Friday, January 4, 2008

Jom Bersantai...

Jom bersantai di Laman Santai KEKKWA setiap Sabtu bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam di Laman Beringin (di Perkarangan di antara Istana Budaya dan Balai Seni Lukis). Pelbagai juada dan persembahan menanti kita. Jom pi ramai-ramai...

Wednesday, January 2, 2008

Siapa Yang Saya Ketemu Semasa Malam Kemuncak Sehati Berdansa?


Satu Malaya dah tahu yang pasangan Vee & Shidi telah menjadi Juara Pertama Sehati Berdansa mengalahkan Anne & Wafi (yang saya hadiri majlis perkahwinan mereka - masih ingatkah mereka pada saya?). Sebenarnya dari awal lagi juga saya berharap agar Vee - Shidi yang memenangi program realiti ini. Meskipun begitu, harapan hanya harapan sebab sudah tentu saya tidak akan menghantar sms undian lagi (selepas AF3). Tiada apa yang boleh saya komen, sayapun bukannya pandai menari. Tapi persembahan joget dan samba Vee & Shidi malam itu memang superb dan mereka deserve to win sebab persembahan yang amat konsisten dari minggu pertama.






Ebi? Berpakaian ala-ala Mawi? Dah tukar genre muzik? Takkan pakai macam ni datang tegok Sehati Berdansa? Hmm.... Tapi tak nampakpun dalam TV. Sebenarnya Ebi telah mengganti Mawi untuk lagu Al-Jannah bagi Final Nasyid Minggu Ini yang dijalankan serentak dengan Festival Nasyid Kebangsaan. Kebetulan 29 Disember 2007 yang lalu merupakan raptai penuh program tersebut yang juga di adakan di PICC (Dewan 3 kalau tak silap saya). Apa lagi sayapun ambil kesempatanlah untuk bergambar dengan beliau setelah habis raptai. Nak tahu apa kata Ebi.... "Saya baru tahu pagi ini bang terpaksa gantikan Mawi, Saya pulak ada problem suara ni, sakit tekak". Saya saja usik, kalau menang hadiah nak bahagi dua ngan Mawi ker.... Ahaks...." Jawabannya... rahsia !!! Eh, Ebi menang tak?





Sempat lagi saya bergambar dengan wakil daripada persatuan Orang Kerdil SeMalaysia. Dimana Rai dan Zain adalah pasangan yang mewakili persatuan ini. Sebenarnya mereka tenagh dok sakan bergambar, saya pun mintak ler kebenaran nak join... Hahahah. Malang sekali Rai & Zain cuma mampu sampai ke top 4 sahaja. Apa-apapun, memang sporting mereka ni.






Akhir sekali.... pasangan yang tengah bahagia ni and very the loving couple (sampai ada kawan saya yang jatuh cinta dengan Suhaimi.... hahahaha... lariiiikkkk). Suhaimi yang saja ketemu ketika beliau menghantar Ina ke surau. Sempat lah saya hijack Suhaimi untuk bersembang... lepas Solat Maghrib saya sambung lagi sembang dengan Suhaimi, kali ini Ina join sekali. Hahahaha.... Apa butir bicara kami? Hmm.... Suhaimi sekarang mengajar di Gombak, Ina mengandung, Lagu Suhaimi juga bertanding di Festival Nasyid Kebangsaan, nanti Juara Nasyid IKIM pun dia akan bertanding - pesona Zulaika, Apa kereta yang mereka pakai? Itu saja....






Coretan Pertama di Tahun 2008

Hari pertama bekerja bagi tahun baru 2008. Perasaan sebenarnya bercampur baur. Malas ada, nak beresolusi baru pun ada juga. Saya datang lewat hari ini, bukan sengaja tetapi saya perlu ke Putrajaya dahulu. Ada tugas rasmi, bukan personal pun. Selesai tugas di Wisma Putra, dalam perjalanan ke opis sempat lagi bayar kad kredit yang dah lama tertangguh tu... bank apa lagi kalau bukan Alliance Bank (semalam saya ke Puchong nak buat payment... malangnya mesin tak dapat keluarkan resitlah pulak, tak jadi bayarlah - nak ada rekod jugak kan), isi minyak (RM 20 jer... kan sekarang PETRONAS ada contest baru) dan sarapan kat BTR (sempat lagi tuu). Sampai opis aroun 10.45 pagi, kira oklah tuu...
Banyak juga kerja menunggu, especially kena baca e-mel dari customerlah. Macam-macam, semua nak penghantaran cepat. Baca dan balas dan make arrangement with my colleague kat distribution. Habis. Oppss... lupalah pulak, my Fulfilment Report for December 2007 belum di forward pada all the bosses. Hmm... tup-tup dapat mesej from my clerk yang ada last month punya shipment to India tak dapat load all requirement due to space constraint. Alamak, I need to convince customer to cancel the order or defer deadline before finalise the reportlah; kalau tak tak dapatlah 100 % for 4th consecutive months. By 3.37 pm dapat GREEN Light from India... selamat, TERCAPAI IMPIAN.
Lunch time, go out with Dzul... hmmm seperti biasa kalau kuar ngan Dzul means Hana tak akan ikut... opis politik nii... May be esok kena kuar ngan Hana ngan Fiza lah pulak, to be fair... amboi-amboi-amboi. Lepas tu gi Fitness First (malu nak cakap) untuk freezekan membership from February to April 2007. Tak larat nak bayar dah nii.... dan I have other plan nak masuk gym lain yang lebih murah dan dekat ngan rumah... hahaha. Bila nak dapat 6 packs ni? My the next step is... to join the new club for trial periodlah pulak.... Kali ni kena buat betul-betulah kan.
OOppsss... nak sambung kerja. Nanti kita coret lagi ya... !