Satu Malaya dah tahu yang pasangan Vee & Shidi telah menjadi Juara Pertama Sehati Berdansa mengalahkan Anne & Wafi (yang saya hadiri majlis perkahwinan mereka - masih ingatkah mereka pada saya?). Sebenarnya dari awal lagi juga saya berharap agar Vee - Shidi yang memenangi program realiti ini. Meskipun begitu, harapan hanya harapan sebab sudah tentu saya tidak akan menghantar sms undian lagi (selepas AF3). Tiada apa yang boleh saya komen, sayapun bukannya pandai menari. Tapi persembahan joget dan samba Vee & Shidi malam itu memang superb dan mereka deserve to win sebab persembahan yang amat konsisten dari minggu pertama.
Ebi? Berpakaian ala-ala Mawi? Dah tukar genre muzik? Takkan pakai macam ni datang tegok Sehati Berdansa? Hmm.... Tapi tak nampakpun dalam TV. Sebenarnya Ebi telah mengganti Mawi untuk lagu Al-Jannah bagi Final Nasyid Minggu Ini yang dijalankan serentak dengan Festival Nasyid Kebangsaan. Kebetulan 29 Disember 2007 yang lalu merupakan raptai penuh program tersebut yang juga di adakan di PICC (Dewan 3 kalau tak silap saya). Apa lagi sayapun ambil kesempatanlah untuk bergambar dengan beliau setelah habis raptai. Nak tahu apa kata Ebi.... "Saya baru tahu pagi ini bang terpaksa gantikan Mawi, Saya pulak ada problem suara ni, sakit tekak". Saya saja usik, kalau menang hadiah nak bahagi dua ngan Mawi ker.... Ahaks...." Jawabannya... rahsia !!! Eh, Ebi menang tak?
Sempat lagi saya bergambar dengan wakil daripada persatuan Orang Kerdil SeMalaysia. Dimana Rai dan Zain adalah pasangan yang mewakili persatuan ini. Sebenarnya mereka tenagh dok sakan bergambar, saya pun mintak ler kebenaran nak join... Hahahah. Malang sekali Rai & Zain cuma mampu sampai ke top 4 sahaja. Apa-apapun, memang sporting mereka ni.
Akhir sekali.... pasangan yang tengah bahagia ni and very the loving couple (sampai ada kawan saya yang jatuh cinta dengan Suhaimi.... hahahaha... lariiiikkkk). Suhaimi yang saja ketemu ketika beliau menghantar Ina ke surau. Sempat lah saya hijack Suhaimi untuk bersembang... lepas Solat Maghrib saya sambung lagi sembang dengan Suhaimi, kali ini Ina join sekali. Hahahaha.... Apa butir bicara kami? Hmm.... Suhaimi sekarang mengajar di Gombak, Ina mengandung, Lagu Suhaimi juga bertanding di Festival Nasyid Kebangsaan, nanti Juara Nasyid IKIM pun dia akan bertanding - pesona Zulaika, Apa kereta yang mereka pakai? Itu saja....
No comments:
Post a Comment