Thursday, August 16, 2012

Scream for Ush !!!

  • Latest from Usher My Man !!!
  • This is awesome !!!
  • Best of Luck Ush !!!

Wednesday, August 15, 2012

Halaman Aidil Fitri di Suria KLCC







  • Berkonsepkan rumah tradisional melayu; laman Hari Raya Aidil Fitri di Suria KLCC tahun ini tampak lebih elegant dengan kelas tersendiri.
  • Maka ramailah manusia (tak kira pelancong mahupun tidak) termasuk saya yang mnegambil kesempatan untuk merakam 'aksi dan peristiwa' dengan 'hiasan dalaman' ini sebelem ia di 'punggah' semula.
  • Alhamdulillah dek kerana saya sampai awal pada 14hb Ogos yang lalu maka dengan mudahnya saya mendapat shot-shot yang menarik.
  • Untuk Suria KLCC, insyaAllah tahun depan tampillah dengan dekor yang lebih mengkagumkan lagi !!!

Aksi Imam Muda Faris

  • Setelah bertungkus lumus mempromosi dengan tarikh dan program yang bertukar berkali-kali akhirnya saya berjaya mendapatkan khidmat IM Faris (Musim Ke-3) untuk menyampaikan tazkirah di surau tempat saya bekerja.
  • Alhamdulillah, tazkirah yang disampaikan amat santai, penuh dengan ilmu dan kelakar lantas tidaklah kami tersengguk-sengguk memandangkan tazkirah tersebut dijalankan di waktu zohor.
  • Usai tazkirah IM Faris mengimamkan Solat Zohor di surau tersebut.
  • IM Faris sebenarnya menyampaikan Tazkirah mengenai Lailatul Qadar. Namun ada seorang hadirin yang bertanyakan mengenai adat menyambut hari raya. Antara yang disentuh oleh beliau semasa menjawab ialah; (1) jangan lupa solat subuh berjamaah (2) mandi sunat hari raya aidil fitri (3) Solat Hari Raya Aidil Fitri (4) memakai baju baru dan wangian (5) apabila ke masjid untuk bersolat sunat hari raya aidil fitri gunakanlah jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang (6) takbir dengan nada/key bersemangat dan bukannya dengan nada kesedihan (7) menunaikan zakat fitrah.
  • Diharapkan agar IM Faris tidak akan serik  untuk datang lagi.

F1 Singapore... Here I come !!!


Beginilah rupanya tiket perlumbaan malam F1 Grand Prix Singapura
  • Sebenarnya telah lebih 2 minggu saya mendapat tiket2 ini.
  • Mula-mula cuak juga kerana mendapat panggilan telefon dari agen serahan segera atas nama saya tetapi di alamatkan di Ampang.
  • Dengan adanya tiket ini di tangan maka sesungguhnya saya akan dapat menonton F1 Simgapura, Konsert Maroon 5 & Konsert Katy Perry !!!
  • Kami berempat sebenarnya.
  • Tiket kapal terbang - langsai
  • Tiket F1 - dah dapat
  • Penginapan - 'settle'.
  • Singapura... Nantikan kedatangan kami !!!

Monday, August 13, 2012

Cerita Awal Ramadhan...


Jadual Waktu Berbuka & Imsak yang diedarkan di kebanyakan masjid di Yangon, Myanmar.
Alhamdulillah, awalbulan puasa yang lalu saya telah ditugaskan di luar kawasan. Mungkin ada yang agak keberatan jika terpaksa bertugas di luar kawasan ketika bulan puasa. Berbagai alsan yang diberikan untuk mengelak.Namun bagi saya selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Lagipoun inikan tanggung jawab kita untuk mendapatkan keberkatan sesuap nasi. Awal bulan puasa tahun ini saya telah ditugaskan untuk misi meluaskan pemasaran produk syarikat saya di Kota Yangon, Myanmar.

Pastinya amat menggerunkan memandangkan sekarang ini memang masih hangat diperkatakan tentang penyiksaan Kerajaan Myanmar terhadap kaum minoriti Islam Rohingya di sana. Daripada imej yang dilihat di internet memang sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan. Namun begitu keaddan di Yangon masih aman dan tidak nampak sebarang persengketaan. Umat Islam masih bebas menjalani ibadah puasa dan solat tarawih di masjid-masjid sekitar kota tersebut. Namun begitu, saya sempat melewati Pasar Scott dan mencari beberapa peniaga muslim untuk mendapatkan kisah sebenar. Memang banyak yang kita tidak tahu, terima kasih kepada Ali, Ahmad & Shariff kerana sudi berkongsi. InsyaAllah jika ada masa saya akan berkongsi dengan para pembaca pula.

Yang pastinya, memang terdapat begitu banyak Masjid di sekitar Kota Yangon yang memudahkan kita untuk menunaikan Solat Tarawih dan Witir. Behitu juga dengan restaurant yang menghidangkan makanan halal untuk orang Islam. Kita hanya perlu buka mulut dan bertanya....

Kad Raya oh Kad Raya !



Satu-satunya Kad Hari Raya dalam bentuk 'hard copy' yang saya terima tahun ini. Terima Kasih Abg Din yang bermurah hati menghantar kad ini, meskipun saya tidak akan membalas dengan kad hari raya juga namun tentunya saya ada lalasan yang lebih istimewa. nantikan saja ya. Jangan lupa maklumkan pada saya jika berada di Kuala Lumpur !!!

Thursday, August 9, 2012

Shila Amzah Sudah Bertudung

  • Kedua keping gambar ini menjadi bukti yang bahawa Shila Amzah, kekasih Shanaaz Ahmad, anak dara ND Lala telah bertudung.
  • Dengar ceritanya, Shila mula mengenakan tudung bermula dari awal Ramadhan dahulu
  • Oh Ya !!! Gambar ini di ambil semasa sesi rakaman Raya Bersama Randy baru-baru ini
  • Alamak... saya pun jadi konpius, kenapalah di buat rancangan Raya Bersama Randy, sedangkan Randy Pangalila ini bweragama Kristian. Kenapa tidak di ajak Fauzi Baadila sahaja yang menjadi Host !!!