- Kedua keping gambar ini menjadi bukti yang bahawa Shila Amzah, kekasih Shanaaz Ahmad, anak dara ND Lala telah bertudung.
- Dengar ceritanya, Shila mula mengenakan tudung bermula dari awal Ramadhan dahulu
- Oh Ya !!! Gambar ini di ambil semasa sesi rakaman Raya Bersama Randy baru-baru ini
- Alamak... saya pun jadi konpius, kenapalah di buat rancangan Raya Bersama Randy, sedangkan Randy Pangalila ini bweragama Kristian. Kenapa tidak di ajak Fauzi Baadila sahaja yang menjadi Host !!!
Thursday, August 9, 2012
Shila Amzah Sudah Bertudung
Wednesday, August 8, 2012
Tahniah ASMAWI !!!
Terima Kasih Mawi kerana menjemput kami 'hard core Mawi' untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Arteffects dan Pelancaran Album artis-artis Arteffects seperti Imam Muda Najdi, Fitri Haris dan tentunya Mawi sendiri. Untuk rekod, 6 hari lalu Mawi dengan kerjasama Arteffects dan MW Entertainment Sdn Bhd telah berjaya melahirkan album Asmaulhusna Asmawi. Seakan fenomena Tsumawi akan muncul kembali kerana selepas lima hari diedarkan, jualan album ini telah mencecah 5000 unit. Kami amat berharap agar album ini akan mencapai anugerah platinum bekermbar lima dalam masa kurang dari lima bulan. Jaulan yang dituju ialah 50, 000 unit !!! Tahniah dan InsyaAllah ye Mawi. Memandang ini merupakan album kategori kerohanian/ketuhanan maka untuk memilikinya ia lebih mudah untuk di cari di kedai-kedai buku agama. Salah sebuah kedai yang boleh saya cadangkan ialah Kedai Buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju. InsyaAllah akan akan bertemu di sana.
Saya telah berulang kali mendengar album ini semenjak dua hari lalu, ada sekurang-kurangnya 4 trek yang benar-benar telah menawan hati saya. Trek no 3 - Ya Khafidz Ya Halim, Trek no 4 - Ya Ghafur Ya Mujib, Trek No 9 - Ya Mani' Ya Sobur dan akhir sekali Trek no 10 - Asmaulhusna. Tentunya kredit harus juga di beri kepada Hafiz Hamidun yang teklah menerbitkan melodi indah untuk album ini.
Anda bila lagi? Jom ber Asmaulhusna bulan Ramadhan ni.... !
Di Ramadhan Ini - Maka Renjiskan Meski Setitis
Ya Allah Pemilik Nafasku
Maha Pemurah Penerima Taubatku
Lantas Betapa Menggunung Dosa dan Khilafku
Besar Lagi Janji-janjimu
Maka Renjiskan Meski Setitis
Dasar Hatiku Nan Hitam
Nan Gentar Pada Dosa
Nan Takut Pada Neraka
Ya Allah Penggerak Nadiku
Maha Pemurah Penerima Taubatku
Banyak Sungguh Ancaman Syaitan
Menumbuh Membenih Kesesatan, Kekufuran
Maka Renjiskan Meski Setitis
Dasar Hatiku Nan Suram
Keindahan Berpaksi Iman
Kecintaan Bertunjang Amalan
Ya Allah Empunya Jiwaku
Maha Pemurah Penerima Taubatku
Di Awal Garis Sinar Ramadhan Ini
Tunjukkan Nur Penerang Langkahku
Pada Persimpangan Yang Memungkinkan Kekeliruan
Pada Kealpaan Yang Di Bawah Sedar
Maka Renjiskan Meski Setitis
Dasar Hatiku Nan Kelam
Dasar Hatiku Nan Kelam
HidayahMu Nan Berkilau
Sesungguhnya Di hari Itu Nanti
Ku Temu Keredaan Seutuhnya
“Tika Nafas Itu Menjadi Tasbih
Tika Tidur Itu Menjadi Ibadah
Tika Gugusan Doa Itu Menjadi Ijabah
Tika Pahala Berlipat Gandanya”
-ReeDza/1 Ramadhan 1433H/Lembah Bangi-
“SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
MAAF ZAHIR BATIN”
Tuesday, August 7, 2012
Rakaman Program Raya Bersama Randy
Randy Pangalila memang makin di kenali di Malaysia. Ramai yang sudah jadi 'hantu tv' setiap petang menonton Nada Cinta, malah sebelum itu lagu; Cinta Melody. Lagu Aishiteru pun menjadi berhantu gara-gara sinetron ini. Saya mula mengenali Randy semasa secara kebetulan menonton Biar Mimpi Sampai Ke Bintang baru-baru ini. Kebetulan pula mendapat jemputan daripada rakan untuk menjadi penonton semasa rakaman Raya Bersama Randy di Kampung Damai, Kuang, Selangor Darul Ehsan. Nantikan saja siarannya di ASTRO !!!
Saturday, August 4, 2012
Bato Mann... Bato Mann
- Memang ada yang menarik mengenai pekerjaan saya.
- Contohnya kali ini saya dapat menonton Batman - The Dark Knight secara percuma di hari pembukaan kerana berpeluang untuk membawa peserta kursus dari Negara Matahari Terbit untuk menonton filem ini.
- Mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris terpaksa menonton filem ini tanpa sarikata bahasa jepun di layar perak
- Keesokan harinya masing-masing telah dikerah untuk membentangkan sinopsis/ringkasa cerita ini.
- Alangkah indahnya pendidikan dewasa !
Dari Dua Musim Yang Berbeza.....
- Imam Muda Faris ada lah peserta pilihan saya untuk Imam Muda Musim Ke-3
- InsyaAllah beliau akan menyampaikan Tazkirah di tempat saya bekerja pada 14 Ogos 2012 nanti
- Permudahkan rancangan kami ini
- Imam Muda Nazrul, Naib Juara Imam Muda Musim Ke-2
- Setelah sekian lama tidak bertemu, alhamdulillah kami berjumpa kembali
- IM Nazrul pernah mengendalikan Program Majlis Iftar di tempat saya bekerja tahun lalu. Terima Kasih dan semoga persaudaraan kita berkekalan, insyAllah.
Tahniah Imam Muda Jabar
- Tahniah Imam Muda Jabar kerana telah menjuarai Imam Muda 3.
- Alhamdulillah saya telah berkesempatan menonton rakaman peringkat akhir Imam Muda 3 pada 30 Julai 2012 yang lalu di INSPEN.
- Teruk jugalah nak simpan rahsia sehingga ke malam ini.... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)