Alhamdulillah akhirnya saya dan Lisa selamat sampai di kampung setelah mengharungi pelbagai rintangan sepanjang lebih kurang 7 jam perjalan dari Kuala Lumpur. Kesesakan lalu lintas yang teramat sangat bermula dari selepas dari bekas tapak Tol Ipoh Selatan melarat sehingga ke Terowong (10 KM dari R&R Sungai Perak Arah Utara) selama lebih kurang 1 jam dengan kelajuan purata 10kmj. Lewat susur keluar Bandar Bharu/Parit Buntar kami dikejutkan dengan lencongan jalan tanpa arah sehinggalah kami membuat pusingan semula. Di antara Lubuk Buntar sehingga sebelum Pekan Terap terdapat tiga kawasan yang di naiki air dimana Matrix saya terpaka meredah air sambil dalam hati berdoa agar semuanya selamat.
Akhirnya tercapai juga niat untuk menyambut Hari raya Korban kali ini bersama ayah bonda. Terima Kasih Allah.
Untuk semua pembaca, 'Selamat Hari Raya Korban. Semoga kita sama-sama dapat meghayati erti PENGORBANAN sehebat Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS; insyaAllah'.