Monday, August 27, 2007

(7) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Mug Malaysiaku Gemilang


RASA Medan Selera - Food Arena juga tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan ke 50 tahun ini. RASA ada dua lokasi di Kuala Lumpur, satu di Alamanda Putrajaya dan satu lagi di Suria KLCC.
Jika ingin minum 'air kemerdekaan'bolehlah membeli Mug Malaysiaku Gemilang Edisi RASA ini. Tak mahal, cuma RM4.00 sahaja. Sayapun tidak ketinggalan membeli satu. Lain kali mungkin boleh beli lagi, manalah tahu jika ingin menghadiahkan kepada teman-teman di luar negara !!!

Friday, August 24, 2007

(6) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Kad Touch N Go Edisi Terhad Sempena 50 Tahun Kemerdekaan


Isnin lalu Touch N Go telah melancarkan Kad Touch N Go Edisi Terhad Sempena 50 Tahun Kemerdekaan. Kad Istimewa ini menggunakan Imej 'Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957'. Gambar yang usianya bakal mencecah 50 tahun.
Berhari-hari saya cuba mendapatkannya; baru tengah hari tadi berjaya memilikinya. Kad Istimewa ini cuma dijual di Touch N Go Hub di Kl Sentral. Dalam perjalanan untuk Solat Jumaat di Masjid Jamek; saya dan Jian telah melencong ke Kl Sentral. Kad ini berharga RM20 di mana RM10 harga kad & RM10 'top-up'.
Tidak ramai yang mengumpul Kad Touch N Go. Ada juga rakan-rakan yang pelik kenapa saya beria-ia sangat ingin memiliki kad istimewa ini. Tapi saya rasa berbaloi jika kita memiliki edisi terhad ini; kerana ia dilancarkan selaras dengan sambutan kemerdekaan. Setakat ini saya telah memiliki 4 Kad Touch N Go sebenarnya. Versi Original, versi Kad Kopetro, versi Edisi Terhad Visit Malaysia Year -Millions of Colours dan yang terbaru Edisi Kemerdekaan. Semuanya masih aktif digunakan. Satunya telah dihadiahkan buat yang tersayang.
Bagi saya; imej pengisytiharan kemerdekaan ini amat unik dan menarik. Jika kita lihat tangan Almarhum YTM Tunku semasa melafazkan 'Merdeka'; tangannya lepas (seperti mengangkat sumpah) - yang menandakan kita bebas dari penjajahan British. Sekarang ini jika kita melafazkan 'Merdeka' setiap kali ulang tahun kemerdekaan, tangan/jari-jemari harus digenggam - menandakan kemerdekaan mesti dipertahankan. Itulah simboliknya.

Thursday, August 23, 2007

MY NEW POP ANTHEM FOR 2007 - “SORRY, BLAME IT ON ME” BY AKON


Sorry, Blame It On Me"
As life goes on I’m starting to learn more and more about responsibility
I realize everything I do is affecting the people around me
So I want to take this time out to apologize for things I have done
And things that have not occurred yet
And the things they don’t want to take responsibility for
I’m sorry for the times I left you home
I was on the road and you were alone
I’m sorry for the times that I had to go
I’m sorry for the fact that I did not know
That you were sitting home just wishing we
Could go back to when it was just you and me
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times I disrespect
I’m sorry for the wrong things that I’ve done
I’m sorry I’m not always there for my son
I’m sorry for the fact that I'm not aware
That you can’t sleep at night when I am not there
Because I am in the streets like everyday
Sorry for the things that I did not say
Like how you are the best thing in my world
And how I'm so proud to call you my girl
[Bridge]
I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it’s just a shame on me
I’ll be the reason for your pain and you can put the blame on me
[Chorus]
You can put the blame on me [4x]
Said you can put the blame on me [3x]
You can put the blame on me
Sorry for the things that he put you through
And all the times you didn’t know what to do
Sorry that you had to go and sell those packs
Just trying to stay busy till you heard from Dad
And you would rather be home with all your kids
As one big family with love and bliss
And even though Pops treated us like kings
He got a second wife and you didn’t agree
He got up and left you there all alone
I’m sorry that you had to do it on your own
I’m sorry that I went and added to your grief
I’m sorry that your son was once a thief
I’m sorry that I grew up way too fast
I wish I would’ve listened and not be so bad
I’m sorry your life turned out this way
I’m sorry that the FEDS came and took me away
[Bridge]
I’m sorry that it took so long to see
They were dead wrong trying to put it on me
I’m sorry that it took so long to speak
But I was on tour with Gwen Stefani
I’m sorry for the hand that she was dealt
For the embarrassment that she felt
Just a little young girl trying to have fun
Her daddy should never let her out that young
I’m sorry for Club Zen getting shut down
I hope they manage better next time around
How was I to know she was underage
In a 21 and older club they say
Why doesn’t anybody wanna take blame
Verizon backed out disgracing my name
I’m just a singer trying to entertain
Because I love my fans I’ll take that blame
Even though the blame’s on you [3x]
I’ll take that blame from you
And you can put that blame on me [2x]
You can put that blame on me
And you can put that blame on me
geovisit();
Nota Jase :
Bukan mudah untuk kita meminati sesebuah lagu dengan cuma sekali sahaj mendengarnya. Tapi Akon kali ini telah berjaya melakukannya, sekurang-kurangnya telah melakukan untuk saya. Cuma sekali dengar saya sudah jatuh cinta dengan lagu ini, melodinya - suaranya - liriknya; semuanya saling melengkapi. Maka saya isytiharkan "Sorry, Blame It On Me' sebagai 'My Pop Anthem for 2007'. Lagu yang dicipta selepas 'incident' yang berlaku di Club Zen, Trinidad ini memang betul-betul melambangkan kemurnian hati Akon memohon maaf. Jika di amati liriknya - juga turut menyentuh perkara-perkara yang pernah berlaku dalam hidup akon. Jika ada yang belum memiliki album Akon - Konvicted. Bolehlah dapatkan edisi Platinum ini yang menyenaraikan 3 lagu bonus termasuk lagu ini. Eh.... bila saya nak tulis pasal Konsert Akon di Cyberjaya ni??

Wednesday, August 22, 2007

(5) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Pakailah Unity Band !!!

UB50 @ Unity Band "Malaysia Tanah Airku" "I Love MY"
Pernah nampak tak Band ni? Inilah yang dinamakan Unity Band 50 @ UB50. Cantik dan menarik kan? Merahlah pulak tu. Saya dapat UB50 ni semasa menonton Smack That Party – Akon Live In Malaysia hari Ahad, 19 Ogos yang lalu kat Cyberjaya (Ingat nak buat posting pasal konsert tu… tunggulah bila ada mood…). Apa yang menariknya UB50 ni? Kenapa kita patut pakai untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan ini?

Begini ceritanya… UB50 adalah symbol yang menjelaskan mengenai ciri-ciri mengenai kepelbagaian, bersatu sebagai Warganegara Malaysia. Sebagai tanda yang menunjukkan ciri-ciri keunikan kita sebagai rakyat Malaysia. Warna merah pula melambang darah yang mengalir dalam urat nadi kita. Meskipun kita berbeza bangsa, agama dan kepercayaan; satu faktor yang menyatukan kita semua ialah kita adalah rakyat Malaysia.

Sempena dengan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 Tahun, marilah kita ramai-ramai memakai UB50 bagi meraikan keunikan kita Bangsa Malaysia dengan semangat Bersatu @ Unity.

Personality Selebriti mana yang telah memakai UB50 ini? “Duracell Bunny” @ Nicol David adalah salah seorang personaliti yang bukan sekadar menyokong projek UB50 tetapi juga memakainya !!! Yang lain-lain tuu…. Saya nak kena survey lagi…. Ahaks.

Maklumat lanjut ??? e-mel saja kepada
ask@ub50.com.my atau layari laman web www.ub50.com.my

Kat mana pula nak dapat UB50 ni? Hmm… hubungi Hitz.fm, Era.fm, Mix.fm, Lite.fm, Thr.fm

Lagi satu….. kita boleh daftar our UB50, saya pun nak daftar my UB50. No Siri saya ialah 0553079. Bila nak surf nii…?

Nicol David dengan Unity Bandnya...:)


Sunday, August 19, 2007

(4) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Beli CD Lagu-Lagu Patriotik dan Putarkanlah..!!!


Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini saya pun sudah mula memutarkan lagu-lagu patriotik samada di kereta ketika memandu ataupun di 'laptop' sambil bekerja. CD 'Keranamu Malaysia' ini saya beli tahun lalu. Selaras dengan Tema Hari Kemerdekaan ke 49; Keranamu Malaysia. Jika ada yang ingin membeli CD tersebut tahun ini, EMI ada mengeluarkan kembali CD ini dalam bentuk 'Repackage' ini dengan nama baru iaitu 'Malaysiaku Gemilang'; sesuailah dengan Tema Hari Kemerdekaan ke 50 - Malaysiaku Gemilang. Tahun lepas harganya RM24.90, yang bagusnya tahun ini dah turun harga - RM19.90 sahaja. Hebat Tawarannya...
Antara lagu-lagu patriotik menarik dan malar segar dalam kompilasi ini termasuklah 31 Ogos (Sudirman); Warisan (Sudirman); Saya Anak Malaysia (dR Sam); Standing in Eyes of the World (Ella); Taman Rohani (Hillary feat Saleem & Arab) dan Radio Malaysia (Sudirman).
Setahun sekali layan lagu Merdeka.... apa salahnya !!!

Saturday, August 18, 2007

(3) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Mengingati Kembali Tema-tema Hari Kebangsaan Sejak 1970

Tema bagi Hari Kebnagsaan mula diperkenalkan sejak sambutan pada tahun 1970. Sejak itu berbagai tema telah digunakan. Yang paling menarik ialah penggunaan tema "Keranamu Malaysia"; yang digunakan sebanyak 7 kali dari tahun 2000 - 2006. Antara tema yang saya paling ingat pula ialah tema bagi tahun 1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju. Sambutan Kemerdekaan bagi MRSM Utara ketika itu di adakan di MRSM Berseri, Perlis dimana saya telah mewakili Kontingen MRSM Kulim. Kami telah membuat Persembahan Sajak Patriotik dan juga saya mewakili MRSM Kulim dalam Pertandingan Berbalas Pantun.
Jika ada tema, mesti ada Lagu Temanya juga. Selain lagu 'Keranamu Malaysia' yang sebati dengan jiwa kita, saya juga amat meminati Lagu Tema Hari Kebangsaan 1986 - 'Bangsa Tegas Negara Teguh'.
Berikut saya senaraikan Tema-Tema Hari Kebangsaan yang telah digunakan sejak 1970 hingga 2007. Manalah tahu jika ada Kuiz Nasionalisme; bolehlah rujuk di sini. Tak gitu?

Tema Hari Kebangsaan 1970 – 2007

1970 - Muhibah dan Perpaduan
1971 - Masyarakat Progresif
1972 - Masyarakat Adil
1973 - Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 - Sains Dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 - Masyarakat Berdikari 1976
1976 - Ketahanan Rakyat
1977 - 20 Tahun Bersatu Maju
1978 - Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 - Bersatu Berdisiplin
1980 - Berdisiplin Berbakti
1981 - Berdisiplin Berharmoni
1982 - Berdisiplin Giat Maju
1983 - Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 - Amanah asas Kejayaan 1985
1985 - Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 - Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 - Bersatu
1989 - Bersatu
1990 - Berjaya
1991 - Wawasan 2020
1992 - Wawasan Asas Kemajuan
1993 - Bersatu Menuju Wawasan
1994 - Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 - Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 - Budaya Penentu Kecapaian
1997 - Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 - Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 - Bersatu Ke Alaf Baru
2000 - Keranamu Malaysia
2001 - Keranamu Malaysia
2002 - Keranamu Malaysia
2003 - Keranamu Malaysia
2004 - Keranamu Malaysia
2005 - Keranamu Malaysia
2006 - Keranamu Malaysia
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG

Friday, August 17, 2007

(2) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Membeli Kemeja T Yang Bertemakan Hari Kemerdekaan ke 50 Tahun


Baiknya juga sekali sekala membeli Kemeja T yang bertemakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 50. Tapi... janganlah membeli saja, perlulah dengan bangga menggayakannya juga. Saya kira makin banyak syarikat yang mengeluarkan kemeja T baik berkolar ataupun tidak berkolar bagi sama-sama meraikan kegemilangan ini; dan DFP dan MPO juga tidak ketinggalan. Aahh... ada yang tak tahu apa itu DFP & MPO.... hmmmm.... DFP ialah Dewan Filharmonik PETRONAS sementara MPO pula ialah Malaysian Philharmonic Orchestra.
MPO tahun ini menyambut ulang tahun kesepuluh, selain daripada mengadakan konsert-konsert hebat, MPO juga mengadakan jualan murah juga di perkarangan antara Menara 1 dan Menara 2, Menara Kembar PETRONAS. Sayapun ambil peluang untuk membeli t-shirt, payung, mug dan keychain. Kira memborong jugaklah.... Jika membeli lebih daripada RM40, maka kita akan dihadiahkan dengan satu (1) tiket persembahan. Hebatkan....:)
Apa-apapun, saya masih mencari masa yang sesuai untuk menggayakan t-shirt sambutan Kemerdekaan ke 50 Tahun ini.... kena tunggulah masa dan ketikanya.

Thursday, August 16, 2007

(1) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Memahami Tema & Logo Sambutan Kali Ini





Pagi tadi saya ada terbaca dalam sebuah blog yang menulis tentang 50 perkara yang boleh dilakukan untuk menyambut 50 tahun Kemerdekaan Malaysia. Saya pun turut teruja sama untuk menulis tentang apa yang saya boleh lakukan untuk menyemarakkan lagi sambutan yang gemilang ini.


Pertama sekali saya perlu memahami dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan mengenai logo dan Tema Sambutan Kemerdekaan ke 50 tahun ini.


Tema Sambutan Kemerdekaan ke 50 tahun ini ialah "MALAYSIAKU GEMILANG" (yang perlu disebut mengikut nada lagu rasmi sambutan kali ini..:))


Sementara rasional kepada rekabentuk logo ini yang diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar, bendera kebanggaan kita. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan kita kepada Malaysia.

Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang pula angka kosong, maka hasilnya angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.

Bahagian di hujung angka 5 adalah stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan kita bersama.

Dasar logo adalah bulat ‘italic’ ke kanan melambangkan dinamiknya kemajuan yang pesat yang dialami oleh Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan.

Bentuk bulat juga melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.

Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia.


Warna biru bermaksud perpaduan rakyat.


Warna kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.


Sama-samalah kita Menggemilangkan Malaysiaku Gemilang !!!

Wednesday, August 15, 2007

Pantun-Pantun Klasik Saya....

Main Sempua Atas Jambatan
Buah Delima Masih Di Tangan
Pengalaman Ketua Jadikan Ikutan
Ilmu Di Dada Jadikan Amalan

Medang Sila Cantik Buahnya
Jangan Dituba Ikan Bawal
Luaskan Minda, Tunjangkan Fakta
Timbangkan Rasional, Emosi Dikawal

Batang Jati Dibuat Titi
Mengkudu Dipetik Buat Hadiah
Dalam Diri Perlu Berbudi
Bagaikan Putik Menjadi Buah

Pohon Kundang Bercabang Empat
Buat Bekal Ke Kuala Derga
Resmi Seorang Ahli Korporat
Kailnya Sejengkal Lautan Diduga

Pohon Jati Tumbuh Di Rimba
Dahan Bercabang Jatuh Tercampak
Biarkan Berbudi Di Tempat Kerja
Duduknya Canggung, Berdirinya Tegak

Cahaya Kandil Bunga Senduduk
Melur Juga Dicari Dara
Jika Kecil Usah Menunduk
Jika Besar Usah Melanda

Kain Cindai Cantik Laksana
Jahit Langsir Di Waktu Senja
Kepalang Kita Mula Bekerja
Pasir Sebutir Jadikan Permata

Hendak Kubawa Sampan Kolek
Simpang Kuala Tanah Seberang
Mana Mungkin Ikhtiar Bergolek
Akal Pula Takkan Melayang
Nota Jase :
Entah bila saya karang pantun-pantun inipun saya tak ingat, tiba-tiba saja terjumpa di dalam laci meja di stor saya... elok juga dikongsi bersama... agar ada faedahnya.

Monday, August 13, 2007

Pantun-Pantun Nikah


SIRIH ADAT DIJUNJUNG SEDIA
GUBAHAN OLEH ANDAM BERADAT
JUADAH HIDANGAN TELAH TERSEDIA
JEMPUT PENGANTIN MAKAN BERADAT

BELACAN UDANG TANJUNG DAWAI
IKAN MASIN MASIH DIJEMURAN
KELUARGA YANG JAUH SUDAHLAH SAMPAI
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN

TERBANG SEKAWAN SI ANAK PUNAI
BURUNG SERULING MUKA MERAH
JEMPUT PENGANTIN MAKAN BERDAMAI
MARI MULAKAN DENGAN BISMILLAH

JONG PERAK NAKHODA KEMUDI
JONGOK BATU TEMPAT MENUMPANG
ABANG BERBUDI ADIK BERBUDI
DARI BUDI TIMBULNYA SAYANG

SAYANG SI RUMIA HATINYA CEKAL
DARI BUKIT TURUN KE DAERAH
ABANG DAH KASI EMAS SEJENGKAL
HARI INI KITA BERNIKAH

AJONG PERAK LAYAR KESUMBA
LAYAR KESUMBA SAMPAI KE MUARA
ABANG BERCINTA ADIK BERCINTA
KE JINJANG PELAMIN KITA AKHIRNYA

MAIN PANAH TANAH SEBERANG
HAJAT SAMPAI JARI SEPULUH
ADIK BERDOA UMUR PANJANG
SELAGI HAYAT KITA BERJODOH

MINUM SERBAT DI HUJUNG WARONG
TAMBAH MANAS SIRA GULA
JIKA ADINDA BERANAK SULONG
BERTEMU KEKANDA PUTERA BONGSUNYA

KAIN BIRU JADI PEMIDANG
KAIN DI JAHIT LIPAT TEPI
JAUH SUNGGUH TETAMU DATANG
TERIMA KASIH SEIKHLAS HATI

DALAM KENDI KAIN BERLIPAT
DITAMBAH PULA HARUM KASTURI
ANDAI BETUL ABANG NAK IKAT
IKAT ADINDA SAMPAI KE HATI

ANYAM KETUPAT TEBAKUL BARU
SAMBIL MENYAMYAM DUDUK BERSIMPUH
JIKA KASIH TELAH BERPADU
IKHLAS DI HATI TERPANCAR SUNGGUH

MALAM INDAH BINTANG MENINGGI
BINTANG KEJORA CAHAY BERLEKOK
JUMPA SEKUNTUM BUNGA YANG WANGI
LANTAS KU TURUT SAMPAI KE POKOK

ABANG BERPANTUN ADIK BERPANTUN
TIADA KALAH TIADA MENANG
KAMI MENYAMBUT SUSUN MENYUSUN
SAMA RAIKAN PENGANTIN DATANG

DALAM PETI BUNGA CEMPAKA
BUNGA MELOR DI TENGAH LAMAN
KASIH SAYANG SAMA DICIPTA
JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN

BULAN MENGAMBANG DI MALAM HARI
CAHAYA SINGGAH, DATARAN PULAI
MAJLIS GAHARI INDAH BERSERI
SAMA MENYAMBUT PASANGAN MEMPELAI

PANJATKAN SYUKUR, RABUL ALAMIN
MENADAH TANGAN PENUH KEPASRAHAN
MEMPELAI TERSENYUM DI ATAS PELAMIN
SAMA CANTIK SAMA PADAN

PERAHU SINGGAH, MUATAN SARAT
EMAS PERAK, INTAN PERMATA
IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT
DALAM KUALI BERTEMU JUA

KANAK-KANAK MAIN SEMPUA
MAIN SEMPUA BERSAMA-SAMA
DAHULU SEORANG KINI BERDUA
SUSAH SENANG HIDUP BERSAMA

INDAHNYA MALAM LANGIT BERCAHAYA
SINAR BINTANG TAMPAK BERSERI
ASAL KENAL MULA BERMESRA
CINTA BERSEMI MENGIKAT JANJI

PESTA TAMU TEMPAT BERTEMU
SAMBIL MENJAJA BERAMAH MESRA
HATI BERTEMU JANJI DIPADU
SELANJUR BERCINTA BERUMAH TANGGA

MAIN RODAT DI KUALA DIPANG
DIPANGGIL AYAH BERTALU-TALU
SAHUT-SAHUTAN PALUAN KOMPANG
KEDUA MEMPELAI TERSENYUM MALU

PERAWAN JAWA JANGAN BERGUNDAH
TERUNA KEDAH MENGHULUR TEPAK
MANISAN, BUAH, SIRIH DIPERSEMBAH
ADAT DIJUNJUNG DIPINGGIR TIDAK

BUNGA MELOR DIHUJUNG DAHAN
TEPIAN KALI, SEPARAK JEJAWI
MARI MEMANJAT DOA KESYUKURAN
SEGALA ADAT SEMPURNA KINI

AYAH DAN IBU SELALU BERPESAN
ANAK MENANTU SAMA DIINGATKAN
SUAMI ISTERI BERKASIH KASIHAN
BERKASIH SAYANG SESAMA INSAN
Kepada rakan-rakan pembaca blog saya yang ingin menggunakan pantun-pantun ini untuk majlis perkahwinan masing-masing , keluarga terdekat atau rakan-rakan; saya izinkan. Kalau sudi berilah kredit untuk saya.

Sunday, August 12, 2007

Perdu Batu Seremban


Saya sempat pulang ke kampung pada 10-12 Ogos. Memandangkan kedua orang tua saya berada di rumah saya hampir seminggu, saya mengambil kesempatan untuk menghantar mereka pulang ke kampung Jumaat lalu. Kami sampai di kampung saya di Kulim, Kedah lebih kurang jam 4 pagi, 11 Ogos 2007. Perjalanan yang amat mencabar memandang sebelum itu saya perlu mengambil Angah saya di Genting Highland juga. Kami menuruni Genting melalu Batang Kali, cuma masuk semula ke Lebuhraya PLUS di Tanjung Malim.
Semasa lepak-lapak bersama emak sambil mengait buah rambutan di laman rumah di kampung; yang sudah tiba hujung musim sempat saya mengambil gambar bekas pokok pulasan yang kini cuma tinggal perdunya sahaja setelah di tabang oleh emak semasa ingin membuat paga batu baru. Kini perdu pulasan itu di jadikan sokongan untuk pokok-pokok orkid. Sayang sekali, jika tidak tentu saja saya dapat merasa lagi buah pulasan hasil usaha saya. Apa yang menggamit memori saya ialah pokok pulasan ini adalah hadiah kemenangan saya sebagai Juara Pertandingan Batu Seremban semasa Pesta Konvo UPM tahun 1991 semasa saya baru menjejakkan kaki ke sana. Meskipun tinggal perdu sahaja, kenangan ini adalah manis setiap kali pulang ke kampung. Kali terakhir saya memenangi pertandingan batu seremban ialah dalam tahun 2002 di TIKA 2002 di PERMATA, Bangi. Teringin juga nak masuk lagi pertandingan rakyat ini...