Tuesday, December 16, 2008

One In A Million The Video from Miss Congeniality - Bosson




Miss Russia, Kseniya Sukhinova, 21 tahun - berambut perang - bermata biru telah dimahkotakan sebagai Miss World 2008 di Johannesburg, Afrika Selatan pada 14 Disember 2008 yang baru lalu mengecewakan lebih dari 100 orang Ratu dari seluruh pelusuk dunia.

Pada 11 Disember 2008 pula saya telah ke Victoria Music Centre Sg Wang Plaza (kalau nak beli CD Original baru dengan harga istimewa boleh singgah di sini) untuk membelek CD-CD baru. Dalam sibuk membelek-belek terjumpa saya akan CD Bosson (penyanyi Peranchis) yang diterbitkan pada tahun 2002 saya kira yang mengandungi lagu hit beliau 'One In A Million' yang digunakan sebagai lagu tema filem Miss Congeniality (lakonan Sandra Bullock & Benjamin Bratt). memang telah lama saya mencari CD Bosson ini tetapi bila berjumpa mahallah pulak (CD import katanya). Jadi niat untuk membeli dipadamkan. Dek kerana tidak puas hati maka sayapun melayari YouTube mencari Video Klip ini. Nasib baik bertemu... Tapi lagu ini memang BEST...


Saturday, December 13, 2008

Crocs Mania !!!


Kali pertama saya dan Lisa mengunjungi Crocs Warehouse Sale. Implikasinya.... jumlah perbelanjaan melebihi RM600.00 hanya dalam masa kurang dari satu jam !!! Pecah rekod nii... Tak apa... tak apa... kan sekarang ini tengah rancak Karnival Jimat Malaysia... Hahaha. Bermula dari rumah lebih kurang jam 8.20 pagi, siap berhenti sarapan lagi di aladin Bistro. Tiba di Taman Perindustrian KIP, Bandar Seri Damansara lebih kurang jam 9.50 pagi dengan berpandukan plan yang disertakan di dalam blog Cros Warehouse Sale tersebut. Plan yang mudah diikut; lantaran itu kami mudah menemui gudang tersebut. Masa kami sampai sudah ramai orang yang beratur, kami mengambil masa lebih kurang 15 minit dalam barisan sebelum boleh masuk ke dalam gudang/kanopi jualan.

Bukan semua sandal Crocs yang terlibat dengan jualan penghabisan stok ini cuma model lama/kurang 'laku' sahaja katanya. Lantaran itu pesanan Galzean untuk mendapatkan Beach Celoreng Ala Mawi dan saya tidak kesampaian... hahaha. Tapi tak per... kan Proffessional cuma RM 70 sahaja. Memang berbaloi untuk di beli. Selepas cuba sekali mesti akan jatuh cinta dengan Crocs selepas ini. Angah pula memesan 'any model in pink'. Maka saya pun mendapatkan Professional juga.

Setelah puas hati kami pun pulang dan singgah di rumah Along untuk menyampaikan Crocs pada Amelia & Alicia.

Bukan nak berkempen, untuk yang ingin mencuba bagaimana rasanya memakai Crocs pastinya Jualan penghabisan Stok ini sesuai kerana diskaunnya sehingga 50 %. lepas ini kalau betul-betul suka bolehlah mengunjungi 'Concept Store'nya pula.

Sempat Lagi Berkopitiam !!!


Sekarang ini makin banyak Kopitiam baru muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Antara yang baru ialah Swenz Kopitiam. Baru pun tak baru juga rasanya. Jika benar telahan saya, Swenz cuma ada dua cawangan; satu di Ipoh dan satu lagi yang sempat saya kunjungi satu hari sebelum Hari raya Korban iaitu di Bandar Sunway Seberang Jaya. Swenz Kopitiam ini juga memiliki Sijil Halal JAKIM yang terpampang di hadapan kedai tersebut, jadi saya tak risau sangat untuk makan. Kali pertama saya singgah ke sini bersama sahabat saya Fadzli (yang baru menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan 22 November 2008 yang lalu). Kunjungan kali kedua ini bersama Lisa, Angah dan Adam. Masing-masing lapar setelah kurang puas hati menonton 'Twilight' di GSC Sunway Carnival Mall Seberang Jaya !!! Okay... jika singgah di Seberang Jaya jangan lupa menjamu selera di sini.

Friday, December 12, 2008

Jom Gi Crocs Sales Esok !!!

Tidak saya duga yang akhirnya Crocs akan membuat SALES juga. Ini sesuatu yang amat menakjubkan kerana sebelum ini harga semua sandal/kasut Crocs FIXED. Clearance Sales di Gudang Crocs di Taman KIP. Saya akan ke sana esok memandangkan hari ini tidak sempat kerana bekerja. Kalau kelapangan ayuh 'join'lah saya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Thursday, December 11, 2008

Selamat Ulang Tahun ke 22 Faisya !!!


Setelah sekian lama tidak berkaraoke; semalam saya 'terpaksa' belanja Faisya untuk berkaraoke selama 4 jam (dari jam 6 ptg sehingga 10 malam - rekod ni) di Green Box Karaoke Sg Wang Plaza bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran beliau. Bukan belanja sangat pun kerana Faisya memiliki Kad Keahlian Red Dot. Jadi saya cuma perlu belanja Syira, Lisa dan saya sendiri. Syira memang terror nyanyi. Lisa kali pertama berkaraoke. Saya perasan terror aja (merendah dirilah pulak). Birthday Boy... usah di nafikan lagi. Faisya yang saya kenal semasa beliau menjalani latihan praktikal di aras tempat saya bekerja ketika itu. Bakal peguam ini... hmmmm ada harapan nak minta tolong kalau saya ada masalah di masa hadapan. Hahaha...

Ok, Faisya... "Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 22 - Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, InsyaAllah. Cepat-cepat GRAD dan Go Out & Rule the World... !!!"

Wednesday, December 10, 2008

Undangan Mawi & Ekin


Dengan ini saya umumkan secara rasmi, jika tiada aral melintang saya akan menghadirkan diri untuk Majlis Menyambut Menantu (bagi pihak keluarga Mawi) pada 28 Disember 2008 di Felda Taib Andak. Terima Kasih Mawi dan keluarga atas Undangan VIP yang amat berharga ini yang saya terima hari Sabtu lalu.

Wednesday, December 3, 2008

I'm Yours The Video - Jason Mraz



Lagu santai ini memang di minanti ramai termasuk saya. Sehingga sekarang ia masih menjadi nada untuk 'in-coming' mesej saya. Jason Mraz sebenar memang tidak asing lagi dalam menghasilkan lagu-lagu santai. Antara yang masih kita ingat tentunya The Remedy (I Won't Worry) - 2003, You & I Both - 2004 dan Life Is Wonderful (2005). Semuanya lagu santai pop rock. Persoalannya sekarang, tidak ada promoter ke yang berani bawa Jason Mraz untu rangka promosi ke Malaysia? Kita tunggu aja...