

Sehubungan dengan itu juga; JaseMario, Lisa, Cute, Mus, Galzean, Cikgu Jah, Yeo, Yani, Rezza, Awin dan Alang akan menonton Jin Notti di TGV KLCC jam 9.20 malam. Adakah kami akan dapat bertemu dengan Inspektor Aziz? Tunggu saja ya...
Ya... Saya tahu, Lagu Indon lagi. Tapi lagu dari genre Ala-ala Pop Dangdut dendangan Wali Band ini memang akan melekat meskipun baru pertama kali kita mendengarnya. Alangkah baiknya kalau "Raja Dangdut Malaysia" Iwan & "Sifu Black" Mas Idayu dapat lahirkan lagu Dangdut se'catchy' ini. Memang akan saya sokong. Saya macam pernah dengar lagu ini sebelum ini tetapi tidak tahu siapakah penyanyinya. Semalam bila saya ke Central Market untuk menempah t-shirt 'night@themuseum' kebetulan petugas di kiosk yang saya buat tempahan itu memasang lagu ini lantas meminjamkan saya mp3 lagu tersebut untuk saya. Bila dah lap top di riba dapatlah saya cari youtube lagu ini dan kongsi bersama. Ayuh... kita dengarkan bersama. Lagu ini juga saya tujukan kepada SpiderX @ Haazran Zaraa. Jangan marah ye Bro !!!
Padamu Aku Bersujud - Afgan
Kekasih Allah - Hadad Alwi
Insan Utama - Hadad Alwi & Duta SO7
Aku Bersujud - Acha Septriasa & Irwansyah
Alhamdulillah - Ungu
Nota Jase : Saya tahu dah masuk musim raya... kebetulan pula saya baru memulakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal hari ini maka teringat akan entry yang tertangguh ini. Entry ini sudah tentu ada kaitan dengan bulan Ramadhan. Sesungguhnya artis-artis porpular dari seberang ketika kita menyambut bulan ramadhan yang berkat dahulu mereka akan berlumba-lumba menghasilkan lagu-lagu ketuhanan (atau istilahnya lagu-lagu religi di sana) sedangkan di tanah air jangan nak katakan lagu ketuhanan, lagu puasa atau lagu rayapun agak sukar untuk diterbitkan. Jika adapun, penyanyi pop yang mampu mengeluarkan lagu/cd ketuhanan cuma Mawi (Allah Habeebi) dan baru-baru ini Dato' Siti Nurhaliza (Tahajjud Cinta). Maka hayatilah lagu-lagu di atas untuk halwa telinga kita. Hmm... Apa Khabar ya Pak Hadad sekarang?
Ku Pohon Restu Ayah Bonda adalah Single Hari Raya Mawi sejurus selepas menjuarai AF3; 4 tahun yang lampau. Lagu ini selain daripada amat sinonim dengan Kumpulan Al Jawahir & Mamat (Exist); Mawi sebenarnya telah menaikkan lagi 'martabat' lagu ini dengan 'arrangement' yang terbaru dan ditambah pula dengan takbir hari raya. Hasilnya lagu ini bukan sahaja lebih indah tetapi lebih syahdu. Versi dendangan Mawi ini juga tentu saja masih berada di senarai Top 5 Lagu Raya Sepanjang Zaman !!!
Senarai To 12 saya bagi Lagu Raya untuk Tahun 1430H (setelah memasang tanpa henti lagu raya ketika pulang ke kampung pada 17 Sept yang baru lalu) :
01. Pulanglah (Aishah)
02. Sesuci Lebaran (Dato' Siti Nurhaliza)
03. Satu Hari Di Hari Raya (M. Nasir)
04. Lebaran Ini (Raihan, NowSeeHeart, Ajai & Rem)
05. Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda (Mawi)
06. Balik Kampung (Allahyarham Dato' Sudirman)
07. Selamat Hari Raya (Allahyarhamah Puan Sri Saloma)
08. Lambaian Aidil Fitri (Jamal Abdillah & Saleem)
09. Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)
10. Bingkisan Untuk Perwira (Khadijah Ibrahim)
11. Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)
12. Selamat Berhari Raya (Rahimah Rahim)
17hb September 2009 - Saya dan Lisa dalam perjalanan pulang ke kampung bertemu AyahBonda. Sesuai benar lagu untuk ditujukan kepada Mak "Halijah" dan Abah "Mohamed Zain". Dengan ucapan "Doakan kami selamat sampai... InsyaAllah"
Memandangkan Iqwal belum lagi memiliki Lagu Hari Raya baru dan original maka bolehlah kita layan lagu ini dahulu. Takdir Cinta Kita judulnya. Boleh tahan juga lagu ni. Kalau selalu dapat 'air play' di radio memang boleh jadi hits. Kalau tak puas dengar lagu ini.. Kita sebenarnya masih menunggu Video Klip Original untuk beberapa lagu Iqwal. InsyaAllah akan di keluarkan selepas hari raya nanti. Dalam pada itu, apa kata kita dapatkan album penuh Adik Iqwal !!! Sebelum terlambat... Selamat Hari Raya Iqwal Hafiz. Kalau sudi, bolehlah datang rumah abang di kampung raya nanti !!! Hehehe...
Jika dahulu saya ada menulis tentang Single terbaru yang membabitkan Akon maka... ini adalah the Official Video Clip for the Song - Sexy Chick. Sekarang lagu ini sedang berada di tangga ketiga Offical UK Top 75 Singles. Sementara di Billboard Hot 100 lagu ini baru 4 minggu menjengah carta dan kini berada di kedudukan ke 79.
Hebahan... Dah beli Tiket Konsert Akon di Sunway Lagoon Beach, Oktober nanti? Kalau belum, masih ada waktu tau !!!
Akon Freedom Beach Concert 2009
Saturday - 24 October 2009
8.00 pm
Sunway Lagoon Beach
p/s : Happy Fasting Akon !!!