Monday, December 7, 2009

Jika Boleh Dapat Yang Ori...


Bagi penggemar Crocs Ori.. Jangan lupa memanjangkan langkah anda ke Mines Shopping Fair di Mines Resort City dari 11 - 13 Disember 2009 ini kerana Kinderdijk Sdn Bhd akan mengadakan Crocs X'mas warehose Sale di splash park, Level 5, Mines Shopping Fair dari jam 10 pagi sehingga 6.00 petang. Diberitakan diskaun yang bakal ditawarkan mencecah sehingga 70%. Maka dengan itu... Jika boleh dapatkan yang Ori kenapa masih ingin membeli yang tiruan? Sementara saya pula dijangka akan ke sana pada 11hb Disember 2009 usai Solat Jumaat bersama Lisa, Angah, mak dan abah. InsyaAllah...

Sekali Sekala Wajahku Muncul di Dada Majalah Hiburan


Kalau diri bukan selebriti usahlah bermimpi untuk muncul di dalam majalah hiburan; itu hakikat. Tetapi kadang-kala mungkin juga terlekat wajah kita di majalah tanpa di sangka-sangka (mungkin kerana secara kebetulan kita berada di tempat kejadian). Kebetulan pada 4 November 2009 yang lalau ketika Mawi & Ekin melangsungkan Majlis Tahlil dan Sambutan Hari Lahir Ekin yang ke-30 di kediaman mewah milik mereka di Bangi dan saya turut menghadirkan diri. Tidak sangka pula jurugambar yang mengambil gambar ketika bacaan yasin & tahlil yang di adakan di sebelah petang terpapar juga wajah saya yang turut membaca yasin ketika itu. Meskipun kecil, saya tetap akan menyimpan keratan majalah ini. Sungguhpun begitu bukan wajah saya sahaja yang muncul, wajah Yeo juga turut terlekat di belakang gambar ketika Ekin & Aein sedang meniup lilin (Glamer sekejap yeo). Untuk membaca kisah lanjut dapatkan segera Majalah URTV edisi 1 - 15 Disember 2009 yang muka depannya di hiasi oleh pasangan Aizat & Stacy.


Sunday, December 6, 2009

JaseMario, Majalah LIBUR & Tourist Attraction


Kenapa saya mengambil gambar dengan memegang Majalah Libur Edisi Disember 2009 di sebuah lokasi pelancongan di Malaysia iaitu Firefly Park Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor? Jawabannya tunggu saja 'entry' saya selepas 13 Disember 2009. Sesuatu yang amat menyeronokan akan berlaku. Tunggu saja yaa...

Gambar ini di ambil pada 27 November 2009 yang lalu. Niat untuk menyaksikan Kelip-kelip ini memang sudah lama terpendam. Selain daripada itu, saya juga diasak Lisa yang meskipun kampungnya dekat dengan Kuala Selangor tetapi belum pernah menyaksi dan menangkap secara hidup-hidup serangga yang kelip-kelip itu. Hasrat pada mulanya memang ingin ke Kampung Kuantan tetapi setelah rujukan dilakukan di internet dan memandangkan juga Iwan telahpun ke Kampung Kuantan Musim Aidil fitri yang lalu maka kamipun mengubah destinasi ke Firefly Park Resort di Bukit Belimbing. Selain daripada Iwan; Ebi, Nora, Dafi dan anak mereka juga turut serta kali ini. Memang tidak banyak bezanya kerana kita akan menyusur sungai yang sama iaitu Sungai Selangor dan Kelip-Kelip cuma akan kelihatan di Pohon Berembang sahaja. Arus sungai agak perlahan dan lawatan dengan bot ini mengambil masa lebih kurang 30 - 40 minit. Mengikut ceritanya, jangka masa menunggu di Firefly Park Resort adalah lebih pendek jika di bandingkan dengan Kampung Kuantan.

Ralatnya saya kerana tidak sempat mendapatkan cenderahati kerana Kedai Cenderahati kerana telah tutup usai saya pulang dari menyusur sungai kira-kira jam 9.45 malam. Mungkin pihak Firefly Park Resort patut memikirkan untuk melewatkan operasi kedfai ini dan juga restoran makan laut tersebut. Jika tak puas, ada chalet untuk tujuan bermalam. Apa lagi? Jom !!! Lagipun tiket cuma RM15.00 seorang.


Jom Hebohkan Fake Crocs










Jika ada di antara kita yang telah menjengah Karnival Jom Heboh di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil semalam atau hari ini pasti akan terpandang dengan sekurang-kurangnya 5 gerai/kiosk yang menjual kasut/sandal Crocs dengan harga yang amat-amat-amat murah sekali. Purata harga sepasang sandal Crocs yang dijual adalah RM20.00 dan jika membeli 2 pasang maka harga yang ditawarkan ialah RM30.00 sahaja. Kita semua maklum bahawa Malaysia adalah dataran lambakan Crocs tiruan yang TERBESAR DI DUNIA. Jika dahulu jika kita bertanya kepada peniaga Crocs jalanan ini mereka akan bermati-matian mengatakan Crocs yang mereka jual adalah 100% Asli. Namun situasinya telah berubah sekarang ini, di mana mereka kini lebih beretika kerana tanpa segan silu akan memberi tahu para bakal pembeli bahawa Sandal/Kasut Cros yang dijual mereka adalah TIRUAN !!! Kata salah seorang penjual lagi ketika saya bertanya; "Bahan Croslite adalah hasil 'patented' daripada pemilik sebenar, yang di jual oleh beliau adalah daripada bahan lain yang sama tapi tak serupa".

Sebagai pengguna Crocs Original maka saya amat kesal akan situasi ini. kenapa tiada kawalan daripada Kementerian bertanggungjawab untuk membendung isu ini. Namun sebagai pengguna biasa saya hanya mampu menyeru "TEPUK DADA TANYA SELERA, TEPUK DAHI TANYA DIRI SENDIRI'.

Saturday, December 5, 2009

Jom Heboh Takdir Cinta Budak Metro


Ini merupakan kali kedua saya singgah di Booth Harian Metro sempena Karnival Jom Heboh TV3 untuk bertemu dan menikmati persembahan Iqwal Budak metro WCOPA !!! Kali pertama dahulu semasa Karnival Jom Heboh menjengah Danga Bay, Johor Bahru. Dan kali ini sempatlah saya untuk menjadi model muka depan Harian Metro bersama Iwal. (Ini bukan typo error, memang saya sukan panggil Iqwal dengan nama Iwal sahaja)


Suara Iqwal memang sedap di dengar... Salah, bukan sahaja sedap di dengar tetapi Iqwal juga bijak memilih lagu yang sesuai dengan suara dan gaya beliau. Petang tadi saya sempat mendengar Iqwal mendendangkan lagu Sampai Syurga (Faizal Tahir - FT). Bila dengar Iqwal menyampaikan lagu ini... Ternyata ia seperti milik Iqwal kerana Iqwal menyanyi mengikut acuan sendiri dan bukan meniru gaya FT. Sementara lagu kedua yang sempat saya ikuti ialah Takdir Cinta Kita (TCK) yang sebenarnya lagu kegemaran saya di dalam album pertama Iqwal !!! YES.. TCK memang begitu menyentuh jiwa, masakan tidak lagu ini menduduki tangga ke 5 di Carta JaseBoard Hits Countdown 2009 (Malay)


Mungkin tuah saya juga hari ini kerana akhirnya berjaya bertemu dengan Jebart. Siapa Jeabart? Jebat sebenarnya adalah pencipta lagu TCK yang mendayu-dayu itu. Saya amat berharap agar lagu ini dapat di calonkan unutk MuzikMuzik25 tahun hadapan. Tetapi yang lebih penting saya juga amat berharap agar Iqwal dapat di calonkan untuk beebrapa katgegori di AIM 2010 nanti. Untuk ABP, rasaya Iqwal telahpun mendapat pencalonan awal untuk kategori Penyanyi Lelaki Porpular. Semoga tersangkut untuk Top 5 kelak. (Terima Kasih Kak Myn kerana memperkenalkan saya dengan Jebart ya..)






Lirik '' Takdir Cinta Kita ''

Selalu aku..mahu..bersamamu..
damping cinta.. ku membuai rasa..

Dan aku tak pernah
sekali..duakan mu..
kaulah satu.. di dalam hatiku

Chourus
Kupeluk diri mu
meskipun hujan membasahi aku
Ku rela kan cinta ku
biarlah mati bersama diri mu
Inilah...(inilah) cintaku pada mu.. kasih

(Hanya kau selalu bermain di hatiku.. Aku pun merindu..)

Selalu aku..mahu.. bersama mu (bersama mu saja)
damping cinta..
ku membuai rasa (dampingilah belaiilah jiwaku)
Mungkin semua..(semua..) ini..(ini)
takdir kita..(bersama mu saja..)
kan bersama..
Untuk selamanya..
(Repeat chorus 2X)

Produser : Hadi Hassan & Jebart
Lagu : Jebart
Publishing : Jebart
Penulis Lirik : Whocents
Publishing Lirik : Whocents
Penyusun & Program Muzik : Hadi Hassan
Studio Rakaman : Eight Tones Communication

Purple Rain... Or Shine?


Terima Kasih Umi Latifah yang melayangkan jemputan dan Selamat Pengantin Baru kepada Ajai & Wid. Semoga kekal hingga akhir hayat, InsyaAllah.


Ini adalah buah tangan yang diberikan kepada semua tetamu yang hadir. Terima kasih lagi sekali.


Kedua-dua pasangan yang amat bertimbang-rasa dan 'sporting'. Mawi & Ekin bersanding untuk kali keempat!!! Begitu juga Ajai & Wid yang sempat lagi menjadi pengapit. "Kipas Jangan Tak Kipas !!!"


Sebelum melangkah pergi, sempat lagi saya, Keyrill & Amoi, Awan Biru bergambar dengan kedua mempelai. Kedua mempelai memang sporting, bukan setakat memberi ucapan...Siap menyanyi juga !!!


Dah namapun Mawi hadir samakan di majlis Raja sehari ini. Saya kenalah juga meneruskan 'acara rasmi' saya. Apa lagi bergambarlah. Kalau nak tahu cerita... Saya yang walaupun tidak berjanji dengan Mawi, sampainya saya lebih kurang sama dengan sampainya Mawi dan Ekin ke majlis ini. Mungkin kerana kami menggunakan jalan yang sama - MRR2. Maka sam-sama menempuh jam !!! Maka... dapatlah saya menjamu selera satu meja dengan Mawi & Ekin. Harap-harap tak ada yang jeleous ya... Kwang 3X.


Kumpulan PURPLE. Mana aci ni 'berjanji' tapi tak maklumkan pada saya... Huhuhu. Mungkin juga berjanji dengan air juga kerana air minuman yang dihidangkan juga berwarna 'biji remia' mengikut kata orang Kedah !!!


Thursday, December 3, 2009

Cinta, Rusuhan & Air Mata


Masih segar dalam ingatan saya sekitar tahun 1989, ketika itu saya masih belajar. Begitu juga Angah. Angah yang dalam ranga untuk mengambil STPM menjadikan Dewan Masyarakat sebagai salah satu bacaan wajib beliau. Meskipun majalah ini agak berat sekali, sesekali saya juga mengambil kesempatan untuk menimba ilmu mana yang boleh daripada bahan bacaan ini. Salah satu karya dan penyelidikan yang menarik minat saya adalah hasil tulisan Fatini Yaacob yang mengupas dengan begitu mendalam, terperinci dan menarik sekali mengenai Tragedi Natrah. Kini setelah 20 tahun berlalu barulah saya mampu untuk bertemu dengan Fatini lantaran itu saya mengambil kesempatan untuk bergambar dan mendapatkan senaskhah kajian beliau mengenai Natrah yang telah dikemaskini yang mengambil kira lampauan masa 1937 sehingga 2009. Karya hebat ini diterbitkan oleh Penerbitan UTM dan dijual secara promosi (dengan harga RM65.00 senaskhah) di Istana Budaya sempena Teater Natrah yang sedang dipentaskan di sini sehingga 9 Disember 2009 nanti.

Penyelidikan setebal 457 halaman ini saya kira akan mengambil masa yang lama untuk saya menghabiskannya, namun sekitar semalam saya sudahpun membaca bab akhir kerana ini mengetahui bagaikan kesudahan Natrah @ Puteh @ Nadra @ maria @ Bertha ini dari sisi pandangan Fatini. (alamak anti klimakslah pulak).

Saya sebenarnya amat tersentuh dengan tulisan Fatini di halaman 455 yang antaranya berbunyi; "Walaupun secara ideal orang-orang Islam mahu melihat Natrah kembali kepada islam, namun bagi saya, saya percaya Natrah tetap dalam kasih sayang dan keampunan Allah jua, kerana sesungguhnya yang memiliki natrah sebenarnya adalah Allah bukan kita sebagai insan. Kita tidak berhak mengatakan apa-apa pun terhadap hak dan ketentuan Allah apabila telah berakhir hayatnya, kecuali mendoakan kebaikan untuknya."

Sesungguhnya saya mendoakan segala kebaikan untuk diri saya dan keluarga serta sahabat-sahabat. Untuk Natrah semoga Allah memberikan kebaikan untuk beliau juga...