Sunday, August 16, 2009

Yang Di Namakan Ratu Rock Negara...


Ini untuk bahan bukti saja yang saya memang sampai ke The Mist, Bangsar.

Juru Gambar Profesional kami.... Tapi punya laa susah nak dapat gambar dari si SpiderX ni....

Cute yang baru pertama kali mencuba kamera SLR Canon E 500 yang baru dibelinya...









Ini cuma selingan (selain Hanya Kawan, klip dari Bayangan Maut & Pemburu Bayang juga di tayangkan).



Ella & Korie verduet untuk dua buah lagu. Smell Like Teen Spirit & Pergilah Sayang







Alamak... terjumpa pulak Si Aizuddin dan rakan-rakan sebelum balik.



Nota Jase :
Saya mula kenal dengan nama Ella rasanya ketika tahun 1984 ataupun 1985. Ketika itu, salah seorang 'classmate' saya amat meminati Ella sehingga sanggup menggunting gambar beliau untuk dilekatkan di sebelah gambar Ella yang disiarkan di URTV. Dahsyatkan. Ella mula dikenali semasa Battle of The Bands. Ketika itu Ella & The Boys. Ketika dia mula melangkah menjadi penyanyi solo (dengan Warner Music - WEA ketika itu) barulah saya meminati sedikit Ella. Tetapi lagu yang mengubah persepsi saya terhadap Ella lantas terus meminati beliau ialah Cinta Selembut Sutera (bestkan lagu ni?). Dan... album 30110 & ELLA USA memang SUPERB !!! Rasanya Ella adalah satu-satunya artis Malaysia yang memiliki dua album killer yang terjual lebih daripada 300, 000 unit setiap satu. Belum ada mana-mana artis Malaysia yang memiliki 2 zaman kemuncak. Malah album comeback beliau 'Tanda Tanya' adalah album yang paling laris di Malaysia pada tahun album tersebut di keluarkan. Ella juga termasuk dalam kumpulan penyanyi yang memiliki lagu Patriotik Evergreen selain Allahyarham Sudirman, Francisca Peters, Roy, Kumpulan Harmoni & Rohana Jalil/Norsheila Amin. Lagu Patriotik beliau telah berusia lebih 10 tahun (Ingat... Standing In the Eyes of the World? Ya... lagu sempena Sukan Komanwel ke 10 di Kuala Lumpur pada tahun 1998).

Saya sebenarnya baru pulang dari The Mist Bangsar. Ella sebenarnya telah mengadakan Mini Konsert untuk Promosi Canon Power Shot; di mana Ella adalah Jurucakap bagi produk tersebut. Sesuai dengan temanya People & Places, Ella telah menyampaikan lagu-lagu malar segar yang membuatkan saya tak senang duduk ingin ikut menyanyi dan menari. Persembahan di mulakan dengan lagu PPP. Antara lagu-lagu lain yang dinyanyikan oleh Ella ialah Layar Impian, Rama Rama, Permata Biru, Sembilu, Pengemis Cinta, Kesal, Pergilah Sayang dan tidak lupa single terbaru Ella Puisi Hamba. Saya kira lagu Jiwa Setia telah dijadikan lagu Power Shot. Persembahan bermula jam 8.45 malam dan tamat kira-kara jam 10.30 malam.

Persembahan yang amat bertenaga. Saya amat enjoy. Begitu juga Cute, SpiderX & Lisa.Ella kurang bercakap dan banyak nyanyi. Memandangkan ini adalah persembahan promosi Power Shot maka Ella mengambil kesempatan untuk mengambil gambar peminat yang hadir dari atas pentas dengan menggunakan kamera Canon Power Shot A2100 (yang saya juga merancang untuk memilikinya) !!! Meskipun begitu saya terpaksa membayar RM15 untuk parkir kereta kerana tempat parkir memang kurang lantas harga melompat-lompat. Side track nampak....

No comments: