Saturday, December 5, 2009

Purple Rain... Or Shine?


Terima Kasih Umi Latifah yang melayangkan jemputan dan Selamat Pengantin Baru kepada Ajai & Wid. Semoga kekal hingga akhir hayat, InsyaAllah.


Ini adalah buah tangan yang diberikan kepada semua tetamu yang hadir. Terima kasih lagi sekali.


Kedua-dua pasangan yang amat bertimbang-rasa dan 'sporting'. Mawi & Ekin bersanding untuk kali keempat!!! Begitu juga Ajai & Wid yang sempat lagi menjadi pengapit. "Kipas Jangan Tak Kipas !!!"


Sebelum melangkah pergi, sempat lagi saya, Keyrill & Amoi, Awan Biru bergambar dengan kedua mempelai. Kedua mempelai memang sporting, bukan setakat memberi ucapan...Siap menyanyi juga !!!


Dah namapun Mawi hadir samakan di majlis Raja sehari ini. Saya kenalah juga meneruskan 'acara rasmi' saya. Apa lagi bergambarlah. Kalau nak tahu cerita... Saya yang walaupun tidak berjanji dengan Mawi, sampainya saya lebih kurang sama dengan sampainya Mawi dan Ekin ke majlis ini. Mungkin kerana kami menggunakan jalan yang sama - MRR2. Maka sam-sama menempuh jam !!! Maka... dapatlah saya menjamu selera satu meja dengan Mawi & Ekin. Harap-harap tak ada yang jeleous ya... Kwang 3X.


Kumpulan PURPLE. Mana aci ni 'berjanji' tapi tak maklumkan pada saya... Huhuhu. Mungkin juga berjanji dengan air juga kerana air minuman yang dihidangkan juga berwarna 'biji remia' mengikut kata orang Kedah !!!


Thursday, December 3, 2009

Cinta, Rusuhan & Air Mata


Masih segar dalam ingatan saya sekitar tahun 1989, ketika itu saya masih belajar. Begitu juga Angah. Angah yang dalam ranga untuk mengambil STPM menjadikan Dewan Masyarakat sebagai salah satu bacaan wajib beliau. Meskipun majalah ini agak berat sekali, sesekali saya juga mengambil kesempatan untuk menimba ilmu mana yang boleh daripada bahan bacaan ini. Salah satu karya dan penyelidikan yang menarik minat saya adalah hasil tulisan Fatini Yaacob yang mengupas dengan begitu mendalam, terperinci dan menarik sekali mengenai Tragedi Natrah. Kini setelah 20 tahun berlalu barulah saya mampu untuk bertemu dengan Fatini lantaran itu saya mengambil kesempatan untuk bergambar dan mendapatkan senaskhah kajian beliau mengenai Natrah yang telah dikemaskini yang mengambil kira lampauan masa 1937 sehingga 2009. Karya hebat ini diterbitkan oleh Penerbitan UTM dan dijual secara promosi (dengan harga RM65.00 senaskhah) di Istana Budaya sempena Teater Natrah yang sedang dipentaskan di sini sehingga 9 Disember 2009 nanti.

Penyelidikan setebal 457 halaman ini saya kira akan mengambil masa yang lama untuk saya menghabiskannya, namun sekitar semalam saya sudahpun membaca bab akhir kerana ini mengetahui bagaikan kesudahan Natrah @ Puteh @ Nadra @ maria @ Bertha ini dari sisi pandangan Fatini. (alamak anti klimakslah pulak).

Saya sebenarnya amat tersentuh dengan tulisan Fatini di halaman 455 yang antaranya berbunyi; "Walaupun secara ideal orang-orang Islam mahu melihat Natrah kembali kepada islam, namun bagi saya, saya percaya Natrah tetap dalam kasih sayang dan keampunan Allah jua, kerana sesungguhnya yang memiliki natrah sebenarnya adalah Allah bukan kita sebagai insan. Kita tidak berhak mengatakan apa-apa pun terhadap hak dan ketentuan Allah apabila telah berakhir hayatnya, kecuali mendoakan kebaikan untuknya."

Sesungguhnya saya mendoakan segala kebaikan untuk diri saya dan keluarga serta sahabat-sahabat. Untuk Natrah semoga Allah memberikan kebaikan untuk beliau juga...

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha dari JaseMario


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) untuk semua ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai, rakan-taulan dan para pembaca blog ini. Marilah kita bersama-sama mengingati Hari Wukuf di Arafah (9 Zulhijjah) dengan sunat berpuasa kerana pahalanya sungguh besar. Marilah juga kita mengingati hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan memperbanyakkan amalan berzikir kepada Allah SWT. InsyaAllah...

Wednesday, November 25, 2009

In Down Memory Lane



Mungkin ramai yang tidak menyedari sepanjang hayatnya, Allahyarham Dato' Sudirman sempat melahirkan 2 buah album berbahasa Inggeris. Saya pun kurang pasti akan tajuk kedua-dua album tersebut tetapi salah satunya berjudul Twinkle Twinkle Litle Star. Yang menariknya di dalam kedua-dua album ini terdapat lagu-lagu berbahasa Inggeris yang dicipta oleh pencipta tempatan. Antaranya ialah I Never Knew, School Girls, Say We'll Be Together & Foxy Girl. Sementara My Morning Star pula adalah ciptaan Dato' Anmad Nawab adalah lagu alih bahasa daripada lagu Sabarlah Sayang (nyanyian asal mendiang Broery Marantika).

Mengambil kesempatan semasa terbitnya kedua-dua album tersebut adalah di zaman yang tiada teknologi CD maka EMI dan Warner Music Malaysia mengambil kesempatan untuk menerbitkan CD tersebut di dalam bentuk koleksi yang diberi judul Dato' Sudirman In Down Memory Lane yang mengandungi 23 buah lagu.

Selain daripada itu juga, lagu yang berjaya menobatkan Allahyarham Dato' Sudirman sebagai Asia's No 1 Performer satu ketika dulu juga di selitkan iaitu One Thousand Million Smile (ciptaan Micheal Veerapan/Paul Ponnudurai). Memang penuh Nostalgia !!!

Secara mudah, ini adalah koleksi yang harus dimiliki.


Tuesday, November 24, 2009

Itu Bukan Aku?



Lirik Itu Bukan Aku - Pretty Ugly

Telah cuba sedaya upaya untuk sembuh luka
Namun masih lagi kau tak terima
Katamu itu dusta
Mereka hanya cemburukan kita berdua
Mustahil ku menduakan dirimu
Kau segala-galanya

C/o:
Dah berkali ku bicara
Masih tak percaya
Itu bukan aku
Kini kau sudah berganti
Kepada dirimu
Ku dilarang kembali

Tak pernah kusalahkan dirimu atas semua
Kau cuma dihasut dan kau cuma sangsi
Dengan kesetiaanku
Siapa harus kau dengarkan ku atau dia?
Di mana kau letak diriku ini?
Di mata atau di hati?

(Ulang rangkap c/o)

Mereka hanya cemburukan kitaberdua
Mustahil ku menduakan dirimu
Kau segala

Lagu: Nett
Lirik : Neves

Nota Jase :

Sudah lama kita tidak mendengar cerita tentang Pretty Ugly. Dua tiga tahun sudah ketika Pretty Ugly meletup dengan lagu Diari Seorang Lelaki saya selalu juga nampak Neves di Stesen PETRONAS Jalan Kolam Air dekat Ampang Jaya. Sekarang; saya pun sudah kurang ke sana lagi, mungkin sebab itu tidak nampak kelibat beliau. Namun begitu, lewat tahun lalu Petty Ugly muncul dengan lagu in, Itu Bukan Aku yang tidak kurang catchynya. Namun mungkin kerana kurang di udarakan di radio ia kurang menyengat seperti lagu yang terdahulu. Lagu ini agak moderate tetapi ada jugak emosi dan kesedihannya.

Monday, November 23, 2009

GRAND Opening Offer @ Top1 Bandar Putra Permai


"1 set Chicken Chop PERCUMA bagi setiap dengan penyerahan kupon ini. Tawaran tamat pada 3 Disember 2009". Rasa Chicken Chop ini boleh tahan tetapi sosnya agak masam.




Buku menu yang lebih kurang sama dengan restoran-restoran lain yang seangkatan dengannya.



Bunting yang di lekat megah di dinding restoran.


Ada akses internet percuma dengan P1 W1max sebagai penyedia perkhimatan tersebut. TV LCD dengan saluran MTV di pratontonkan sepanjang masa.



Situasi di Top1 boleh dikatakan agak menyenangkan.



Ice Lemon Tea !



Cendol Soya. Macam best. Tetapi sesudah diminum saya lebih senang dengan Cendol Santan !!!



Chicken Chop F.O.C. dengan kupon istimewa.



Ayam Black Pepper dengan Nasi. Kalau rasa tak cukup sos lada hitam tuu, boleh saja mintak tambah.



Inilah menu saya...

Nota Jase : Ahad lalu saya dan Lisa sempat untuk menjamah selera di Top1, Bandar Putra Permai. Tidaklah istimewa sangat restoran ini tetapi dek kerana ada tawaran istimewa pembukaan maka kami pun melangkah pergi. Senarai menu boleh tahan juga. Lebih cenderung kepada makan barat sebenarnya. Kalau nak cuba boleh juga...:)



Sunday, November 22, 2009

What Have You Done To Me LATELY Jodeci?


Ini merupakan cover CD Jodeci - Diary of A Mad Band yang mengandungi lagu Lately, antara lagu kegemaran saya sepanjang zaman (dan juga beebrapa orang rakan). Diary of A Mad Band adalah album kedua Jodeci (sepanjang kareer Jedeci sebelum mendiamkan diri tanpa pepecahan secara rasmi, mereka berjaya melahirkan 3 album). Kemiudian, K-Ci & Jojo bergerak sebagai duo dalam tahun 1997 dengan melahirkan album Love Always yang mengandungi lagu super mega hit "All My Life" (# 1 for 3 weeks in the US Billboard Hot 100 in 1997). Nama Jodeci lahir daripada gandingan semua alhi kumpulan ialaitu JoJo, DeGrate (iaitu Dalvin and DeVante) and K-Ci - JODECI. Jo-Jo dan K-Ci adalah adik beradik, begitu juga Dalvin & DeVante.



Lately peak @ #4 in the US Billboard Hot 100 in 1993.

Lately Lyrics
Lately I've had the strangest feeling
With no even reason here to find
But yet the thought of losing you's been hanging
Around my mind
Far more frequently you're wearing perfume
And with you saying 'No special place to go'
But when I ask, will you be coming back soon?
Saying you don't know, never know
I'm a man of many wishes
Hope my premonition misses
But what I really feel
My eyes won't let me hide
'cause it always starts to cry
'cause this time could mean good, goodbye.
(Oh why don't you tell me)
Lately I've been staring in the mirror
Very slowly picking me apart
Saying I'm trying to tell myself I have a reason
With your heart
Girl, just the other night while you were sleeping
I heard you vaguely whisper someone's name
But, when I asked you what the thoughts you keeping
You just said 'Nothing changed' (2x)
I'm a man of many wishes
Hope my premonition misses
But what I really will
My eyes won't let me hide
'cause it always starts to cry (yeah yeah baby)
'cause this time could mean good bye

Nota Jase :
Saya sebenarnya tertarik untuk menulis berkenaan lagu Lately ini setelah terbaca di FB seorang rakan yang sekarang ini tengah jiwang karat dengan lagu R & B tahun 1990an. (Terima kasih Google & YouTube, kalau tidak mana mungkin boleh buat research berkenaan lagu ini). Hmm.. Berapakah usia kawan saya ini ya... Ye lah; yang masih dok layaaaan lagu tahun 90an nii. Tetapi memang benar, jika kita lihat sekarang ini sukar untuk mencari lagu yang bernar-benar berjiwa R & B sekarang ini, setelah zaman berubah dan hampir semua lagu di Hot 100 mahupun UK Top40 lebih dipengaruhi dengan genre Hip Hop, Rap mahupun Club !!!

Nama rakan saya tuh? Saya rahsiakanlah.. Kalau dia berani, pasti dia akan tinggalkan mesej di hujung entry ini kan... Huhuhu. Lagi satu, kalau ada yang bertanya kenapa cover CD tuu berconteng, jawabnya saya baru membeli CD ini di Flea Market Amcorp Mall. Maka ini adalah used CD Original yang saya beli dengan harga yang amat berpatutan !!!