Friday, January 30, 2009

Jom Boikot Produk & Servis Yang Melibatkan ZIONIS ISRAEL


Mungkin entry ini muncul agak lewat setelah Israel mengganas di bumi Gaza sejak 27 Disember 2009 yang lalu. Ditutupi pula dengan rancangan gencatan senjata di antara rejim Israel dan Hamas yang di meterai pada 19 Januari 2009. Namun saya agak skeptikal. Regim Israel memang langsung tidak boleh dipercayai. Tidak mungkin gencatan senjata akan berlaku. Regim Israel pasti akan melanggarinya juga. Saya telah dihambat mimpi ngeri sejak peristiwa Kem Pelarian Sabra dan Syatila di Selatan Lubnan sejak tahun 80an lagi. Israel dengan rakus telah mengganas di bumi Palestin bukannya dari 27 Disember yang lalu tetapi telah melangkaui lebih 30 tahun sesedar saya. Maka saya dengan ini ingin membuat pernyataan untuk memboikot produk-produk di bawah ini. Doakan saya agar berjaya. Doakan saya agar boleh juga mempengaruhui teman-teman, sanak saudara dan sahabat handai.

1. McDonalds
(Saya telah memboikot restoran makanan segera ini sejak 27 Disember 2008 lagi)
2. Coca Cola
(Sebenarnya telah lama saya memboikot Coca Cola; jadi memang tiada masalah)
3. Starbucks
(Tidak ada masalah untuk memboikot - Kopitiamkan banyak !!!)
4. Marks & Spencer
(Memang tidak pernah menarik minat saya untuk membeli belah di sini)
5. Johnson & Johnson
(Syampoo, putik kapas, dan lain toiletries nampak gayanya akan ditukar jenamanya)
6. Nestle
(Buat permulaan saya akan memberhentikan pembelian Maggi, Nescafe & Milo)
7. Clinique, Donna Karan, Maybelline & Loreal
(Tidak ada masalah langsung - mungkin ada masalah untuk kempen kepada rakan-rakan)
8. Disney
(Disney Channel - memang tak ada di rumah, Disneyland - kali terakhir masuk tahun 1998 di US, kali terakhir membeli 'merchandise' pada 2006 di Tokyo Disneyland. 'Soo looong' Mickey Mouse !!!)
9. Kleenex
(Secara mudah - saya akan tukar jenama tisu yang digunakan.)
10. Timberland
(Saya cuma ada 1 kasut Timberland. That's it !!!)

Untuk maklumat lanjut sila klick BOIKOT ISRAEL CAMPAIGN


Nota Jase : biar berusaha, jangan duduk sahaja. Meskipun kesannya mungkin tidak nampak sekarang, insyaAllah akan muncul juga sinar di akhirnya. lebih baik bertindak dari berpeluk tubuh.

Sunday, January 18, 2009

Ceritera Hikayat 1001 Malam (5/5)

Hasrat dan Harapan Tidak kesampaian,
Dek Kerana di Sabotaj Tangan
Tapi Kerana Geram Saya Letakkan Juga
Kot-kot Ada Yang Nak Mengaku Tangan Itu Dia Yang Punya?

Rezza Ini Di Panggil Rezza Seremban,
Malam Ini Serba Hitam Telah DiPertanggungjawabkan,
Kerana Gambar Si Botak Tadi Telah digagalkan
Reza pun Botak Juga, Gambar Ini Awin Yang Ambilkan


Awan Biru Si Awan Dania,
Che Bedah Tampak Gembira,
Mazita Juga Apa Kurangnya,
Umi Latifah Siapa Tak Kenal Dia,
Yang Baju Biru Saya Terlupa Nama,
Eh.. Saya Pun Baju Biru Juga.

Ceritera Hikayat 1001 Malam (4/5)


Tersenyum Simpul Dua Sejoli,
Lensa di Klik Sudahlah Pasti,
Merah dan Hitam Ngam Sekali,
Anggur dan Bunga Menambah Seri.

Saturday, January 17, 2009

Ceritera Hikayat 1001 Malam (3/5)

Persada Singgahsana Istana Jelmaan
Membikin Hati Rasa Nak Terjah
Apakan Daya Kawasan Larangan
Dari Bawahpun Cukup Sudah


Kurtamu Dr Fazley Sungguh Indah
Gabungan Timur Tengah, Asia Selatan
Menjadi Tetamu Bukanlah Mudah
Sekilas Pandang, Adalah Paparazi Yang Menerkam !!

Sama Cantik Sama Padan
Sama Tampan Sama Menawan
Hitam dan Merah Menjadi Pilihan
Mawi dan Ekin Sungguh Mempersonakan


Sungguh Riuh Menjadi Sebutan
Kek Bantal Sungguhlah Menawan
Siapa Sangka Ia Boleh Dimakan
Daya Kreatif Bijaksana Sang Seniman

Thursday, January 15, 2009

Ceritera Hikayat 1001 Malam (2/5)


Indahnya Ukiran Ais Menjadi Hiasan,
Di Pintu Gerbang Ia Di Tempatkan,
Apa Lagi Sayapun Mengambil Kesempatan,
Dengan Gaya Yang Tidak Keterlaluan.

Menonton KM31 dengan Ustaz Akhil Hayy,
OOppsss... Terlebih Sudah aku ini,
Ustaz Akhil Memanglah Sporting Alahai,
Kenangan Manis Selepas di Gari.
(Alamak, pantun saya dah tak jadi !!! - nak tahu story? Call lah saya... Hahaha)



Sambil Berehat di Kemah Badwi
Melepas Lelah Tak Lupa Bergambar
Sekejap lagi Masuklah ke Le Marque Kembali
Sambil Diiring Angan dan Sedar


Bumi Arab Indah Laksana,
Bumi Maghribi Idaman Semua,
Busana Kurta Pilihan Saya,
Gabungan Pakistan dan Arab... Itulah Dia

Ceritera Hikayat 1001 Malam (1/5)


Teratai Mekar Di Tasik Madu,
Perahu Labuh Membawa Ratu,
Sang Raja Kias Tetap Menunggu,
Bersama Kuda Kereta DiPacu.

Laman Oasis Berhenti Penat,
Pepohon Tamar Tempat Teduhan,
Sungguh Terasa Seakan Nikmat,
Saujana Mata Memandang.


Di Le Marque Tempat Istiadat,
Permaidani Merah Pertemuan Singkat,
Seluruh Lapangan Di Hias Rapat,
Agar Tetamu Mendapat berkat.


Unggas Berterbangan di Langit Biru,
Persis Menunggu Pasangan Pengantin,
1001 Malam Semua Menunggu,
Majlis Resepsi Mawi & Ekin.

Jom Sokong Rabbani, Datuk Hjh Siti Nurhaliza, Ustaz Akil Hayy & tentunya MAWI..!!!

Ayuh lapangkan diari kita untuk menyambut Maulidur Rasul di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Februari 2009 ini bersama-sama dengan Kumpulan Rabbani, Datuk Hjh Siti Nurhaliza, Ustaz Akhil Hayy, MAWI dan Amy Search dalam Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H. InsyaAllah sambil berhibur, kita akan mendapat barakah. Apa ditunggu lagi... kan masuk adalah percuma. Saya insyaAllah akan ke sana. Anda bagaimana?

Nota Jase : Eh... esok Mawi dan Ekin akan ke Korea. Alahai... Selamat Berbulan Madu !!!