Sunday, December 27, 2009

JASEBOARD YEAR END HITS 2009 (INTERNATIONAL)

01. Down (Jay Sean feat Lil' Wayne)
Lagu ini memang naik turun tahta. Pertama kali dengar lagu ini saya sudah jatuh cinta. Kiranya tahun ini memang tahun untuk 'dance beat/club song' sebab bayak lagu dari genre ini yang menguasai carta dari masa ke semasa. Kolaborasi Jay Sean dan Lil' wayne memang menjadi. Sekarang ini elemen rap perlu di suntik meskipun sedikit !!! "Even if the stars is falling down... I will still looooove this song. Hahaha...

02. Sexy Chick (David Guetta feat Akon)
YES... Sexy Chick is really a sexy song. The BEAT will make you want more and more and more. A superb collaboration between Dave and Akon (YESS my Fav ACT).

03. Kiss Me Thru The Phone (Soulja Boy Tell'em feat Sammie)
This is another killer song by SBTem... A really caller ring tone friendly song. Young and vibrant this is waht SBTem is !!! Keep it up !!!

04. Just Dance (Lady Gaga feat Colby O'Donnis)
2009 is the YEAR OF GAGA !!! Just Dance & Listen to this song. Keep rewinding... you will never get boring.

05. Bodies (Robbie Williams)
Robbie is back with such a BRILLIANT Song !!!

06. I Know You Want Me (Calle Ocho) (Pitbull)
07. Dead and Gone (T.I. feat Justin Timberlake)
08. Heartless (Kanye West)
09. Poker Face (Lady Gaga)
10. Beautiful (Akon feat Kardinal Offishall & Colby O'Donnis)
11. Right Round (Flo Rida feat Keysha)
12. Blame It On The Girls (Mika)
13. Boom Boom Pow (The Black Eye Peas)


14. Fire Burning (Sean Kingston)

15. One and Only (Nelly)
16. Love etc. (Pet Shop Boys)
17. Sugar (Flo Rida feat Wynter Gordan)
18. I Can Transform Ya (Chris Brown feat Lil' Wayne & Swizz Beatz)


19. We Made You (Eminem)
20. Knock You Down (Keri Hilson feat Kanye West & Ne-Yo)


21. No Suprise (Daughtry)


22. Obsessed (Mariah Carey)
23. Out Last Night (Kenny Chesney)


24. Be With You (Akon)
25. Be On You (Flo Rida feat Ne-Yo)

JASEBOARD 2009 YEAR END HITS (MALAY)

01. Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah)
Masa mula-mula dengar lagu ini memang saya kata lagu ini macam lagu kitar semula. Bukan sahaja melodi; tetapi lirik dan juga suara penyanyinya Alyah. Semuanya seperti begitu 'out dated'. Tetapi dek kerana selalu sangat di udarakan di corong-corong radio akhirnya lagu ini melekat di hati saya. Bukan itu sahaja, saya juga mengambil kesempatan untuk menukar lirik lagu ini menjadi lagu hari raya untuk persembahan Radio Malaya kami !!! Maka Juara JaseBoard untuk 2009 jatuh kepada Tak Mungkin Kerana Sayang...

02. Sujud (Mawi AF3 feat KRU)


Awal tahun ini Mawi muncul dengan sebuah album yang masih lagi berunsurkan ketuhanan. Salah satu lagu yang betul-betul 'catchy' dengan kolaborasi yang 'unsangkarable' ialah Sujud yang menampilkan Mawi bersama adik beradik KRU. Wow !!! Memang mengancam betul. Klip Video lagu ini jugak boleh dibanggakan.

03. Benar Benar (Adam AF2)
Lagi seorang produk AF yang masih bertahan. Adam bertahan kerana KRU menghasilkan lagu yang sedap-sedap untuk beliau. Lagu ini meskipun nampak mudah sebenarnya ia tidak mudah untuk dinyanyikan. Tapi 'chorus' lagu ini memang menangkap habis !!!

04. Situasi (Bunkface)


Kenangan untuk lagu ini adalah apabila 'anak-anak murid Program BAKTI' saya di SKBP meminta kami para facilitator untuk bersama-sama menyanyikan lagu ini untuk program mereka. Sesungguhnya budak-budak Darjah 5 inilah yang mengenalkan saya dengan lagu yang hebat ini. Untuk Bunkface; semoga dapat menjuarai Anugerah Juara Lagu pada 10 Januari 2010 nanti

05. Takdir Cinta Kita (Iqwal)
Oh Iwal... Lagu ini memang best. Meskipun masih belum betul-betul popular di corong-corong radio dan video klipnya pun belum ada. Saya memang suka gilerk dengan lagu yang amat santai ini. Suara Iwal pun ngan habis dengan lagu ini. Tidak syak lagi untuk menobatkan lagu ini di tempat ke-5. Menjadikan lebih indah lagi saya pun sudah bertemu dengan pencipta lagu ini. Semoga Iwal sukses dengan lagu ini untuk tahun 2010 !!!

06. Entah (Afgan)

Apa lagi yang perlu di katakan dengan penyanyi dari seberang ini. Afgan memang boleh di nobatkan sebagai Raja Balada sedikit masa lagi. Terima Kasi Cinta memang BEST, Tapi Entah SUPERB !!! Meskipun sesekali mendengar lagu ini tetapi ia adalah satu contoh kepada lagu yang akan kekal lama dalam kehidupan. Tahniah Afgan !!!

07. P.U.S.P.A. (ST12)


P.U.S.P.A. adalah lagu berhantu. Itu saja yang boleh saya katakan. Memang banyak sekali band free pop dari tanah seberang tetapi band yang ada ciri melayu setakat ini cuma ada 2. Salah satunya ialah ST12. Jika kita mendapatkan CD ST12, hampir semua lagunya amat-amat-amat menarik !!!

08. Slot Akasia (TFC)


Istimewanya lagu ini kerana ia bukan lagu cinta. Bukan juga lagu tema. Lagu ini menceritakan tentang apa yang di paparkan di dalam drama-drama di dalam Slot Akasia di TV3. Dengan lirik yang separa putis dan melodi yang menangkap ia layak diletakkan di No. 8 !!!

09. Ketika Cinta (Dato' Siti Nurhaliza)
Ini adalah contoh sebuah lagu serumpun. Penyanyi dari Malaysia tetapi penciptanya dari Indonesia, Opick. Lagu ini menjadi lagu tema Filem Perempuan Berkalong Sorban. Dengarnya lagu ini pernah ditolak untuk dijadikan lagu tema filem Ketika Cinta Bertasbih. Meskipun lagu ini tidak begitu di kenali di sini tetapi ia tetap menawan hati saya.

10. Hampa (Ungu)


Senang cerita, lagu ini telah menyebabkan saya menoleh ke belakang lantas memulakan projek untuk mengumpul kembali album-album lama Ungu. Mengintai kembali kepada Kekasih Gelap !!! Seakan saya sedari pula suara Pasha tidak kurang hebatnya !!! Untuk Hampa gabungan lagu pop, dangdut & rap ini memang menjadi.

11. Cinta Terakhir (Aiman AN1)
Tahniah Aiman. Lagu ini pasti akan menjadi pembuka jalan... Tambah-tambah lagi sekarang ini lagu ini menjadi tema drama Aliff Firdaus.

12. Jelita (Damian Mikhail)
14 Februari 2009 adalah hari lahirnya lagu ini. Saya juga ada semasa perlancaran Single Damian ini. Bila Damian dah mula nyanyi secara solo makin terserlah kehebatan suara damian yang sedap itu. Lagu ini BEST sebab ia ala-ala jiwang tetapi 'up-beat' juga. Sebagai penerbit, Damian memang bijak melahirkan lagu yang ngan habis dengan suara beliau. Hello Bro... Bila full album nak keluar ni?

13. Tinggal Kenangan (Saleem)


Beri saja lagu apa pada Abang Saleem. Pasti akan berada di liga yang tersendiri apabila di bawa dengan gaya beliau. Suara Saleem adalah satu dalam seribu dan saya minati suara Saleem sejak Suci Dalam Debu lagi. Lagu ini yang originalnya di nyanyikan oleh penyanyi yang telah membunuh diri memang sesuai benar dan lebih indah di bawa Saleem.

14. Cari Jodoh (Wali Band)
Lucu. Kemelayuan. Enak di dengar. Elemen ini sungguh mempersonakan. Pertama kasi saya dengar lagu ini di Central Market ketika menempah t-shirt night @ the mueseum. Adik yang memasang lagu ini terus berikan saya mp3 nya. Hahaha...

15. Cinta Adam dan Hawa (Misha Omar)
Satu-satunya lagu dari angkatan senior yang berjaya meloloskan diri dalam AJL 10/01/2010 ini.

16. Ketika Cinta Bertasbih (Melly Goeslow feat Amee)
A very predictable type of song by Melly !!!

17. Dan Sebenarnya (Yuna)

Mula-mula saya dengar lagu ini apabila Aishah AF7 mendendangkananya di Konsert Mingguan. Ingatkan lagu Indonesia; rupa-rupanya lagu dari Tanah Air. All The best Yuna.

18. Masih Jelas (Hafiz AF7)


19. Terlanjur Cinta (Rossa feat Pasha Ungu)


20. Pakai Buang (Stacey AF6)


21. Rindu Terhenti (Tomok OIAM3)

22. Khatimah Cinta (6ixth Sense)



23. Itu Bukan Aku (Pretty Ugly)
Entah kenapa lagu ini membuatkan saya terimbau kenangan lama....

24. Mentera Beradu (Malique feat M. Nasir)
Ini adalah kolaborasi yang tidak disangka-sangka juga..

25. Puisi Hamba (Ella)
Rindu dengan Ella. Lagu ini pengubat rindu..

Nota :
Carta JaseBoard adalah senarai lagu yang saya minati dari 16/12/2008 - 15/12/2009. Ini adalah carta peribadi tau !!!

Siapa Yang Paling Nakal?

Semalam semasa saya dan Lisa lepak-lepak di Mines Shopping Fair @ MRC saya terjumpa sebuah album yang telah lama ditunggu-tunggu sebenarnya. Bila dah terjumpa, kenalah dibeli. Album apa lagi kalau bukan album terbaru Alif Satar (OIAM 1.. Ingat? Hmm.. Pengacara Idola kecil 2? YES !!!) yang berjudul NAKAL. Lebih 2 tahun sebenarnya saya menunggu buah tangan daripada Alif ini. Hmm.. Sebenarnya siapa yang Nakal ni Alif? Alif atau kekasih aLIF budak sekolah tu? Hahaha... Eh.. Eh... budak 19 tahun ni. Apapun tahniah kepada Alif kerana berjaya menghasilkan album ini yang mengumpulkan ramai komposer kreatif seperti Audi Mok, Zimi Sofaz & Aidit Alfian antaranya. Alif juga tidak ketinggalan menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk Katamu.

Selain daripada lagu Jangan Nakal & Akan Tiba (runut bunyi Rona Roni Makaroni ciptaan Amelea AF3) yang telah lama berkumandang di radio sejak awal tahun lagi, album ini juga menampilkan lagu-lagu lain yang tidak kurang hebatnya. Secara keseluruhan terdapat 7 buah lagu dan juga satu lagu minus one "Jangan Nakal". Secara peribadi ada tiga lagu yang betul-betul menyentuh jiwa saya. Lagu yang paling saya suka ialah Cukup Indah (Zimi Sofaz/Zimi Sofaz), Lagi Lagi Cinta (Audi Mok/Shah Shamshiri) dan Katamu (Alif Satar & Farith/Alif Satar & Farith). Mengikut perancangannya lagu Cukup Indah akan dijadikan Single dalam masa terdekat. Saya harap single ini akan lahir dengan klip videonya juga. Saya harap lagu ini akan tercalon untuk Juara Lagu 2011 !!!

Album ini begitu kuat degan jalur popnya. Muziknya begitu santai dan 'easy listening'. Ada dua tiga lagu juga yang liriknya begitu mudah bak percakapan harian. Suara Alif juga telah matang dfan makin lunak, makin sedap didengar. Yang menariknya semua lagu-lagu ini bukan sahaja sesuai dengan imej Alif yang masih remaja tetapi juga sesuai dengan konsep album ini keseluruhan. Saya kira 'cover' album ini juga dibuat dengan teliti.

Akhir kata :

(1) Alif bila nak bagi kat abang satu keping CD yang ditandatangani oleh Alif ni? Yang abang beli ni untuk kereta tau... kat rumah nak simpan satu keping juga...:)

(2) ... Hanya Kerna Kau Yang Cukup Indah, Untuk Dimiliki dan 'Tuk Dicintai, Ku Tahu Kau Mahu Ada Di Hati, Untuk Didampingi Untuk Disayangi...

Bila Bulan Berwarna Biru...



Saya dan Lisa terlepas 9 jam untuk menonton AVATAR. Jangan di tanya kenapa, insyaAllah akan saya ceritakan kemudian.

Secara dasarnya Avatar telah memberikan visual yang menjangkaui pemikiran kita - begitu indah, cantik, mempersonakan, terpegun dan Wow !!!, tetapi menghidangkan cerita dari resepi yang di kitar semula, di kutip dan dicantum semula dan mesej yang mendatar yang tidak cukup 'benar'.

Avatar mengambil kira latar belakang tahun 2154 di mana manusia melalui sebuah syarikat mega korporat Amerika Syarikat memasuki planet makhluk asing bernama Pandora (bukankah ini nama tuhan mistik tamadun Greek??? bagi mendapatkan galian unobtainium yang berharga jutaan USD sekilogram. Para pekerja manusia di planet ini dikawal oleh pasukan Marin Amerika Syarikat. Penerokaan ini menemui jalan buntu kerana syarikat gergasi ini terpaksa berunding dengan makhluk asing tersebut, Na'vi untuk mencapai niat rakus mereka. Ini adalah kerana mengikut kajian galian yang dikehendaki itu berada di bawah pohon suci yang menjadi tempat tinggal puak tersebut. Yang juga menjadi nadi 'Eywa' yang menyatukan Na'vi dengan penyatuan fiber optik antara Na'vi dengan Eywa dan juga makhluk (tumbuhan dan binatang) lain di Pandora. (Apakah James Cameron juga menyahut gagasan PM Najib kita - '1Malaysia'?) Ini adalah kerana di Pandora; Nadi kesatuan satu Pandora adalah dengan satu planet, satu roh dan satu tenaga/kuasa.

Tema Avatar juga dilihat sebagai simbolik permohonan maaf terbaru Amerika Syarikat !!!. Ia mencerminkan tuduhan pihak imperialisma kulit putih Amerika dalam tahun 1800 di mana mereka telah menghalau Puak Red Indian daripada tanah suci mereka atas nama kuasa, kerakusan, ketamakan dan mengejar kekayaan.

Percaya atau tidak di dalam cerita ini juga ada menyentuh tentang Venezuela dan Nigeria (kedua-dua negara ini kaya dengan minyak) tetapi Amerika Syarikat belum pernah lagi berperang @ menyerang @ menakluk. Mungkinkan ini adalah destinasi peperangan Amerika Syarikat yang seterusnya untuk beberapa tahun mendatang?

Bagi memenangi hati Puak Na'vi, satu kajian sains yang di ketuai oleh Dr Grace telah berjaya menghasilkan klon tubuh puak Na'vi melalui program yang dinamakan Avatar. Nak dijadikan cerita seorang bekas askar marin Amerika Syarikat yang lumpuh, Jake Sully telah berjaya memperoleh peluang untuk mengemudi Avatar setelah kembarnya, seorang saintis di situ telah terbunuh dalam satu kejadian jenayah di bumi. Ini adalah kerana sebagai saudara kembar mereka memiliki genetik yang sama. Dengan 'memakai' klon Na'vi Jake boleh berlari, terbang, memburu dan bercinta dan mempunyai ketinggian melebihi 10 kaki.

Metos ini di teruskan dengan menjadi seperti cerita kitar semula Hollywood apabila Jake telah sesat di Pandora dan ditemukan dengan anak gadis ketua Na'vi, Nyeteri. Dan lantas berusaha untuk diterima dan belajar menjadi Na'vi sebenar. Seperti yang di duga, Jake tidak akan hanya tertawan dengan keindahan Pnadora yang 'glow in the dark' tetapi juga Nyeteri (dan bakal mengundang konflik perebutan Nyeteri dengan pahlawan Na'vi yang telah di'tunang'kan dengan Nyeteri).

Jake (termasuk Dr Grace) akhirnya berpaling tadah lantas bersatu dengan Puak Na'vi untuk menghalang syarikat mega korporat Amerika Syarikat yang bukan sahaja mencari galian tetapi memusnahkan Pandora. Jake akhirnya menjadi wira Na'vi setelah berjaya menjadi Turok Macto lantas berjaya memusnahkan pasukan marin Amerika Syarikat.

Di akhir cerita, Jake akhirnya memilih untuk menjadi Na'vi sebenar dengan kelahiran kedua dengan bantuan Eywa (semangat alam di Pandora).

Stereotaip lain yang sudah dijangka ialah; semestinya kemenangan berpihak kepada mereka yang ditindas dan baik selain daripada mesej hijau yang telah menjadi teori 'agama' baru orang barat; yang juga 'spin off' daripada teori Darwin bagi mereka di Amerika Syarikat !!!

"Menonton untuk melihat dan bukan untuk dipengaruhi"

Rating : *** 1/2

Saturday, December 26, 2009

Unlock Your Sherlock




Dalam keghairahan para pengunjung panggung wayang menonton AVATAR, saya dan Lisa menonton Sherlock Homles !!!

Guy Ritchie (ex Madonna, pengarah filem ini) telah mengambil pendekatan yang amat berani dengan menukar watak klasik zaman Victoria British ciptaan Sir Arthur Conan Doyle (ACD) kepada sesuatu yang amat moden,'popcorn flick' dengan menzahirkan Sherlock Holmes kepada interpretasi yang amat berani dalam persada aksi yang penuh mendebarkan. Menonton Robert Downey Jr (Sherlock Holmes) dan Jude Law (Dr John Watson) di layar perak juga begitu terhibur, penuh kelucuan dan seakan kedua pelakon ini mempunyai ikatan 'chemistry' yang kuat samada di dalam mahupun di luar layar perak. Jika menonton dengan hati terbuka maka kesimpulan yang dapat dibuat adalah paparan yang amat berani ini penuh dengan aksi-aksi 'blown up, blown out' persis Batman & James Bond !!!

Plot dan sub plot seperti biasa masih mengikut galur yang dicipta oleh ACD tetapi dengan suatu tambahan yang begitu mengujakan; BLACK MAGIC !!! Scotlan Yard juga pasti ada kan. Ketika itu 'London Bridge' juga masih dalam pembinaan, maka lokasi menjadi bertambah menarik bila di punghujungan pastilah saat genting dan kritikal akan berlaku di sini.

Cerita ini dimulakan dengan Sherlock Holmes dan Dr John Watson telah berjaya menamatkan kes pembunuhan ritual dan akhirnya pesalah (Lord Henry Blackwood) telah dihukum gantung. Sebelum digantung beliau telah meminta untuk bertemu Sherlock Holmes. Dalam pertemuan tersebut beliau telah memaklumkan kepada Holmes bahawa kematian tidak akan memusnahkan rancangan beliau untuk melakukan 3 lagi pembunuhan.

Keadaan London menjadi panik setelah Lord Henry Blackwood bangkit dari kubur. Semasa Holmes melakukan penyiasatan ini beliau juga terpaksa menghadapi masalah peribadi kerana Dr Watson sedang berpindah keluar dari kediaman mereka di 221 Baker St kerana ingin melangsungkan perkahwinan dan juga menamatkan 'perkhidmatan' daripada menjadi 'partner-in-crime' Holmes. Dalam pada itu Irene Adler (Rachel McAdams), satu-satunya penyiasat/penjahat yang pernah 'memperbodohkan' Holmes dua kali muncul untuk menawarkan kes daripada seorang yang penuh misteri. tanpa sedar akan 'permainan' yang terpaksa ditempuhi Holmes & Watson bekerjasama untuk menyelesaikan adventur yang mencabar dan mendebarkan disaksikan pertembungan kuasa ilmu hitam (black magic) dan kehebatan teknologi sains !!!

Filem ini di tamatkan dengan mengajak kita untuk berfikir dan meminta kepada sequel cerita ini. Masakan tidak, kita di dedahkan dengan watak Moriarty, lelaki yang tidak dikenali, penuh misteri, tidak pernah dilihat dipersoalkan oleh Sherlock usai kes Lord Henry Blackwood tamat !!!

Untuk rekod, filem ini lahir daripada hasil karya cerita asli yang ditulis oleh Lionel Wigram and Michael Robert Johnson. Sementara lakon layarnya pula di tulis oleh Micheal Robert Johnson, Anthony Peckham and Simon Kinberg. Daripada skrip yang kita amati kita akan dapati bahawa ia adalah hasil daripada fahaman mendalam terhadap watak yang diciptakan oleh ACD. Karektor Holmes kali ini lebih hidup dan dipercayai dan bukan hanya seorang perokok tegar yang dikurniakan otak yang amat genius yang juga memualkan !!! Watak Holmes kali ini juga lebih fizikal daripada kesemua jelmaan yang pernah dihasilkan.

Rating : ****

Friday, December 25, 2009

We Are Going To Watch AVATAR Tomorrow !!!



Ramai yang mengatakan 2012 adalah Movie of the Year untuk tahun 2009. A Must See Movie. Tetapi bagi saya AVATAR adalah filem yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ini. Masih belum boleh memberikan apa-apa komen kerana belum menonton. Tetapi keghairahannya memang relah terserlah. Tunggu esok saja untuk apa jua kritikan.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Mohonku kepadamu Ya Allah...
Perbaikilah akhlakku. Hiasilah budi pekertiku. Permudahkanlah rezekiku. Kurniakanlah kesihatan yang baik untukku. Berikanlah kesejahteraan untuk seluruh kaum keluargaku. Salam dan selawat ke atas Nabiku, Muhammad s.a.w.
InsyaAllah, Amin.

Wednesday, December 16, 2009

Anugerah Skrin 2009











Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Pelakon Lelaki Terbaik: Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)

Pelakon Wanita Terbaik: Rosnah Mat Aris (Tersasar Di Jalanmu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ahmad Tarmimi Saregar (Tak Serupa Tapi Sama)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)

Pengarah Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Lakon TV Terbaik : Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru

Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe

Videografi Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Kategori Filem

Filem Terbaik: Wayang

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Eman Manan (Wayang)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Liyana Jasmay (Kami The Movie)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zulhuzaimy Marzuki (Wayang)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Ida Nerina (Wayang)

Pengarah Terbaik Filem: Hatta Azad Khan (Wayang)

Lakon Layar Terbaik Filem: Fariza Azlina Ishak (Kami The Movie)

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Majalah 3 (Gaza)

Bual Bicara Terbaik: AC Di Sini (musim ke-5)

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 23

Rancangan Hiburan Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa 2

Realiti Terbaik: Gadis Melayu (peringkat akhir)

Laporan Khas/Berita Terbaik: Buletin Utama- Air Najis

Anugerah Khas Juri (Anugerah Yasmin Ahmad): Jaclyn Victor (Talentime)















Alamak... janganlah kata entry ini basi. Saya sebenarnya terpaksa menunggu kesemua gambar-gambar ini daripada seorang kawan. Nasib baik malam ini baru dapat...:). Sebenarnyapun saya tidak ada apa-apa yang dapat dikritik berkenaan Anugerak Skrin 2009 ini. Hmm... kenapalah singkatan kepada program ini ASK dan bukannya AS? ASK? macam Akademi Seni Kebangsaan. Kalau AS macam Amerika Syarikat pulak. Saya kira yang sepatutnya ialah ASk. ASk 2009 !!!

Kata orang penganugerahan kali ini amat meleret sekali. Dan tumpuan terlalu di berikan kepada pengacara. Kiranya kedua-dua pengacara (Afdlin & Fara Fauzana) telah mendapat exposure yang berlebihan !!!

Persembahan pula... Hmm... bagai mana harus saya katakan. Cuma ada dua persembahan sahaja yang berjaya meninggalkan kesan. 1 - Aizat dengan lagu Pergi. Ya... latar belakang pemandangan mentari merah di ufuk barat dengan burung iytu amat memukau. 2 - Jac, Black & Azlan dengan lagu Sempurna. begitu ceria dan berpesta di tambah dengan vokal mantap ketiga-tiga mereka. Yang lainnya termasuk yang ditunggu-tunggu - Dato' Siti Nurhaliza gagal memukau.
Keputusan. Untuk kategori filem. YES... !!! Ini adalah keputusan yang paling saya tunggu-tunggu iaitu kemenangan besar Wayang yang telah dikecewakan di dalam Festival Filem yang lalu. Saya memang mengharapkan Wayang untuk dinobatkan sebagai Filem Terbaik dan Abang Eman sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Selain daripada Zulhuzaimy untuk mengulangi kejayaan beliau di dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Tahniah juga untuk Hatta Azad Khan (Pengarah Terbaik) & Ida Nerina (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) !!!
Akhir kata. Terima Kasih kepada seorang lagi sahabat yang membolehkan saya untuk turut serta di "Post Party". Terima Kasih banget !!!

Monday, December 14, 2009

Bersantai Dengan Iqwal @ Sunway Lagoon



Semalam - 13 Disember 2009 saya telah berkesempatan bersama-sama Iqwal, ahli keluarga Iqwal, ahli Fan Club Iqwal & Pembaca Majalah Libur bersantai dan lepak-lepak di Sunway Lagoon. Saya tiba di pintu masuk Sunway Lagoon kira-kira jam 11.20 pagi di mana Iqwal telah sedia menunggu (janjinya 11.30 pagi). Kami menunggu sehingga peserta semua sampai dan juga En Azli (Editor Majalah Libur) untuk datang dan mengagih-agihkan tiket masuk yang berbentuk jam tangan. Kami masuk dengan satu kumpulan lantas terus ke Lighthouse Beach Bistro untuk mengisi perut dahulu. Sambil menunggu makanan sampai, Iqwal sempat lagi menandatangi CD beliau yang telah di hadiahkan sekeping seorang untuk setiap peserta sebelum masuk ke Sunway Lagoon. Sementara salah seorang peserta dari Tourism Malaysia (Manja) pula telah menghadiahkan Pen Zoom Malaysia, Pin Escape Holidays & Pin Malaysia Truly Asia - yang telah saya sematkan di 'Fisherman Hat' saya. Thank You Manja !!!

Usai makan, kami melangsungkan aktiviti utama iaitu menaiki 'rides'. Dalam 4 'rides' yang dinaiki oleh para peserta, saya cuma ikuti 2 sahaja iaitu bot yang merentasi arus sungai buatan dan 'Niagara Falls'. Kalau 'rides' yang seperti 'roller coaster' dan kapal lanun itu memang saya sudah angkat bendera putih. Dah tamat siaran kata orang. Nasib baik semasa muda remaja telah banyak rides yang saya cuba. Selepas puas menaiki 'rides' barulah kami beralih ke taman tema air dimana saya cuma mandi di bawah air yang turun dari cendawan sehingga puas dan kejut seluruh badan. Setelah bersalin pakaian baru, saya pun bersembang dengan Kak Myn - mama Iqwal.

Saya pulang sekitar jam 5.45 petang setelah hujan renyai-renyai dan keletihan ya amat. Orang memang ramai di Sunway Lagoon memandangkan ia adalah hari Ahad. jadi proses untuk keluar dan mendapatkan 'refund' juga mengambil masa. Ini tidak termasuk dengan para pelancong luar negara yang tidak bertimbang rasa dengan memotong barisan !!! Meskipun begitu, saya amat puas dengan aktiviti santai yang 'free & easy' ini. Terima kasih banyak kepada Kak Myn, Terima Kasih kepada Iwal yang bila pakai seluar bermuda dan t-shirt nampak macam budak 13 tahun tuu, Terima Kasih En Azli dari Majalah Libur!!! Dengar khabarnya ada program lagi pada 14 Februari 2010 akan datang... Saya tunggu !!!

p/s :
(1) Kredit gambar untuk Iqwal - semua gambar di ambil dari FB Iqwal Hafiz.
(2) Iwal.... Good Luck for performance @ Singapore. Do your best ya !!!

Saturday, December 12, 2009

Selamat Pengantin Baru Faizal & Fateen







Ahad lalu (6 Disember 2009) saya berkesempatan untuk menghadiri majlis akad nikah sahabat saya Faizal (yang saya panggil dia Pejal) dan Fateen. Untuk rekod, saya mengenali Peja semasa sama-sama menghadiri kursus untuk Fasilitator Program BAKTI beberapa tahun yang lalu. Sementara Fateen pula, saya cuma pernah nampak wajahnya di FB Pejal... Hahaha. Kehadiran ini juga dikira tanggungjawab yang perlu dilangsaikan kerana Pejal dan Fateen telah bersusah payah datang menghantar secara serahan tangan kad undangan ke rumah saya meskipun ketika itu saya tiada di rumah. Tarikh Majlis Persandingan gilang gemilang mereka akan di adakan di Putrajaya esok hari (dan saya sekali lagi tidak dapat menghadirkan diri kerana telah memiliki komitmen lain yang telah disahkan terlebih dahulu). Maka sayapun menawarkan diri untuk menghadirkan diri di majlis akad nikah pasangan ini yang di adakan di rumah kedua orang tuan Fateen. Kiranya saya seperti menjadi rombongan pihak lelaki pula itulah sebabnya saya memakai baju melayu berwarna biru. Majlis dimulakan lebih kurang jam 2.30 petang dan dan alhamdulillah berjalan lancar dan akad nikah sempurna dengan sekali lafaz sahaja oleh Pejal.

Pejal & Fateen kemudian tersenyum simpul dihiburkan dengan persembahan silat sebelum mereka beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Setelah menjamu selera, sudah tentu sayapun pulang - takkan nak tunggu lagi? Untuk Pejal & Fateen - Semoga Berbahagia Sehingga ke akhirnya. Saya tumpang gembira. Dulu memang selalu saya ber'teh tarik session' dengan Pejal kerana saya selalu 'out-station' di Melaka, namun kini giliran saya menunggu Pejal untuk menghadirkan diri mengikuti kursus di tempat saya bekerja jika ingin meneruskan 'teh tarik session' dengan beliau. Hahaha...

Selamat Pengantin Baru Fathi & Yan





Fathi sebenarnya bukanlah Staff saya meskipun kami bekerja di bawah satu bumbung. Meskipun begitu dalam banyak hal samada 'official' mahupun 'personal' banyak juga yang saya meminta bantuan Fathi. Dan... Fathi pula jenis yang ringan tulang, selalu membantu. Jadi seperti menjadi tanggungjawab kepada saya pula untuk sekurang-kurangnya meraikan hari bahagia beliau. Memandangkan saya tidak dapat untuk hadir pada majlis 'sambut menantu' di sebelah keluarga Fathi pada 19 Disember 2009 akan datang; maka saya meminta kebenaran 'pengantin' untuk datang ke majlis di sebelah isteri beliau, Yan pada hari ini. Fathi dan Yan telah selamat bernikah semalam (11 Disember 2009) usai Solat Maghrib. Pendek bicara; Fathi & Yan - Sekalung Tahinah daripada saya - Semoga Berbahagia sehingga Akhir Hayat, insyaAllah."

CROCS... Lagi dan Lagi dan Lagi...





My First New Pair of Crocs - Baya/Mango/M10 (Memang dah lama teringin ni). Harga tawaran di sini RM80.00 sepasang. Rasanya antara yang paling banyak pilihan ialah Baya.


My Second Pair of Crocs today - Bite Wraith Unisex/Light Grey-Navy/M9. Ini kira alas kaki baru untuk my Road Trip 18 - 20 Disember 2009 nanti. Kiranya sandal ni macam persediaan untuk aktiviti rekreasilah.

Nota Jase : Ramai teramat orang yang beratur seperti ada pesta yang akan berlangsung. Memangpun... Pesta Jualan Murah CROCS !!! Saya, Lisa dan Angah yang sampai jam 9.30 pagi pun terpaksa menunggu sehingga jam 10.15 am baru dibenarkan masuk. Tetapi kalau nak dikira awallah juga kerana jualan cuma di buka jam 10.00 pagi. Yang menariknya - sticker I Love Crocs akan ditampal pada baju pengunjung yang memakai Crocs Original ketika hendak memasuki ke dalam Splash Park di Level 5, Mines Shopping Fair. Setelah memasuki kawasan jualan memang rambang mata juga jadinya. Tetapi dek kerana terpaksa berebut dengan orang ramai, mencari model, saiz dan warna yang dikehendaki, kadang-kala perlu juga bertanyakan jurujual yang bertugas untuk mendapatkan apa yang dikehendaki dari kotak-kotak di belakang mereka, mencuba dan meninjau keadaan menjadi seperti tidak selesa. Akhirnya kami cuma menghabiskan masa lebih kurang satu jam sahaja sebelum keluar semula. Saya cuma membeli tiga pasang, 2 untuk saya (seperti gambar di atas) dan sepasang untuk Angah (Bite Wraith Unisex/Light Grey-Navy) sebagai hadiah hari jadi beliau (Katanya nak buat berjoging). Lisa mendapatkan sepasang untuk Iwan (Baya/Pulse). Saya juga sempat menangkap 4 keping jitbitz starwars untuk Iwan. Jualan murah ini akan berlangsung sehingga 13 Disember jam 6.00 petang di tempat yang sama. Masih sempat lagi kan...:)

Friday, December 11, 2009

Aliff Firdaus


Melalui Slot Zehra setiap Jumaat malam Sabtu jam 9.00 - 10.00 malam di TV3 bermula malam ini telah sebuah drama rantaian baru berjudul Aliff Firdaus membuka tirainya dengan Episod 1. Adakah drama ini bakal mengikuti jejak NurKasih yang telah menjadi fenomena sejak 26 minggu yang lalu? Kita tunggu sahaja. Namun apa yang pasti layan dulu lagu syahdu ini yang menjadi salah satu lagu tema untuk drama ini (sebuah lagu lagi adalah lagu Datuk Siti Nurhaliza). Cinta Terakhir dendangan Aiman dari Akademi Nasyid TV9.

Tuesday, December 8, 2009

Graffiti is on SALE Today !!!


Graffiti, album terbaru Chris Brown mula di jual hari ini 8/12/2009 di Amerika Utara. Namun begitu saya kurang pasti bilakah album ini akan mula membanjiri pasaran Malaysia. Yang pasti nya kedua-dua Single utama yang telah dikeluarkan memang menarik minat saya - I Can Transform Ya (feat Lil Wayne & Swizz Beatz) dan Crawl. Sudah tentu saya amat menantikan album ini. Anda bagaimana?




Cinta, Perjuangan & Air Mata


Sekalung Tahniah saya berikan kepada Kak Erma (yang sekali lagi saja-saja menukarkan nama beliau kepada Eirma Fatima) yang telah bertindak sebagai pengarah dan mementaskan Natrah kepada peminat teater Tanah Air. Satu usaha murni. Satu usaha yang amat berani. Saya telah berkesempatan menonton Teater Natrah bersama Lisa, Mas & Oxford pada 2 Disember 2009 yang lalu. Meskipun tiada 'Standing Oviation' yang diberikan oleh penonton usai persembahan tamat tetapi teater ini sebenarnya adalah sebuah teater yang melepasi dua garis penetu utama iaitu berkualiti dan menghiburkan. (Saya kira Mas & Oxford juga berpuas hati dengan pementasan ini)

Mula-mula dahulu kita panik seketika akibat isu penarikan diri Diana Danielle kerana soal bayaran. Mungkin rahmat di sebalik musibah kerana kehadiran Maya Karin sebenarnya adalah lebih berhasil kerana pada pendapat saya, lakonan Maya adalah lebih mantap dan memberi impak. Semasa Maya melakonkan watak Maya sebagai 'budak sekolah' ia nampak betul-betul muda !!! Secara kolektif semua pelakon utama memberikan lakonan yang memberansangkan. Tetapi Che Aminah yang di dokong oleh Umie Aida adalah yang terbaik. Ini diikuti oleh Samantha Schubert (Adeline Hertogh), Sofea Jane (Natrah - 70 tahun) dan Maya Karin (Natrah). Lakonan Remy Ishak sebagai Mansor Adabi bukan tidak bagus cuma sebagai pelakon baru di pentas teater saya kira beliau perlu lebih banyak belajar. Paling terasa kekurangan ialah semasa monolong Mansor Adabi. "Feel" tak cukuplah Remy. (Semoga kes Remy dipukul Sabtu lalu tidak menjejaskan lagi penumpuan dan keberkesanan lakonan beliau demi menghabiskan baki pementasan).

Sesuai dengan temanya "Cinta, Perjuangan & Air Mata"; menonton teater ini adalah seperti kisah ini di bahgaikan kepada tiga elemen yang mengajak kita berfikir. Elemen kasih sayang antara Natrah dengan ibu angkat yang menjaganya, Che Aminah dan tentang perebutan kasih sayang dengan ibu kandungnya. Ianya juga bercerita tentang perjuangan, kesatuan dan penyatuan umat melayu ketika itu apabila agama dan bangsa mereka diperkotak-katik. Dan sesunggunnya mahu atau tidak, air mata pasti mengalir (meskipun graf penmgaliran air mata adalah sedikit kurang jika dibandingkan dengan Muzikal Sirah Rasulullah yang juga arahan Erma Fatima).(Apabila menulis tentang Natrah saya juga akan teringatkan Filem Jasmin (yang di angkat daripada kisah yang sama) arahan Tan Sri Kamarul Ariffin pada tahun 1984. Bagaimana untuk mendapatkan salinan DVD/VCD filem ini?)

Kisah ini sebenarnya telah menjadi lipatan sejarah yang dikongsi oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia sejak 59 tahun yang lampau. Mahu atau tidak ia akan terus berbekas di hati kita. Lebih-lebih lagi Natrah @ Bertha Hertogh baru sahaja meninggal dunia pada usia 72 tahun bulan Julai lalu. (Putihnya jiwa Natrah kerana di akhir hayatnya beliau telah mewasiatkan agak jasadnya toidak ditanam tetapi diserahkan kepada saintis untuk membuat kajian saintifik)

Saya berpendapat plot Teater Natrah kali ini mengambil jalan tengah dengan tidak menuding jari kepada mana pihak dan memusatkan kepada persoalan cinta yang amat berat. Kita juga disorot dengan kisah cinta Mansor Adabi dan Natrah dengan sedikit elemen Bollywood dengan mengambil sedikit 'score' daripada salah satu lagu yang menghiasi teater ini. Cinta ini mekar dalam acuan bollywood jelas kelihatan apabila Mansor dan Ntrah usai diijabkabulkan. Cinta Mansor Adabi dan Natrah mungkin pantas tetapi di bawa sehingga akhir hayat. Di dalam teater ia cuma berlaku dalam tiga babak !!! Tetapi amat berkesan sekali. Tak sangka juga Remy dan Maya ada 'chemistry' juga sebagai pasangan kekasih !!!

Babak lain yang menarik dan amat menyentuh hati ialah monolog Che Aminah & Adeline di selang seli dengan Natrah yang sama mengungkai pengertian kasih sayang dan hak masing-masing sementara Natrah yang naif yang inginkan kasih sayang yang dirasainya ketika itu dan terus bersama orang yang amat di sayanginya iaitu Che Aminah & Mansor. Monolog ini boleh diibaratkan seperti perang tiga penjuru.

Monolog Natrah 70 tahun di awal dan akhir juga amat berbekas. Sofea Jane dengan telor 'Mat Saleh'nya berjaya menambat hati saya. Ayat beliau "Aku seperti pemburu yang diburu haiwan buruanku" membuatkan kita terfikir akan azab dan sengsara yang di alami oleh Natrah tidak selesai-selesai hingga hujung nyawa beliau.

Secara keseluruhan saya berpuas hati kerana berpeluang menonton teater ini meskipun bukanlah sampai ke tahap 'Bravo'!!!

Pementasan Natrah akan diteruskan sehingga 13 Disember 2009; jadual asal sehingga 9 Disember 2009 sahaja. Jadi yang belum menonton masih berpeluang untuk turut serta. Tempahan boleh di buat di 03-41498600/03-40265588. Ataupun boleh juga
klik di sini.

Monday, December 7, 2009

Jika Boleh Dapat Yang Ori...


Bagi penggemar Crocs Ori.. Jangan lupa memanjangkan langkah anda ke Mines Shopping Fair di Mines Resort City dari 11 - 13 Disember 2009 ini kerana Kinderdijk Sdn Bhd akan mengadakan Crocs X'mas warehose Sale di splash park, Level 5, Mines Shopping Fair dari jam 10 pagi sehingga 6.00 petang. Diberitakan diskaun yang bakal ditawarkan mencecah sehingga 70%. Maka dengan itu... Jika boleh dapatkan yang Ori kenapa masih ingin membeli yang tiruan? Sementara saya pula dijangka akan ke sana pada 11hb Disember 2009 usai Solat Jumaat bersama Lisa, Angah, mak dan abah. InsyaAllah...

Sekali Sekala Wajahku Muncul di Dada Majalah Hiburan


Kalau diri bukan selebriti usahlah bermimpi untuk muncul di dalam majalah hiburan; itu hakikat. Tetapi kadang-kala mungkin juga terlekat wajah kita di majalah tanpa di sangka-sangka (mungkin kerana secara kebetulan kita berada di tempat kejadian). Kebetulan pada 4 November 2009 yang lalau ketika Mawi & Ekin melangsungkan Majlis Tahlil dan Sambutan Hari Lahir Ekin yang ke-30 di kediaman mewah milik mereka di Bangi dan saya turut menghadirkan diri. Tidak sangka pula jurugambar yang mengambil gambar ketika bacaan yasin & tahlil yang di adakan di sebelah petang terpapar juga wajah saya yang turut membaca yasin ketika itu. Meskipun kecil, saya tetap akan menyimpan keratan majalah ini. Sungguhpun begitu bukan wajah saya sahaja yang muncul, wajah Yeo juga turut terlekat di belakang gambar ketika Ekin & Aein sedang meniup lilin (Glamer sekejap yeo). Untuk membaca kisah lanjut dapatkan segera Majalah URTV edisi 1 - 15 Disember 2009 yang muka depannya di hiasi oleh pasangan Aizat & Stacy.


Sunday, December 6, 2009

JaseMario, Majalah LIBUR & Tourist Attraction


Kenapa saya mengambil gambar dengan memegang Majalah Libur Edisi Disember 2009 di sebuah lokasi pelancongan di Malaysia iaitu Firefly Park Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor? Jawabannya tunggu saja 'entry' saya selepas 13 Disember 2009. Sesuatu yang amat menyeronokan akan berlaku. Tunggu saja yaa...

Gambar ini di ambil pada 27 November 2009 yang lalu. Niat untuk menyaksikan Kelip-kelip ini memang sudah lama terpendam. Selain daripada itu, saya juga diasak Lisa yang meskipun kampungnya dekat dengan Kuala Selangor tetapi belum pernah menyaksi dan menangkap secara hidup-hidup serangga yang kelip-kelip itu. Hasrat pada mulanya memang ingin ke Kampung Kuantan tetapi setelah rujukan dilakukan di internet dan memandangkan juga Iwan telahpun ke Kampung Kuantan Musim Aidil fitri yang lalu maka kamipun mengubah destinasi ke Firefly Park Resort di Bukit Belimbing. Selain daripada Iwan; Ebi, Nora, Dafi dan anak mereka juga turut serta kali ini. Memang tidak banyak bezanya kerana kita akan menyusur sungai yang sama iaitu Sungai Selangor dan Kelip-Kelip cuma akan kelihatan di Pohon Berembang sahaja. Arus sungai agak perlahan dan lawatan dengan bot ini mengambil masa lebih kurang 30 - 40 minit. Mengikut ceritanya, jangka masa menunggu di Firefly Park Resort adalah lebih pendek jika di bandingkan dengan Kampung Kuantan.

Ralatnya saya kerana tidak sempat mendapatkan cenderahati kerana Kedai Cenderahati kerana telah tutup usai saya pulang dari menyusur sungai kira-kira jam 9.45 malam. Mungkin pihak Firefly Park Resort patut memikirkan untuk melewatkan operasi kedfai ini dan juga restoran makan laut tersebut. Jika tak puas, ada chalet untuk tujuan bermalam. Apa lagi? Jom !!! Lagipun tiket cuma RM15.00 seorang.


Jom Hebohkan Fake Crocs










Jika ada di antara kita yang telah menjengah Karnival Jom Heboh di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil semalam atau hari ini pasti akan terpandang dengan sekurang-kurangnya 5 gerai/kiosk yang menjual kasut/sandal Crocs dengan harga yang amat-amat-amat murah sekali. Purata harga sepasang sandal Crocs yang dijual adalah RM20.00 dan jika membeli 2 pasang maka harga yang ditawarkan ialah RM30.00 sahaja. Kita semua maklum bahawa Malaysia adalah dataran lambakan Crocs tiruan yang TERBESAR DI DUNIA. Jika dahulu jika kita bertanya kepada peniaga Crocs jalanan ini mereka akan bermati-matian mengatakan Crocs yang mereka jual adalah 100% Asli. Namun situasinya telah berubah sekarang ini, di mana mereka kini lebih beretika kerana tanpa segan silu akan memberi tahu para bakal pembeli bahawa Sandal/Kasut Cros yang dijual mereka adalah TIRUAN !!! Kata salah seorang penjual lagi ketika saya bertanya; "Bahan Croslite adalah hasil 'patented' daripada pemilik sebenar, yang di jual oleh beliau adalah daripada bahan lain yang sama tapi tak serupa".

Sebagai pengguna Crocs Original maka saya amat kesal akan situasi ini. kenapa tiada kawalan daripada Kementerian bertanggungjawab untuk membendung isu ini. Namun sebagai pengguna biasa saya hanya mampu menyeru "TEPUK DADA TANYA SELERA, TEPUK DAHI TANYA DIRI SENDIRI'.

Saturday, December 5, 2009

Jom Heboh Takdir Cinta Budak Metro


Ini merupakan kali kedua saya singgah di Booth Harian Metro sempena Karnival Jom Heboh TV3 untuk bertemu dan menikmati persembahan Iqwal Budak metro WCOPA !!! Kali pertama dahulu semasa Karnival Jom Heboh menjengah Danga Bay, Johor Bahru. Dan kali ini sempatlah saya untuk menjadi model muka depan Harian Metro bersama Iwal. (Ini bukan typo error, memang saya sukan panggil Iqwal dengan nama Iwal sahaja)


Suara Iqwal memang sedap di dengar... Salah, bukan sahaja sedap di dengar tetapi Iqwal juga bijak memilih lagu yang sesuai dengan suara dan gaya beliau. Petang tadi saya sempat mendengar Iqwal mendendangkan lagu Sampai Syurga (Faizal Tahir - FT). Bila dengar Iqwal menyampaikan lagu ini... Ternyata ia seperti milik Iqwal kerana Iqwal menyanyi mengikut acuan sendiri dan bukan meniru gaya FT. Sementara lagu kedua yang sempat saya ikuti ialah Takdir Cinta Kita (TCK) yang sebenarnya lagu kegemaran saya di dalam album pertama Iqwal !!! YES.. TCK memang begitu menyentuh jiwa, masakan tidak lagu ini menduduki tangga ke 5 di Carta JaseBoard Hits Countdown 2009 (Malay)


Mungkin tuah saya juga hari ini kerana akhirnya berjaya bertemu dengan Jebart. Siapa Jeabart? Jebat sebenarnya adalah pencipta lagu TCK yang mendayu-dayu itu. Saya amat berharap agar lagu ini dapat di calonkan unutk MuzikMuzik25 tahun hadapan. Tetapi yang lebih penting saya juga amat berharap agar Iqwal dapat di calonkan untuk beebrapa katgegori di AIM 2010 nanti. Untuk ABP, rasaya Iqwal telahpun mendapat pencalonan awal untuk kategori Penyanyi Lelaki Porpular. Semoga tersangkut untuk Top 5 kelak. (Terima Kasih Kak Myn kerana memperkenalkan saya dengan Jebart ya..)






Lirik '' Takdir Cinta Kita ''

Selalu aku..mahu..bersamamu..
damping cinta.. ku membuai rasa..

Dan aku tak pernah
sekali..duakan mu..
kaulah satu.. di dalam hatiku

Chourus
Kupeluk diri mu
meskipun hujan membasahi aku
Ku rela kan cinta ku
biarlah mati bersama diri mu
Inilah...(inilah) cintaku pada mu.. kasih

(Hanya kau selalu bermain di hatiku.. Aku pun merindu..)

Selalu aku..mahu.. bersama mu (bersama mu saja)
damping cinta..
ku membuai rasa (dampingilah belaiilah jiwaku)
Mungkin semua..(semua..) ini..(ini)
takdir kita..(bersama mu saja..)
kan bersama..
Untuk selamanya..
(Repeat chorus 2X)

Produser : Hadi Hassan & Jebart
Lagu : Jebart
Publishing : Jebart
Penulis Lirik : Whocents
Publishing Lirik : Whocents
Penyusun & Program Muzik : Hadi Hassan
Studio Rakaman : Eight Tones Communication