Thursday, August 22, 2013

Juri Pertandingan Deko Raya di PETROSAINS

"Terima Kasih Daun Keladi, Tahun Hadapan Jemputlah Lagi". Ini adalah sebahagian daripada cenderamata yang saya terima daripada penganjur. Cap dan mug memang termasuk di dalam koleksi saya sepanjang masa.
Pepatah Melayu ada mengatakan "Orang Berbudi, Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa". Itulah yang berlaku kepada saya baru-baru ini. Apa tidaknya, ketika bulan puasa yang lalu saya telah meminta bantuan 'saudara' saya untuk bersama-sama saya mengacarakan Kuiz Ramadan sempena Waroeng Iftar, iaitu Majlis Berbuka Puasa yang di jalankan di kantor... alamak..... bukan kantor tapi pejabatlah. Alhamdulillah, kuiz tersebut berjalan dengan lancar dan berbekas di hati para jemputan. Tentunya dengan kehadiran Amat ('saudara' saya itu) yang memang mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan program secara spontan. Usai puasa, habis raya maka tibalah saya untuk membalas budi 'my lil'bro' itu. Lantas, digunakan 'boss' beliau untuk mendapatkan kebenaran 'boss' saya untuk mendapatkan perkhidmatan saya menjadi juri Petandingan Deko Hari raya untuk PETROSAINS baru-baru ini. Aduh... terkena saya...:)

Saya memang tidak ada mengambil gamber deko-deko terbabit,  tetapi apa yang pasti, kakitangan PETROSAINS memang sungguh kreatif dan 'sporting'. Mereka memang 'go to the distance' untuk memastikan deko-deko yang mereka buat itu cantik, kemas, teratur dan menawan hati juri. Apa yang menarik, belanjawan yang diberikan oleh pihak penganjur cuma RM200 sahaja. Yang lainnya tentu saja perlu ditanggung sendiri.

Saya telah mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit untuk menikmati semua deko dan memberi markah. In Sha Allah, mereka yang berhak akan menang !!! 

No comments: