrote at 10:13am
Hi Jef... Happy Birthday..... May your future full of happiness and good health...
Wall-to-Wall - Write on Hana's Wall

Mohd Asri wrote at 7:54pm
salam sahabat :), selamat ulang tahun, moga terus dirahmati dlm hidup dikurniakan keluarga bahgia, dmurahkn rezki & dkurniakan bmcm2 kebaikan, anyway thanks for support event kami semalam.
Wall-to-Wall - Write on Mohd's Wall

9:19pm Linda
Happy Birthday friend..



Nota Jase : Terima Kasih pada insan-insan istimewa yang mengingati Ulang Tahun Kelahiran Saya (termasuk juga ucapan-ucapan di Laman Sembang). Saya amat menghargainya. Rasa terharu, syukur, bangga yang amat dalam ini sebenarnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bukan bahasa galang gantinya. Semoga kalian juga dikurniakan keindahan di dunia dan kesenangan di akhirat, InsyaAllah.