Thursday, August 31, 2006

Keranamu Malaysia... Standing In The Eyes Of The World

Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat Malaysia di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Banyak manfaat yang boleh dipelajari jika melawat rumah bersejarah ini. Tun juga yang telah berjaya membawa Sukan Komanwel ke Malaysia.


Standing In The Eyes Of The World
(Wah Idris & David Gates/Habsah Hassan/Ella)


Pahit getir Hidup Dan Pengorbanan
Terpaksa Di Hadapi Demi Kejayaan
Terdidik Sejak Mula, Tabah Berusaha
Tanpa Cuba Melangkah Tak Kemana
Di Mana Kau Berada
Pencapaian Tak Tiba Dengan Mudah

Kini ‘Standing In The Eyes Of The World’
Hanyalah Selangkah Dari Nyata
Keazaman Membara Di Jiwa
Menanti Saat Bebas Merdeka
Tiba Masa Kau Melangkah Gagah
Bersemangat Ke Arah Matlamat Sedaya Upaya
Engkau Terunggul
Wajar ‘Standing In The Eyes Of The World’

Harapan Yang Pernah Terkulai Layu
Kembali Segar Mekar Bawah Bayanganmu
Setiap Manusia Ingin Berjaya
Namun Tak Semua Miliki Tuah
Engkau Menghampirinya
Kesempatan Telah Pun Tiba

Nota Jase :
Lagu ini memang berhantu. Menduduki Tangga ketiga di dalam senarai lagu patriotik saya. Masih segar diingatan tika pertama kali saya mendengar lagu ini ialah ketika Perasmian Kompleks Sukan Bukit Jalil dalam Tahun 1998. Intronya sahaja sudah memukau. Ditambah dengan bait-bait liriknya yang begitu indah namun bersahaja dan mudah difahami. Diiringi pula dengan lunaknya suara Ella. Semua ini adalah kombinasi yang sempurna.
Dalam tahun 1998, antara kenangan manis saya semasa Sukan Komanwel ialah bukan sahaja dapat menyaksikan secara 'live' Pembukaan Rasmi suka tersebut, tetapi juga dapat meihat sendiri final 100 meter lekaki dimana Ato Boldon dari Trinidad & Tobago berjaya menggondol pingat emas !!! Bagi Malaysia tentulah kita masih ingat dimana kita telah berjaya mengaut 10 pingat emas, yang merupakan pencapai terbaik dalam sejarah Sukan Komanwel.
Ella bagi saya adalah antara artis yang paling lengkap. Ada dua album yang jualannya melebihi 300, 000 uni (30110 dan Ella USA). Membintangi filem yang meraih kutipan Box Office (Pemburu Bayang & Bayangan Maut). Memiliki lagu patriotik yang bukan yang dipasarkan sebagai ‘single’ utama untuk sukan Komamwel 1998 di Kuala Lumpur tetapi lagu ini juga amat popular. Pernah merakamkan album di USA, pernah membuat konsert besar-besaran yang dimulakan dengan Ella turun dari sebuah helikopter yang mendarat di Rooftop Lot 10 dan banyak lagi. Antara artis yang paling berjaya membuat ‘comeback’, di mana album ‘Ilham Bicara’ Ella di nobatkan sebagai yang paling laris jualannya dalam tahun 2001 meskipun ketika itu industri seni suara tanah air masih dalam era kesuraman. Lantas apakah lagi yang diingin dikecapi Ella di tanah merdeka ini?

Tuesday, August 29, 2006

Keranamu Malaysia... Warisan

Mawi ketika menyampaikan puisi semasa Malam Puisi Kemerdekaan di Dataran Merdeka anjuran DBKL pada 26 Ogos 2006 yang lalu di mana Mus, Niezam, Cute dan aku turut sama mengecap nikmat merdeka. Sayangnya aku terlupa pula judul sayang yang dideklamasikan oleh beliau.


Warisan
(Syed Haron/Sudirman)


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Yang Murni Abadi Sejati
Di Sini Lahirnya Cita Cita
Bercambah Menjadi Warisan

Andai Ku Terbuang Tak Diterima
Andai Aku Disingkirkan
Kemana Harusku Bawakan
Kemana Harusku Semaikan
Cinta Ini

Bertapak Di Bumi Ini Ku Melangkah
Ke Utara Selatan Timur Dan Barat
Kujejaki

Aku Bukanlah Seorang Perwira
Gagah Menghunus Senjata
Namun Hati Rela Berjuang
Walau Dengan Cara Sendiri
Demi Cinta Ini

Kuingin Kotakan Seribu Janji
Sepanjang Kedewasaan Ini
Kuingin Sampaikan Pesanan
Akulah Penyambung Warisan

Nota Jase :
Dari segi ‘ranking’ lagu patriotik, Lagu 'Warisan' dendangan Sudirman ini menduduki tangga kedua. Indahnya lagu ini adalah kerana ianya persis meluahkan perasan kita sebagai warga negara biasa tetapi begitu bersemangat untuk mengisi kemerdekaan ini dengan sebaiknya. Sememangnya apabila kita mendiami negara yang aman dan makmur lagi maju, tentunya agak sukar bagi kita membuktikan kecintaan terhadap negara ini dengan menghunus senjata menghalau komunis @ penjajah. Lantas apakah lagi yang perlu kita lakukan?

Hebatnya Sudirman pula, kerana sepanjang pengetahuan saya, Allahyarham adalah satu-satunya penyanyi di Malaysia yang mampu menghasilkan satu album penuh memuatkan Lagu-lagu Kemerdekaan & Patriotik dendangan beliau pada tahun 1982 yang berjudul 'Abadi'. Dimana album ini memuatkan Lagu-lagu menarik seperti '30 Ogos', 'Hormatkan Bendera Kita', 'Radio Malaya', 'Bapak' dan sudah tentunya 'Warisan'.

Monday, August 28, 2006

Keranamu Malaysia... Tanah Air

Cikgu Lim Swee Tin, Pensyarah UPM sebenarnya. Dia memang akan 'glamer' setiap kali ulang tahun kemerdekaan tiba. Jika berbicara, loghat 'kelate' beliau jelas sekali... Aku malu akan kehebatan beliau dalam bidang kesusasteraan melayu... Gambar ini di ambil semasa Malam Puisi Kemerdekaan di Dataran Merdeka anjuran DBKL pada 26 Ogos yang lalu.
Tanah Air
(Zubir Ali & Joey/Sasterawan Negara Usman Awang/
Kumpulan Harmoni)

Engkau Tanah Air
Pemilik Perut Yang Berbudi
Penampung Hujan Penyedut Sinar Mentari
Lahirlah Anakmu Dari Semaian Petani

Engkau Ibu Murni
Dengan Jasa Abadi
Berdetik Didenyut Nafas Kami
Kerna Kita Satu Sama Dipunyai

Telah Kau Rasa
Segala Seperti Kami
Dalam Ngeri Perang Dadamu Dibongkar Besi
Di Mana-mana Wajahmu Tak Pernah Mati

Tapi Begitu
Sejarah Hidup Zaman Berzaman
Pernah Merangkul Pahlawan Kemerdekaan
Mereka Sujud Dalam Kaku
Mohon Perlindungan

Bukankah Dengan
Kasih Dan Harapan
Kau Tenggelamkan Meraka Dalam Dakapan
Di Mana Bunga Ganti Nisan Bertaburan

Negara Baru
Di Atas Rongga Jantungmu
Akan Tegak Bertapak Dalam Kebebasan
Cinta Antara Kita Wahyu Dari Tuhan

Nota Jase :
Kumpulan Harmoni dianggotai oleh Zubir Ali, Joey, Jasmin & Azie (ya… isteri kepada Syed Sobri). Album pertama kumpulan ini, yang bertajuk Kumpulan Harmoni diterbitkan dalam tahun 1982 (24 tahun yang lalu !!!). Antara lagu yang begitu mengusik jiwa saya ialah Penantian (lagu cinta yang begitu indah dan melankolik. Ya… lagu yang telah di ‘pontianakkan’ oleh Velvet kerana tidak memahami karektor lagu ini), Doa (dari puisi Chairil Anuar – negarawan dari seberang, Aishah juga pernah merakam semula lagu ini dalam album Aishah Klasik), Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang & Balada Anak Desa.

Lagu yang menjadi lagu tema ('ranking' No 1) saya setiap kali ulang tahun kemerdekaan tiba ialah “Tanah Air” yang di adaptasikan dari puisi indah hasil karya Sasterawan Negara Usman Awang. Saya sebenarnya mula diperkenalkan dengan lagu ini pada tahun 1987 semasa pertandingan lagu patriotik di sekolah saya. Lihatlah pada bait-bait puisi ini yang begitu menusuk kalbu apatah lagi dengan melodi yang begitu meresap kejiwa. Inilah lagu patriotik yang paling melekat dalam jiwa saya. Apakah lagi yang mampu saya katakan jika cinta saya terhadap persada ini adalah wahyu dari tuhan? Sangat indah, tulus, hakiki dan mulia…..

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 49 kepada semua pembaca blog saya. Semoga kita semua dapat mengisi kemerdekaan ini sebaiknya….

Tuesday, August 15, 2006

Malam Ekspresi... Lubnan Gurisan Anak Seni






"Anak-anak seni siramkan air mata di bumi Lubnan"

"Kisah Di Bumi Ambia' - 1 mati, ratusan Siti Aisyah akan terus lahir, 10 mati ribuan Bilal Ibnu Rabah akan terus lahir..."

"Kebiadapan Yahudi adalah kebiadapan syaitan yang menghirup darah anak-anak Lubnan !!!"

"Hati adalah cermin tempat dosa dan pahala bertarung"

Monday, August 14, 2006

FFM KE 19 - Antara Detik & Ketika Dalam Sebuah Sandiwara



Segala teka-teki mengenai filem manakah yang akan dinobatkan oleh PFM & GAFIM sebagai filem terbaik telah terjawab pada 13 Ogos 2006 yang lalu. Ya… Yasmin Ahmad mengulangi kejayaan Sepet tahun lalu dengan mengungguli lagi kali ini dengan filem Gubra. Persoalannya apakah Muhsin dapat melakukan lagi bagi mencipta kejayaan hatrik buat Yasmin tahun hadapan? Biar masa menentukan segalanya, kita sebagai peminat Filem Malaysia cuma perlu tunggu dan lihat sahaja…

Pontianak Harum Sundal Malam 2 (PHSM 2) mendominasi pencalonan akhir dengan melekat pada 14 kategori, diikuti rapat oleh Bilut, Gubra & Castello. Setelah keputusan diumumkan, PHSM membawa pulang, 3 Anugerah iaitu Pengarah Terbaik, Penataan Seni Terbaik & Lagu Tema Asal Terbaik (Ku Seru – Misha Omar). Gubra pula, selain filem terbaik, Amani telah dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik (Yasmin) dan juga Poster Terbaik. Bilut cuma mampu meraih Anugerah Khas Juri dan Skor Muzik Asal Terbaik. The 3rd Generation, filem bahasa mandarin pula berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Harapan Wanita (Carmen Soo), Sinematografi Terbaik & Kostum/Busana Terbaik.

Bagi kategori popular yang dundi peminat melalui SMS, Filem Popular (Gol & Gincu), Pelakon Lelaki Popular (Adam AF2- Main Main Cinta), Pelakon wanita Popular (Eja - Bilut) & Lagu Tema Filem Popular (Hanya Untukmu – Pesona Non Grata yang dinyanyikan oleh Mawi !!!).


Persoalan Yang Berlegar-legar di Kepala Saya.

Filem Terbaik

Secara Peribadi saya melihat Gubra sebagai filem yang agak celaru dan mengelirukan. Ia perlu dihayati sepenuhnya kerana ada dua cerita dalam satu filem. Untuk menafsir Gubra – samada tajuknya sesuai dengan jalan ceritanya pun seperti agak sukar. Itu belum lagi untuk mencari titik pertemuan dua cerita (cerita Muazim/Pelacur & Cerita Orked/Suami) yang bertemu secara ‘simbolik’ dek hayunan buaian. Untuk memilih Bilut – saya belum menonton, meskipun dari ‘cakap-cakap’ akhbar sepeti sebuah drama berat ‘ala-ala dokumentari propaganda kerajaan’ yang juga perlu ditonton oleh rakyat Malaysia – apatah lagi ianya mengenai sejarah peneroka FELDA pertama di Bilut, Pahang.. Buli Balik, sebuah filem ringan sekuel daripada Buli. Menarik, segar dan baru. Pontianak Harum Sundal Malam 2 juga agak mengelirukan dan beberapa ketika is agak ‘over rated’ oleh sesetengah pengkritik filem. Bagi saya ia juga satu karya yang mengharu birukan, macam ada cerita di sebalik cerita. Jika dibandingkan dengan filem yang saya tonton sahaja maka, pilihan saya akan jatuh antara Gubra atau Baik Punya Cilok untuk muncul ‘jogho’.

Pelakon Wanita Terbaik

Berbekalkan sebagai pelakon Terbaik Filem Seram & Fantasi Estapona di Malaga, Sepanyol. (Side track sedikit, mungkinkah Malaga ini asal perkataannya Melaka?) tentunya Maya Karim tampil gagah untuk merebut tropi wayang kulit ini kali ini. Syarifah Amani pula, begitu cemerlang membawa watak Orked dalam Gubra. Beliau juga telah merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita bagi festival yang lalu. Sudah tentu pelakon pujaan saya, Erra Fazira yang menaruh harapan melalui Persona Non Grata. Bagi saya inlah lakonan terbaik Erra setakat ini. Kali ini beliau membawa watak gadis yang hilang ingatan lantas membawa diri ke kota Bangkok dengan berkesan sekali. Pertaruhan saya, antara Amani dan Erra. Dan Amani telah dinobatkan malam Isnin lalu.

Tentu ada yang akan bertanya apa komen saya terhadap apa yang telah dicakapkan oleh Amani ketika menerima anugerah? Bagi saya mudah sahaja – untuk mengatakan ‘I sound stupid if I speak Malay’ adalah tidak wajar. Jika ingin menggunakan bahasa Inggeris – cakap sahaja, tak payah sebut apa-apa. Memandangkan beliau berlakon di dalam Filem Melayu, adalah tidak ada sebab yang konkrit mengapa beliau perlu mengeluarkan ‘statement’ begitu. Mengenai ayat kedua pula, “if making film dikatakan mencemarkan budak lets do it more often”. Apa yang hendak diperjuangkan oleh Amani? Beliau bukan pembikin filem, beliau cuma berlakon. Sedangkan Yasminpun tidak ‘over melentin’ sebegitu. Saya harap Amani yang masih ‘hijau’ dalam industri perfileman mengambil ikhtibar dari insiden ini, belajarlah dari kesilapan.

Pelakon Lelaki Terbaik

Memang saya inginkan Rusdi Ramli memenangi ketegori ini bagi filem PHSM 2. Bagi saya, beliau begitu cemerlang dalam membawa watak beliau sebagai seorang lelaki yang dirasuk sehingga tidak mengenali dirinya. Hans juga cemerlang. Adlin menyambung watak lelaki yang trauma akibat dibuli sejak kecil memang hebat. Kecewa kerana Rusdi tidak memang, dalam masa yang sama – Adlin memang layak menang.

Post Party FFM 19

Terima kasih kepada rakan dari Astro yang memanjangkan jemputan kepada kami bertiga (Cute, Mus dan saya) melalui Cute setelah usaha untuk mendapatkan jemputan hampir gagal. Ini kerana Jemputan VIP yang saya dapat untuk kami bertiga memang tidak disertakan jemputan Post Party ini. Jemputan ini cuma diedarkan setelah program bermula.

Makanan memang sedap, ‘standard’ PWTClah… lagipun bukankah ini makanan percuma? Siapa yang saya berjumpa? Banyak juga yang sedap, the tariknya…. mee goreng… kek… kuih muih…

Hmm… sempat juga berbual dengan hero & heroin ‘The Red Kebaya’ bertanyakan perkembangan lanjut filem tersebut, menyakat Datuk Shah Reza – The Wedding Planner of the Year, bergambar dengan “Gadis-Gadis 3R’, Ya… Stephen Rahman, tentunya gambar saya bersama beliau bulan Februari lalu semasa PGLtM agar ‘tidak centre’… ahaks. Amani – juga nampak ‘tegang’, saya pasti sudah tentu wartawan telah mengasak beliau berkenaan ucapan beliau sebentar tadi. Zamarul… lelaki budiman yang bercerita sakan mengenai ‘badi’ yang beliau terima setelah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik tahun lalu dan juga harapan beliau agar Hans Isaac menang tahun ini setelah sekian lama (dan Hans menangpun). Dan ramai lagi…. Cuma Mawi? Kenapa balik awal ni Mawi?

Saturday, August 12, 2006

Sarah... Dari Babak Ke Babak



Arab dan Yahudi memang berjiran di tAsia Bara, malahan sebenarnya umat Yahudi dikelilingi oleh Umat Arab di Timur Tengah. Dari susur galur sejarah pula, ramai nabi yang lahir dari kedua bangsa ini. Tetapi, lihatlah; hingga kini pertelingkahan antara kedua bangsa ini seakan tiada penghujungnya.

Pada 10 Ogos 2006 yang lalu saya sempat menyaksikan drama terbaru karya Sasterawan Negara - Datuk Noordin Hassan yang berjudul ‘Sarah’ yang memberikan warna baru yang menakjubkan dalam mengupas isu kedua bangsa ini dari sudut kemanusiaan dan kekeluargaan. Kami menonton berdua sahaja – Miza sahabat saya dari utara tanah air yang kini bertugas di Subang. (Terima kasih juga kerana mengambil shot-shot menarik untuk blog saya ini)

Tidak pula saya ketahui yang satu ketika dahulu, Bangsa Yahudi pernah menetap di Pulau Pinang (tentulah ianya dibawa oleh Penjajah British selepas Perang Dunia Pertama sebelum mereka semua dipindahkan ke Australia – tetapi kubur-kubur masyarakat ini masih kekal di Pulau Pinang. Di mana kubur-kubur tersebut? Sekali lagi saya tidak dapat menjawab). Lantaran itulah, drama ini mengambil Pulau Pinang sebagai latar peristiwanya.

Menyentuh soal SN Datuk Noordin Hassan pula, kali terakhir saya menonton teater tulisan beliau ialah ‘Demi Zaitun’ pada tahun 2004 di Auditorium DBKL. Sebuah drama yang diilhamkan daripada ayat Quran. Selain daripada itu beliau juga pernah menghasilkan teater seperti Fitrah & Bukan Lalang Ditiup Angin.

Sarah, berkisah kepada Sarah Isaac seorang gadis Yahudi (yang kemudiannya memeluk Agama Islam) yang tinggal di Pulau Pinang. Bekerja sebagai pencuci kasut, kemudian bertemu dengan Syed Amir lantas membuahkan bibit cinta suci. Syed Amir berketurunan Arab yang berada orangnya. Sudah tentulah kisah kasih ini menghadapi pelbagai dugaan seperti fitnah, iri hati, tuduhan melulu yang mencabar hubungan mereka. Kisah ini bukan sahaja memaparkan persepsi masyarakat Melayu di Pulau Pinang terhadap bangsa Arab dan Yahudi malah lebih universal lagi apatah lagi apabila Yahudi baru-baru ini telah membedil bumi Lubnan tanpa berperikemanusiaan!!! Tetapi apakah segala permusuhan dan dendam kesumat ini boleh dilangsaikan dengan kasing sayang? Seperti yang di anjurkan oleh SN Noordin Hassan, cinta suci memang wujud dan boleh menangkis segala prasangka.

Secara peribadi, setelah saya baru berjinak-jinak kembali dengan teater, maka tanpa segan silu ingin saya nyatakan bahawa bagi saya teater ini amat berat dan sarat sekali. Dengan makna yang berlapis-lapis, dan metafora yang yang mendalam perlambangannya maka dengan sekali pandang tanpa pemerhatian dan pengupasan yang mendalam amat susah bagi saya untuk memahami sepenuhnya teater ini. Tetapi secara keseluruhannya teater ini memang menarik terutama dengan elemen penceritaan, gerak-gerak pentomin oleh ‘korus’, muzik dan lakonan yang silih berganti.

Pemain Teater kali ini terdiri daripada Betty Benafe (Sarah), Mazin Siraj (Syed Amir), Zaifri Husin (Sibli – ejaan terbalik Iblis!!! Yang juga bertindak sebagai pengarah), Zaibo (Subat – Si Penghasut Utama) dan Normala Omar (Kakak Syed Amir).

Akhir kata, teater ini memang menguji minda saya !!!

Wednesday, August 9, 2006

Jom Nonton Sarah !!!


Sesiapa yang nak menyertai aku menonton teater di atas pada 10 Ogos 2006 (Khamis malam Jumaat), bolehlah kita berjumpa di hadapan menara baru Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) jam 8.00 malam. Tiketnya murah sahaja, RM 10 sekeping. Ceritanya amat relevan dengan situasi yang bergolak di timur tengah sekarang dimana Israel (Yahudi) membedil Lubnan (Arab) tanpa peri kemusiaan langsung.

Monday, August 7, 2006

Marathon Seni (7) : Ulang Tahun Pertama Mawi Sebagai Anak Seni

Konsert Fantasia Mawi 2006…. Silky for Man… Apa yang mampu aku katakan. Setelah lama tidak menyaksikan Konsert ‘Live’ oleh Mawi dalam skala besar. (Seingat aku kali terakhir mungkin Bulan April tahun ini semasa rakaman DSS Mawi untuk siaran Hari Raya Haji di Studio 1 Astro). Tentulah terubat rindu akan kelunakan suara beliau dan keceriaan keletah Mawi melayan para peminat biasa, fanatik & lunatik… ahaks. Jangan marah yek….

Mawi membuka tirai persembahan dengan lagu Aduh Saliha… pilihan lagu yang baik sebenarnya untuk mengimbau kita kepada nostalgia setahun lalu ketika Mawi dinobatkan sebagai Juara AF3. Tata-busana Mawi juga begitu gah dan ‘smart’. Mawi yang tinggi lampai sememangnya bergaya dengan suit ala-ala Jaharawal Nehru (mungkin ada kesalahan ejaan). Siapa Jaharahwal Nehru? Hmm.. bekas PM India lah…, bapa kepada Mendiang Indira Gandhi. Jadi apa yang kurangnya dengan lagu pembukaan Mawi? Suara OK, Lagu ini memang menarik para penonton untuk terus melekat samada di kaca TV ataupun stadium, yang kurangnya ialah kerana kareografer tarian dan props yang digunakan seperti diulang-ulang daripada persembahan-persembahan Mawi yang lalu… Kalau tak percaya sila ‘rewind’ minda anda.

Lagu Kian menyusul di mana Mawi mengajak para penonton ikut menyanyi… kemudian Mawi bergerak ke ‘collapsible stage’ di mana para penonton ‘diarahkan’ berdiri. Ketika Mawi menyampaikan lagu nasyid beliau, di sambung pula dengan pewrsembahan Raihan yang kini bergerak tanpa Nazrey Johani. Hmmm… kenapa tidak pula dibenarkan berdiri sepanjang Konsert berlangsung seperti Konsert Aura Mobile atau DSS? Kan lagi ‘happening’? Oohh… mungkin sebab ada warga emas & ibu-bapa yang membawa bayi? Mungkin juga yaaa….. (Patutnya warga emas & mereka yang membawa bayi tidak dibenarkan masuk ke dalam arena, barulah kita boleh buat ‘Rusuhan Muzik’ mengikut kata M Nasir)

Ramai juga jemputan… Salima dan Mawi berduet lagu Arab… Lagu Amir Diab rasanya? Rasanyalah… Tapi memang sedap di dengar… Kedua-dua Mawi dan Salima ternyata amat sesuai menyanyikan lagu berirama padang pasir. Ada juga pemenang tempat ketiga AF4, siapa lagi kalau bukan Farhan. Kenapa bukan Lotter (pemenang kedua AF4) atau Faizal (Juara AF4)? Jawapan yang paling diplomatik yang aku terfikir ialah untuk memenuhi kuarta jemputan penyanyi wanita. Jika tidak tentu konsert ini dipenuhi oleh penyanyi lelaki sahaja… Farhan dan Mawi berduet lagu Inggeris (Fly Me To The Moon kot)… (@ Jawerld… mengikut istilah Mawi) adalah sedikit kekurangan yang jelas…. Kemudian Farhan mendendangkan single pertama beliau yang entah bila akan dipasarkan… ‘Aku Saja Yang Tahu’.

Kejutan… atau kezutan. Memang aku sudah nampak Datuk Zam ada. Sejak awal lagi. (Blogger Glamer dah tentulah nampak sebab beliau ada hubungan istimewa dengan orang kuat Datuk Zam… “ampuuunnnn”) Cuma ingatkan Datuk Zam pun minat Mawi… rupa-rupanya untuk menyampaikan Medalion Mawi dan pelancaran lagu Patriotik , ‘Janji Kita’ (yang Mawi telah dendangkan semasa Konsert Mega Merdeka yang lalu di TV1). Penyerahan medalion ini menjadikan Mawi artis pertama di Malaysia yang dianugerahkan dengan anugerah ini. Memang Hebat Mawi nii…

Jamal Abdillah… menyampaikan lagu Seroja? Kenapa? Adakah beliau masih nak membuktikan yang versi Jamal lebih enak di dengar dari versi Mawi semasa final AF3? Ahaks… atau beliau dalam proses untuk mendendangkan lebih banyak lagu yang bermakna dan bukan cinta murahan? Hmm… Masih banyak lagi lagu dalam album Aku penghibur kan? Jamal berduet dengan Mawi dua kali untuk Gadis Melayu & Terharu (dari album Raja Pop Volume 2). Jamal muncul dua laki, kali kedua, Jamal di dera oleh Mawi untuk menari.

Yang ditunggu…. Juga… Sifu M. Nasir, Mawi buat gimik mengatakan yang M Nasir tiada. Tetapi, ‘clue’ telah kelas… jika ada guitaris Lan, sudah tentu M Nasir akan ada… Sifu mendendangkan lagu Sang Pencinta yang belum ‘radio friendly’ lagi… kemudian, Juita Citra Terindah…. Yang ni OK. Sifu memang bijak menarik penonton… sebelum tuu… jika masih ingat sesi jamming M Nasir – Mawi – Lan… yang semi ntahapaapantah… ahaks. Ok juga for ‘killing time’.

Lagu Penutup…. Ghazal Untuk Rabiah… setelah ada sedikit gangguan terutama dari segi kesediaan mawi untuk berbual nampak seperti ‘unplanned’. Lagu Penutup yang hebat, tapi lebih hebat jika cuma Mawi sahaja yang menyanyikan lagu penutup… kan konsert Mawi?

Aku menantikan Mawi menyanyikan lagu “Cinta Hakiki” sudah tentu hampa… Walau bagimanapun, Konsert ini memang menghiburkan. Penonton juga ramai, malah lebig ramai dari AF4. Tak caya…? Tanyalah mereka yang hadir dalam dua-dua konsert.



Nota Kaki :

1) Maka tamatlah Marathon Seni aku selama 7 malam berturut-turut.

2) Lepas Konsert sempat 'supper' dengan niezam_phg, ahaks... banyak jugak cerita keluar, ye lah kau tuu blogger yang ada aura, dah 38, 000 ++ pengunjung.

Sunday, August 6, 2006

Marathon Seni (6) : Berakhirlah Episod Fantasia 4

Tiket Final AF4 yang dibeli oleh SpiderX pada hari pertama ia dijual.
Semangat betul dak Hazran nii.

Booth Faizal FC - Senyum Sokmo

Farhan Friends Club - Alahai !!!

Zila Fan Club, berjaya juga menyelit ditengah-tengah lima finalis yang lain.

T- Shirt Lotter - Fringggggg !!!!

Aura Mawi yang masih gagah...

“Seperti Yang Kujangka Terjadi…” macam lagu KRU & Indigo lah pulak. YES… !!!! Pejal akhirnya dinobatkan sebagai Juara AF4. Jika dilihat dari undian sebelum konsert bermula memang agak sukar bagi calon-calon lain (Pa an, Ajik, Bebet) untuk memintas Pejal kecuali Mat Fringg !!! @ Lo te'; itupun dengan andaian pengafundi Pejal berpuas hati dengan peratusan sebelum konsert dan tidak meneruskan afundi dan penyokong Lo te’ mengundi ‘all out’ tanpa henti, tanpa menonton konsert !!!


Konsert Final AF4 kali ini berpindah lokasi dari Stadium Malawati Shah Alam (Final AF3) ke Stadium Putra Bukit Jalil seperti Final AF2. Karnival yang diadakan di luar stadium ternyata kurang meriahnya jika dibandingkan dengan tahun lalu (lagi…). Jika tahun lalu kesemua 14 FC pelajar AF3 membuka gerai/booth masing-masing. Namum kali ini yang cuma kelihatan ialah FC Pejal, Pa an, Ajik, Lo te’ dan Zila sahaja yang mampu berbuat demikian.


Bila melangkah masuk dalam stadium, ramai memanglah ramai tetapi mungkin dipenuhi sekitar 70 – 80 % sahaja daripada kapasiti sebenar. Selebriti yang datang pula…. Kelihatan JAF2 (Za8), JAF3 (tsuMawi), Reza AF3, Khai AF1, Rosma AF1, Yazer AF3, Sheera & Ijoy, Ashraff Sinclair, Farish Dak Doyan, Cat Farish dan ramailah lagi.


Kualiti Konsert Akhir? Konsert Final AF2 masih memeng rekod sebagai Konsert Final AF yang paling menghiburkan dan ‘perfect’. Ok…Ok… Mawi memang power dalam Konsert Final AF3 tetapi kita tentu masih tidak lupa akan jeritan ‘off tune’ Kudaku Lari oleh Felix dan insiden lupa lirik oleh Felix & Marsha yang sedikit sebanyak mencacatkan keindahan Konsert Final. Kesemua 5 finalist AF4 sebenarnya telah menyanyikan lagu-lagu mereka dengan baik.


Ajik membuka gelanggang pertandingan dengan lagu “Gurindam Anak Muda” (ciptaan Pengetua Ramli Sarip). Lagu asli yang mencabar sebenarnya, tetapi ia mengingatkan aku kepada “Lagu Zaman” yang juga nyanyian Ramli Sarip & Usop Kopratasa. Ajik jugalah yang menutup tirai pertandingan dengan persembahan yang amat mencuit perasaan & menggamatkan seisi dewan dengan lagu Pak Daud Kilau “Cubit Cubit Sayang”, sebuah nyanyian yang bagus tetapi yang kurangnya Ajik tidak begitu pandai menari joget.


Bebet… teramatlah menyerlah sekali dengan lagu Kini Detiknya (Sharon Paul/Fedtri Yahya). Sharon Paul… juga pencipta lagu Untuk Terakhir Kali dendangan Marsha bagi Final AF3 yang lalu. Juga menerima nasib yang sama apabila terpaksa ‘dikorbankan’ afundi kepadanya dek bahana afundi Lo te’ yang amat kritikal untuk menyaingi Pejal. Tahun lalu Marsha dikorbankan dek iginkan ‘peperangan’ Mawi-Felix lebih sengit. Menambah lagi keperitan apabila lagu “Rembulan” (Kris Dayanti) tidak begitu popular di sini juga antara faktor kurangnya afundi Bebet masuk di malam kemuncak. Pakaian seksi Bebet…. MasyaAllah. I reserve my comment… Oh No Kamu !!!


Persembahan Lo te’, In The End… (Are you sure it doesn’t matter to you; whether win or loose?) memang menghiburkan. Kesian Lo te’ terpaksa menyanyi & rap sambung menyambung tanpa henti. Bukan calang-calang penyanyi boleh melakukannya. Di akhir persembahan lagu tersebut, Lo te’ seakan meniru gaya Chester (LP) dalam VC lagu tersebut. Tak Caya? Tontonlah sendiri nanti…. “Yang berlalu… Tak Berulang” (Neves Pretty Ugly/Loloq) meskipun bukan seperti lagu yang di‘tailor made’ untuk Lo te’, tetapi inilah lagu bagi aku yang PALING BEST dan dijangka MELETUP !!! Mungkinkah sejarah AF1 akan berulang dimana lagu pemenang tempat kedua (Khai – “Dambaan Pilu”) meletup dan tidak lagu Juaranya, Vince? Biar masa menentukan… Lagu Pop Rock ringan ini memang sesuai dengan Lo te’, ditambah pula dengan gaya Lo te’ menari… ‘masuk’ betul !!!

Pa an…. Apa yang harus aku katakan? Kita lihat samada Pa an boleh berjaya dalam industri hiburan. Begitu ramai penyanyi wanita yang cantik lawa & bersuara emas ada di pasaran. Mampukah Pa an berjuang? Bagi aku, lagu “Spain” memang lagu yang sukar, mencabar dan perit. Terutama pada rangkap yang pantas. Memang Pa an lulus dengan cemerlang menyampaikan lagu ini tetapi apalah guna memberi lagu ini pada Pa an sedangkan ia tidak masuk ke halwa telinga oleh pendengar di Malasyia. Adakah pendengar lagu-lagu Al-Jarreau yang masih ada ini termasuk dalam golongan pengguna hujung jari untuk mengafundi? Lebih baik berikan pada Pa an lagu yang sukar tetapi mesra radio !!!! Kan banyak lagi lagu yang sukar tetapi porpular. Lagu “Aku Saja Yang Tahu” (Ajai/Fauziah Nawi) adalah lagu yang paling tidak komersial tajuknya. Sekali dengar lagu blues ini ala-ala lagu “Still Got The Blues” (Gary Moore). Suara Husky Pa an dilepaskan sepenuhnya. Solid !!! Enak lontaran vokalnya. Namun nasib tidak menyebelahi beliau… Mungkin ada Datuk Y ke, Datuk Sri J ke, Tan Sri S ke yang boleh membelikan kereta untuk Pa an? Biar ada 3 Vios baru membelah jalan raya….


Akhirnya… Pejal…., memang aku nak Pejal menang pun. Walaupun aku ni SFTA…. (apa maknanya?…. tanya blogger glamer kalau nak tahu). Tapi yang aku geram ialah, Pejal ni nampak macam tak ada ‘improvement’. Nampak macam tidak menggunakan apa yang dipelajari selama 10 minggu. Lagu “Hujan” yang disampaikan oleh Pejal memang sampai rasanya ke dalam jiwa. Itulah kelebihan pejal sebenarnya. Beliau menjiwai lagu, menyampainya dengan penuh emosi terutama lagu-lagu cinta yang melankolik. Ingat lagi Dealova? Lagu “Lihatlah” (M Nasir/Loloq) yang dikatakan dicipta khas untuk Pejal….. seperti kurang menyengat. Aku rasa ia akan mengambil masa yang agak lama untuk popular dan melekat di hati pendengar. Sebagaimana yang kita tahu juga, lirik lagu ini agak mengelirukan – ‘silap hari bulan’ mungkin diharamkan siarannya nanti. Walau apapun, kita tunggu reaksi daripada penulis lirik lagu ini sendiri apa jawaban beliau. Ramai juga yang mengatakan Pejal menang kerana mempunyai persamaan dengan Mawi – budak kampung yang sederhana, sopan, sentiasa tenang dan berbudi bahasa. Apakah benar dakwaan ini? Saya rasa secara logiknya, kita memang mahukan penyanyi yang sekurang-kurangnya mempotretkan dirinya baik seperti mana juga jika kita memilih kawan, sahabat atau pekerja bawahan kita, tentunya kita mahukan yang berbudi pekerti dan bukan yang sebaliknya. Ini adalah Naluri manusia. Kita diberi hak mengafundi, tentulah kita tak mahu mengafundi bakal penyanyi yang membuat statement yang lebih kurang begini “Its OK to take drugs as long as I can perform better and make you viewers enjoy”, “Jangan pandang saya seksi, pejam mata dan dengar kelunakan suara saya, lihatlah bakat saya?”. Kah… Kah… Kah…. (Alhamdulillah, masyarakat kita masih memandang moral yang baik adalah penting dalam setiap dimensi kehidupan)


Lalu apa lagi yang harus aku perkatakan? Tarian Menuju Puncak AF4 adalah yang terburuk dari AF1 hinggalah AF4. Bagi aku, sampai kesudah para pelajar tidak menari dengan sungguh-sungguhnya. Malam Konasert akhir, Nasib baik ada Cikgu Corrie yang menjadi penyelamat. Aura AF4? Mana boleh tandingi Aura Mawi. Mawi masih bertakhta dipuncak !!! “MAWI STILL RULES”, kalau tak percaya lihatlah keputusan Anugerah Era pada 9 September 2006 nanti, siapa yang akan berkuasa.


Sudah sampai ke Epilog Bahana AF4…. InsyaAllah ketemu lagi di AF5 !!!

Balik... jagan tak balik... Konsert dan habis.

Ini saja yang sempat aku snap.... !!!

Nasib baik gambar kali ini tak BLURRRRR macam yang ZackRRijal tangkap tahu lalu; aku di samping Suzuki Swift Mawi tuh.

Inipun Juara juga... Juara Bulanan Personaliti Celcom Harian Metro ke-6 2005/06. Tak kenal? namanya Mohd Syahrilzan Awang Tahir @ Ejan (ingat Es Di Co - YES !!! Kumpulan yang dianggotai Adam AF2 semasa di KK)

Khai AF1 - Dambaan Pilu. Sudah tentu datang bersama Rosma AF1.

Dak Doyan Farish... yang ever friendly. Dah lah tuu, pi balik study... kwang 3X

Cikgu Corrie yang menyelamatkan tarian menuju puncak, yang terakhir kali !!!

Saturday, August 5, 2006

Marathon Seni (5) : Bila Pontianak Mengilai Disini

Seperti biasa… aku tiba lewat lagi, nasib baik Aya & Nurul masih menunggu di lobi Astro. Yang menjadikan lambat sebab asyik menunggu uploading posting sebelum ni… ahaks. Punya ler lembab….

Ini masuk hari ke 5 Marathon Seni aku. Macam nak give-up saja sebab dah tak larat nak ‘update’ blog, tapi semangat masih kental untuk sampai ke hari ketujuh yang tinggal dua program saja lagi…

GOSSIP – DIANA KULAI

Rancangan kali ini dimulakan GOSSIP dan CMP. Gassip apa? Tentulah mengenai bekas tunang Mawi, Diana Kulai. Dengar cerita dia sudah nak jadi artis rakaman. CMP seperti biasa tentulah akan buat huru-hara mencari Diana serata jalan.. tup-tup Diana muncul di depan BSN (hantar duit kepada orang tua di kampung ke?). Kemudian CMP membawa Diana ke studio rakaman, ingatkan Diana yang hendak menyanyi rupa-rupanya CMP yang over menyanyikan lagu Gadis Melayu versi rap lagi. Pujuk punya pujuk akhirnya Diana pun menyanyilah lagu “Penawar Rindu”. Walaubagaimanapun menurut Diana, dia sebenarnya belum menerima apa-apa tawaran merakamkan album. Menurut beliau lagi “full time job di office, part time jadi model”. Mengenai isu tudung, Diana mengesahkan beluai memang sentiasa mengenakan tudung sepanjang masa.

Pandangan orang ramai berkenaan Diana, ada yang begitu ‘lepas’. Antara pandangan tersebut termasuklah “Diana duduk dirumah sahaja”, “Diana menjadi terkenal sebab putus tunang dengan Mawi”, “dulu Diana lebih cantik”, Diana boleh jadi pelakon.

ISU SEMASA – TUN MAHATHIR DISEMBUR SERBUK LADA

Kemalangan yang tidak diingini ini telah berlaku di Lapangan Terbang Kota Bharu baru-baru ini. Seperti biasa apabila ditanya orang ramai tentulah akan memberi jawaban yang cliché seperti tidak seharusnya berlaku, kita terkenal dengan adap dan budaya timur, perbuatan biadap, jangan ikut budaya barat, sedih dsb. Akupun sebenarnya turut bersedih juga dengan kejadian ini. Semoga semua pihak termasuk Tun Mahathir mengambil iktibar daripada kejadian ini.

PONTINAK DI PAKU DISINI?

Seperti yang semua telah tonton, Maya Karin telah dijemput untuk menceriakan Bual AC bagi Episod ke 15 ini. Ada gimmik AC ingin memaku pontianak, akhirnya Maya Karin yang muncul. Maya Karin sebenarnya menceburkan diri di dalam banyak cabang seni, bermula dengan bidang peragaan, diikuti dengan pengacaraan, lakonan dan akhir sekali nyanyian. Paling terserlah, tentulah lakonan itupun setelah berguru dengan Shuhaimi Baba. Sempat juga Maya Karin menyanyikan satu-satunya lagu popular beliau “Erti Cinta” yang juga digunakan sebagai lagu Tema “Ratu Sehari”. Keseronokan jelas di raut wajah Maya ketika menjelaskan yang beliau memang seronok menghambakan diri dalam dunia seni. Menurut beliau lagi, ada dua filem yang menanti untuk masuk panggung iaitu “Anak Halal” & “Jari Hantu”. Entah bila, aku sendiri kurang pasti. Beliau adalah VJ Malaysia yang pertama yang dapat menemu ramah di Red Carpet masa “Grammy Awards” yang lalu… eh… Grammy ker Academy? Nanti aku tengok ulangan… (XX#$$@@!!). Berumur 26 tahun, Maya meminati lelaki yang lebih tinggi dari beliau, memiliki senyuman yang manis dan menghiburkan. Meskipun begitu hebat di asak AC, Maya Karin tetap merahsiakan siapakah yang telah mencuri hari beliau. Sahabat baik Maya Karin, Philipe Yeong (kalau salah eja, maafkan), adik kepada Alex Yeong juga menjadi kawan baik sebab tidak banyak membantu untuk AC mengorek rahsia Maya Karin selain daripada Maya Karin suka memandu laju.

Sempat juga diselitkan pendapat orang ramai mengenai Maya, rata-rata berpendapat Maya lebih menonjol dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Ada juga yang mengatakan dalam bidang nyanyian, Maya Karin OUT.

AC juga sempat menelefon Shuhaimi Baba bertanyakan tentang Maya. Pendapat beliau biasalah…. Maya seorang yang ‘hard working astiste’ dan sentiasa mahu untuk belajar. Meskipun di peringkat awal Maya kelihatan tidak begitu yakin.

Sekarang ini Maya juga terlibat dengan kerja amal bersama WWF.

Selesai bergambar dengan Maya & karikatur, aku terus bergegas ke DBP untuk bergambar semula dengan ‘cast’ Wangi Jadi Saksi memandangkan gambar semalam semuanya BLURRR…. Kesian die !

Friday, August 4, 2006

Marathon Seni (4) : Wangi Jadi Saksi


SINOPSIS

“Wangi Jadi Saksi” merupakan kisah saat-saat terakhir Hang Jebat, seperti dilihat dari kaca mata isterinya Dang Wangi, tatkala Dang Wangi harus menghadapi para petualang yang telah mengakibatkan kematian suaminya. Melalui adegan-adegan imbas kembali dan imbasan ke masa hadapan, konfrontasi-konfrontasi Jebat dengan para sahabat dan sekalian musuh diurai dan dijelaskan, langsung para penonton dicabar penulis dan pengarah teater dengan interpretasi ini yang lain dari apa yang sudah diketahui dari sejarah.

Karya pilitik-cemas (political-thriller) ini berlaku di Melaka pada kurun ke 15 semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1458 – 1477). Empat Orang Besar terpenting dalam tata tingkat diraja Kesultanan Melaka adalah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Seri Bija Diraja. Walaupun begitu, apabila pangkat Laksamana mula diperkenalkan dalam Istana Melaka, kedudukan Seri Bija Diraja mula terhakis dengan kenaikan status Laksamana tersebut yang kian hari kian setaraf dengannya.

Hang Tuah merupakan Laksamana Melaka yang pertama dan terulung, yang berkhidmat sehingga zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488 – 1510). Sumber-sumber sastera utama bagi Hang Tuah adalah “Sejarah Melayu” dan “Hikayat Hang Tuah”. “Hikayat Hang Tuah” adalah mengenai kisah Tuah dari muda hingga kematiannya , manakala “Sejarah Melayu” mencatatkan keberanian dan kejayaan-kejayaan beliau. Lagenda Laksamana Hang Tuah menjadi zahir bila masa diceritakan bahawa taat setianya kepada sultan dan kepada Melaka yang tidak goyah tatkala beliau dititah membunuh sahabat karibnya, Hang Jebat.

(ekstrak dari buku program “Wangi Jadi Saksi”)


TRIVIA


Tahukah anda semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka (semasa pemerintahan Sultan Mansyur Shah), 60 bangsa menetap dan berdagang di Pelabuhan Melaka dan 84 bahasa dituturkan di sana.


Dalam kesusasteraan Nusantara Melayu, pengkisahan “Sejarah Melayu” dan “Hikayat Hang Tuah” telah disentuh oleh banyak tangan sejak kurun ke-16 lagi. Antaranya Shellabear, Winsted, Munshi Abdullah, Tun Seri Lanang, A Samad Ahmad & Kassim Ahmad. Setiap satunya memberikan interpretasi yang berbeza.


Dalam teater Malaysia Moden, Syed Alwi al-Hadi telah mengangkat Hang Tuah dalam “ Hang Tuah Pahlawan Melayu, Sasterawan Negara Usman Awang pula mengangkat Jebat dalam “Matinya Seorang Pahlawan”, Dato’ Rahim Razali mengangkat persoalan Hang Tuah semasa beliau dalam buangan dalam “Ulu Melaka”.


“Wangi Jadi Saksi” merupakan naskhah pertama yang melihat persoalan pertarungan trajis dua pahlawan hebat; Hang Tuah - Hang Jebat di dalam Istana Melaka dari sudut pandangan seorang wanita, iaitu Dang Wangi isteri kepada Hang Jebat.


“Wangi Jadi Saksi” mencatatkan sejarah sebagai teater pertama gandingan dua nama besar dalam laman teater negara iaitu U-Wei Hj Shaari (sebagai pengarah) dan Dato’ Rahim Razali (pelakon).


Vanidah Imran juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi salah seorang yang berkecimpung dalam dua pembukaan rasmi dua ‘venue’ untuk persembahan seni iaitu Istana Budaya dan kali ini Dewan Bahasa dan Pustaka.


Khalid Salleh merupakan dramatis Malaysia pertama mementaskan teater di festival teater international “Asia Monodrama Festival” di Taiwan (1989), Jepun (1991), Calcutta, India (1992) & New Delhi, India (1993)


Teater “Wangi Jadi Saksi” ini dipentaskan sempena sambutan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka dari 27 Julai hingga 6 Ogos 2006.

Pengarah : U-Wei bin Hj Shaari

Dang Wangi : Vanidah Imran

Pateh Kerma Wijaya : Khalid Salleh

Bendahara : Dato’ Rahim Razali

Hang Tuah : Khir Rahman

Hang Jebat : Mohammad Shoffi Jikan

Masa : Sabri Yunus

Karya U-wei pertama yang aku tonton ialah Teater Bakai yang dipentaskan di Auditorium DBKL, entah bila... lewat tahun 90an rasanya. Kemudian, U-wei beralih ke layar perak. Aku begitu mengkagumi karya-karya beliau seperti Perempuan, Isteri & ....., Kaki Bakar, Jogho, Buai Laju-laju. Tentu sekali aku akan menanti kisah "pohon rambutannya..."


Perempuan Melayu Terakhir... itula Vanidah. Bakal muncul dengan The Red Kebaya. Kalau nak tahu detail, layari www.theredkebaya.com

Khir Rahman... siapa sangka beliau adalah anak kepada A Rahman Hassan... "Alangkah sedihnya... hatiku..."


Hang Jebat saya aku panggil dia... ahaks. Ada juga muncul dalam beberapa filem tetapi mungkin belum ada rezeki untuk porpular.


Sabri Yunus @ En Masa. Berat tak serban di kepala? Besar gila... ahaks. Pentas teater bukan sesuatu yang aneh bagi Sabri...


Wak @ Khalid Salleh..., kali terakhir aku berbicara dengan Wak semasa beliau bermonolog dengan sajak-sajak beliau "Bukan Apa-Apa" di MTC, Jalan Ampang. Kalau tak silap aku mungkin tahun 2004. Aku begitu mengkagumi lakonan beliau terutama dalam Jogho & Kaki Bakar. Kata Wak, Minang pun beliau boleh; bukan Jawa sahaja.

Thursday, August 3, 2006

Marathon Seni (3) : Konsert Mega Merdeka 2006



Kemerdekaan adalah satu perkataan yang amat besar ertinya juga amat mulia maknanya. Secara mudah, merdeka bermaksud bebas; bebas dari dijajah. Jika dahulu, ia dikaitkan dengan penjajahan secara fizikal oleh penjajah. Jika merujuk kepada Malaysia, kita mula dijajah Portugis, kemudian Belanda, seterusnya Inggeris dan Jepun dan Inggeris kembali yang ahirnya memberi kemerdekaan kepada kita. Namum definisi kemerdekaan kini kian berubah kepada penjajahan minda dan pemikiran samada kita masih berkiblatkan kepada barat ataupun bebas mengikut acuan sendiri. Setidak-tidaknya negara perlu bebas dari dijajah oleh kuasa ekonomi gergasi.

Setiap kali bulan Ogos tiba, ia amat bermakna kepada kita. Sebagai warga negara yang menghirup udara merdeka, 31 Ogos adalah detik keramat kepada Negara Tercinta kita Malaysia. Inilah detik kita menyambut ulang tahun kemerdekaan kita. 31 Ogos 2006 ini adalah ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 49. Sempena dengan itu, RTM 1 (Saluran Inforia, lidah utama Kerajaan) telah mementaskan Konsert Mega Merdeka 2006 pada 2 Ogos 2006 di Auditorium Perdana, Angkasapuri selama lebih kurang 2 jam. Ini merupakan idea yang murni oleh RTM dalam usaha untuk memupuk rakyat menginsafi akan kemerdekaan yang kita perolehi di meja perundingan selain dari mengisi kemerdekaan seadanya.

Konsert ini biarpun berskala kecil tetapi telah dibanjiri oleh ‘mega star’ juga – Mawi antaranya yang menggalas tugas besar menutup konsert dengan dua lagu; Mentera Semerah Padi & Janji Kita (lagu baru), Dayang Nurfaizah juga ada, Liza Hanim, selain dari Deja Moss, Rohana Jalil, DJ Dave, Mas Idayu, Amir Sofaz, Bob AF2 dan Zahid AF2.

Persembahan di bahagikan kepada 9 segmen – antaranya Kemerdekaan, Keindahan Malaysia, Malaysia Tanah Airku & Kita Anak Malaysia. Persembahan juga di selitkan dengan Hebahan oleh Wan Hanafisu dan juga Sketsa oleh Wan Kanari, Hushairi Hussain & Mardiana Ismail.

Overture Kemerdekaan yang menampilkan tarian dan Orkestra RTM membuka tirai persembahan diikuti dengan lagu “Tanggal 31 Ogos’. Misha Omar menggalas tanggungjawab kemudiannya dengan mendendangkan lagu “Bahtera Merdeka” (nampak sangat Misha tengah kontrol kaki kudanya itu daripada naik tinggi…). Liza Hanim tidak mengecewakan bila menyampaikan lagu puisi “Tanah Air” - antara lagu patriotik yang aku minati, meskipun kurang mendayu jika dibandingkan dengan Harmoni tetapi penyampaian Liza lebih tegas dan yakin. Persembahan selepasnya agak biasa sahaja sehinggalah Kak Ana dan Mas Idayu muncul dengan lagu merdu “Dirgahayu Tanah Airku”, aku juga suka lagu ini, sepatutnya Kak Ana berduet dengan Norsheila Amin yang sama-sama memenangi dengan beliau di dalam Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Peringkat kebangsaan pada tahun 1989 dahulu. Trio Bob AF2, Amir Sofaz & Izwan Pilus juga hebat menyampaikan lagu “Berpindah Minda”. Persembahan paling vogue, jatuh kepada Zahid yang mendendangkan lagu “Kolar Biru” yang ada tarian & lakonan. Dan masa yang ditunggupun tiba, Mawi muncul dengan dua buah lagi. Sebenarnya telah 3 bulan aku tidak berjumpa Mawi atau mendengar beliau menyampaikan lagu secara ‘live’, nampaknya aura Mawi dan kemerduan suara beliau masih utuh dan teguh; sehinggakan lagu Janji Kita yang pertama kali aku dengarpun terasa ‘catchy’nya. Memang berbaloi menunggu Mawi meskipun jam telah menghampiri pukul 11.00 malam. Akhir sekali semua artis mendendangkan lagu “Saya Anak Malaysia” sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Coretan

“Hasad dengki dan tamak haloba memaksa Melaka rebah di kaki Portugis dalam tahun 1511”. Sejak itu bermulalah episod luka kita, dimana lebih daripada 400 tahun selepas itu barulah kita berjaya bernafas dengan udara merdeka semula.

“Perang dah berlalu, kini orang kita hidup dengan kepentingan sendiri”. Inikah yang dikatakan Bangsa Merdeka? Tepuk dada, tanya selera. Tepuk dahi, tanyalah diri sendiri.

“Kita perlu belayar dengan satu nakhoda sahaja dalam bahtera merdeka yang menuju pulau impian”. Jika ada dua nakhoda – kita tahu akan musibah yang bakal melanda.

“Sekarang orang putih tidak ada lagi menjajah persada tercinta ini, tetapi ramai orang melayu yang telah menjadi orang putih”. Jadi bagaimana? Apa peranan kita? Sejauh mana benarnya ungkapan ini?

“Cuti Hari Kemerdekaan adalah wadah mulia untuk kita mengingati akan negara kita pernah dijajah suat ketika dahulu, menginsafi akan pengorbanan pejuang kemerdekaan dan memupuk rasa cinta yang mendalam kepada negara”. Sudah tentu jangan digunakan cuti hari kemerdekaan untuk menonton Konsert Ambang Merdeka dambil melihat Percikan bunga api sahaja.

Mawi... sudah 3 bulan lebih aku tidak berjumpa Mawi, kali terakhir semasa Mawi bermain futsal & sepak takraw di Stadium Malawati - 1 Mei 2006, karnival apa ntah akupun dah lupa. Bila Mawi jadi tamu AC Disini,baru-baru ini; aku pula berada di Bangkok menjalankan tugas, 'frust' juga tidak dapat turut serta. Masih ingat lagi juga dia akan kami... ahaks. Siapa yang kata Mawi lupa diri tuu, aku memang tak berkenan. Bagi aku Mawi masih seperti dahulu yang 'down to earth' dan 'sempoi'. Aku berdua saja dengan blogger glamer yang datang menonton, nasib baik Auditorium Perdana itu tidak asing bagi kami, jadi tahulah selok-belok nak mencari Mawi setelah selesai program.... Mawi datang dengan kereta baru.... Kia Optima ABP 2005 yang lalu... ahaks.

Chobib... selalu jumpa di AC Disini, tidak pula aku ingin bergambar... tapi bila smart dengan 'bow' ni... kira bonuslah, bukan selalu Chobib nak pakai macam ni.... Hidup Chobib !!!

Kak Ana.... Juara Bintang RTM 1980. "Rayuanku", "Resahku" , "Kerana Dia Kita Terpisah" dan yang aku paling suka lagu duet Kak Ana dengan To'Ki "Naluri Cinta". Kami pernah guna lagu ini sebagai latar kepada persembahan "Warkah Kosovo". Memang 'touching' betul. Kak Ana ada butik di Summit USJ, nanti nak kena hantar CD kesana untuk ditandatangani pula...


Deja Moss... siap panggil aku Darling lagi... ahaks !!!

DJ Dave.... siap nak tengok gambar dia bersama dengan jambang tuu.... Kali terakhir aku jumpa Dave masa muzik@ria 24 April 2006 bersama Kak Uji, Abg Hail & Kathy. Masa itu belum ada jambang lagi.... Dave dendangkan lagu "Di Desa Kasihku Tertumpah". Rasa macam nak balik kampung sahaja... Ayah Bonda... insyaAllah sampailah anakanda hujung bulan ini...

Wednesday, August 2, 2006

Marathon Seni (2) : muzik@ria 10 di Skala Richter

Antara CD KRU dalam simpanan sejak 14 tahun dahulu. Ada yang tidak ada dalam gambar... antaranya Ohh La La & Awas Da Sountrack (bila Bell nak pulangkan ni?). Album pertama - Canggih, kedua, ReKRUed dan Formula Luar Biasa yang cuma aku memiliki dalam bentuk kaset juga tiada dalam gambar.

"Abang Long" Norman & Didi sedang menunggu di jemput oleh Hani untuk masuk Warung.


Entah apa yang sedang di belek oleh "Abang Chik" Yusry tuu...

Hani Wachaa.... bersama KRU (Nak jadi ahli keempat ker?) Eh... siapa pulak Yusuf tu? Inilah sempoinya Hani, setiap minggu beliau tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan artis jemputan muzik@ria.

Hmm... Ahli KRU VIP Club Rockin' & Kickin' yang hadir cuma 16 orang, termasuk 4 bukan ahli (aku antara seorang daripadanya) dan 4 orang 'in-plant' viewers (siapa lagi kalau bukan Aya, Nurul, Shikin & Kabeer)... ahaks. Tapi riuhnya sekampung... !!! Didi... memang friendly... dia yang ajak kami semua bergambar semua sekali. Kesian Awie Key yang tidak dapat turut serta kali ini. Dimanakah Awie Key kali ini? Tak nampak di warung Hani pun?

Jase & "Abang Long" Norman (Apakah Empat Syarat & Gerenti Beres mewakili intepretasi Norman terhadap wanita masa kini?). Sebenarnya semalam aku ada ternampak kelibat Norman di RTM... Malam Ekspresi, namun tidak sempat menyapa...

Jase & "Abang Chik" Yusry... Duda Muda Paling Bergaya dewasa ini... Dian memang betul-betul tak sangka yang aku memiliki album solo Yusry (yang mengandungi lagu-lagu sedap seperti Dekat Padamu, Jika Kau Tiada, Warna Kehidupanku & Terbang Tinggi !!!). Akhirnya dia ingat juga tahun lalu dimana aku membawa CD-CD lama KRU untuk di tandatangani di Tower Records KRU semalam sesi bersama peminat sempena pelancaran KRUnisme.

Didi... Tidaklah celupar sangat, tapi cakapnya lepas dan ikhlas... OK saja. Secara peribadi album terbaru KRU... seperti album solo Edry yang menampilkan Norman & Yusry. Kenapa aku berkata begitu... miliki album tersebut, lihat dan dengar sendiri... "Lagu ini Untuk Mamat" memang luar biasa dan kelakar.

'muzik@ria' 1 Ogos 2006 menampilkan KRU. Satu nama besar yang telah 14 tahun bertapak di Industri Muzik tanah air. Bermula dengan album pertama "Canggih" dan yang terbaru " 10 di Skala Richter". Telah banyak lagu hit yang dihasilkan; antaranya Hanya Kau, 20/20, Cherrina, Fanatik, Mengerti, Inikah Ertinya Cinta, Awas, Di Dalam Dilema, Apa Saja, Ooh La La, Janji Tinggal Janji, 2, Malam Kita, Perpisahan Terasing, Getaran Jiwa (dengan P Ramlee), Jangan Lafazkan, Sayang, More Than Forever, Seperti Yang Dijangka (dengan Indigo), Di Pintu Syurga (dengan Elite), Impak Maksima, Sayang, Terhangan Di Pasaran (menampilkan Adam AF2), Sampai dan banyak lagi... Pernah juga muncul dengan imej 'maya' dengan Kumpulan Tyco. Yusry secara solo pernah berduet dengan Erra Fazira sebanyak dua kali (Ucapkanlah dan Jika Kau Tiada). Tajuk album mereka juga agak catchy, antaranya Canggih, ReKRUed, Krunisme, Formula Luar Biasa dan KRUjaan. KRU pernah muncul dalam Album Runut Bunyi, "Silat Lagenda", "Awas da Sountrack" dan "Cinta Metropolitan". Pernah juga memenangi anugerah AIM untuk rakaman album terbaik & album terbaik.
Artis-artis di bawah naungan KRU juga begitu gah di Carta Muzik Era.... antaranya, Pretty Ugly (Diari Seorang Lelaki), Adam AF2 (Jatuh), Ezlynn (Hye Hye Bye Bye, Pening), Linda & Diana (Hak Milik Kekal), X-Factor (Sehangat Api/Sehingga Ke Akhir Hayat), Juliana Banos (Mana Satu/Tiap Detik/sehidup Semati) dan Indigo (Andai Kau Pergi).
Bicara malam tadi lebih kepada album baru, "10 di Skala Richter" yang bermaksud penuh dengan gegaran dan lagu-lagunya gempak (anatra lagu yang telah mencuri pendengaranku ialah Gerenti Beres, Lagu Untuk Mamat, Hot Gal & Ya Habibati), lobi baru di Bangunan KRU Holdings dimana peminat boleh membeli 'merchandise' dan CD serta mendapat tandatangan mereka sekali - yang lebih mesra pengguna katanya, dan sedikit sebanyak mempromosi " Cicak Man". Ada juga Video Klip Eksklusif " Gerenti Beres". Seperti mana yang kita tahu, KRU acap kali memampilkan video klip yang hebat dan melampaui fikiran kita. Tentu masih ingat video klip Impak Maksima, Jangan Lafazkan, Mengerti dan lain-lain lagi... yang kurang menariknya ialah apabila lagu Commonlah kecundang di tangan lagu Hari ini dan semalam (6th Sense) bagi Muzik Video Pilihan. Akhir sekali, KRU menyampaikan secara live lagu Gerenti Beres. Wow !!! Hebat... sedar tak sedar.... masa pun telah tamat, sempat juga bergambar walau tidak lama kerana KRU perlu bergegas ker studio X-Fresh pula.
Setelah lama tidak berjumpa KRU secara peribadi, satu pengalaman yang manis juga kali ini.