Friday, January 30, 2009

Jom Boikot Produk & Servis Yang Melibatkan ZIONIS ISRAEL


Mungkin entry ini muncul agak lewat setelah Israel mengganas di bumi Gaza sejak 27 Disember 2009 yang lalu. Ditutupi pula dengan rancangan gencatan senjata di antara rejim Israel dan Hamas yang di meterai pada 19 Januari 2009. Namun saya agak skeptikal. Regim Israel memang langsung tidak boleh dipercayai. Tidak mungkin gencatan senjata akan berlaku. Regim Israel pasti akan melanggarinya juga. Saya telah dihambat mimpi ngeri sejak peristiwa Kem Pelarian Sabra dan Syatila di Selatan Lubnan sejak tahun 80an lagi. Israel dengan rakus telah mengganas di bumi Palestin bukannya dari 27 Disember yang lalu tetapi telah melangkaui lebih 30 tahun sesedar saya. Maka saya dengan ini ingin membuat pernyataan untuk memboikot produk-produk di bawah ini. Doakan saya agar berjaya. Doakan saya agar boleh juga mempengaruhui teman-teman, sanak saudara dan sahabat handai.

1. McDonalds
(Saya telah memboikot restoran makanan segera ini sejak 27 Disember 2008 lagi)
2. Coca Cola
(Sebenarnya telah lama saya memboikot Coca Cola; jadi memang tiada masalah)
3. Starbucks
(Tidak ada masalah untuk memboikot - Kopitiamkan banyak !!!)
4. Marks & Spencer
(Memang tidak pernah menarik minat saya untuk membeli belah di sini)
5. Johnson & Johnson
(Syampoo, putik kapas, dan lain toiletries nampak gayanya akan ditukar jenamanya)
6. Nestle
(Buat permulaan saya akan memberhentikan pembelian Maggi, Nescafe & Milo)
7. Clinique, Donna Karan, Maybelline & Loreal
(Tidak ada masalah langsung - mungkin ada masalah untuk kempen kepada rakan-rakan)
8. Disney
(Disney Channel - memang tak ada di rumah, Disneyland - kali terakhir masuk tahun 1998 di US, kali terakhir membeli 'merchandise' pada 2006 di Tokyo Disneyland. 'Soo looong' Mickey Mouse !!!)
9. Kleenex
(Secara mudah - saya akan tukar jenama tisu yang digunakan.)
10. Timberland
(Saya cuma ada 1 kasut Timberland. That's it !!!)

Untuk maklumat lanjut sila klick BOIKOT ISRAEL CAMPAIGN


Nota Jase : biar berusaha, jangan duduk sahaja. Meskipun kesannya mungkin tidak nampak sekarang, insyaAllah akan muncul juga sinar di akhirnya. lebih baik bertindak dari berpeluk tubuh.

Sunday, January 18, 2009

Ceritera Hikayat 1001 Malam (5/5)

Hasrat dan Harapan Tidak kesampaian,
Dek Kerana di Sabotaj Tangan
Tapi Kerana Geram Saya Letakkan Juga
Kot-kot Ada Yang Nak Mengaku Tangan Itu Dia Yang Punya?

Rezza Ini Di Panggil Rezza Seremban,
Malam Ini Serba Hitam Telah DiPertanggungjawabkan,
Kerana Gambar Si Botak Tadi Telah digagalkan
Reza pun Botak Juga, Gambar Ini Awin Yang Ambilkan


Awan Biru Si Awan Dania,
Che Bedah Tampak Gembira,
Mazita Juga Apa Kurangnya,
Umi Latifah Siapa Tak Kenal Dia,
Yang Baju Biru Saya Terlupa Nama,
Eh.. Saya Pun Baju Biru Juga.

Ceritera Hikayat 1001 Malam (4/5)


Tersenyum Simpul Dua Sejoli,
Lensa di Klik Sudahlah Pasti,
Merah dan Hitam Ngam Sekali,
Anggur dan Bunga Menambah Seri.

Saturday, January 17, 2009

Ceritera Hikayat 1001 Malam (3/5)

Persada Singgahsana Istana Jelmaan
Membikin Hati Rasa Nak Terjah
Apakan Daya Kawasan Larangan
Dari Bawahpun Cukup Sudah


Kurtamu Dr Fazley Sungguh Indah
Gabungan Timur Tengah, Asia Selatan
Menjadi Tetamu Bukanlah Mudah
Sekilas Pandang, Adalah Paparazi Yang Menerkam !!

Sama Cantik Sama Padan
Sama Tampan Sama Menawan
Hitam dan Merah Menjadi Pilihan
Mawi dan Ekin Sungguh Mempersonakan


Sungguh Riuh Menjadi Sebutan
Kek Bantal Sungguhlah Menawan
Siapa Sangka Ia Boleh Dimakan
Daya Kreatif Bijaksana Sang Seniman

Thursday, January 15, 2009

Ceritera Hikayat 1001 Malam (2/5)


Indahnya Ukiran Ais Menjadi Hiasan,
Di Pintu Gerbang Ia Di Tempatkan,
Apa Lagi Sayapun Mengambil Kesempatan,
Dengan Gaya Yang Tidak Keterlaluan.

Menonton KM31 dengan Ustaz Akhil Hayy,
OOppsss... Terlebih Sudah aku ini,
Ustaz Akhil Memanglah Sporting Alahai,
Kenangan Manis Selepas di Gari.
(Alamak, pantun saya dah tak jadi !!! - nak tahu story? Call lah saya... Hahaha)



Sambil Berehat di Kemah Badwi
Melepas Lelah Tak Lupa Bergambar
Sekejap lagi Masuklah ke Le Marque Kembali
Sambil Diiring Angan dan Sedar


Bumi Arab Indah Laksana,
Bumi Maghribi Idaman Semua,
Busana Kurta Pilihan Saya,
Gabungan Pakistan dan Arab... Itulah Dia

Ceritera Hikayat 1001 Malam (1/5)


Teratai Mekar Di Tasik Madu,
Perahu Labuh Membawa Ratu,
Sang Raja Kias Tetap Menunggu,
Bersama Kuda Kereta DiPacu.

Laman Oasis Berhenti Penat,
Pepohon Tamar Tempat Teduhan,
Sungguh Terasa Seakan Nikmat,
Saujana Mata Memandang.


Di Le Marque Tempat Istiadat,
Permaidani Merah Pertemuan Singkat,
Seluruh Lapangan Di Hias Rapat,
Agar Tetamu Mendapat berkat.


Unggas Berterbangan di Langit Biru,
Persis Menunggu Pasangan Pengantin,
1001 Malam Semua Menunggu,
Majlis Resepsi Mawi & Ekin.

Jom Sokong Rabbani, Datuk Hjh Siti Nurhaliza, Ustaz Akil Hayy & tentunya MAWI..!!!

Ayuh lapangkan diari kita untuk menyambut Maulidur Rasul di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Februari 2009 ini bersama-sama dengan Kumpulan Rabbani, Datuk Hjh Siti Nurhaliza, Ustaz Akhil Hayy, MAWI dan Amy Search dalam Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H. InsyaAllah sambil berhibur, kita akan mendapat barakah. Apa ditunggu lagi... kan masuk adalah percuma. Saya insyaAllah akan ke sana. Anda bagaimana?

Nota Jase : Eh... esok Mawi dan Ekin akan ke Korea. Alahai... Selamat Berbulan Madu !!!

Friday, January 9, 2009

Ada Satu Lagi Donut !!!


Lewat Hari Raya Haji yang lalu ketika di Kampung saya di Kedah. Saya dan Lisa mengambil kesempatan untuk merasa Nash Donut & Bakery milik anak tempatan di Village Mall Sungai Petani yang konsepnya lebih kurang sama dengan J.Co ataupun Big Apple. Yang lebihnya; di sini juga dijual kek dan roti. Minumannya pula lebih kurang sama; kopi, teh dan 'ice-blended'. Harga juga begitu - lebih kurang sama. Yang penting ia milik anak tempatan - orang kita !!! Hmm... pekerjanya, seperti yang di jangka ada orang Indonesia yang jira bekas pekerja J.Co... OOOppppsss !!!

Kalau singgah di Sungai Petani, jangan lupa singgah untuk menjamu selera. Dimana letaknya Village Mall? Hmm... Cari saja TESCO Sungai Petani, Kompleks ini bersebelahan dengan Hypermarket tersebut.

Wednesday, January 7, 2009

Cute's 3logger Award? Lihatlah Dunia... Ahaks !!!



Pertama sekali TERIMA KASIH kepada YoyoYM yang menganugerahkan Award ini kepada saya. Cute ker JaseMario ni? Alahai... malunya. Kwang 3X. Tiga kali sahaja yaa... Yang 'naya'nya... Award ni ala-ala kena TAG lak pulak. Tuu yang mengancam habis tuu... Tapi Tak Mengapa... Bak kata A Rahman Hassan. Biar ku derita menjawab semua persoalan ini... Kan, kan, kan....

Berikut saya senaraikan "Peraturan untuk menerima Award hebat ini :

(1) 'Copy badge' "2008 Cute's 3logger Award" dan letakkan di blog anda.
(2) 'Link'/ceritakan kembali siapa yang menganugerahkan award ini kepada anda.
(3) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
(4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda. (Cabaran ni...)
(5) Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di TAGged. (Amalan biasa ni)

Peraturan ke 3 ini memang mencabar sekali. Saya pun dengan rasa rendah diri mengikut apa yang telah dibuat oleh YoyoYM iaitu 5 FAKTA yang bukan DUSTA dan 5 HOBI yang bukan kerja sepenuh masa.

5 FAKTA mengenai JaseMario :

(1) Lahir pada 1 Mac dan berbintang Pisces. Jadilah seperti Ikan, meskipun hidup di lautan masin, isi nya tetap tawar !!!

(2) Pernah belajar selama 3 tahun di Negeri Perlis Indera Kayangan.

(3) Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi (macam tak percaya sahaja).

(4) Pernah berakit dan berkayak merentasi Sungai Terengganu.(yang terpaksa mengikuti program rekreasi ini kerana ingin menulis rencana untuk majalah universiti berdasarkan pengalaman sendiri)

(5) Meminati subjek Geografi semasa di Sekolah Menengah.(saya dapat A1 untuk subjek Geografi semasa SPM, ok)

5 HOBI JaseMario pula :

(1) Mengumpul CD Original. Samada yang baru di keluarkan ataupun 'used CD' yang di beli di Flea Market; terutamanya di Amcorp Mall. CD yang dikumpul adalah dari pelbagai genre.

(2) Melancong. Saya suka melancong ke tempat eksotik dan merasai budaya dan tamadun tempat tersebut. Contoh : Siam Reap, Luang Phrabang. (Kami akan ke Ujong Pandang !!!)

(3) Memblog. Saya mula minat untuk memblog setelah tamat AF3. Sebab semasa AF3, saya asyik melepak di Blog orang sahaja.Sebelum itu saya tak tahu apa itu blog.

(3) berSMS (sebab call mahal sikit) dan berYM (kalau ada kelapangan lah). Oik... macam sama dengan YoyoYM jer...

(4) Mencipta Pantun. Tapi sekarang idea kreatif agak kurang. Konon-kononnya sibuk bekerja dan memblog. Hahaha...

WOW... Tak sangka selesai juga menyenaraikan fakta dan hobi. Alhamdulillah.

Dan kini tibalah giliran untuk mengumumkan "The 2008 Cute's Blogger Award" daripada JaseMario untuk tahun 2008.

01. Cute Wonderland
02. OneHalim @ Saudi
03. Hazran Zaara the photographer
04. The Chronicle of Dayat
05. Fiza BumbleBee
06. Zeyhey the Kona
07. Malis Nubby
08. SueMije
09. AliffDJ Pelangi
10. ChahYM the JJCM

Tiada siapa yang lebih layak selain dari Kalian.... Percayalah. JaseMario; sampai di sini.

Tuesday, January 6, 2009

Lawatan Di Tahun Baru






Pada 1 Januari 2009 yang baru lalu saya singgah di Kemaman dengan tujuan ingin bersarapan di Kedai Kopi Hai Peng. Malangnya kopitiam kegemaran saya ini buat 'Year End Close'lah pulak sehingga 4 Januari 2009. Maka terpadamlah hasrat untuk makan. Maka terpaksalah bersarapan di restoran lain. Dalam pada tengah bersarapan teringat pula akan sepasang sahabat lama saya yang kini telah bermastautin di Kemaman iaitu Kak Moon dan Abang Kamil. Kak Moon yang memang tahu saya berada di Kuantan, tetiba sahaja Kak Moon menelefon bertanyakan samada kami sudi untuk singgah atau tidak. Saya kata OK sahaja tambahan pula rencana tentang rumah Kak Moon tersiar di dalam Anjung Seri keluaran Januari 2009. Boleh jadi 'entry' untuk blog juga fikir saya. Seperti selalunya Kak Moon dan Abang Kamil akan melayan tetamu dengan ramah sekali. Kami juga di jamu dengan 'popia ketam'. Sempat juga saya melihat gambar-gambar lama saya yang ada dalam simpanan Kak Moon. Oh... lupa pula, Kak Moon ini dahulunya rakan sekerja saya yang telah bersara pada tahun 2004. Dia ini boleh dikira sebagai 'Ikon' di temopat saya bekerja dahulu.

Jika ingin membaca rencana mengenai rumah cantik dan menikmati sendiri keindahannya; dapatkan saja Anjung Seri keluaran Januari 2009 dan selak di halaman 80 hingga 89. Ikuti cerita Rumah Orang KL @ Rumah Ada Kolam ini. Cantiik... Menariik & Da Bomb !!! pastinya.

Monday, January 5, 2009

Cepat Tangkap Sebelum Kehabisan !!!


Ini adalah majalah khas terbaru edisi terhad terbitan Karangkraf yang lengkap dengan cerita dan gambar merangkumi semua 'event' Perkahwinan Mawi & Ekin bermula dari Majlis Akad Nikah (20 Disember 2008) sehinggalah kepada Kenduri Menyambut Menantu di Felda Taib Andak (28 Disember 2008). Yang tidak ada di dalam majalah ini cumalah Majlis Resepsi Istimewa di Palace of Golden Horses yang akan berlangsung pada 11 Januari 2009 ini. Murah sahaja untuk rangkuman 'Event of The Year' ini. Dapatkan di 'book stall' berhampiran dengan anda segera sebelum kehabisan stok dengan hanya RM16.90 senaskhah.

Jangan minta pinjam saya punya...!

Catatan 7 : Konvoi KL-FTA/Buah Tangan Dari Pengantin


Yang ini adalah cenderahati kepada mereka yang menghadiri Majlis Khatam Quran & Marhaban pada 27 Disember 2008 di Teratak Bonda. Saya suka akan telur pindang dan pulut kuning tersebut. Memang sedap.


Yang ini adalah cenderahati yang kami dapat semasa menghadiri Kenduri Menyambut Menantu di Felda Taib Andak pada 28 Disember 2008 yang lalu. Banyak juga kandungannya... Jemputan VIPlah katakan...

Saturday, January 3, 2009

JASEBOARD MALAY HOT 25 FOR THE YEAR OF 2008

01. BAWA KU TERBANG (THE FABULOUS CATS)
Saya tak tahu cita rasa orang lain tetapi bagi saya inilah 'Song of The Year' bagi Lagu Melayu untuk tahun 2008. Paduan suara 3 orang untuk lagu ini; nyanyian & rap memang 'ngam habis'. Cat Farish, tonggak utama TFC memang bijak melahirkan lagu-lagu catchy semenjak RuffEdge lagi. Di tambah pula dengan suara Adeep yang merdu. This song is so, so REAL !!!

02. HANYA KAU YANG MAMPU (AIZAT AF5)
Ini adalah bukti kepada sikap tidak prejudis dan keterbukaan saya. Terus terang saya katakan saya memang tidak menggemari Aizat. Tetapi lagu ciptaan ahli kumpulan Kerispatih ini memang hebat dan berhantu. Lagu cintan cintun ini memang terasa keindonesiaannya tetapi memang layak dinobatkan di tempat kedua.

03. BILA NAK SAKSI (SPIDER)
Sekali sekala memang Spider mampu melahirkan lagu balada yang tangkap syahdu. Ini buktinya. Lirik ciptaan Allahyarham Loloq ini nampak bersahaja tetapi amat mendalam sekali maksudnya. Boleh jadi lagu tema cinta.

04. PAGI YANG GELAP (HUJAN)
Ramai yang mengatakan lagu ini ntah apa-apa. Liriknya ntah apa-apa. Tetapi melodinya cukup santai yang menyebabkan bila kita mendengarnya tidak akan merasa jemu.... "Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang...." Apa yang hendak cuba disampaikaan oleh Hujan?

05. SAKSI (RABBANI & MAWI AF3)
Satu-satunya lagu Nasyid yang berjaya menambat jiwa saya untuk tahun 2008 ini. Lagu ini ada unsur-unsur Aduh Saliha terutamanya di bahagian Mawi sahut-menyahut dengan Ustaz Asri. Bukan sahaja melodinya catchy tetapi ia juga sebuah lagu yang berkualiti jika tidak masakan dinobatkan sebagai Juara NMI TV1 lewat tahun 2008.

06. CHANTEK (ALTIMET FEAT ADEEB OF FABULOUS CATS)
Ini juga lagu Indon. Cuma dahulu ia sebuah lagu R&B perlahan. Kini telah urbankan lagi dengan tambahan Rap oleh Altimet. Bila part nyanyi di beri pada Adeeb. Tidak syak lagi ia sebuah kolaborasi yang hebat dan memberangsangkan. Mudah sahaja lagu ini cantik secantik judulnya.

07. KU MERINDU (SHAH FEAT MAN KIDAL & ELLA)
Kalau orang tanya saya saya akan kata ini lagu syok sendiri. Ye lah... Shah yang banyak duit, laburkan duit untuk buat album dengan mengundang pemuzik dan penyanyi hebat untuk menjayakan album beliau. Sesungguhnya lagu ini menjadi amat menarik kerana digandingkan dengan Ella. YES... this song is a very Ella. Soalan saya... bila Ellah nak lahirkan album baru?

08. TANPA (SIXTH SENSE)
Pertama kali saya mendengar lagu ini semasa melayari blog Hidayat. Tak sangka pula melekat di jiwa saya. Tetapi saya agak kecewa kerana bila dengar live semasa Semi Final MuzikMuzik tempoh hari kerana nyanyian Adi tidak mencapai tahap piawai saya. Meskipun begitu saya tetap suka akan hasil kreatif lagu ini.

09. TRILOGI CINTA (SALEEM)
Lagu Penjara. Lagu Penyesalan. Lagu Syahdu. Dengan suara serak-serak basah Saleem, lagu ini menjadi lebih merdu. Pencipta lagu ini masih samar. Saya yang telah lama meminati suara Saleem memang tidak teragak-agak lagi memiliki CD beliau yang mengandungi lagu ini.Bila lagi Saleem nak keluarkan CD yang memiliki semua lagu baru?

10. JANGAN BILANG TIDAK (RAFFI AHMAD & AYUSINTA)
Saya namakan ini Lagu Korea. Terima Kasih kepada Arnie yang meperkenalkan saya dengan lagu ini ketika Trip ke Korea tempoh hari. Yang menariknya kedua-kedua penyanyi lagu ini adalah pelakon. Itulah yang dikatakan Bukan Bintang Biasa.

11. ADA UNTUKMU (NUBHAN AF6)
Lagu Taj Mahal. Ramai yang meminati lagu ini termasuk saya. Suara Nubby seperti mendayu dayu denga penuh kesedihan dan kepayahan. Itulah kelebihan Nubby.

12. DIBIUS CINTA (MELLY GOESLOW & YUSRY KRU)
Saya seperti dibius ketika pertama kali mendengar lagu ini di corong radio satu ketika dahulu. Macam tak percaya sahaja Yusry boleh berduet dengan Melly. Dan Melly seperti selalu akan melahirkan lagu cinta sentimental yang amat menggetar jiwa. Kalau menonton Cicak Man : Planet Hitam pasti akan faham kenapa tajuknya Dibius...

13. BURONAN CINTA (THE LIMA GANGSTARZ1)
14. AKU LEBIH TAHU (MILA AF5)
15. KETAHUAN (MATTA)
16. YANG PERNAH (ESTRANGE)
17. TEMAN TERULUNG (ANUAR ZAIN)
18. SAYANG SAYANG (ALIFF AZIZ)
19. LAGU UNTUKMU (MEET UNCLE HUSSAIN)
20. AYAT-AYAT CINTA (ROSSA)
21. DOA DALAM LAGU (MAWI AF3 & HELIZA AF5)
22. BUKTI (FIQ MENTOR2)
23. MENJAGA HATI (YOVIE & NUNO)
24. TERIMA KASIH CINTA (AFGHAN)
25. PANAHAN ASMARA (TOI AF6)

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009


Ada rakan kirimkan 'komik' di atas. Entah dari mana dia dapat saya pun tak tahu. Lucukan? Lucu untuk mulakan Tahun Baru 2009 Masehi dengan penuh ceria. Lantaran itu jiga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 kepada semua ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan yang terutama kepada anda semua yang telah memeriahkan blog saya ini secara langsungataupun tidak langsung. Semoga segala azam dan cita tahun 2008 telah terlaksana dan apa pula azam baru tahun 2009?