Wednesday, July 16, 2008

Sekitar Rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM (3/3)

Abang K.... Datuk K membuat persediaan sebelum memulakan rakaman... "Apa yang membuatkan Datuk meminati Mawi?" Dari jauh AKDK dan keluarga datang ni. Inilah tanda sokongan padu...

Apa yang saudara buat bila mendengar/membaca berita-berita negatif mengenai Mawi? Mudah saja... jika ada kesempatan berjumpa Mawi, saya tanya beliau sendiri akan kebenaran cerita-cerita tersebut.

"Apa yang dipesan Cikgu terhadap Mawi ni? "Cikgu harap...." Ahh... cuba, try, test, tanya Cikgu sendiri... Hahahaha

Dalam langkah pertama... Mawi telah melambai kami yang dijemput kerumah terbuka beliau...





Tiga pose istimewa Mawi.... tataplah... Yang ni memang khas saya snap untuk Fanatik.... Lunatik (oopsss... lawak je laaa) Mawi laaa


Sekitar Rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM (2/3)

Mawi tengah dipakaikan mikrofon. Ye lah nak bercakapkan... kenalah semualeh dengar. Nampak macam terkejutlah pulak si Mawi nii...

Bertafakur ke Mawi sebelum memulakan rakaman?

Ramai jugak yang hadir yer... Kata Mawi di jemput 1000 orang... Yang datang 30 orang sahaja... Hahaha... Itulah yang dinamakan EKSKLUSIF, saya ulang EKSKLUSIF, hehehe

Ini sebenarnya... tengah rakaman video klip lagu Ayah... Aku Merinduimu nii... Macam tersenyumlah pulak Mawi ni. Banyak shot sebenarnya. Banyak kali jugalah takenya. Hasilnya... kita tunggu...

Khusyuk giler Brader jurugambar ni... Cuba tengok kat skrin tuu..

Kru dan penerbit pula...

Ini antara shot yang menarik... lama juga Mawi kena berlakon merenung di luar jendela nii...

Sekitar Rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM (1/3)


Apa dimenungkankan oleh Mawi tu?



Ini kes banyak kamera laaa ni. Sebab tu tak tahu nak aim yang mana satu. Cute ambil kesempatan untuk bergambar dengan Mawei bila Mawi datang lepak di meja kami. Saya senyum... tetapi mengapa pulak Si Suzy macam masam je tu?



Ini semua Pria Terhebat kat meja saya.... meja paling dekat dengan pintu. BTW, ini baju melayu edisi terbaru saya (masih ada tiga pasang di tailor), Mus baju melayu hitam... hmm... ini baju melayu masa ambil diploma ker? Galzean, baju melayu pink masa kenduri dua tahun lalu kot - kenduri sapa ntah... dan ada seorang pakai baju melayu kawen. Yang mana satu?

Inikan rumah terbuka Mawi, pesal saya pulak yang dok tunjukkan makanan dan ajak Mawi makan ni? Hahaha...

Tanyalah apa saja... tapi berkenaan hari puasa dan raya saja

Ini sesi sakat menyakat antara saya dan Mawi

Sempat lagi Cikgu nii... Tapi yang saya confirm, pasti lagi jitu yang Mawi tanda tangan untuk Lynn & KY. Betulkan Cikgu?

Rumah Terbuka Mawi di RSM (Aksi-Aksi Mawi)







Ini antara aksi-aksi Mawi yang sempat saya rakamkan selepas program rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM. Sebenarnya Mawi ada lagi dua atau tiga pasang baju melayu untuk sesi fotografi ini, cuma sayapun agak malas untuk menunggu lebih lama (lagipun inikan majlis orang). Baju melayu kaler merah rasanya. Ada juru gambar dan jurumekap yang bertugas. Sayapun tak pasti akan keluar di majalah mana, tapi mesti untuk keluaran Hari Raya Aidil Fitrikan . Yang lebih pasti.... ia keluar di blog saya dahulu... hehehe, jangan mare yer.

Rakaman Rumah Terbuka Mawi di RSM




Pulang dari bercuti, saya dan rakan-rakan mempunyai agenda hebat yang telah mengakibatkan saya terpaksa mengambil satu hari tambahan cuti tahunan. Sebenarnya... ada rakaman rumah terbuka Mawi di Restoran Seri Melayu untuk siaran TV1. Rancangan yang saya sendiripun tidak tahu tajuknya ini dengarnya untuk siaran Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. (Terima Kasih Kak Ita & Nora yang memanjangkan jemputan untuk saya, Lisa, Cute, Mus, Galzean, Yeo & Yani) Rakaman ini dijadualkan bermula jam 3 petang, saya kira bermula agak lewat juga - terutama acara makan-makanlah. Sebelum itu, rakaman untuk sesi temubual yang melibatkan Cikgu Jah, Abang Khalid, Puan Erna dan saya bermula kira-kira jam 3.15 petang. Memandangkan semua soalan yang diajukan adalah secara spontan, sayapun hampir terlupa apa yang ditanya dan apa yang saya jawab. Yang saya ingat... Lagu Mawi yang paling saya minati ialah "Cinta Hakiki". Maka... kalau nak tahu cerita lanjutnya... kenalah tunggu tarikh siarannya nanti. Kami mula masuk dewan lebih kurang jam 4.10 petang, dengan disambut mesra oleh Mawi yang memakai baju melayu serba hijau yang tanpa di duga juga sedondon dengan Cikgu Jah & Suzy (baju baru yang kainnya di beli di Korea). Menu yang disediakan juga tidak kurang hebatnya - menu hari rayalah katakan, seperti satay, nasi impit, ketupat, lemang, mee hon goreng, kuih raya, buah-buahanlah dan punch. Sambil makan, kami dapat berceloteh dengan Mawi dan bertanya apa-apa yang kami nak tahu berkenaan rayalah. Mawi juga sempat mendendangkan lagu raya 'malar segar' beliau... Ayah (alamak... tajuk 'full'nya saya lupalah).


Tak dapat tidak... kenalah ambil gambar dengan Mawi jugakan....



Saturday, July 12, 2008

2nd Reunion of Yellow Group of Ceria Korea

Setelah berbagai dugaan untuk 'mengkonpemkan' venue akhirnya berjaya juga Kumpulan Kuning mengadakan reunion kali kedua di Kelab Tasik Putrajaya (KTP) pada 12 Julai 2008. Yang sempat melapangkan diri untuk hadir ialah Abang Everland sefamili, Suzy, Zamnah, Rafizah (tuan rumah sebab dia dok Putrajaya), Aishah, Cikgu Jah, Lynn, Yoyo, Nadia & Mael, KY dan saya Lisalah... Yang paling awal datang, saya dan Lisa dan yang paling lambat Abang Everland sefamili laaa.
Berbagai menu di order... tapi tunggu saya upload pada pada entry akan datang.... wei... org datang reunion nak sembang laa bukan nak update blog..:)

Friday, July 11, 2008

Percubaan Pertama Aizat


Secara jujurnya, Aizat bukanlah antara penyanyi yang saya minati ataupun menyokong kerjaya seninya. Apatah lagi mengAFUNDI Aizat ketika di AF5. Namun... dek akibat berhantunya lagu 'Hanya Kau Yang Mampu' membuatkan saya tertarik untuk memiliki album ini. Namun belumpun sempat saya ke kedai rekod untuk mendapatkan CD ini, Boss saya terlebih dahulu menghadiahkan saya. Terima Kasih Boss. Boss memang sporting habis. Apa kaitan boss saya dan Aizat... Biarlah Rahsia (bak kata Dato' Siti). Tak cukup dengan itu, Aizat siap tandatangani lagi CD ini.
Percubaan Pertama Aizat ini ternyata amat berjaya dan mengkagumkan. Album yang diterbitkan oleh Saudara Mujahid (ingat NowSeeHeart?) ini memang boleh dibanggakan. Mini album ini mengandungi 8 lagu termasuk 1 lagu bonus 'Hanya Kau Yang Mampu' versi akustik. Semua lagu enak di dengar. Antara 3 lagu yang amat menarik bagi saya ialah 'Hanya Kau Yang Mampu' (Taufik/Taufik), 'Selamat Tinggal Akhirnya' (Anas & Aizat Amdan/Anas & Aizat Amdan) dan Sahabat (Taufik/Taufik) (Ini merupakan single pertama Aizat - hits jugak sekejap lagu ini di Suria FM satu ketika dahulu). Sungguhpun begitu, semua lagu selesa di dengar terutama ketika memandu ataupun ketika bersantai. Apatah lagi jika kita tidak kenal akan penyanyinya tentu kita akan merasakan album ini juga datangnya dari seberang. Muziknya banyak dipengaruhi muzik-muzik band Indonesia. Apakah ini strategi untuk memasarkan produk ini ke sana? Kita nantikan saja.
Suara Aizat juga lebih menyakinkan jika hendak dibandingkan ketika di AF5 dahulu. Cuma untuk lagu 'Hanya Kau Yang Mampu', perkataan "aku" tampak jelas seperti Aizat menyebutnya "haku". Kebetulan?
Apa-apapun, selamatkan industri muzik tanah air, milikilah album Aizat yang original, berbaloi memang berbaloi.